Olahraga Lumba Jalan Kaki and Lempar Cak

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

Lumba Jalan Kaki

ASAS LUMBA JALAN


KAKI
 Dipertandingkan sama ada di jalan atau di
balapan
 Bagi peringkat MSSM acara
dipertandingkan di balapan
 Garis permulaan bagi semua katogeri
adalah garis lengkung.
ASAS LUMBA JALAN KAKI
KATEGORI YANG JARAK PERLUMBAAN JUMLAH PUSINGAN
DIPERTANDINGKAN   (m) (pusingan)
Lelaki bawah 18 tahun
10 000 25

Perempuan bawah 18
tahun
5 000 12 setengah

Lelaki bawah 15 tahun


5 000 12 setengah

Perempuan bawah 15
tahun
3 000 7 setengah
KEMAHIRAN LUMBA JALAN KAKI

 Dicipta agar kita memperoleh kelajuan ketika berjalan


 Teknik yang betul :
i)  mematuhi peraturan yang ditetapkan
ii) akan menghasilkan pergerakan yang efisien
 Dua fasa dalam kemahiran lumba jalan kaki
i) Fasa sokongan sebelah kaki
ii)Fasa sokongan dua belah kaki
FASA SOKONGAN SEBELAH KAKI

 Menghasilkan pecutan dan persediaan untuk menjejakkan


kaki yang bebas
 Terbahagi kepada dua jenis
 Sokongan kaki hadapan
 Sokongn kaki belakang
 Sokongan kaki hadapan
 Bermula sebaik sahaja kaki ke hadapan menyentuh
permukaan bumi sehingga kaki tersebut berada dalam posisi
lurus dengan badan.
 Pusat graviti berada pada kaki yang menyokong badan.
 Dibantu oleh momentum yang terhasil semasa sokongan
kaki belakang.
 Sokongan kaki belakang
  memastikan kedua-dua belah kaki menyentuh bumi
sepanjang masa
 Bermula sebaik sahaja kaki sokongan melakukan tolakan ke
hadapan manakala kaki yang bebas mula melangkah ke
hadapan.
 Menghasilkan pecutan dan persediaan bagi fasa sokongan
dua belah kaki.
FASA SOKONGAN DUA
BELAH KAKI
 Berlaku
hanya seketika iaitu ketika
kedua-dua belah kaki menyentuh
permukaan bumi.
 Menghubungkan sokongan kaki
belakang dan sokongan kaki hadapan.
ANSUR MAJU DALAM
LUMBA JALAN KAKI
1.Terdapat beberapa latihan ansur maju dalam lumba jalan kaki
seperti :

a) Berjalan secara semula jadi


b) Berjalan lumba
c) Berjalan atas garisan lurus
d) Senaman mobiliti spesifik
e) tempo berjalan pelbagai
Undang-Undang & Peraturan
 Penentukan posisi ketika permulaan ditentukan mengikut seeding
yang dilaksanakn oleh penganjur.
 Perlumbaan yang berlangsung di balapan akan diadili oleh 6 orang
hakim termasuk seorang ketua hakim.
 Amaran akan diberikan sekiranya teknik jalan kaki tidak mengikut
definisi perlumbaan.
 3 amaran akan diberi sebelum pernyataan dibatalkan.
 Tanda kuning dengan simbol kesalahan akan ditunjukkan sebagai
tanda amaran. Tanda merah pula ditunjukkan sebagai pernyataan
dibatalkan.
 Pernyataan akan dibatalkan oleh ketua hakim apabila tiga hakim
sependapat cara berjalan tidak mengikut definisi lumba jalan kaki.
 Sekiranya, pertandingan diadakan di balapan, individu yang
dibatalkan mesti segera meninggalkan balapan.
Lempar Cakera
PERALATAN DAN KEMUDAHAN
LEMPAR CAKERA

BULATAN LEMPARAN
 Bulatan lemparan dibahagikan kepada dua
 bahagian, iaitu separuh bulatan hadapan dan
 separuh bulatan belakang.Kedua-dua bahagian ini
dipisahkan oleh satu garisan.Bahagian tepi bulatan cakera
dililit dengan gelung besi atau keluli.
KAWASAN PENDARATAN CAKERA

 Kawasan pendaratan cakera perlu rata dan ditandai dengan


dua garisan lurus berwarna putih yang bersudut 40 darjah
dari pusat bulatan lemparan.
CAKERA

 Cakera diperbuat daripada kayu. Bahagian kelilingnya


dibingkaikan dengan logam yang licin. Di tengah-tengah
cakera diletakkan kepingan logam.
Spesifikasi cakera yang digunakan
mengikut kategori umur
Kemahiran Lempar Cakera
FASA PERSEDIAAN

 Berdiri membelakangi arah lemparan.


