Menduduki Rumah Baru

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

MANTERA MENDUDUKI

RUMAH BARU
KUMPULAN 4
MAKSUD MANTERA
MANTERA INI DIGUNAKAN DALAM UPACARA TEPUNG TAWAR
MEMULAKAN UNTUK MENDUDUKI RUMAH YANG BARU DIBINA. TUJUAN
MANTERA INI DIBACA ADALAH UNTUK MEMBERI KESELAMATAN DAN
KERAHMATAN KEPADA TUAN RUMAH. PERMULAAN MANTERA
MENGANDUNGI PENGHORMATAN KEPADA ALLAH. MANTERA INI DIMULAI
DENGAN UCAPA “BISMILLAHIR-RAHMANAIR-RAHIM” . SETERUSNYA
PENUTUR, PAWANG ATAU BOMOH MENYATAKAN MAKSUD, DENGAN
MENYATAKAN TUJUAN MANTERA ATAU UPACARA TEPUNG TAWAR.
DENGAN MEMBACA MANTERA BERKENAAN PENUTURNYA BERHARAP
AGAR TUAN BUMAH JANGAN SAKIT. PENUTUR JUGA MENGHARAPKAN
DENGAN MEMBACA MANTERA BERKENAAN SEBELUM MENDUDUKI
RUMAH BARU, TUAN RUMAH BERKENAAN TIDAK AKAN MATI.
SETERUSNYA HARAPAN YANG DILONTARKAN OLEH PENUTUR APABILA
MENUTURKAN MANTERA BERKENAAN IALAH TUAN RUMAH JANGAN
PENUTUR JUGA AMAT MENGHARAPKAN AGAR DENGAN MEMBACA
MANTERA BERKENAAN, RUMAH YANG BARU DIDUDUKI TIDAK PUNAH
ATAU BINASA DENGAN APA CARA SEKALIPUN.
SELAIN DARIPADA ITU, PENUTUR JUGA AMAT MENGHARAPKAN AGAR
DILIMPAHI ATAU DIKURNIAKAN DENGAN RAHMAT DAN KEMEWAHAN
ATAU KEKAYAAN YANG MELIMPAH RUAH. DIHARAPKAN JUGA AGAR
RUMAH YANG DIDUDUKI DAPAT MENAMPUNG JUMLAH PENGHUNI YANG
RAMAI. SETERUSNYA PENUTUR, PAWANG ATAU BOMOH YANG
MENGEPALAI UPACARA INI MENEKAN MAKSUD YANG DIMINTA, LALU
MENGINGATKAN UNSUR BERKENAAN JANGAN MENGABAIKAN
PERMINTAAN PENUTUR, BOMOH ATAU PAWANG, AKHIRNYA MANTERA
INI BERAKHIR DENGAN PENUTUP. PENUTUP: KEMBALI KEPADA ALLAH
DAN RASUL, DENGAN TUJUAN MEMPERKUATKAN KEWIBAWAAN TUK
BOMOH ATAU PAWANG YANG DIRESTUI ALLAH DAN MUHAMMAD; ATAU
MENYERAHKAN KEPADA TAKDIR DAN KEKUASAAN TUHAN SELEPAS
MENJALANKAN SEGALA IKHTIAR YANG TERDAYA.
TEMA MANTERA
• ADAT ORANG DAHULU MENDUDUKI RUMAH BARU BERHARAP TUAN
RUMAH TIDAK DITIMPA KECEKALAAN

• KEPERCAYAAN MASYARAKAT MELAYU TERHADAP SEMANGAT GHAIB


PERSOALAN
1. Persoalan masyarakat yang berserah kepada pertolongan daripada Allah untuk melindungi
rumah baru daripada ditimpa bencana.

