Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 84

MAJLIS

• Majlis ditubuhkan sebagai badan penyelarasan antara kementerian


dengan kementerian atau pun Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan
Negeri
• Majlis ditubuhkan melalui 2 cara iaitu
• Di bawah Peruntukan Perlembagaan
• Ditubuhkan oleh kerajaan (Kabinet)
MAJLIS

• Contoh majlis yang terdapat dapat dalam Perlembagaan Persekutuan


(Majlis Perundangan )
i. Majlis Raja-raja
ii. Majlis Tanah Negara
iii. Majlis Kewangan Negara
iv. Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
v. Majlis Angkatan Tentera
MAJLIS
• Contoh majlis yang ditubuhkan oleh kabinet
i. Majlis Tindakan Negara
ii. Majlis Keselamatan Negara
iii. Majlis Ekonomi Negara
iv. Majlis Tindakan Ekonomi
MAJLIS RAJA-RAJA
Tugas Utama Majlis Membincangkan dasar-dasar negara spt di bawah-
Raja-Raja Hak istimewa orang Melayu
Hak istimewa Bumiputera Sabah dan Sarawak
Perubahan sempadan negeri
Kewarganegaraan
Penetapan tarikh upacara agama Islam yang sama
Taraf bahasa Melayu
Fungsi Majlis Tanah Membentuk dasar penggunaan tanah di
Negara Malaysia
Mentadbir dasar  penggunaan tanah di
Malaysia
Berunding dengan Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri tentang penggunaan tanah
dan penyelarasannya
Memastikan tanah dikawal untuk
pertanian,perhutanan dan perlombongan
sumber galian
MAJLIS TANAH NEGARA
• Maka hendaklah ada suatu Majlis Tanah Negara yang terdiri
daripada seorang Menteri sebagai pengerusi, seorang wakil dari
setiap Negeri yang hendaklah dilantik oleh Raja atau Yang di-
Pertua Negeri, dan apa-apa bilangan wakil Kerajaan Persekutuan
yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan tetapi, tertakluk kepada
Fasal (5) Perkara 95E, bilangan wakil Kerajaan Persekutuan tidak
boleh melebihi sepuluh.
MAJLIS TANAH NEGARA
MAJLIS KEWANGAN NEGARA
• Maka hendaklah ada suatu Majlis Kewangan Negara yang terdiri
daripada Perdana Menteri, mana-mana Menteri lain yang ditetapkan
oleh Perdana Menteri, dan seorang wakil dari setiap Negeri yang
dilantik oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri.

(2) Majlis Kewangan Negara hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh


