Adat Perpatih Dan Adat Temenggung

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PELAKSANAAN ADAT PERPATIH DAN

ADAT TEMENGGUNG
BY:HARRY FERNANDO
ADAT PERPATIH
A. Politik
 Sistem pemerintah
1. system pemerintah menekankan unsur demokrasi,permuafakatan ,dan musyawarah sebagai asas bagi pentadbiran dan
penyelesaian masalah.
2. suku mempunyai wakil dalam pemerintahan.ini bermakna kedaulatan berada di tangan rakyat.
3. mengikut hierarki pemerintahan adat perpatih ,pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah, iaitu anak
buah, diikuti oleh buapak,Lembaga,dan undangan yang kemudiannya melantik yang dipertuan besar .
4. yang dipertuan besar merupakan pemerintahan tertinggi tetapi baginda tidak berhak memilih pembesar.setiap keputusan
baginda dibuat setelah berunding dengan undangan.
5. system pmerintahan berasaskan adat perpatih tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa tersebut
kepada individu mengikut peringkat
 Perundangan / Hukum
1. undang-undang jenayah bersifat pemulihan ,berperikemanusiaan,dan bertimbang rasa.orang yang membuat kesalahan
akan didenda berdasarkan kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi.
2. contohnya, seseorang yang cedera akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam atau kambing bergantung kepada keadaan
lukanya .
3. sekiranya berlaku pembunuhan ,si pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati.
4) HUKUMAN MATI HANYA AKAN DIKENAKAN BAGI KES YANG SERIUS SEPERTI PENDERHAKAAN YANG
DIJALANKAN OLEH UNDANGAN ATAU YANG DIPERTUAN BESAR.
5) HUKUMAN LAIN DITENTUKAN OLEH BUAPAK ATAU LEMBAGA.

B. EKONOMI
PEMBAHAGIAN HARTA
-DARI SEGI PEMBAHAGIAN HARTA ,HARTA BUKAN HAK PERSEORANGAN ,TETAPI ADALAH HAK MILIK
KELOMPOK KEKELUARGAAN SECARA BERSAMA.
-HARTA DALAM MASYARAKAT TIDAK BOLEH DIJUAL KEPADA KELOMPOK KELUARGA LAIN DENGAN
SYARAT-SYARAT TERTENTU .
-WARISAN HARTA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
A)HARTA PUSAKA,IAITU HARTA PEREMPUAN YANG DIWARISKAN KEPADA KETURUNAN PEREMPUAN.

B)HARTA PEMBAWA,IAITU HARTA SUAMI YANG DIBAWA KE DALAM KELUARGA BAHARU SETELAH
KAHWIN.APABILA BERLAKU PENCERAIAN,HARTA INI KEKAL MENJADI MILIK PIHAK LELAKI.JIKA LELAKI
TERSEBUT MATI ,HARTA INI DIWARISKAN KEPADA ANAK PEREMPUANNYA.

C)HARTA DAPATAN,IAITU HARTA ORANG PEREMPUAN YANG DIPEROLEHI SEBELUM BERKAHWIN .

D)HARTA SEPENCARIAN,IAITU HARTA SUAMI ISTERI SETELAH BERUMAH TANGGA.JIKA BERLAKU


PENCERAIAN,HARTA INI DIBAHAGIKAN SAMA RATA.HARTA INI AKAN MENJADI HARTA PUASAKA APABIA
PASANGAN SUAMI ISTERI MATI.JIKA SESEORANG WANITA MENINGGAL DUNIA TANPA ANAK,HARTANYA
AKAN DIWARISI OLEH SAUDARA PEREMPUANNYA.
 SOSIAL
KEKELURGAAN
-SETIAP AHI SUKU ADALAH BERSAUDARA.
-DARI SEGI KETURUNAN ,KELUARGA SEBELAH IBU DIUTAMAKAN KERANA JURAI INI MELAHIRKAN SUKU.

II)PERKAHWINAN
-APABILA SESEORANG ANAN PEREMPUAN BERKAHWIN,SUAMINYA AKAN DIGELAR ORANG
SEMENDA.ORANG SEMENDA BERKUASA TERHADAP ISTERINYA.
-MENURUT ADAT,JIKA BERLAKU PERSELISIHAN RUMAH TANGGA ,ISTERI SEHARUSNYA MEMOHON MAAF
-SAUDARA-MARA ISTERI TIDAK BOLEH CAMPUR TANGAN DALAM MASAAH PERSELISIHAN ORANG
SEMENDA DENGAN ISTERI DAN ANAK –ANAKNYA,ATAU DALAM APA-APA PERKARA BERHUBUNGAN
DENGAN RUMAH TANGGANYA .
-LELAKI SEMENDA DIKEHENDAKI MENDIRIKAN RUMAH BAGI ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA DI ATAS
TANAH YANG DIMILIKI OLEH KELUARGA SEBELAH ISTERINYA .DENGAN DEMIKIAN ,RUMAH TERSEBUT
AKAN MENJADI HAK MILIK ISTERINYA.
-ADAT PERPATIH MENGAMALKAN PERKAHWINAN EKSOGAMI , IAITU PERKAHWINAN DENGAN SUKU YANG
BERBEZA KERANA HUBUNGAN ANTARA AHLI SUKU AMAT ERAT DAN DIANGGAP BERSAUDARA.

