Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Strategi Pengukuhan

Pengurusan Organisasi
Melalui
Tindakan Rasional Dan Struktur
HISHAM BIN MD. SUHADI
NO.MATRIK : HB 100183

PENSYARAH
PROFESSOR MADYA HAJI MAHMAD AMIR BIN RAZALI
Kandungan mukasurat

1. Pengenalan ………………….…………………….…………..…….1

2. Strategi Pengukuhan Pengurusan Organisasi


Melalui Tindakan Rasional Dan Struktur …………………......... 2
2.1. Pengukuhan Terhadap Proses Dalaman Organisasi …... 3
2.2. Pengukuhan Terhadap Unsur-unsur Struktur Organisasi .. 6
2.3. Pengukuhan Struktur Penyelarasan dan Kawalan …..… 11

3. Kesimpulan ……...…………………………..………………….… 15

4. Rujukan …..………………………………………………...…….. 17
ORGANISASI ?
Strategi Pengukuhan Pengurusan Organisasi
Melalui Tindakan Rasional Dan Struktur

* membuat Keputusan
- berlandaskan kerasionalan
- struktur bersesuaian dengan organisasi

* strategi
- cara menangani ancaman
1. Pengukuhan Terhadap Proses Dalaman Organisasi

- Perspektif ini menfokuskan kepada keputusan dalaman organisasi


yang membawa kejayaan dalam menghadapi ancaman dan
persaingan

- Thompson (1967) mencadangkan lima tindakan yang perlu


dilakukan terhadap struktur organisasi iaitu :
i) Pengekodan
ii) Penyimpanan Stok
iii) Perataan
iv) Peramalan
v) Pertumbuhan
Pengekodan

Tindakan mengekod ini bertujuan mengadakan klasifikasi dan skema


untuk input proses pengeluaran.

Setiap organisasi dan syarikat mempunyai produk pengeluarannya


masing-masing.

Walaupun ada kalanya produk keluarannya adalah sama, syarikat


perlu mengadakan identitinya sendiri.
Penyimpanan Stok

Tindakan menyimpan stok merupakan langkah yang bertujuan


supaya organisasi atau syarikat mempunyai bekalan atau stok input
yang mencukupi sebagai keperluan outputnya yang diselaraskan
dengan kehendak pasaran luar.
Perataan

Perataan merupakan satu proses tindakan yang bertujuan untuk


mempengaruhi pembekal agar sentiasa menyediakan input bekalan
yang mencukupi.

Kaedah yang digunakan ialah melalui perundingan agar pembekal


sentiasa menyediakan bahan mentah yang mencukupi kepada
organisasi atau syarikat.

Di samping itu syarikat perlu meluaskan kempen pengiklanan supaya


mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap hasil pengeluaran
syarikat. Hal ini secara tidak langsung menarik pembekal untuk
meneruskan usaha membekal bahan mentah kepada syarikat
tersebut.
Peramalan

Setiap organisasi atau syarikat perlu membuat ramalan tentang


perkembangan syarikat terutamanya dari segi permintaan terhadap
hasil pengeluarannya.

Ramalan terhadap permintaan ini perlu sentiasa diselaraskan dengan


hasil keluaran syarikat supaya tidak timbul masalah seperti lebihan
keluaran, hasil keluaran yang sama dan tiada variasi (stereotype),
dan sebagainya.

Dengan membuat peramalan ini juga, kos pengeluaran dan harga


pasaran akan dapat ditentukan agar selaras dan bersesuaian.
Pertumbuhan

Pertumbuhan atau perluasan rangkaian organisasi juga perlu


difikirkan oleh organisasi supaya saiz organisasi dapat disesuaikan
dengan realiti sebagai langkah penjimatan kos pengurusan.

Perancangan yang teliti untuk memperluaskan atau membuka


cawangan-cawangan kedainya supaya sesuai dengan permintaan

Perkara ini perlu difikirkan kerana kos pengurusan akan meningkat


sekiranya terlampau banyak cawangan dibuka di sesuatu tempat,
sedangkan permintaan tidak bertambah.
2. Pengukuhan Terhadap Unsur-unsur Struktur Organisasi

- Organisasi mempunyai banyak unsur dalam strukturnya,


bergantung kepada saiz organisasi tersebut.

- Terdapat empat struktur yang harus dikukuhkan sebagaimana berikut :


i) Tingkat Organisasi
ii) Matlamat : - matlamat honorific
- matlamat tabu
- matlamat streotaip
- matlamat sedia ada
- matlamat tertera
- matlamat tertekan
iii) Peranan
v) Rantaian : - rantaian saling bersandar terkumpul
- rantaian berjujukan
- rantaian timbal balik
Tingkat Organisasi

Secara lazimnya, organisasi mempunyai tiga tingkat


pengurusan :

1. tingkat institusi yang berfungsi untuk menghadapi pihak luar


dan mencari kehendak-kehendak luaran. Kemudian mereka
akan menyalurkan maklumat dan keperluan kepada setiap
unit dalam organisasi tersebut.