Perdana Menteri seberapa kerap yang difikirkannya perlu dan apabila
wakil-wakil dari tiga Negeri atau lebih menghendaki diadakan
mesyuarat, tetapi sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah
diadakan pada tiap-tiap dua belas bulan.
MAJLIS KEWANGAN NEGARA
Menjadi kewajipan Kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan Majlis Kewangan
Negara berkenaan dengan-
(a) pemberian yang dibuat oleh Persekutuan kepada Negeri-Negeri;
(b) penyerahhakan kepada Negeri-Negeri keseluruhan atau apa-apa bahagian hasil
daripada apa-apa cukai atau fi persekutuan;
(c) keperluan pinjaman tahunan Persekutuan dan Negeri-Negeri dan penjalanan kuasa
meminjam Persekutuan dan Negeri-Negeri itu;
(d) pembuatan pinjaman kepada mana-mana Negeri itu;
(e) pembuatan rancangan pembangunan mengikut Perkara 92;
(f) perkara-perkara yang disebut dalam Butiran 7(f) dan (g) Senarai Persekutuan;
(g) apa-apa cadangan untuk membawa Rang Undang-Undang bagi suatu undang-undang
yang disebut dalam Fasal (2) Perkara 109 atau Fasal (3) atau (3A) Perkara 110;
(h) apa-apa perkara lain yang berkenaan dengannya Perlembagaan ini atau undang-
undang persekutuan membuat peruntukan bagi mengadakan rundingan dengan Majlis
Kewangan Negara.
MAJLIS KEWANGAN NEGARA
Fungsi Majlis Kewangan Mentadbir hal ehwal kewangan negara
Negara Menentukan jumlah pinjaman wang Kerajaan
Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
Menentukan rancangan kemajuan negeri dan
pembiayaannya
Menentukan pinjaman yang dibuat oleh Kerajaan
Persekutuan
Mengadakan perundingan antara Kerajaan
Persekutuan dengan Kerajaan Negeri berhubung
dengan penggunaan tanah
MAJLIS NEGARA BAGI KERAJAAN TEMPATAN
• Maka hendaklah ada suatu Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
yang terdiri daripada seorang Menteri sebagai Pengerusi, seorang
wakil dari setiap Negeri yang hendaklah dilantik oleh Raja atau
Yang di-Pertua Negeri, dan apa-apa bilangan wakil Kerajaan
Persekutuan yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan tetapi,
tertakluk kepada Fasal (5) Perkara 95E, bilangan wakil Kerajaan
Persekutuan tidak boleh melebihi sepuluh.
(2) Pengerusi boleh mengundi atas apa-apa soal di hadapan Majlis
Negara bagi Kerajaan Tempatan dan mempunyai undi pemutus.
(3) Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan hendaklah dipanggil
bermesyuarat oleh Pengerusi seberapa kerap yang difikirkannya
perlu tetapi sekurang-kurangnya satu mesyuarat hendaklah
diadakan pada tiap-tiap tahun.
• (4) Jika Pengerusi atau seseorang wakil sesuatu Negeri atau seseorang
wakil Kerajaan Persekutuan tidak dapat hadir dalam sesuatu
mesyuarat, maka pihak berkuasa yang melantiknya itu boleh melantik
seorang lain untuk mengambil tempatnya dalam mesyuarat itu.
(5) Menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk
membentuk, dari semasa ke semasa, dengan berunding dengan
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri, suatu dasar
negara untuk memajukan, membangunkan dan mengawal kerajaan
tempatan di seluruh Persekutuan dan
• untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengannya; dan
• Kerajaan-Kerajaan Persekutuan dan Negeri hendaklah mengikuti
dasar yang dibentuk sedemikian.
• (6) Menjadi kewajipan juga bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
mana-mana Negeri untuk berunding dengan Majlis Negara bagi Kerajaan
Tempatan berkenaan dengan apa-apa perundangan yang dicadangkan
mengenai kerajaan tempatan dan menjadi kewajipan Majlis Negara bagi
Kerajaan Tempatan untuk menasihati Kerajaan-Kerajaan itu mengenai
mana-mana perkara yang sedemikian.
(7) Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri boleh
merundingi Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan berkenaan dengan
apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan kerajaan tempatan, dan
menjadi kewajipan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan untuk
menasihati Kerajaan itu mengenai mana-mana perkara yang sedemikian.
MAJLIS NEGARA BAGI KERAJAAN TEMPATAN
Mengadakan penyelarasan dengan Kerajaan Tempatan
Fungsinya

Menteri Perumahan
Ahli-ahlinya

Wakil Kerajaan Negeri yang dilantik oleh sultan/YDN


Ahli yang dlantik oleh Kerajaan Persekutuan (<10 orang)
Membentuk dasar-dasar untuk memajukan Kerajaan Tempatan
Perkara-perkara yang diselaraskan

Pelaksanaan projek PBT


Tindakan Kerajaan Tempatan
Undang-undang Kerajaan Tempatan
Penggubalan undang-undang oleh penasihat Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Majlis Angkatan Tentera
• Maka hendaklah ada suatu Majlis Angkatan Tentera yang hendaklah
bertanggungjawab di bawah kuasa am Yang di-Pertuan Agong bagi
pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera, dan
segala perkara lain yang berhubungan dengannya selain perkara yang
berhubungan dengan penggunaan angkatan tentera bagi maksud
operasi.
(3) Majlis Angkatan Tentera hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut,
iaitu:

Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi


(a)

pertahanan, yang hendaklah menjadi Pengerusi;


seorang anggota yang mewakili Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, yang
(b)

hendaklah dilantik oleh Majlis Raja-Raja;


Panglima Angkatan Tentera yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan
(c)

Agong;
seorang anggota preman, iaitu orang yang melaksanakan tugas jawatan
(d)

Ketua Setiausaha Pertahanan, yang hendaklah bertindak sebagai Setiausaha


Majlis Angkatan Tentera;
dua orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan yang dilantik
(e)

oleh Yang di-Pertuan Agong;


seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan yang dilantik oleh Yang di-
(f)

Pertuan Agong;
seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan yang dilantik oleh Yang
(g)

di-Pertuan Agong;
dua orang anggota tambahan, jika ada, sama ada anggota tentera atau
(h)

preman, yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.