III)KEMASYARAKATAN
-AHLI-AHLI DIKELOMPOKKAN KE DALAM KELOMPOK KEKELUARGAAN SEPERTI SUKU .IKATAN
KEKELUARGAAN DALAM KALANGAN AHLI MASYARAKAT ERAT DAN KUAT
-DI NEGERI SEMBILAN ,TERDAPAT 12 SUKU DAN DISETIAP SUKU DIANGGAP SEBUAH KELUARGA YANG BESAR
-12 SUKU TERSEBUT ADALAH ANAK ACHEH,ANAK MELAKA,BATU BELANG,BATU
HAMPAR,DATAR,MUNGKAL ,PAYA KUMBUH,SERI LEMAK,SERI MELANGGANG,TANAH DATAR DAN TIGA NENEK.
ADAT TEMENGGUNG
 Politik
1. Sistem pemerintahan bercorak autokratik
2. Kuasa tertinggi terletak di tanan Raja atau Sultan
3. Baginda menjadi ketua pentadbir,Ketua agama, dan simbol kedaulatan dan perpaduan rakyat.
4. Menekankan kuasa dan kedudukan istemewa pemerintah serta kaum bangsawan.
5. Di puncak struktur politik ialah raja atau sultan.
6. Diikuti dengan kerabat diraja ,Pembesar negeri,dan pembesar daerah atau jajahan.
7. Mereka dilantik oleh sultan dam memerintan sebagai wakil sultan .
8. Pembesar dearah bertugas pada peringkat mukim
9. Lapisan paling bawah ialah ketua kampung yang mentadbir sesebuah atau beberapa buah kampung.
10. Sistem pewarisan takhta:
a) Pelantikan seseorang sultan berdasarkan warisan.
b) Seseorang raja yang mangkat akan diganti oleh putera sulung.
c) Jika raja tidak mempunyai putera,adindanya akan mengambil alih takhta.
d) Jika kedua-dua pihak tiada,Raja bendahara akan dilantik sebagai raja.
 Perundangan/Hukuman
1. Undang-undang jenayah keras dan berpegang kepada prinsip pembalasan.
2. Ini bertujuan memberi iktibar,maran,dan pengajaran kepada orang lain.
3. Hukuman mati merupakan hukuman yang paing berat dan dijatuhkan ke atas kesalahan seperti
membunuh,memfitnah,dan menderhaka terhadap raja.
4. Undang-undang dalam adat temenggung memerlukan bukti yang kukuh terhadap sesuatu kesalahan .Dalam kes
jenayah ,saksi amat penting.

 Ekonomi
1. Harta adalah hak kepunyaan individu dam melibatkan pembayaran cukai dan sebagainya kepada penguasa tempatan
atau negeri.
2. Sistem pewaris menjadi hak milik tetap bagi seseorang individu.
3. Harta diwarisi lebih kepada anak lelaki.

c)Sosial
 Kekeluargaan
1. Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah.
2. Selaras dengan hukum syarak,lelaki diberikan keutamaan kerana mereka menjadi ketua keluarga dan nasab
keturunan dikira daripada sebelah bapa.
 Perkahwinan
1. Apabila seorang lelaki berkahwin .isterinya dikehendaki tinggal bersama-sama dengan keluarga ibu bapa
suaminya.Isterinya akan menjadi keluarga suaminya.
2. Adat temenggung mengamalkan perkahwinan endogami (Selari dengan hukum syarak ),iaitu perkahwinn hanya
boleh dilangsungkan sekiranya:
a) Tidak melanggar hukum agama islam.
b) Tidak ada pertalian darah atau pertalian perkahwinan.
c) Pasangan tidak berkahwin dengan orang lain.
d) Pasangan bukan daripada saudara susuan .
e) Larangan berkahwin dengan dua orang perempuan yang bersaudara.

 Kemasyarakatan
1. Pengkelompokan seperti dalam adat perpatih tidak wujud.

You might also like