Meminta pertolongan daripada Allah untuk melindungi diri atau benda yang lain dapat menjamin
keselamatan kita dan kita seharusnya sentiasa meminta segala pertolongan daripada-Nya.
Contohnya,

Allah menawar, Muhammad menjampi (B15)


Dengan berkat doa (B16)

Penutur menyerahkan kepada takfir dan kekuasaan Tuhan selepas menjalankan segala ikhtiar yang
terdaya
PERSOALAN
2. Persoalan tentang masyarakat yang rajin berdoa kepada Allah untuk memurahkan rezeki.

Allah berkuasa untuk memberikan rezeki kepada kita dan sebagai seorang hamba Allah kita perlu
sentiasa taat kepada Allah supaya kehidupan kita akan sentiasa dilimpahi dengan rezeki Allah.
Contohnya;

Tepung tawar tepung jati (B8)


ketiga dengan tepung kedangsa (B9)
naik emas berkati-kati (B10)
naik orang beribu laksa (B11)

Penutur memohon keberkatan dan murah rezeki daripada Allah SWT


PERSOALAN
3. Persoalan masyarakat yang berdoa untuk menghindarkan segala penyakit
apabila menaiki rumah baru

Berdoa untuk mengelakkan daripada penyakit atau bencana daripada Allah dapat
meningkatkan lagi keimanan kita kepada Allah. Contohnya;

jangan sakit jangan mati (B5)


jangan cela jangan binasa (B6)

Penutur berharap agar tuan rumah jangan sakit dan penutur menuturkan mantera
berkenaan supaya tuan rumah tidak ditimpa dengan kehinaan dan kecelaan.
PERSOALAN
4. Persoalan masyarakat berdoa untuk mendapat jiran tertangga yang ramai dan
baik

Masyarakat yang berdoa supaya kehidupan mereka di rumah baru dikelilingi orang
orang yang baik. Contohnya;

naik emas berkati-kati (B10)


naik orang beribu laksa (B11)

Penutur memohon keberkatan dan murah rezeki serta disenangi ramai


CIRI- CIRI
1.Mantera merupakan puisi bebas/ tidak terikat
Mantera menduduki rumah baru terdiri daripada tujuh belas baris dalam satu
rangkap dengan jumlah perkataannya ialah tiga hingga empat patah perkataan sebaris.
Rima akhirnya juga bebas dan tidak terikat. Contohnya;

Allah menawar, Muhammad menjampi - 4 patah perkataan ( baris 15)


Dengan berkat doa - 3 patah perkataan (baris 16)

Berdasarkan contoh di atas, didapati jumlah perkataan sebaris adalah antara tiga hingga
empat patah perkataan sebaris
2. Bentuk dalaman mantera terdiri daripada permulaan, isi dan penutup
Permulaan mantera “Menduduki Rumah Baru” dimulai dengan ucapan basmallah
dan diikuti dengan isi mantera. Pada bahagian isi penutur akan menyatakan hajat.
Manakala pada bahagian penutup diakhiri dengan doa dan selawat ke atas Nabi
Muhammad SAW. Contohnya;

bismi’llah ‘i-rahmani ‘i-rahim (permulaan)

Dengan berkat doa (penutup)


la ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah

Baris ‘Bismi’lillah ‘i-rahmani ‘i-rahim merupakan permulaan kepada mantera


“menduduki rumah baru”. Ianya merupakan puji-pujian terhadap Allah SWT
3. Mantera dikenali dengan sebutan jampi, serapah, sembur, tawar, cuca, puja,
seru, tangkal dan lain-lain
mantera mempunyai pertalian rapat dengan sistem kepercayaan dan warisan
budaya masyarakat yang melahirkannya, khususnya masyarakat melayu. Mantera juga
tidak boleh diucapkan oleh orang sembarangan orang kecuali pawang atau bomoh.
4. Bahasa dan kalimat yang digunakan dapat difahami
Gaya perulangan seperti anafora dan responsi digunakan secara meluas yang
bertujuan untuk memudahkan hafalan dan mengindahkan gaya bahasa mantera.
Contohnya;
jangan sakit jangan mati (B5)
jangan cela jangan binasa (B6)
jangan punah jangan ranah (B7)
perkataan ‘jangan’ yang diulang pada awal baris dalam bait-bait mantera di atas
merupakan gaya bahasa anafora, manakala perkataan ‘jangan’ yang diulang di tengah
baris dalam bait-bait mantera di atas merupakan gaya bahasa responsi.
5. Ciri mantera boleh dilihat dari sudut fungsinya
Mantera ‘Menduduki rumah baru’ berfungsi sebagai pendinding diri daripada
unsur-unsur jahat yang boleh memusnahkan kehidupan dan rumah yang baru dibina.
Contohnya;
jika boleh kehendak hati (B4)
jangan sakit jangan mati (B5)
jangan cela jangan binasa (B6)
jangan punah jangan ranah (B7)

Berdasarakan petkan mantera di atas, penutur mengharapkan agar pemilik rumah baru
terhindar dari segala musibah.
GAYA BAHASA
1.Penggunaan bahasa asing iaitu bahasa arab 3.Anfora : pengulangan kata di awal baris
(Diksi asing)
Contoh : Contoh: jangan sakit jangan mati (B5)
             jangan cela jangan binasa (B6)
              Bismi’llahi ‘l-Rahmani ‘l-Rahim (B1)             jangan punah jangan ranah (B7)
              La ilaha ‘illallah, Muhammad Rasulullah
(B17) Menimbulkan penegasan maksud

2.Ansonasi 4.Responsi:
pengulangan huruf vocal dalam baris pengulangan kata di tengah baris

Contoh: jangan sakit jangan mati (B5)


Contoh: tepung tawar tepung jati (B2)              jangan cela jangan binasa (B6)
            pengulangan vocal a sebanyak 3 kali             jangan punah jangan ranah (B7)

Menimbulkan kemerduan pengucapan Menimbulkan penegasan maksud


5.Epifora 7.Hiperbola
Pengulangan kata di akhir baris Perbandingan secara melampau/ berlebih-
lebihan
Contoh: ketiga dengan tepung kedangsa (B3)
             Ketiga dengan tepung kedangsa (B9) Contoh: naik emas berkati-kati (B10)
             naik orang beribu laksa (B11)
Menimbulkan penegasan maksud
menggerakkan daya imaginasi pembaca
6.Repitisi
pengulangan kata dalam baris yang sama 8. Aliterasi
Pengulangan bunyi huruf konsonan
Contoh: tepung tawar tepung jati
Contoh; ‘tepung tawar tepung jati’
Menimbulkan penegasan maksud (pengulangan konsonen t sebanyak 4 kali)

Mengindahkan puisi
Fungsi mantera

1. bertujuan untuk melindungi/ memagari rumah baru daripada semangat jahat


2. memohon pertolongan daripada Allah supaya rumah kita sentiasa dilindungi dari
mala petaka
Gambaran Masyarakat

• Masyarakat yang mementingkan adat memasuki rumah baru


- penggunaan mantera apabila ingin menduduki rumah baru

• Masyarakat yang mempercayai pegangan Allah dan Rasul


- masyarakat yang berpengang pada agama Islam

• Masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme


- kepercayaan orang dahulu sebelum kedatangan Islam

• Masyarakat yang berdoa untuk mengharapkan sesuatu


- masyarakat yang berharap agar rumah yang baru diduduki itu selamat daripada
sebarang bencana
Pengajaran

1. Kita hendaklah memohon perlindungan Allah supaya jauh daripada kecelakaan


atau perkara yang buruk

2. Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah supaya dapat meningkatkan lagi
keimanan kita kepada Allah

3. Kita hendaklah yakin kepada Allah bahawa Allah dapat menyelamatkan kita
daripada perkara yang tidak diingini

4. Kita hendaklah berwaspada akan perkara yang bakal terjadi terutama di tempat
baru
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like