(4) Majlis Angkatan Tentera boleh bertindak walaupun ada kekosongan dalam
keanggotaannya dan, tertakluk kepada Perlembagaan ini dan kepada
undang-undang persekutuan, boleh membuat peruntukan bagi semua atau
mana-mana perkara yang berikut:
penyusunan kerjanya dan cara bagaimana fungsinya akan dilaksanakan, dan
(a)

penyimpanan rekod dan minit;


tugas dan tanggungjawab anggota Majlis itu masing-masing, termasuk pewakilan
(b)

mana-mana kuasa atau tugasnya kepada mana-mana anggota Majlis itu;


rundingan yang diadakan oleh Majlis itu dengan orang selain anggotanya;
(c)

tatacara yang akan diikuti oleh Majlis itu pada menjalankan urusannya (termasuk
(d)

menetapkan kuorum), melantik, mengikut pilihannya, seorang naib pengerusi daripada


kalangan anggotanya, dan fungsi naib pengerusi;

apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Majlis itu perlu atau suai manfaat dibuat
(e)

peruntukan mengenainya untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih baik.


Majlis Tindakan Ekonomi
• Pembentukan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) telah diumumkan oleh YAB Perdana
Menteri pada 11 Mac 2020. Majlis ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
sendiri. Fungsi-fungsi utama majlis ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti isu-isu semasa ekonomi dan memperakukan tindakan bagi memastikan
ekonomi kekal mampan serta mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global;

2. Mengenal pasti isu dan masalah yang mengekang pertumbuhan ekonomi serta langkah-
langkah penyelesaian untuk merancak dan merangsang pertumbuhan ekonomi;

3. Merangka pelan tindakan jangka pendek dan sederhana untuk merangsang


pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pelaburan asing dan tempatan serta memasti
pembangunan sosioekonomi demi kesejahteraan rakyat; dan

4. Memastikan keputusan-keputusan EAC dilaksanakan dengan segera


Majlis Keselamatan Negara
• adalah sebuah agensi peneraju yang menyelaras dasar berkaitan
keselamatan sejak penubuhannya pada 1971. Punca kuasa kepada
MKN adalah Arahan MKN No. 1 yang bersandarkan kepada Akta
Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 yang menjelaskan pembentukan
dan tanggungjawab Majlis Keselamatan Negara. Pada asasnya, MKN
bertanggungjawab menyelaraskan dasar yang berkaitan untuk
keselamatan negara dan arah tuju hal-hal keselamatan.
SURUHANAYA

SURUHANJAYA

SEMENATAR
TETAP A
 Suruhanjaya di Bawah JPM
 Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM)
 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
 Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK)
 Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D)
 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
 Jabatan dan Agensi
 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
 Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
 - Jabatan Bantuan Guaman (JBG) 
 - Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI)
 Bahagian Hal Ehwal Penguatkuasaan Maritim Malaysia (BHEPMM)
  Bahagian Istiadat Dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa (BIUPA)
 Bahagian Kabinet, Perlembagaan & Perhubungan Antara Kerajaan (BK
PP)
 Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH)
SURUHANJAYA HAK ASAI MANUSIA
• Fungsi dan kuasa Suruhanjaya
• 4. (1) Bagi membantu melindungi dan memajukan hak asasi manusia di
Malaysia, fungsi Suruhanjaya adalah
• untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang
berhubungan degan hak asasi manusia;
• untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan
perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mensyorkan
langkah-langkah perlu yang hendaklah diambil;
• untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan
penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara
antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; dan
• untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi
manusia yang disebut dalam seksyen 12.
SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA
• Fungsi dan kuasa Suruhanjaya
• (2) Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Suruhanjaya boleh menjalankan mana-mana atau
kesemua kuasa yang berikut:
• untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji
mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk
menyebarkan dan mengedarkan hasil penyeldikan itu.
• untuk menasihati Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan
terhadap pihak berkuasa itu yang mengesyorkan kepada Kerajaan dan/atau pihak berkuasa
itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
• untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut
peruntukan Akta in;
• untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang
yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
• untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
• untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis
yang berkuatkuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
• Pada tahun 1997, Parlimen telah meluluskan Akta Pencegahan Rasuah
1997 bagi memperkasakan peranan Badan Pencegah Rasuah sebagai
agensi penguatkuasa pencegahan rasuah negara.Pada tahun 2008,
Parlimen telah bersetuju supaya satu Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikan Badan
Pencegah Rasuah (BPR), selaras dengan hasrat masyarakat yang
mahukan entiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan
profesional.
FUNGSI SURUHAJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
• Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah
Seksyen 7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu :

Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahan di
bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana
yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu;
• Mengesan dan menyiasat :-
• Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009;
• Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah
Akta SPRM 2009; dan
• Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah
Akta 2009;
• Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkan
penemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajian
semula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjaya
mungkin membawa kepada rasuah;
• Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaan
orang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orang itu;
• Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalam
amalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesan
kewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perlu
oleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah;
• Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan
• Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah
SURUNJAYA PERKHIDMATAN AWAM
•   VISI

Menjadi pihak berkuasa melantik yang berintegriti, dinamik dan


profesional dalam urusan pelantikan dan urusan perkhidmatan penjawat
awam.
•   MISI

Melantik penjawat awam yang berintegriti dan kompeten melalui


penilaian yang holistik dan melaksanakan urusan perkhidmatan penjawat
awam secara cekap dan berkesan.
•   MOTTO

Mudah, Cepat dan Tepat.


•   OBJEKTIF

Memastikan fungsi melantik, mengesah, memberi taraf berpencen, menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan
kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota Perkhidmatan Awam di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Malaysia dilaksanakan dengan sempurna dan efisyen dalam tempoh yang ditetapkan.
•   IKRAR

Ikrar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia


Kami, seluruh anggota Urus Setia Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia berjanji akan:

Mematuhi hasrat dan cita-cita kerajaan;


Berpegang teguh kepada ajaran agama;
Berpegang kepada teras perkhidmatan cemerlang;
Komited kepada pelaksanaan program kualiti;
Melaksanakan kepimpinan melalui teladan;

Serta mengaku akan mencurahkan segala tenaga usaha kami ke arah:

Melaksanakan tugas dengan teratur, berkesan dan berkualiti;


Memberikan perkhidmatan dengan ikhlas dan cepat kepada pelanggan;
Mengamalkan sifat-sifat amanah, hormat, bertanggungjawab dan positif;
Berusaha mempertingkatkan martabat dan kecemerlangan;
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, sepanjang masa.
SURUNJAYA PERKHIDMATAN AWAM
• Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1)
Perlembagaan Persekutuan, Fungsi-Fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara
berikut:-