 Buka kaki seluas bahu.
 Fleksi lutut.
 Berat badan di atas kedua-dua bebola kaki.
 Ekstensi tangan yang memegang cakera.
 Ayun cakera ke belakang pada paras bahu.
 Kilas pinggang semasa ayunan ke belakang.
 Tangan bebas di hadapan dada.
FASA PUTARAN

 Pusing ke arah lemparan.Berat badan di atas kaki


menyokong.
 Ayun kaki dominan luas keliling bulatan.Mendarat dengan
bebola kaki di tengah bulatan.
 Berat badan di atas kaki kanan.
 Bawa kaki bebas ke arah lemparan.
 Ekstensi tangan untuk stabiliti.
FASA LEMPARAN

 Berat badan pada kaki dominan.


 Pasak kaki bebas lurus ke arah lemparan.
 Kedudukan dagu, lutut kanan dan jari kaki dominan dalam
satu garisan.
 Kilas kaki dan pinggang dengan pantas ke arah lemparan.
 Pindah berat badan pada kaki bebas.
 Kilas pinggang dan ayun cakera dengan pantas apabila
kedua-dua belah kaki menyentuh bumi.
 Lepaskan cakera di bawah peras bahu.
 Kedudukan kedua-dua  bahu adalah sejajar.
FASA IKUT LAJAK

 Tukar kaki dengan pantas selepas fasa lemparan.


 Fleksi lutut kaki hadapan. Badan direndahkan untuk
merendahkan pusat graviti.
 Mata pandang ke arah penerbangan cakera.
 Ayun kaki bebas ke belakang.
Ansur Maju Kemahiran Lempar Cakera
Latihan 1
 Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera
ketika melepaskannya. (a)  Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di
belakang. Bengkokkan kaki sedikit (b)  Hayunan cakera berulang kali ke
depan dan kebelakang di sisi badan. Ingat, jangan menggenggam cakera.
Pegangan seperti yang diterangkan sebelum ini. (c)  Setelah menghayun
cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera supaya
ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara lurus ke depan. Di saat-
saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari
tengah dan telunjuk.
Latihan 2

 Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera. (a) 


Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah
kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan
sokongan tangan kanan. (b)  Hayunan cakera ke belakang
dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika
melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung
kedua kaki. (c)  Sambil mengilaskan badan dan menghayun
cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan
melempar cakera ke kawasan pendaratan.
Latihan 3

 Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera. (a) 


Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan
direndahkan sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan
bahu kiri. (b)  Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan,
badan berpusing kea rah lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera
masih mengikut dari belakang. (c)  Sambil berpusing, kaki
kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi. (d) 
Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
(e)  Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk
membantu latihan memusingkan badan sebagia panduan
kedudukan kaki. Buat latihan dengan pergerakan yang perlahan
dan kemudian beransur laju. (nota): pada peringkat awal,
latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan bulatan lemparan
dan tanpa memegang cakera.
Latihan 4

 Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama


dan permulaan untuk melempar. (a)  Berdiri di tengah-
tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan
lemparan dan hayunakan cakera. (b)  Hayunan cakera dari
belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula
mengilaskan badan ke depan bulatan. (c)  Apabila cakera
sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika
lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.
Undang-Undang & Peraturan
 Cakera mesti dilempar dari dalam bulatan.
 Masa melaksanakan lemparan 1 minit selepas masuk ke dalam bulatan.
 Peserta hendaklah memulakan lemparannya dari persediaan statik, tidak
bergerak dalam bulatan.
 Lemparan dikira batal jika sesudah memasuki bulatan dan memulakan
pergerakkan untuk melempar, bahagian badan tersentuh kawasan luar
bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau cakera terlepas semasa
membuat percubaan.
 Lemparan yang sah jika keseluruhan cakera mendarat di dalam kawasan
pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor.
 Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera menyentuh
darat.
 Peserta mesti meninggalkan bulatan dari bahagian belakang.
 Peserta tidak boleh menggunakan sarung tangan.
 Percubaan lemparan dilakukan sebanyak enam kali. Hanya lemparan
paling jauh diambil kira untuk menentukan pemenang.
Sekian Terima Kasih..!

You might also like