Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

‘Simpton Autisme takkan sembuh

Tuan/Puan, tapi kita boleh


optimumkan kemahiran mereka
melalui kaedah intervensi’

Cikgu, Autisme ni
boleh sembuh ke?
APAKAH MAKSUD AUTISME

Ketidakupayaan seseorang untuk


berinteraksi dengan orang lain,
gangguan bahasa dan suka
menyendiri

Dawson & Castello (2007)

Austime adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang


hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada
perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak
untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar
seperti anak biasa.
FAKTA MENGENAI AUTISME

 Autisme tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat


secara fizikal. Autisme dapat dilihat melalui defisit dalam
komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang
berulang.

 Autisme muncul pada usia awal kanak-kanak (sebelum 3


tahun) dan boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan.

 Autisme adalah gangguan spektrum. Ini bermakna bahawa


sesetengah individu terjejas dengan autisme pada tahap
yang rendah, sesetengah di peringkat sederhana dan
sesetengah di tahap yang tinggi.
KENALI 5 JENIS AUTISME YANG BERBEZA

1. Gangguan Spektrum Autisme (ASD)

 Sebilangan besar yang mempunyai gangguan spektrum autisme (ASD)


ini mempunyai kecerdasan normal atau berlebihan dengan kemahiran
lisan yang kuat , tetapi komunikasi sosial amat mencabar untuk mereka.

 Tahap 1 ASD kadang-kadang digambarkan sebagai autisme ‘berfungsi


tinggi’. Orang dengan ASD Tahap 1 cenderung dengan isyarat sosial
dan sering mempunyai minat yang kuat terhadap satu atau dua subjek.
2. Sindrom Rett

 Penyakit neurologi yang jarang berlaku dan ia biasanya didiagnosis


dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan. Walaupun tiada
penawar bagi sindrom ini, diagnosis dan rawatan awal dapat
membantu anak-anak yang menghidap Sindrom Rett.

 Sindrom Rett dikategorikan sebagai sebahagian daripada Gangguan


Spektrum Autisme. Ia juga terbukti bahawa Sindrom Rett
kebanyakkannya berkaitan genetik.
3. Sindrom Kanner

 Sindrom Kanner juga dikenali sebagai Kanner Autisme, Autisme


bayi atau awal zaman kanak-kanak autisme.

 Dikenalpasti sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun.

 Sindrom ini dianggap sebagai gangguan perkembangan yang


mendalam dan lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki
berbanding kanak-kanak perempuan.

 Sindrom Kanner tergolong dalam bentuk autisme yang teruk


(mengalami gangguan tingkahlaku,pertuturan dan juga sosial).
4. Gangguan Disintegratif Kanak-Kanak (CDD)

 CDD juga dikenali sebagai Sindrom Heller dan Psikosis


Disintegratif.

 Mempunyai persamaan dengan autisme dan kadang-kadang dianggap


sebagai ‘berfungsian rendah’.

 Jangka masa perkembangan yang cukup normal, namun ketika


mereka mencapai usia 2 – 4 tahun, mereka akan menunjukkan
penurunan atau kehilangan kemampuan sosial, berkomunikasi dan
ketrampilan lainnya.
5. Gangguan Perkembangan Pervasif (PDD-NOS)

 Merupakan satu gangguan yang dialami oleh anak-anak dan


berkaitan dengan retardasi mental (mental retardation)

 Kanak-kanak yang ada gangguan perkembangan pervasif akan


mengalami kelewatan perkembangan, psikometrik, kognitif, sensori,
interpersonal dan intrapersonal.
CIRI-CIRI AUTISME
CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME
(VIDEO)

video 1
video 2
PPKI SK BAU
DISLEKSIA

You might also like