Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SOALAN 1

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang dapat dijadikan sebagai
pedoman dalam hidup. [6 markah]
 
Berdasarkan sebuah novel yang saya pelajari iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa, peristiwa yang dapat
dijadikan sebagai pedoman dalam hidup ialah peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh
mempertahankan Bukit Candu daripada ditawan oleh tentera Jepun. Walaupun beliau mengalami
kecederaan akibat ditembak, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah dan berjuang hingga ke titisan
darah yang terakhir. Peristiwa ini dapat dijadikan pedoman dalam hidup kerana menimbulkan
semangat patriotik dalam diri saya sebagai pembaca agar menjaga kedaulatan tanah air daripada
anasir-anasir negatif.
Selain itu, peristiwa Pak Saidi yang sanggup menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun
mendapat tentangan daripada penduduk kampung. Pak Saidi telah mendapat kritikan hebat kerana
menghantar Adnan ke sekolah itu. Peristiwa ini dapat dijadikan pedoman hidup kerana usaha
menuntut ilmu perlulah diteruskan walaupun terdapat cabaran yang dihadapi.
 
SOALAN 1
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang dapat dijadikan sebagai pedoman
dalam hidup. [6 markah]
Berdasarkan novel Tirani yang telah saya pelajari, peristiwa yang dapat dijadikan sebagai pedoman
dalam hidup ialah peristiwa Waheeda gigih mendapatkan pinjaman tabung keusahawanan siswazah
daripada Bank Pembangunan. Waheeda ingin membuat pinjamaan ini untuk menubuhkan Syarikat
Tajau Emas. Peristiwa ini dapat dijadikan pedoman dalam hidup kerana sikap gigih berusaha yang
dimiliki oleh Waheeda untuk mencapai cita-citanya perlulah dicontohi.
Selain itu, peristiwa Waheeda yang menghadapi masalah kemurungan akibat kegagalan rumah
tangganya. Dia mula bangkit serta berusaha untuk melupakan kenangan lalu dengan memajukan
Chalet Aya-Sajinah. Peristiwa ini dapat dijadikan pedoman dalam hidup kerana walaupun gagal dalam
perancangan hidup, kita perlu berusaha untuk melupakan dan meneruskan kehidupan agar
kehidupan kita menjadi lebih baik pada masa hadapan.
SOALAN 2
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan faedah yang anda dapat setelah membaca
novel tersebut. [6 markah]

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa, faedah yang saya dapat
setelah membaca novel tersebut ialah saya mendapat pengajaran tentang kepentingan
menyemaikan semangat cinta akan negara dalam diri kita. Kita hendaklah cinta akan tanah air yang
menjadi tempat kita bernaung. Contohnya, Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup
meninggalkan kerjaya itu untuk memasuki bidang ketenteraan demi perasaan cintanya akan tanah
air.
Selain itu, saya mendapat kesedaran tentang kepentingan nilai keberanian. Contohnya, Kompeni C
askar Melayu berani berjuang untuk menentang tentera Jepun sehingga titisan darah yang terakhir
walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
 
SOALAN 2
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan faedah yang anda dapat setelah membaca
novel tersebut. [6 markah]

Berdasarkan novel Tirani yang telah saya pelajari, faedah yang saya dapat setelah membaca novel
tersebut ialah saya mendapat pengajaran tentang kepentingan nilai kegigihan ketika menghadapi
sesuatu cabaran dan dugaan hidup. Kita hendaklah gigih ketika menempuh berbagai-bagai
cabaran dan dugaan. Contohnya, Waheeda cekal ketika mengharungi liku-liku dalam alam rumah
tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.

Selain itu, saya mendapat kesedaran tentang kepentingan nilai kasih sayang untuk mempererat
hubungan antara ahli keluarga. Contohnya, Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke
Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya menjalani pembedahan mata dan
hidung di Silicon Medical Center (SMC) Singapura.
SOALAN 3
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang dapat menggambarkan
amalan tolong-menolong dalam kehidupan. [6 markah]

Berdasarkan novel Leftenan Adnan yang saya pelajari, peristiwa yang dapat menggambarkan
amalan tolong-menolong dalam kehidupan ialah peristiwa Ah Chong membantu Pak Saidi
mencapai impiannya untuk memiliki sebuah basikal. Ah Chong berasa simpati akan Pak Saidi
apabila mengetahui pendapatannya tidak menentu. Ah Chong telah membenarkan Pak Saidi
membeli basikal di kedainya dengan membuat bayaran beransur-ansur pada setiap bulan.

Selain itu, peristiwa penduduk kampung membantu Leftenan Adnan menyembunyikan identiti
keluarga Leftenan Adnan. Penduduk kampung enggan memberikan maklumat tersebut kepada
tentera Jepun yang sedang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai
Ramal.
SOALAN 3
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang dapat menggambarkan amalan
tolong-menolong dalam kehidupan. [6 markah]

Berdasarkan novel Tirani yang telah saya pelajari, peristiwa yang dapat menggambarkan amalan
tolong-menolong dalam kehidupan ialah peristiwa dokor telah tolong-menolong dalam proses
pembedahan Waheeda. Pembedahan matanya diketuai oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh, manakala
pembedahan hidungnya diketuai oleh Dr. Averroes.
Selain itu, peristiwa Ghazi menolong Waheeda untuk memajukan chalet Tajau Emas. Ghazi telah
mengambil alih Tajau Emas ketika Waheeda menjalani pembedahan di Singapura.
Soalan 4

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menyedihkan anda sebagai
pembaca. [6 markah]

Berdasarkan novel yang saya pelajari iaitu Leftenan Adnan Wira Bangsa, peristiwa yang
menyedihkan saya sebagai pembaca ialah peristiwa ejekan pemuda kampung terhadap Adnan
apabila dia telah dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana keluarganya pernah menjadi tali
barut Inggeris. Moyangnya pernah menjadi buruan Inggeris. Peristiwa ini menyedihkan saya
kerana Adnan yang tidak bersalah menjadi mangsa ejekan penduduk kampung.

Selain itu, peristiwa tentera Jepun berjaya menawan Leftenan Adnan. Tentera Jepun
kemudiannya menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu
menikamnya bertubi-tubi dengan bayonet. Kematian Leftenan Adnan yang tragis ini amat
menyedihkan hati saya sebagai pembaca.
Soalan 4

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa yang menyedihkan anda
sebagai pembaca. [6 markah]

Berdasarkan novel Tirani yang saya pelajari, peristiwa yang menyedihkan saya sebagai pembaca
ialah peristiwa Waheeda dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada bahagian wajah dan
hidungnya. Kejadian ini menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil
ditemani oleh ibunya, Raidah. Peristiwa ini menyedihkan saya sebagai pembaca kerana
kecederaan yang dialami Waheeda menyebabkan dia tidak seperti dahulu dan dia menanggung
kesakitan.

Selain itu, peristiwa Waheeda diceraikan oleh suaminya Zahid kerana Zahid meragui status
anak mereka, Izzati. Waheeda terpaksa menerima rawatan daripada kaunselor, Dr. Qamariah
kerana tekanan yang dialaminya akibat tuduhan suaminya itu. Peristiwa ini menyedihkan saya
sebagai pembaca kerana seorang suami sanggup menuduh isterinya yang jujur berlaku curang
sehingga meragui status anak mereka.

You might also like