Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Asas Rancangan Perniagaan

Bab 9
Rancangan Perniagaan (RP)
• Dokumen bertulis menerangkan secara menyeluruh tentang projek/
perniagaan yang hendak dijalankan
• RP merangkumi:
• Analisis perniagaan
• Ramalan-ramalan
• Jangkaan-jangkaan
• Cara-cara melaksanakan strategi
• Matlamat utama – memastikan perniagaan/projek dirancang punyai
potensi dan berdaya maju
• Juga dikenali sebagai Kertas Kerja, Kertas Projek atau Prospektus
• Beri gambaran jelas – matlamat projek, cara akan digunakan untuk capai
matlamat & jangka masa akan diambil untuk capai matlamat
Kenapa RP diperlukan
• Untuk melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal &
praktikal
• Garis panduan mengurus perniagaan
• Mengkaji dan menilai perniagaan/projek berdaya maju atau tidak
• Meyakinkan pihak tertentu bagi pembiayaan
• Mengagih sumber terhad dengan lebih baik
Siapakah memerlukan RP
• Usahawan
• Pelabur
• Institusi kewangan/Pihak Bank
• Pembekal
• Kakitangan
• Pelanggan
Format RP
• Perlu titikberatkan isi kandungan & persembahannya
• Asasnya RP mengandungi:
• Surat Iringan (Cover letter)
• Mukasurat Tajuk
• Isi Kandungan
• Ringkasan Eksekutif
• Badan utama RP ( Rancangan Fungsian)
• Muka senarai Lampiran
• Rujukan/Lampiran
Maklumat-maklumat utama dalam menyediakan RP
1. Barangan atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan
Nyatakan jenis barangan & perkhidmatan
Bagaimana & jumlah produk dikeluarkan
Nyatakan keluasan kawasan pasaran yang diliputi & nyatakan peratusan
yang di ambil

2. Pelanggan
Nyatakan siapa pelanggan utama & bukan utama
Adakah mereka terdiri peruncit, pemborong, pembeli industri atau/dan
pembelian kerajaan
Perlu nyatakan peratusan pembelian produk yang akan dikeluarkan
Maklumat-maklumat utama dalam menyediakan RP
3. Pesaing
Nyatakan pesaing-pesaing & jelaskan kekuatan dan kelemahan yang
mereka miliki
Adakah produk yang dikeluarkan merupakan pengganti , pengenap atau
lain-lain yang akan memberi saingan yang tidak langsung

4. Cara operasi dan pengeluaran


Nyatakan teknik pengeluaran- secara manual, berteknologi rendah atau
berteknologi tinggi
Adakah produk yang akan dikeluarkan merupakan produk siap atau
separa siap dikeluarkan secara besar-besaran,berperingkat, bermusim
atau berkala
Maklumat-maklumat utama dalam menyediakan RP
5. Strategi pemasaran
Nyatakan strategi pemasaran untuk memasarkan produk
Nyatakan samada produk dijual secara langsung kepada pengguna atau
menggunakan saluran agihan
Nyatakan startegi mempromosikan produk – melalui pengiklanan atau lain-lain
strategi penghebahan

