Terombat (Teromba Adat)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

PUISI:

TEROMBA
ADAT
NUR AMNI MAISARAH BT KAMISAN
6 MUTIARA
TEROMBA
Teromba adalah susunan kata-kata adat .
Ianya adalah puisi bebas yang tidak tentu jumlah baris , rima,
atau jumlah perkataan dalam baris .
Terdapat sisipan pelbagai puisi yang lain , misalnya pantun,
gurindam, peribahasa dalam seuntai teromba.
Isinya memuatkan hal-hal yang berhubungan dengan undang-
undang, adat yang diamalkan oleh sesuatu kelompok
masyarakat . 
TEROMBA ADAT

• Susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi.


• Adat yang dimaksudkan ialah adat MINANGKABAU yang
mengandungi adat yang diamalkan dalam masyarakat.
(LATAR • TEMA
BELAKANG • Kepentingan adat dalam kehidupan(adat dianggap penting dalam
hidup masyarakat Negeri sembilan)
TEROMBA ADAT): • CIRI TEROMBA ADAT
• Ada 8 rangkap
• 1 baris terdiri daripada 2-3 patah perkataan
• MATI DIKANDUNG TANAH – rangkap 1 [baris dua]
- Bilangan suku kata dalam sebaris ialah 6-9 suku kata
KAIN DIPAKAI USANG – rangkap 2 [baris 2]

RIMA AKHIR
(a-a) tidak tetap
HIDUP DIKANDUNG TANAH
MATI DIKANDUNG ADAT -rangkap 1
ADAT DIPAKAI BARU
KAIN DIPAKAI USANG-rangkap 2

Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang


Kadangkala terdapat penggunaan bahasa.
ASPEK ISI KANDUNGAN
• Mengandungi adat dan peraturan atau norma-norma hidup masyarakat khusus
tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan.
FUNGSI TEROMBA ADAT

Memberi panduan serta didikan tentang cara hidup masyarakat dan undang-undang.

Membentuk dan membina masyarakat harmoni

Persoalan
1. Persoalan kepentingan adat berpandukan masyarakat
dahulu .
2. Persoalan kebaikan adat Pepatih .
3. Persoalan yang mengamalkan adat Rukun Islam.
TEROMBA ADAT DAN MAKSUD RANGKAP
vv

HIDUP DIKANDUNG ADAT,


MATI DIKANDUNG TANAH. [rangkap 1]

ADAT DIPAKAI BARU,


KAIN DIPAKAI USANG. [rangkap 2]

YANG ELOK DIPAKAI,


YANG BURUK DIBUANG. [rangkap 3]

LEMBAGA BERLINGKUNGAN,
UNDANG KELINTASAN. [rangkap 4]
DUDUK MERAUT,
TEGAK MENINJAU ARAH.[rangkap 5]

KE DARAT ADAT PEPATIH,


KE LAUT ADAT TEMENGGUNG.[rangkap 6]

KE LAUT BERTEROMBA,
KE DARAT BERSALASILAH.[rangkap 7]

ADAT BERSENDI HUKUM,


HUKUM BERSENDI KITAB ALLAH.[rangkap 8]
Rangkap;1
Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah

Ketika manusia berada di dunia, mereka setiasa terikat


dengan adat atau tingkah laku yang biasa dilakukan setiap
hari yang menjadi sebahagian budaya hidup. Segala ikatan
peraturan adat akan luput apabila manusia sudah meninggal
dunia. Ketika itu, manusia hanya dilingkungi oleh tanah
sahaja.
Rangkap 2
Adat dipakai baru,
Kain dipakai usang.

Adat yang diamalkan setiap hari adalah sesuai


mengikut zaman dan sentiasa segar untuk diamalkan.
Berbanding dengan pakaian seperti kain dan baju
tentunya akan semakin lama, buruk dan tidak boleh
dipakai sepanjang masa
Rangkap;3
Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang.

Adat yang baik patut diamalkan oleh masyarakat


namun jika adat (budaya) itu buruk dan bertentangan
dengan nilai dan agama, ia patut ditinggalkan dan
tidak boleh diamalkan.
Rangkap 4
Lembaga berlingkungan,
Undang kelintasan.
Lembaga bermaksud :
Dato' Lembaga adalah gelaran seorang pemimpin yang mengetuai sesuatu suku dalam masyarakat Adat Perpatih
. Dato' Lembaga ini dipilih oleh para Buapak daripada beberapa Perut yang menjadi anggota sesuatu suku.

Dato' Lembaga yang dilantik mestilah mendapat persetujuan daripada Undang atau Penghulu Luak.


Tanggungjawab Dato' Lembaga meliputi hal ehwal anak buahnya di dalam suku yang diwakilinya. Ini
termasuklah urusan harta pusaka dan pentadbiran tanah adat bagi anak-anak buahnya. Seseorang Dato'
Lembaga itu boleh dipecat daripada jawatannya jika terbukti dia cuai atau bekelakuan yang tidak selayaknya
Undang bermaksud:
Undang adalah jawatan ketua bagi sesuatu Luak di dalam
masyarakat Adat Perpatih. Perlantikan Undang ini dilakukan oleh
Dato'-Dato' Lembaga di dalam sesuatu luak itu. Di Negeri Sembilan
 kini adalah empat orang Undang yang mengetuai empat buah luak
utama. Mereka ialah Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, 
Undang Johol dan Undang Jelebu.