1. MELANTIK
2. MENGESAHKAN DALAM PERKHIDMATAN
3. KEMASUKAN KE DALAM JAWATAN BERPENCEN
4. MENAIKKAN PANGKAT
5. MENUKAR
6. MENJALANKAN KAWALAN TATATERTIB
• Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana
undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah
menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik,
mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen,
menaikkan pangkat, menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-
anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."
TUGAS-TUGAS SPA
• Tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia adalah sebagaimana yang
termaktub di dalam Perlembagaan persekutuan dan di antaranya adalah meliputi perkara-perkara berikut:-
• PELANTIKAN
Suruhanjaya menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak,
tukar sementara dan pinjaman. Suruhanjaya berkuasa menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan
Awam mengikut syarat-syarat pelantikan. Suruhanjaya telah memberi perwakilan kuasa kepada
Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi
jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).
• PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan, melanjutkan
tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan
kerana kegagalan disahkan dalam jawatan. Suruhanjaya juga memberi perwakilan kuasa kepada
Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan
dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).
• PEMBERIAN TARAF BERPENCEN
Suruhanjaya menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak
termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan
telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan
berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun.
• PERTUKARAN PERKHIDMATAN
Suruhanjaya berkuasa menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim
perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan
yang lain untuk skim perkhidmatan yang sama. Suruhanjaya juga berkuasa menukar tetap
pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.
• KENAIKAN PANGKAT
Suruhanjaya adalah berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke
jawatan (promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi
(promotion to grade) bagi pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu. Selain
itu Suruhanjaya juga turut berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat
Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan.
• KAWALAN TATATERTIB
Suruhanjaya adalah merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan
tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta sebagai Lembaga
Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
• PIAGAM PELANGGAN
• SURUHANJAYA PERLANTIKAN KEHAKIMAN
SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA
• Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan dua (2) orang Ahli.
• Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah YBhg. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala ahli-ahlinya terdiri daripada
Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh.
• Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada tiga (3) orang. Ahli
tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir.
• YBhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili dua (2) negeri berkenaan. Pada tahun
1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan
Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. Pada
tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya
menjadi tujuh (7) orang iaitu seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima (5) orang Ahli termasuk seorang ahli
dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya
membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir
bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga
1958.
• Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad,
Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor,
Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di
sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah pula ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala
Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.
SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA
NILAI TERAS SPR
PENDAFTARAN PEMILIH
• Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah
untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka
dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka
dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
• Urusan pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh SPR semenjak ia ditubuhkan
tanpa gagal. Urusan yang dahulunya dilakukan secara bermusim iaitu setahun
sekali selama antara 21 hingga 42 hari, kini dibuka setiap hari untuk sepanjang
tahun sejak 16 Julai 2002.
• Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk
memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di
Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri. Sebelum anda dibenarkan
mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya
kecil, anda perlulah mendaftarkan nama anda sebagai pemilih. Anda tidak boleh
mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
• SPR menjalankan dua (2) jenis pendaftaran pemilih iaitu:
• Pendaftaran Baru:
• pendaftaran pemilih buat pertama kali.
• Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya:
• permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang
pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian
Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.
• Mengikut undang-undang pilihan raya, SPR boleh mendaftarkan dua (2) jenis pemilih iaitu:
• Pengundi Biasa:
• Pengundi biasa adalah pemilih berdaftar yang perlu hadir untuk mengundi di pusat-pusat
mengundi semasa pilihan raya.
• Pengundi Tidak Hadir (PTH) :
• Pengundi Tidak Hadir adalah golongan pemilih yang dinyatakan dalam Peraturan 2,
Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, iaitu, anggota tentera dan
pasangan, anggota perkhidmatan awam yang bertugas di luar negara dan pasangan yang
menetap bersamanya serta pelajar sepenuh masa yang menuntut di luar negara dan
pasangan yang menetap bersamanya.
PERJALANAN PILIHANRAYA
PROSES PILIHANRAYA
•Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan enam (6) peringkat iaitu pengeluaran writ, penamaan
calon, kempen pilihan raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.
•Pengeluaran Writ
Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat kekosongan di luar jangka, SPR akan
mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu
notis pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat-tempat yang mudah untuk semakan orang ramai. Notis tersebut
akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh pengundian yang akan dijalankan.
 
•Penamaan Calon
Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi, Pegawai Pengurus akan menerima
borang-borang penamaan dari calon, pencadang atau penyokong atau ketiga-tiga sekali. Selain dari penyerahan tiga salinan
borang penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun
Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri.
Borang-borang ini perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Pegawai Pengurus akan mengisytiharkan calon-calon yang
layak bertanding. Jika hanya seorang saja calon yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang
tanpa bertanding.
•Kempen Pilihan Raya
Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon-calon atau wakilnya bolehlah memulakan urusan kempen yang terdiri
daripada pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini perlu
dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Untuk tujuan kempen, calon-calon dikehendaki membayar
deposit bahan kempen sebanyak RM5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM3,000 bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri.
Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi membolehkan calon-
calon mengadakan ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.
 
•Pengundian
Pada hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih-pemilih yang namanya ada didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di
pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan. Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara jam 8.00
pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara. Namun demikian ada juga kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan
keselamatan dan kesukaran pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Setiap pusat mengundi biasanya mempunyai
lebih dari satu tempat mengundi. Ianya diketuai oleh seorang Ketua Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang
pembantu. Bagi pengundi-pengundi tidak hadir atau kalangan yang layak mengundi secara pos, mereka boleh mengundi lebih
awal dari hari mengundi yang ditetapkan. Namun demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat
Pegawai Pengurus pada jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.
• Penjumlahan Rasmi Undi
Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan
kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan ke dalam Borang 14. Semua
Borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat Penjumlahan Rasmi
Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan jika didapati betul beliau
akan mengumumkan kepada orang ramai satu persatu dan jika terdapat keraguan beliau
akan menyemak semula dengan Borang 13 Penyata Kertas Undi. Apabila semua keputusan
Borang 14 - Penyata pengundian Selepas Pengiraan Undi dan Borang 15 - Penyata
Pengundian Selepas Pengiraan Kertas Undi Pos diterima dan diumumkan, beliau akan
menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk menentukan pemenangnya.
 
• Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu
bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan
mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan.
Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati
dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya melalui
petisyen pilihan raya.
• Deposit Pilihan Raya
• Bagi calon-calon yang hendak menyertai pilihan raya mereka dikehendaki
membayar wang deposit pilihan raya berjumlah seperti berikut:-
• Pilihan Raya Parlimen RM 10,000.00
• Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri RM 5,000.00
• 
• Wang deposit ini perlu dibayar kepada Pegawai Pengurus atau Pengarah
Pilihan Raya Negeri selewat-lewatnya pada jam 10.00 pagi pada hari
penamaan calon. Deposit Pilihan Raya boleh dibayar dalam bentuk wang
tunai atau draf bank.
• Calon-calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 1/8
daripada jumlah undi yang di perolehi oleh semua calon yang bertanding
di dalam sesuatu bahagian pilihan raya berkenaan.
• Pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya (PP-KPR)
• Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar, SPR mempunyai kuasa di bawah seksyen 3(d) Akta
Pilihan Raya 1958 dan seksyen 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk melantik Pegawai
Penguat Kuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di
setiap bahagian pilihan raya Parlimen
• Keanggotaan pasukan ini adalah terdiri daripada:-
• Pegawai Penguat Kuasa yang dilantik di bawah Seksyen 3(d) Akta Pilihan Raya
• Seorang Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor
• Seorang wakil pihak berkuasa tempatan
• Seorang wakil parti politik/calon
• 
• Fungsi-fungsinya ialah:-
• Mengawasi dan memantau semua aktiviti calon
• Menurunkan semua bahan kempen yang bercanggah dengan undang-undang pilihan raya
• Menghentikan ucapan dan syarahan yang melanggar undang-undang pilihan raya
• Mengawal dan menyelaras aktiviti berkempen
• Barong SPR
• Undang-undang yang ada sekarang melarang calon daripada mendirikan
sebarang barong atau pondok panas di dalam kawasan calon itu bertanding.
Namun demikian calon-calon dibenarkan untuk mengadakan pejabat parti untuk
urusannya di luar kawasan 50 meter dari pusat mengundi. Bagi memastikan
kelancaran pengundian, SPR akan mengadakan Barong SPR di pusat-pusat
mengundi. Tujuan barong ini diadakan adalah untuk membantu pemilih
menyemak nama mereka berada di dalam daftar pemilih dan penentuan pusat
dan tempat mengundi mereka supaya pengundian dapat berjalan dengan lancar
dan teratur.
• Perbelanjaan Pilihan Raya
• Calon-calon dibenarkan membelanjakan untuk urusan pilihan raya mereka
berdasarkan jumlah berikut :-
• Parlimen : Tidak lebih daripada RM200,000.00
• Dewan Undangan Negeri : Tidak lebih daripada RM100,000.00
• Calon-calon dikehendaki mengemukakan penyata perbelanjaan kepada SPR
dalam tempoh 31 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Calon-
calon dan ejen pilihan raya yang gagal berbuat demikian menyebabkan mereka
tidak layak untuk bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang.
• Jenis-Jenis Pengundian
• Terdapat tiga (3) jenis pengundian di Malaysia:
• Pengundian biasa melibatkan pemilih-pemilih biasa yang akan mengundi pada
hari yang ditetapkan sebagai hari mengundi.
• Pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta anggota Polis dan
pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), dan
• Pengundian pos melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada Angkatan
Tentera dan pasangannya, anggota Polis serta pasangan PGA yang terpaksa
menjalankan tugas operasi pada hari mengundi, pelajar di luar negara dan
pasangannya serta kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan
pasangannya.
• Pengundi-pengundi lain yang dibenarkan mengundi secara pos ialah:
• Petugas Pilihan Raya
• Ahli Panel, Pegawai dan kakitangan SPR
• Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi secara
pos melalui pewartaan
• 
• Pengundian Awal akan diadakan lebih awal iaitu tidak kurang dari tiga (3) hari
sebelum tarikh pengundian biasa. Kertas-kertas undi yang telah ditanda akan
disimpan dengan selamat dan akan dibuka untuk pengiraan pada jam 5.00
petang pada hari pengundian sebenar.
• Pengundian pos ini akan diadakan lebih awal iaitu sebaik sahaja kertas undi di
cetak dan mereka perlu mengemukakan kertas undi tersebut yang telah ditanda
ke Pejabat Pegawai Pengurus selewat-selewatnya pada jam 5.00 petang pada
hari mengundi.
• Alasan-Alasan Petisyen Pilihan Raya
• Keputusan pilihan raya hanya boleh di cabar di mahkamah pilihan raya
melalui petisyen pilihan raya. Ianya hendaklah di kemukakan dalam
tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan. Sesuatu
petisyen pilihan raya hanya boleh dibuat atas alasan-alasan berikut:
• Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang boleh menjejaskan
pilihan raya
• Ketidak patuhan peruntukan undang-undang dan peraturan pilihan
raya.
• Perbuatan rasuah atau perbuatan menyalahi undang-undang yang
dilakukan oleh calon-calon atau ejen-ejennya.
• Calon atau ejennya didapati tidak layak untuk menyertai pilihan raya.
• FAKTA - FAKTA UMUM UNTUK MAKLUMAT PEMILIH
• PENGUNDI BIASA
Adalah mereka yang telah mendaftar sebagai pengundi dan perlu hadir ke Pusat
Mengundi
• POLIS
Pengundi polis adalah anggota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai
pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :

