Professional Documents
Culture Documents
Bolt
Bolt
Terdapat pelbagai jenis bolt dan nat. Lazimnya ia dibezakan berdasarkan bentuk kepala, saiz diameter, dan panjang bolt. Sebagai contohnya bolt jenis kepala heksagon dan empat berulir V merupakan jenis paling banyak digunakan dalam kerja kejuruteraan. Bolt dan nat banyak digunakan dalam mengikat benda kerja berat, contohnya dalam pemasangan enjin kereta.
JENIS-JENIS NAT
Nat juga terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis mengikut pengunaannya. Antaranya ialah nat berbentuk heksagon beralur,nat segi empat, nat kota, dan sebagainya.
-Nat segi empat digunakan dengan bol dalam kerja pemasangan umum. -Nat heksagon digunakan dengan bol atau stad dalam kerja pemasangan umum. -Nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat tanpa menggunakan soket atau sepana. -Nat kota digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar daripada bol.