Peranan dan kuasa ketua ( Lembaga dan Undang) dalam amalan adat
sebenarnya mempunyai had dan batasan. Malah kawasan jajahan
takluk pentadbiran mereka juga telah ditentukan oleh adat.
Rangkap 5
Duduk meraut ranjau,
Tegak meninjau jarah.
Ranjau = Daun kelapa yang dibuat lidi penyapu. Ia perlu diraut
dengan pisau yang tajam.
Jarah  = Musuh atau penjahat (penjarah). Musuh perlu ditinjau
(perhatikan).

Menggambarkan peranan anggota masyarakat yang mengamalkan


adat. Dalam semua aktiviti kehidupan, ahli masyarakat sebenarnya
mempunyai peranan masing-masing tidak kira samada ketika duduk
maupun berdiri
Rangkap 6
Ke da ra t Ada t Pe r pa tih,
Ke laut Ada t Te m enggung

Walau dimana pun kita berada, kita akan terikat dengan


adat tertentu seperti Adat Perpatih ketika berada di
daratan, Manakala ketika berada di laut kita terikat dengan
Adat Temenggung
Rangkap 7
Ke laut berteromba,
Ke darat bersalasilah

Teromba merupakan ungkapan berirama yang


kelazimannya mengenai adat sebagai panduan atau
amalan adat sesuatu masyarakat. Ia merupakan sejenis
puisi bebas yang mungkin mempunyai bentuk lain seperti 
pantun, syair, rubai dan talibun tetapi isi dan fungsinya
merujuk kepada satu bidang tetap, iaitu adat. Puisi ini
dikenali juga sebagai puisi adat. dan dikatakan berasal
daripada masyarakatMinangkabau
Salasilah keturunan atau Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui
dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan
seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat;
dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam 
Islam

Berteromba selalu dikaitkan dengan pengucapan beberapa amalan adat manakala


bersalasilah selalunya berkait dengan amalan silaturrahim dan pembahagian
harta pusaka
Rangkap 8
Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi Kitab
Allah

Amalan adat sebenarnya masih terikat (tertakluk)


dengan hukum agama yang secara tidak langsung
berkait dengan Kitab Allah iaitu Al-Quran.
GAYA BAHASA
CONTOH [RANGKAP 1] BARIS KE-2
[ASONANSI]
Pengulangan vocal a sebanyak 4 kali dalam satu rangkap
MATI DIKANDUNG TANAH
[ALITERASI]
Penggulangan vocal huruf konsonan n sebanyak 3 kali dalam satu
rangkap
MATI DIKANDUNG TANAH
CONTOH (RANGKAP 3) BARIS 1-2
[ anafora]
pengulangan kata diawal baris pada rangkap 3
kesan menimbulkan maksud kesan keindahan dan ketegasan dari segi penyebutan
YANG ELOK DIPAKAI
YANG BURUK DIBUANG

CONTOH (RANGKAP 2) BARIS 1-2


[responsi]
Pengulangan kata ditengah baris pada rangkap 2
kesan menimbulkan maksud yang hendak disampaikan
ADAT DIPAKAI BARU,
KAIN DIPAKAI USANG.
GAMBARAN /PEMIKIRAN MASYARAKAT

- masyarakat yang patuh pada adat


- Masyarakat yang mengamalkan adat pepatih
- masyarakat yang bersiap siaga
- masyarakat yang menghormati dan mengamalkan
hukum-hukum keagamaan berdasarkan kitab
- masyarakat pemimpin yang bertanggungjawab menjaga
Kawasan penaungannya.
- masyarakat yang mementingkan salasiah keluaraga.
NILAI
PATUH
-masyarakat yang patuh pada adat
pepatih yang diamalkan .
-masyarakat yang patuh dengan hukum
kitab Allah.
KEPENTINGAN TEROMBA ADAT 
1) Di dalam masyarakat Melayu terutamanya masyarakat Melayu Negeri
Sembilan penggunaan Teromba sudah menjadi sinonim di dalam kehidupan mereka sudah
sekian lama.
2)Teromba mempunyai kepentingannya di dalam adat-adat masyarakat Melayu Negeri
Sembilan terutamanya yang berkaitan dengan adat-adat pemerintahan NegeriSembilan.
3) Masyarakat Negeri Sembilan iaitu masyarakat Minangkabau mempunyai pelbagai adat
dan adat-adat ini masih dikekalkan sehingga ke hari.
4) NegeriSembilan mengamalkan Adat Perpatih berbanding negeri-negeri lain yang
mengamalkan adatTemenggung.
5) Adat-adat yang diamalkan itu ada yang menggunakan Teromba sebagai pemudah cara
ataupun penyedap kata.
6) Teromba merupakan puisi Melayu yang lahir daripadaadat daripada masyarakat yang
mengamalkan Adat Pepatih yang juga dikenali sebagai perbilangan adat, terasul, tambo dan
salasilah.
7) Selain itu teromba juga terdapat sisipan puisi melayu lain seperti pantun, gurindam
dan juga peribahasa.
PENGAJARAN

• -kita haruslah menerapkan pemikiran positif supaya setiap pekerjaan


disempurnakan dengan baik.
• -Kita hendaklah mengamalkan adat dalam kehidupan agar adat tidak
dilupakan begitu sahaja
• -sebagai pemimpin, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab
dengan bersungguh-sungguh agar peraturan dan adat dapat
diamalkan oleh rakyat, bagi masyarakat Negeri Sembilan.

You might also like