• Pengundi
• Pengundi Pos - Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang
bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.
• TENTERA
Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai
pengundi awal. Terdiri daripada dua sub kategori :

• Pengundi
• Pengundi Pos - Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang
bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak memohon undi pos.
• LUAR NEGARA
Terdapat dua sub kategori:

• Pengundi tidak hadir luar negara ( mereka tidak perlu pohon untuk undi pos )
• Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara yang telah mendaftar
sebagai pengundi ( mereka perlu memohon untuk mengundi secara pos )
• MEDIA
Anggota media yang membuat liputan pilihan raya semasa hari
pengundian mereka perlu mohon untuk mengundi secara pos.
Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan
Luar Negara
• KATEGORI PENGUNDI POS DALAM NEGARA
• TENTERA
• Anggota tentera & pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Pengundian
Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Pengundian Awal
kerana terpaksa bertugas di luar kawasan menjaga keselamatan negara, mereka
boleh memohon untuk mengundi secara pos.
• POLIS
• Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM & pasangan PGA dikehendaki untuk
mengundi semasa Hari Pengundian Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat
hadir semasa Hari Pengundian Awal kerana terpaksa bertugas di luar kawasan
menjaga keselamatan negara, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.
• PETUGAS MEDIA
• Anggota media yang bertugas membuat liputan penjalanan pilihan
raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara
pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan
masing-masing. 
• PETUGAS PILIHAN RAYA
• Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, petugas-petugas pilihan raya
yang dilantik membantu SPR melaksanakan pilihan raya di
Pusat Mengundi turut diberikan ruang untuk memohon mengundi
secara pos, terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengundi di luar
Pusat Mengundi di mana mereka ditetapkan bertugas
• KATEGORI PENGUNDI POS LUAR NEGARA
• WARGANEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA
• Warganegara Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di
luar negara serta tidak berkesempatan untuk pulang mengundi di Malaysia,
dibenarkan untuk memohon mengundi secara pos. Walau bagaimanapun
mereka diminta memenuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan.
• PELAJAR DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN
• Pelajar Malaysia yang telah mendaftar sebagai pemilih tetapi berada di luar
negara kerana menuntut sepenuh masa serta pasangannya telah dikategorikan
sebagai Pengundi Tidak Hadir. Mereka layak mengundi secara pos.
• PENJAWAT AWAM DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN
• Kelayakan ini juga diperuntukkan kepada penjawat awam yang bertugas di luar
negara serta pasangannya.
Pengundi Awal
• Bagi Anggota Tentera, Polis & Pasangan
• 1. Sebelum Pilihan Raya
• Semak butiran pengundi dalam daftar pemilih melalui Portal Rasmi
SPR, SMS ataupun menghubungi Call Centre SPR di talian 03-8881
0081
• Selepas pembubaran, semak pula kedudukan Pusat Mengundi yang
telah ditetapkan kepada anda.
• 2. Semasa Tempoh Berkempen
• Kenalilah calon anda semasa tempoh ini.
• Anda juga boleh terlibat dalam aktiviti berkempen untuk calon yang
anda sukai dengan syarat sentiasa mematuhi peraturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan.
• 3. Semasa Hari Pengundian
• Datang awal ke Pusat Pengundian
• Dapatkan slip Saluran Mengundi di Barong Semakan SPR
• Beratur dengan senyap di Saluran Mengundi anda
• Bila dibenarkan masuk ikuti prosedur
• Segera beredar selepas mengundi. Pusat Mengundi adalah kawasan
larangan.
• Bagi pemilih dalam kalangan anggota polis dan tentera serta
pasangan yang namanya telah tersenarai dalam daftar pemilih yang
akan digunakan dalam pilihan raya bagi pengundian awal, mereka
diperlukan hadir sendiri ke pusat-pusat mengundi awal yang telah
ditetapkan oleh SPR untuk mengundi.
• CALON
• FAKTA-FAKTA UMUM UNTUK CALON
• Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah
dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga
halnya jika seseorang itu mahu menjadi seorang ahli Dewan Undangan Negeri
bagi mana-mana negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi
pilihan raya Dewan Undangan Negeri.
• Syarat Kelayakan Menjadi Calon

