Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

GWCP1042

PENULISAN
AKADEMIK
KULIAH 2: KEUTUHAN WACANA
PENSYARAH: ENCIK MOHAMAD YAZI BIN KERYA
AHLI KUMPULAN: DEREK LAU KWONG HOE, FOONG HOU JIE, WOON
LIKEN, JOHNNY WONG GONG SOON
KEUTUHAN FONOLOGI

• Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh dilihat daripada segi hentian suara, nada
suara, dan intonasi suara.
• Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian  wacana.
• Intonasi berperanan penting sebagai penanda dan pemisah frasa dan pembeza
struktur ayat.
ASPEK KEUTUHAN FONOLOGI

1. Hentian suara
 kesenyapan atau hentian ayat yang membawa makna yang berbeza.
2. Nada suara
 Tinggi atau rendah suara seseorang
3. Intonasi
 Berbeza mengikut ayat perintah, ayat tanya, ayat memujuk, ayat penyata dan sebagainya.
CONTOH AYAT KEUTUHAN FONOLOGI:

Malaysia adalah sebuah negara yang indah.


1. Negara yang indah, Malaysia. (ayat penyata)
2. Indah tak negara Malaysia? (ayat tanya)

• Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara.
Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana.
•  Unsur-unsur para linguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana.
CONTOHNYA HUBUNGAN ANTARA AYAT
PENYATA:
1. Dia sudah pergi?
2. Dia sudah pergi.

• Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya.
• Dalam wacana tulisan, unsur-unsur para linguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk
memperjelaskan persembahan wacana.
• Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik
bertindih dan sebagainya
• Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka serta gerakan tangan dan badan
merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.
ARTICLE

Fonologi (daripada Bahasa Yunani: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan,
subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi
yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang
yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.

Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu
bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang
perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa
yang berkaitan.

Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa.
Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa
direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang
berhubungan dengan penggunaan bahasa.

You might also like