2. ialah tingkat pengurusan yang akan menyelaras serta


mengawal aliran kerja, menapis maklumat, membuat
keputusan, menyelesaikan konflik, dan seterusnya
menyelesaikan segala masalah kerja.

3. ialah tingkat teknik yang akan melakukan aktiviti-aktiviti


spesifik dalam memproses bahan untuk dijadikan hasil yang
dikehendaki. Kebanyakan tugas ini dilaksanakan oleh pekerja-
pekerja peringkat bawahan dalam sesebuah syarikat.
Matlamat

- matlamat honorific
- matlamat tabu
- matlamat streotaip
- matlamat sedia ada
- matlamat tertera
- matlamat tertekan
Peranan

Peranan merupakan unsur struktur organisasi ketiga yang juga


perlu diambil kira untuk tujuan pemantapan organisasi.

Dalam sesebuah organisasi yang sedang beroperasi,


sememangnya mempunyai aktiviti dan tanggungjawab yang
banyak dan perlu diagihkan di kalangan ahli-ahlinya.

Dengan pengagihan ini bermakna beberapa jabatan, taraf,


kepakaran dan unit perlu ditubuhkan dalam organisasi.

Peranan mengikut konteks tersebut dapat ditakrifkan sebagai


perbezaan dan pemberian tugas kepada individu dan kumpulan
yang terdapat dalam organisasi tersebut.
Rantaian
- Rantaian saling bersandar terkumpul

Hal ini digambarkan sebagai satu bentuk struktur rantaian dengan


setiap individu atau unit akan memberi sumbangan yang relevan dan
sentiasa sehaluan demi kebaikan keseluruhan organisasi. Namun begitu,
setiap individu atau unit tersebut tidak bergantung dan tidak memerlukan
bantuan daripada unit lain.

- Rantaian berjujukan

Hal ini digambarkan bahawa setiap unit berhubungan rapat antara


satu sama lain untuk menghasilkan produk keluaran

- Rantaian timbal balik

Rantaian timbal balik diperlukan apabila tiap-tiap individu atau unit


dalam sesebuah organisasi mempunyai aktiviti untuk tujuan dan haluan
yang sama.
3. Pengukuhan Struktur Penyelarasan dan Kawalan

- Pemikiran tentang cara menyelaras dan mengawal kewujudan


unsur-unsur dalam organisasi.

- Ahli-ahli teori struktur berpendapat, penyelarasan dan pengawalan


unsur-unsur dalam organisasi dapat dilakukan melalui dua strategi :
i) pelarasan menegak
ii) pelarasan mendatar

- Cara menyelaras dan mengawal :


i) mewujudkan tahap autoriti atau taraf jawatan yang
lebih tinggi
ii) memberikan kuasa budi bicara kepada pihak bawahan.

- Alat pelarasan :
i) peraturan
ii) perhubungan dan komunikasi
4. Kesimpulan

- Organisasi yang mantap memerlukan penyatuan yang


kukuh di kalangan ahli-ahlinya.

- Pemimpin atau pengurus memainkan peranan penting


dalam mengurus sesebuah organisasi.

- Setiap individu dalam sesebuah organisasi juga boleh


dikatakan sebagai pengurus
Rujukan :

Abdul Shukor Abdullah (1991), Pengurusan Organisasi, Perspektif


Pemikiran dan Teori, Kuala Lumpur : DBP

Arcan Jakarta Thoha Miftah. (1998), Perilaku Organisasi Konsep Dasar dan
Aplikasinya. RajaGrafindo Persada. Jakarta.

H. Simon, "Organizations and markets," Journal of Economic Perspectives,


vol. 5, no. 2 (1991), p. 28.

Kathryn M. Bartol & David C. Martin (1998), Management, Irwin McGraw-


Hill.

Robbins, Stephen P. (1995), Teori Organisasi Struktur, Desain dan Aplikasi.


RajaGrafindo Persada. Jakarta.

Simon, Herbert (1976), Administrative Behavior (3rd ed.), New York: The
Free Press

Simon, Herbert (1991), Models of My Life, United States: Basic Books

Zainal Ariffin Ahmad (1998), Perlakuan Organisasi, Kuala Lumpur : Penerbit


Fajar Bakti .
Sekian, terima
kasih.

You might also like