Biologi Pertanian

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 12

ANATOMI BUNGA

TUMBUHAN MONOKOTIL
DAN DIKOTIL
Kelompok 4
- Syava Elena Nuraini Silaban (188220184)
- Elisabet Loi (188220175)
-Wan Adi Wijaya (188220191)
- Abdul Rahman Saragih (188220197)
-Obianus Halawa (188220192)
Bunga ialah struktur pembiakan untuk tumbuhan
berbunga, iaitu tumbuhan-tumbuhan dalam divisi
Magnoliophyta. Bunga mengandungi organ-organ
tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-
biji melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang
bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan generasi yang
berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk
penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas.
Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan
berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.
Organ-organ yang berlainan dalam tumbuhan berbunga
menghasilkan dua jenis spora pembiakan, iaitu debunga (spora jantan)
dan ovul (spora betina). Bagaimanapun, kedua-dua jenis spora ini berada
bersama-sama dalam strobilus (iaitu sekumpulan sporofil yang kelihatan
seakan-akan kon) bisporangiat (terdiri daripada mikrosporofil dan
megasporofil) yang merupakan bunga yang tipikal.

Bunga dianggap sebagai tangkai terubah suai (Eames, 1961).


Buku-buku pada ruas yang pendek menghasilkan struktur-struktur yang
dapat diubah suai untuk menjadi daun. Pada dasarnya, sebuah struktur
bunga terbentuk pada tunas terubah suai atau paksi yang mempunyai
meristem apeks yang tidak bertumbuh secara berterusan. Tangkai
digelarkan pedikel, dan hujungnya mempunyai torus atau pudung.
Bahagian-bahagian bunga diatur dalam bentuk sepusar di
sekeliling torus. Terdapat empat bahagian atau sepusar yang
utama (bermula daripada bawah bungga atau buku terendah naik
ke atas) seperti berikut:
a) Kaliks.
Merupakan sepusar sepal yang luar; biasanya, ini
berwarna hijau, tetapi kelihatan seolah-olah kelopak dalam
sebilangan spesies;

b) korola .
Merupakan sepusar kelopak; biasanya nipis, lembut dan
berwarna-warni untuk menarik serangga supaya dapat membantu
proses pendebungan.
c) androesium (daripada bahasa Greek andros oikia: rumah lelaki).
Terdiri daripada satu atau dua sepusar stamen, dengan setiap stamen
merupakan sebatang filamen yang mempunyai anter pada hujungnya untuk
menghasilkan debunga. Debunga mengandungi gamet jantan.

d) ginesium (daripada bahasa Greek gynaikos oikia: rumah perempuan).


Terdiri daripada satu atau lebih pistil. Karpel ialah organ pembiakan
betina yang mengandungi ovari serta ovul-ovul yang mengandungi gamet betina.
Sebatang pistil mungkin terdiri daripada satu karpel yang tunggal atau sebilangan
karpel yang digabungkan bersama-sama untuk menjadikan satu pistil bagi setiap
bunga (bunga yang sebegini digelarkan apokarpa). Stigma, iaitu bahagian hujung
pistil yang lekit, ialah penerima debunga. Stil, iaitu tangkai yang menyangga
stigma, menjadi laluan untuk penumbuhan tiub debunga dari butir-butir debunga
yang terlekat pada stigma ke ovul, dan membawa bahan-bahan pembiakan.
Bunga memiliki bagian jantan dan bagian betina.
Bagian jantan adalah benang sari yang terdiri atas:
• tangkai sari
• kepala sari
• serbuk sari
Bagian betina adalah putik yang terdiri atas:
• bakal buah ( di dalam bakal bijinya terdapat sel
kelamin betina)
• tangkai putik
• kepala putik
• Kepala putik berujung lengket untuk menangkap butir-
butir sel-sel jantan.
Bunga juga merupakan alat reproduksi seksual (generatif) dan
terletak pada dasar bunga atau reseptakulum. Pada reseptakulum terdapat
kelopak bunga (kaliks) yang terdiri atas satuan kelopak bunga (sepal). 
Kelopak bunga adalah bagian bunga terluar yang terletak di dasar bunga.
Kelopak ini berwarna hijau dan merupakan modifikasi dari daun. Bagian
atau lembaran kelopak bunga disebut juga daun kelopak (sepal). 
Di atas reseptakulum terdapat ovarium yang di dalamnya terdapat
bakal biji (ovum). Ovarium berhubungan dengan putik yang terdiri atas
tangkai putik (stigma). Bakal biji melekat pada dinding ovarium dengan
plasenta (funiculus). Pada bunga, terdapat benang sari (alat kelamin
jantan) yang terdiri atas kepala sari (anthera) dan tangkai sari (filamen).
Dari anthera dihasilkan serbuk sari atau polen yang mengandung gamet.
Pada dasarnya, anatomi bunga tumbuhan monokotil
dan tumbuhan dikotil hampir sama. Bagian utama dari
bunga adalah mahkota bunga (corolla) yang terdiri atas
petal (helai mahkota bunga). Mahkota dan kelopak bunga
sering disebut perhiasan bunga dan ukuran mahkota
biasanya besar dan berwarna-warni.  Mahkota tumbuhan
monokotil umumnya 3 atau 6 helai contohnya adalah bunga
padi, bunga gandum, bunga jagung, dll. Sedangkan, daun
mahkota tumbuhan dikotil umumnya 4 atau 5 helai
contohnya adalah bunga mangga, bunga kayu manis, bunga
alpukat, dll.
Perbedaan Bunga Monokotil dan Dikotil
• Satu daun muncul dari kotiledon monokotil, sedangkan pada dikotil
dua daun muncul dari kotiledon
• Pada monokotil daun memiliki vena paralel, sedangkan pada dokotil
Daun membentuk jaringan percabangan
• Monokotil memiliki sistem akar serabut, sedangkan dikotil memiliki
sistem akar keran
• Pada bunga monokotil kelopak dalam kombinasi dari 3, sedangkan
pada dikotil kelopak dalam kombinasi dari 4 atau 5
• Bunga monokotil mempunyai benang sari dalam kombinasi dari 3,
sementara pada bunga dikotil benang sari dalam kelipatan 4 atau 5
• Contoh bunga monokotil: bunga Lily, sedangkan contoh untuk
bunga dikotil: bunga Mawar
THANK YOU
Ada Pertanyaan?

You might also like