Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 50

Perspektif

Behaviorisme
dalam
Pembelajaran
Matematik
TEORI PEMBELAJARAN
⦁ Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu
bidang ilmu, termasuklah bidang psikologi pendidikan.
⦁ Definisi : Hipotesis-hipotesis oleh ahli-ahli Psikologi
tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku
dan faktor-faktor yang mempengaruhi proses
pembelajaran.

2
TEORI PEMBELAJARAN
⦁ Pembelajaran merupakan suatu fenomena utama yang
melibatkan perkembangan dan pertumbuhan individu,
kemajuan sesuatu kaum & tamadun mereka.
⦁ Wujudnya pelbagai prinsip dan teori yang sekarang
digunakan dalam bidang pendidikan.

3
Teori Pembelajaran
BEHAVIORISME
 Teori pembelajaran Behaviorisme mengatakan bahawa
pembelajaran merupakan satu proses pelaziman,
dimana hubungan antara rangsangan luar dengan tindak
balas individu dapat dibina untuk menghasilkan
perubahan tingkah laku yang tekal.
 Dari perspektif behaviorisme, pembelajaran hanya
bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu
rangsangan yang diberi.

4
 Pembelajaran berlaku apabila ada hubungan yang
diwujudkan antara rangsangan (stimulus) dan gerak
balas (response)
 Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat
motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada
peneguhan positif atau negatif) sementara
pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan
tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan

5
 Semua bentuk pembelajaran perlakuan baru adalah
berdasarkan persekitaran dan tidak mempunyai apa-
apa hubungan dengan keupayaan mental.

6
TOKOH-TOKOH
(TEORI
PEMBELAJARAN
BEHAVIORISME)
8
IVAN PAVLOV J. B. WATSON

(1849 – 1936) (1878 – 1958)


Pelaziman Klasik Pelaziman Klasik
(Classical Conditioning) (Classical Conditioning)
Pavlov’s Dog Experiment Little Albert
Experiment

E. L. THORNDIKE B. F. SKINNER
(1874 – 1949) (1904 – 1990)
Pelaziman Operan Pelaziman Operan
(Pelaziman Cuba Jaya) (Operand Conditioning)
(Operand Conditioning) Skinner Box – Rat, Pigeon
Puzzle Box - Cat
9
IVAN
PAVLOV
Rangsangan tak terlazim, RTT (Unconditioned Stimulus)
Rangsangan neutral, R N (Neutral Stimulus)
Gerak balas tak terlazim, G T T (Unconditioned
Response) Rangsangan terlazim, RT (Conditioning
Stimulus) Gerak balas terlazim, G T (Conditioning
Response) 12
TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN
PAVLOV
⦁ Pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang
telah diterima oleh seseorang.
⦁ Setiap rangsangan yang diterima akan menimbulkan
suatu gerak balas.
⦁ Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh
diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap
rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,
semakin kukuh gerak balas terlazim itu.

13
⦁ Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian
(rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja
yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut
(hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan
walaupun tiada pujian daripada guru.

14
Konsep Teori Pelaziman Klasik
Generalisasi Diskriminasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang Diskriminasi berlaku apabila individu
sama akan memberikan tindak balas yang bertindak balas terhadap sesuatu
sama. rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak
pada rangsangan yang lain.

Penguasaan atau Pembelajaran Semula Penghapusan


Penguasaan atau bagaimana sesuatu organisma Penghapusan berlaku apabila rangsangan
belajar sesuatu gerak balas atau respon baru terlazim yang tidak disertai dengan
berlaku secara berperingkat-peringkat. Lebih rangsangan tidak terlazim.
kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh
penguasaan berkenaan.

15
Implikasi Teori Pavlov
dalam Pembelajaran Matematik
 Guru perlu kerap memberikan rangsangan untuk
memperkukuhkan gerak balas terlazim.
 Guru boleh memotivasikan muridnya dengan ganjaran
yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang
dikehendaki dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya.
 Dalam proses pembelajaran, tingkah laku yang dapat
dilihat, diamati, diukur dan dikawal, hendaklah diberi
perhatian.
16
 Pemindahan pembelajaran boleh berlaku melalui proses
generalisasi. Hal ini memerlukan kebolehan menggunakan
pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan soalan-soalan
matematik yang lain.
 Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika
peneguhan tidak diberikan.
 Apabila seseorang guru berhenti memberi ganjaran,
prestasi muridnya mungkin akan merosot

17
J. B. WATSON
TEORI PELAZIMAN KLASIK J. B.
WATSON
 Teori J.B Watson banyak dipengaruhi oleh Teori
Pelaziman Klasik Pavlov.
 Manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah
dan kasih sayang. Beliau berpendapat bahawa rasa takut
dan respons emosi lain boleh diperoleh atau dihapuskan
melalui pelaziman.
 Memperkenalkan prinsip kekerapan dan prinsip
kebaruan.