• Pilihan Raya Dewan Rakyat


• Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan
Persekutuan) semasa pencalonan.
• Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun pada hari penamaan calon.
• Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri
• Seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia ingin bertanding.
• Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun pada hari penamaan calon.
Hilang Kelayakan Menjadi Calon
• Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;
• Seseorang bankrap yang belum lepas;
• Seseorang yang memegang "jawatan berpendapatan";
• Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri atau menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah dicalonkan,
dia telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti yang
dikehendaki oleh undang-undang di dalam masa dan cara yang dikehendaki;
• Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam
Persekutuan (atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan-kawasan Sabah atau
Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada
satu (1) tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia
(RM2,000.00) dan belum menerima pengampunan;
• Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak
kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada
mana-mana negara asing.
• Deposit
Undang-undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam
pilihan raya dikehendaki mengemukan wang deposit yang ditetapkan
seperti berikut:
Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap
sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak
menerima kertas penamaan tersebut.
Pilihan Raya Parlimen- RM10,000.00
• Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM5,000.00
• Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
Calon-calon hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya
seperti berikut:
Sekiranya calon gagal mengemukakan deposit bahan kempen adalah
tidak dibenarkan untuk memasang atau mempamer sebarang bahan
kempen pilihan raya. Jika disabit kesalahan di bawah Sekyen Akta
Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan pekara tersebut, Calon
berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu tahun
atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.
Pilihan Raya Parlimen- RM5,000.00
• Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM3,000.00
• Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi
Calon adalah dibenarkan melawat tempat-tempat berikut:
Tempat mengundi/mengira undi.
• Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.
• Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.
• Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.
PERSEMPADANAN
 Badan Berkanun di bawah JPM
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
Lembaga Tabung Haji (LTH)
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Agensi Inovasi Malaysia (AIM)
BADAN-BADAN BERKANUN
BANK NEGARA MALAYSIA
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA
LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN
LEMBAGA GETAH MALAYSIA
INSTITUT PENEYELIDIKAN & KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA
PERTUBUHAN BERITA NASIONAL
LEMBAGA TABUNG HAJI
LEMBAGA KOKO MALAYSIA
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN
UNIVERSITY MALAYA & LAIN-LAIN IPTA DI MALAYSIA
DEWAN BAHASA & PUSTAKA
LEMBAGA LEBUH RAYA MALAYSIA
PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
PERBDANAN PRODUKTIVITI NEGARA.
AHLI-AHLI SURUHANJAYA DILANTIK OLEH YDPA
SELEPAS BERUNDING DENGAN MAJLIS RAJA-
RAJA

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN

SURUHANJAYA POLIS

SURUHANJAYA PERKHIDMAATAN
KEHAKIMAN & UNDANG-UNDANG

You might also like