6. Aspek pentadbiran dan sumber manusia


• Nyatakan kekuatan tenaga kerja dari segi bilangan pekerja, kemahiran dan
kelulusan yang dimiliki, jawatan-jawatan yang wujud dlm syarikat,
perbelanjaan seperti gaji, bonus, elaun & bayaran lebih masa
• Sediakan carta syarikat untuk perhatian dan maklumat pihak-pihak yang
berkepentingan
Maklumat-maklumat utama dalam menyediakan RP
7. Aspek kewangan
• Menyediakan kos perlaksanaan projek
• Sediakan belanjawan berkaitan dengan pendapatan,
perbelanjaan, untung/rugi & kedudukan aliran tunai
perniagaan/syarikat dari masa ke semasa
FORMAT RP
1. Surat Iringan(Cover letter)
• Menerangkan tujuan, perkara-perkara utama
• Hendaklah diakhiri dengan menyatakan kesanggupan
perniagaan/syarikat untuk memberikan maklumat
tambahan sekiranya diminta
2. Mukasurat Tajuk
Mukadepan RP. Perkara yang dimasukkan di ruang muka depan ini ialah
• Nama & alamat perniagaan/syarikat
• No telefon & alamat email
• Nama & jawatan pegawai yang boleh dihubungi
• Tajuk projek perniagaan
• Nama penulis RP
• Tarikh perniagaan ditubuhkan
• Nama institusi yang bersedia membuat pembiayaan
• Nama pembekal yang bersedia memberi kredit
• Muka surat tajuk hendaklah tidak berbentuk penerangan, mestilah kemas,
menarik dan ringkas. Seandainya punyai logo, gunakan logo tersebut
3. Mukasurat isi kandungan
• Senaraikan isi kandungan tajuk utama RP.
• Dapat beri garis kasar tentang RP – akan bantu pembaca
kerana maklumat tertentu boleh dicari dengan cepat di
dalam kertas tersebut
• Pastikan susunan kandungan yang tidak mengelirukan &
menyulitkan pembaca
4. Ringkasan eksekutif
• Bahagian yang paling penting sekali dalam Rancangan Perniagaan
kerana ia akan menentukan samada usahawan dapat memenangi
hati pembaca atau pun tidak
• Berikan tumpuan perkara pokok – pembaca akan dapat membuat
keputusan awal samada pelaburan ini berpotensi ataupun tidak
• Perniagaan / Syarikat mestilah menerangkan di dalan beberapa
perenggan apakah projek syarikat, mengapa ia akan berjaya &
apakah yang boleh ditawarkan oleh barangan/perkhidmatan
perniagaan/syarikat
• Bertujuan memikat pelabur/pembaca untuk membaca keseluruhan kertas
RP, memanggil usahawan untuk ditemuduga dan seterusnya menyokong
permohonan syarikat
• Kebanyakan pelabur tidak punyai masa untuk membaca kesemua isi RP &
akan tumpukan perhatian kepada bahagian ringkasan utk mengetahui isi
kandungan RP keseluruhannya.
• Jikalau bahagian ini tidak dilakukan dengan sebaiknya, kemungkinan besar
pembaca tersebut tidak akan berminat untuk meneruskan pembacaan
- Pegawai institusi kewangan di mana syarikat memohon bantuan
kewangan mungkin terpaksa membaca & meneliti sebanyak 50 kertas
projek sebulan & tidak punyai banyak masa untuk membaca
kesemuanya secara terperinci.
- Disinilah bahagian ringkasan memainkan peranannya dalam menarik
minat pegawai berkenaan.
- Perniagaan/Syarikat mestilah secara padat berikan kandungan RP dan
tunjukkan bagaimana ia berbeza daripada kertas lain.
- Sesetengah usahawan menghantar ringkasan RP terlebih dahulu dan
mengharapkan pelabur akan meminta kertas RP lengkap selepas
membaca ringkasan tersebut
-Contoh format ringkasan adalah seperti berikut:
• Nama syarikat
• Bidang kegiatan perniagaan/perusahaan
• Jenis perniagaan
• Lokasi
• Barang/perkhidmatan
• Pasaran
• Persaingan
• Pengurusan
• Modal yang diperlukan
• Kegunaan modal
- Lain-lain perkara seperti cagaran, pelunjuran kewangan dan
sebagainya boleh dimasukkan jika difikirkan perlu
5. Kandungan utama RP
• Bahagian paling panjang. Disinilah letaknya semua maklumat secara
terperinci.
• Bahagian ini menjawab soalan apa, siapa, bila, di mana, mengapa
dan bagaimana.
• Ulasan-ulasan ini hendaklah dibuat sehingga dapat memberi ruang
kepada pembaca untuk melihat sekali imbas dan boleh memahami
secara sepintas lalu ataupun ia membolehkan pembaca membaca
perkara perlu sahaja berdasarkan kepada tajuk-tajuk
a. Latarbelakang perniagaan
b. Latarbelakang pemilik perniagaan
c. Jenis dan milikan perniagaan
d. Analisis industri
e. Barangan atau perkhidmatan ditawarkan
f. Lokasi dan perlaksanaan projek
g. Rancangan Pentadbiran dan Sumber Manusia
h. Rancangan Operasi Pengeluaran
i. Rancangan Pemasaran
j. Rancangan Kewangan
6. Senarai lampiran
7. Rujukan/lampiran
• Sebutharga pembekal
• Surat akuan pembeli dari bakal pelanggan
• Surat sokongan
• Surat-surat perjanjian
• Data-data baucer/demografik
• Pelan tapak
• Dan lain-lain bekalan
Bagaimana maklumat RP dikumpulkan
• Penyediaan RP yang baik & lengkap memerlukan seluruh penglibatan
masa, usaha dan kos
• Tiap-tiap perkara yang dinyatakan dalam RP mestilah realistik
• Kebenaran isi kandungan bergantung kepada sejauh manakah
maklumat yang telah diperolehi itu betul
• Maklumat yang diperolehi mungkin terdiri daripada sumber berikut
• Rekod &data dalaman
• Statistik kerajaan
• Data ekonomi
• Data perdagangan
• Penyelidikan pemasaran
Bagaimanakah RP dinilaikan
• RP yang telah disiap sediakan akan dibaca oleh pihak tertentu & akan
menilai RP mengikut kehendak & faedah/tujuan mereka
• Pada asasnya cara RP dinilaikan meliputi perkara-perkara berikut:
• Mempastikan bentuk & ciri-ciri industri perniagaan/syarikat dan industri yang
terlibat
• Memastikan bentuk tawaran yang disyorkan
• Mengkaji kunci kira-kira/penyata kewangan
• Menentukan kebolehan kakitangan yang memegang teraju perniagaan/syarikat
• Mencari kelebihan perniagaan/syarikat usahawan
• Bagi seseorang pembaca/penilai RP – tidak semestinya mengambil kira
kesemua di atas
• Pegawai bank – beri perhatian kepada kedudukan kewangan- dari segi
keupayaan bayar balik ikut tempoh yg ditentukan dgn disokong peribadi
usahawan itu sendiri, bentuk dan ciri-ciri perniagaan/industri, kelebihan
perniagaan dsb
• RP dinilai berdasarkan samada projek berdaya maju atau tidak- setiap
maklumat perkara yang dibincangkan dalam badan utama RP akan diuji
samada dapat dilaksanakan/terdapat kebenarannya & mendatangkan
kepulangan yang munasabah
Kaedah penyediaan RP
1. Disediakan berdasarkan daripada maklumat dan dianalisis
secara terperinci
• Ketepatan ramalan dibuat bergantung kepada maklumat & data
yang dikumpulkan & bagaimana maklumat serta data tersebut
dianalisiskan
• Oleh yang demikian, segala kenyatan dibuat mesti berasaskan
fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang benar
• Tidak berpandukan andaian atau buah fikiran secara agakan
atau mengikut citarasa tersendiri
2. Perlu sedar RP boleh berubah berdasarkan kepada maklumat
mutakhir
• Maka pengubahsuaian perlu dilakukan. Oleh itu RP perlu dikaji
semula supaya dapat disesuaikan dgn keadaan semasa.
• RP yang tidak sesuai dengan keadaan semasa adalah tidak
efektif lagi
• Perlu punyai beberapa aspek yang harus dibincangkan secara
terperinci supaya dapat beri penjelasan sebaik mungkin kepada
pembaca
• Pemasaran, kewangan, organisasi & pengeluaran /perkhidmatan
Rajah 1 : Hubungkait Kefungsian Dalam RP