20
Prinsip Pembelajaran J.B Watson

Prinsip kekerapan
menekankan bahawa semakin Prinsip kebaruan pula
kerap seseorang menunjukkan menegaskan bahawa semakin
suatu respons terhadap suatu baru respons seseorang
rangsangan, semakin tinggi terhadap suatu rangsangan,
kemungkinan orang itu akan semakin tinggi kemungkinan
memberikan respons (gerak orang itu akan memberikan
balas) yang sama terhadap respons atau gerak balas
rangsangan tersebut. terhadap rangsangan itu.

21
Implikasi Teori J. B. Watson
dalam Pembelajaran Matematik
• Prinsip kekerapan - murid perlu memahami dan
mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata
pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali
konsep-konsep pelajaran dengan mudah.
⦁ Prinsip kebaruan - setiap murid perlu membuat
ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh
peperiksaan bagi membolehkan mereka
mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji.

22
⦁ Guru dapat memastikan serta memberikan rangsangan
tidak terlazim supaya murid dapat menghasilkan
gerak balas terlazim (Contoh : guru dapat
menggunakan teknik pelaziman semasa pengawalan
kelas)

23
E. L. THORNDIKE
EKSPERIMEN THORNDIKE
Teori Pelaziman Operan Thorndike
(Teori Pelaziman Cuba Jaya)
⦁ Pembelajaran merupakan proses cuba jaya (trial and error)
yang dilakukan secara beransur-ansur dan berulang-ulang
sehingga terbentuk kebiasaan.
⦁ Apabila ganjaran diberi, gerak balas yang terhasil akan
berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran.
Tetapi jika ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut
akan hilang secara perlahan-lahan. 

26
⦁ Apabila terdapat rangsangan, gerak balas yang
terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya
proses pembelajaran.
⦁ Namun demikian, jika tiada lagi rangsangan, gerak
balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan.

27
Hukum Pembelajaran Thorndike

HUKUM HUKUM LATIHAN HUKUM KESAN


KESEDIAAN (Law of Exercise) (Law of Effect
(Law of
Readiness)
Perhubungan antara Perhubungan antara
rangsangan dengan rangsangan dengan gerak
Murid perlu gerak balas akan balas akan bertambah
mempersiapkan diri bertambah kukuh jika kukuh jika terdapat
mereka dari segi latihan diberikan. kesan yang
mental, fizikal, menyeronokkan.
emosi, sosial dan
psikomotor sebelum
pembelajaran
berlaku.
28
Implikasi Teori Thorndike
dalam Pembelajaran Matematik
• Tingkat kesediaan belajar, guru guna motivasi yang
sesuai.
• Kukuhkan rangsangan dan gerakbalas – Latihan,
ulangkaji, aplikasi yang menyeronokkan.
• Beri ganjaran untuk respons atau gerak balas yang betul.
• Beri peluang pelajar untuk menikmati kejayaan dalam
pembelajaran.

29
B. F. SKINNER
EKSPERIMEN SKINNER
Teori Pelaziman Operan Skinner
⦁ Menurut Skinner, tingkah laku ini merupakan gerak balas
yang dihasilkan daripada sendiri.
⦁ Pembelajaran jenis ini aktif berdasarkan inisiatif diri
sendiri tanpa menunggu sebarang rangsangan yang
berkenaan menimbul.
⦁ 2 proses:
 Peneguhan (positif/ negatif)
 Hukuman

32
⦁ Peneguhan positif : Ganjaran yang mendorong individu
mengulangi tingkah laku berulang-ulang.
⦁ Peneguhan negatif : Mengelakkan tingkah laku yang
tidak diingini berulang lagi supaya tingkah laku positif
dapat dikuatkan lagi.
⦁ Hukuman : satu proses atau tatacara untuk melemahkan
atau mengurangkan berulangnya tingkahlaku yang tidak
diingini.

