3.3 Kos Pengeluaran

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

3.

3 kos pengeluaran
 Kospengeluaran merujuk kepada jumlah perbelanjaan yang dibayar oleh firma
untuk menggunakan input atau sumber ekonomi dalam proses pengeluaran

 Kospengeluaran dapat dikategorikan kepada kos eksplisit dengan kos implisit,


dan kos perakaunan dengan kos ekonomi
3.3.1 kos eksplisit dan kos implisit

Kos eksplisit
 Kos eksplisit atau kos nyata merupakan perbelanjaan sebenar yang dibayar oleh firma
untuk membeli input pengeluaran seperti upah, buruh, kos bahan mentah, kos
pengangkutan, dan kos bahan api

Kos Implisit
 Kos implisit atau kos tersembunyi merupakan perbelanjaan yang ditanggung oleh
pengusaha untuk mendapatkan faktor pengeluaran yang dimiliki sendiri bagi tujuan
pengeluaran
3.3.2 kos pengeluaran jangka pendek

 Kosmerupakan bayaran yang perlu dibuat oleh pengusaha firma untuk


mendapatkan input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran

 Memandangkan dalam jangka masa pendek, terdapat dua jenis input yang
akan digunakan dalam proses pengeluaran iaitu input tetap dan input berubah,
maka dalam jangka masa pendek akan terdapat dua jenis kos iaitu kos tetap
dan kos berubah
Kos tetap (FC)
 Kos tetap ialah kos yang dibayar kepada input tetap
 Kos tetap mempunyai ciri yang sama dengan input tetap, iaitu kos tetap tidak dipengaruhi
oleh tingkat keluaran (output)
 Kos tetap tidak berubah apabila keluaran berubah dan kos tetap perlu dibayar walaupun
tingkat keluaran adalah sifar
 Contohnya, tanah merupakan input tetap. Bayaran atas tanah ialah sewa dan sewa tanah
merupakan kos tetap
KOS BERUBAH (VC)
 Kos berubah merupakan kos yang dibayar kepada input berubah
 Kos berubah mempunyai ciri yang sama dengan input berubah iaitu kos berubah
dipengaruhi oleh tingkat keluaran
 Kos berubah akan berubah apabila keluaran berubah dan kos berubah berhubung secara
langsung dengan tingkat keluaran
 Semakin banyak keluaran yang dihasilkan, semakin tinggi kos berubah dan sebaliknya
semakin sedikit sedikit keluaran yang dihasilkan, semakin rendah kos berubah
 Contohnya ialah upah yang dibayar kepada buruh, bayaran atas belian bahan mentah,
bayaran bil elektrik dan air
JUMLAH KOS (TC)
 Jumlah kos merupakan semua kos yang perlu ditanggung oleh pengusaha atau firma untuk
menghasilkan sejumlah keluaran tertentu
 Jumlah kos merupakan hasil tambah kos tetap dan kos berubah
Jumlah kos = Kos tetap + Kos berubah
TC = FC + VC
 Jumlah kos akan berubah mengikut tingkat keluaran. Semakin tinggi tingkat keluaran,
semakin tinggi jumlah kos yang ditanggung oleh firma. Sebaliknya semakin rendah tingkat
keluaran, semakin rendah jumlah kos yang perlu ditanggung oleh firma
 Apabila tingkat keluaran sifar, jumlah kos sama dengan kos tetap
Kos TETAP PURATA (AFC)
 Kos tetap purata ialah kos tetap seunit keluaran
 Kos tetap purata = Kos tetap
Jumlah keluaran
AFC = FC
Q
KOS BERUBAH PURATA (AVC)
 Kos berubah purata ialah kos berubah seunit keluaran
 Kos berubah purata = Kos berubah
Jumlah keluaran
AVC = VC
Q
KOS PURATA (AC)
 Kos purata merupakan kos seunit keluaran
 Rumus 1 : Kos purata = Jumlah kos
Jumlah keluaran
AC = TC
Q
 Rumus 2 : Kos purata = Kos tetap purata + Kos berubah purata
AC = AFC + AVC
KOS SUT (MC)
 Kos sut merupakan tambahan jumlah kos kesan tambahan satu unit keluaran
 Rumus 1 : Kos sut = Jumlah perubahan jumlah kos
Perubahan jumlah keluaran
 Rumus 2 : Kos sut = Perubahan kos berubah
Perubahan jumlah keluaran
3.3.3 KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG
 Kos pengeluaran jangka panjang merupakan jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh
firma untuk menghasilkan keluaran dalam jangka panjang
 Dalam jangka panjang, semua input yang digunakan oleh sesebuah firma merupakan input
berubah. Semua kos dalam jangka masa panjang juga merupakan kos berubah.
 Memandangkan firma atau pengusaha boleh mengubah penggunaan input dalam jangka
panjang maka pengusaha akan sentiasa memilih kombinasi input yang memberikan kos
pengeluaran minimum
 Untuk mendapatkan kos pengeluaran terendah atau minimum pada setiap tingkat keluaran
dan memaksimumkan pengeluaran dalam jangka panjang, pengeluar akan mengubah skala
input atau saiz firma

You might also like