PENTADBIRAN
PEMASARAN OPERASI DAN
KEWANGAN
PENGELUARAN DAN SUMBER
MANUSIA

•Analisis •Jenis2 •Struktur •Kos &


Pemasaran barangan organisasi pembiayaan
/perkhidmatan projek
•Ramalan •Jawatan &
Jualan •Operasi / tugas •Aliran wang
proses kakitangan tunai
•Strategi
pengeluaran •Penyata
Pemasaran •Insentif
•Rancangan pekerja Pendapatan
•Perbelanjaan
pengeluaran •Penyata
pemasaran •Perbelanjaan
•Perbelanjaan pengurusan Kunci kira-
pengeluaran / kira
perkhidmatan
Perkara-perkara yang perlu dielak semasa merangka RP
1. Tidak mempunyai matlamat yang realistik
2. Gagal untuk menjangka halangan-halangan perniagaan yang
akan dihadapi
3. Tiada kesungguhan dan komitmen dalam menjalankan aktiviti
keusahawanan
4. Kekurangan pengetahuan & pengalaman
5. Ketiadaan tumpuan pemasaran
Perkara yang perlu diambil kira sebelum membentuk RP
1. Perancangan hendaklah seringkas mungkin
2. Susun & kumpulkan maklumat dengan teratur, terperinci & berdasarkan keutamaan
3. Perancangan hendaklah memenuhi keperluan masa depan
4. Elak daripada sengaja membesarkan isu yang remeh temeh
5. Beri tumpuan kepada kesulitan kritikal yang bakal dihadapi
6. Jangan terlalu banyak andaian atau kemungkinan
7. Kenal pasti sasaran pasaran
8. Pastikan penulisannya dalam bentuk orang ketiga iaitu gunakan perkataan kami
bukan saya
9. Mampu menarik minat pembaca – gunakan bahasa yang mudah, format yang
tersusun & gaya persembahan yang meyakinkan
Padanan BMC (Model Perniagaan Kanvas) dengan Rancangan Perniagaan

Perhubungan Pelanggan

Aktiviti Utama Penawaran Segmen


Nilai Pelangaan
Rakan Kongsi
Utama
Saluran

Sumber Utama

Struktur Aliran
Pendapatan
Kos

You might also like