33
Implikasi Teori Skinner
dalam Pembelajaran Matematik
• Peneguhan yang berterusan dan diikuti dengan secara berkala dapat
mengukuhkan dan mengekalkan kemahiran atau teknik matematik
yang baru dipelajari.
• Penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah
lebih berkesan berbanding peneguhan negatif yang membawa
kesakitan.
• Ganjaran hendaklah sesuai dengan usia murid.
• Guru harus berhati-hati dalam memberi peneguhan negatif kerana
murid akan menganggapnya sebagai hukuman
34
35
Kajian Albert
Bandura
Tingkah laku dipelajari melalui pemerhatian model
• Aksi individu yang
bertingkah laku
Kumpulan agresif
1
• Aksi ini diberi
ganjaran

• Aksi individu yang


bertingkah laku
Kumpulan agresif
2
• Aksi ini diberi
Menonton hukuman
Tayangan

• Aksi individu yang


bertingkah laku
Kumpulan agresif
3 • Aksi ini tidak diberi
ganjaran dan
hukuman 36
Kajian Albert Bandura
⦁ Kesan ⦁ Kelebihan pembelajaran
⦁ Kesemua kanak-kanak melalui peniruan
meniru tingkah laku agresif ⦁ Kanak-kanak dapat pelajari
tetapi dengan kadar berbeza- sesuatu melalui contoh atau
beza model dalam keadaan
⦁ Kumpulan 2 kurang sebenar
kekerapan berkelakuan ⦁ Belajar dengan cara yang
agresif mudah dan ringkas
⦁ Sekiranya, tingkah laku ⦁ Dapat mengelakkan
agresif diberi ganjaran, kegagalan daripada proses
kekerapan bertingkah laku cuba jaya
agresif bagi semua kanak-
kanak adalah tinggi
37
Kekurangan Teori Pembelajaran
Behaviourisme
Perkara Kesan

Berpusatkan guru Pelajar pasif

Guru perlu mempunyai kemahiran Murid tidak faham dan mudah


berkomunikasi yang baik bosan

Tidak semua murid mempunyai Ada murid yang laju, pertengahan


pemahaman yang sama ketika guru dan tertinggal jauh ke belakang
menyampaikan ilmu
Penekanan kepada pembelajaran Murid tidak dapat menjawab soalan
hafalan (rote learning) tidak kepada yang berbentuk penyelesaian
konsep matematik masalah dan KBAT

Mengharapkan ganjaran dalam Prestasi pembelajaran murid yang


pembelajaran berbeza ketika ada/tiada ganjaran
38
Sambungan..
‘There is no doubt that with the teacher-centred approach more material could be covered in a shorter
time, but students might not necessarily remember everything taught’
(K. M. Yuen & K. T. Hau 2006)
In classes that used the problem solving method, students are more active, they think better, and they
have less anxiety for exams. In summary, the results indicate that students who learn mathematics by
problem-solving and discovery-learning methods are more active in comparison with the students
under the traditional teacher-centered method.
(Abdolreza et al. 2016)

39
APLIKASI TEORI
BEHAVIORISME
DI DALAM BILIK DARJAH

40
Situasi 1
Guru memberikan
latihan Matematik
kepada pelajar

Murid yang siap


dengan cepat dan
tepat akan
dibenarkan rehat
awal di kantin

Murid-murid akan
berusaha
bersungguh-
sungguh untuk
menyiapkan
latihan

Persaingan sihat antara pelajar untuk menyiapkan


latihan Matematik dengan cepat dan tepat
41
Sebelum pembelajaran

Gerak balas tak terlazim


(Unconditioned Response)
UCR : Apabila pelajar melihat
garis selari, pelajar memahami
bahawa kedua dua garis tersebut
mempunyai kecerunan yang sama 42
Semasa pembelajaran

m1 = m2

43
Rangsangan terlazim
(Conditioned Stimulus)
CS : Garis selari
mempunyai kecerunan
yang sama

44
APLIKASI TEORI
BEHAVIORISME
KAJIAN PENDIDIKAN MATEMATIK

45
46
47
Kesimpulan
⦁ Guru perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang
menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara
rangsangan dan gerak balas
⦁ Aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam
proses pembelajaran di dalam kelas
⦁ Ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan peneguhan perlu diberi
kepada murid bagi membantu murid menikmati perkembangan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

48

50
Pemerhatian daripada video
⦁ Nyatakan teori pembelajaran yang digunakan?
⦁ Apakah bentuk pelaziman yang dilakukan guru
terbabit?
⦁ Apakah bentuk peneguhan yang dilakukan guru
tersebut?
⦁ Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran
terbabit.

51
Thanks!

52

You might also like