Kursus Fizik 2021

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 69

KURSUS AMALI SAINS

PEMBANTU MAKMAL
NEGERI KEDAH
TEMPAT: SECARA ONLINE DI RUMAH MASING-MASING
TARIKH: 13, 14 DAN 15 SEPT 2021
ANJURAN: JPN NEGERI KEDAH
PENYAMPAI: MOHD YUSRI BIN MOHD YUSOF
PEMBANTU MAKMAL
SM TEKNIK ALOR SETAR
PERKONGSIAN TENTANG APA DALAM 3

SLOT YANG AKAN DISAMPAIKAN?


SLOT 1

8.30 PAGI – 10.30 PAGI


• Pengendalian Instrumen Fizik
• Instrumen Yang Terlibat Adalah Seperti Berikut.
i. Pembaris Meter
ii. Angkup Vernier
iii. Tolok Skru Mikrometer
iv. Jam Randik
v. Termometer
vi. Ammeter
vii. Voltmeter
viii.Galvanometer
ix. Multimeter
x. Neraca
xi. Angkup Luar Dan Dalam
• Di setiap instrumen akan dinyatakan berkenaan:

 Fungsi
 Penyelenggaraan
 Aspek Keselamatan
PEMBARIS METER
• Digunakan untuk tujuan pengukuran panjang.
• Unit yang digunakan ialah imperial (inci dan kaki) dan juga
metrik (sentimeter dan meter).
• Mempunyai kepekaan dan kejituan sehingga 1mm.
• Langkah berjaga-jaga semasa menggunakan pembaris meter
ialah
 Memastilan objek yang diukur bersentuhan dengan pembaris.

 Mengelakkan ralat paralaks.

 Mengelakkan ralat sifar (ralat hujung).


TOLOK SKRU MIKROMETER
• Tolok skru mikrometer digunakan untuk mengukur bahagian
luar benda kerja seperti panjang, lebar, tinggi dan diameter
luar.

• Contoh: diameter dawai, diameter bebola kecil, ketebalan


kertas dan sebagainya.

• Tolok skru mikrometer mempunyai dua skala:-


• skala utama
• skala vernier.
• Cara mengambil bacaan tolok skru micrometer.
• Letak objek antara rahang.

• Putar bidal sehingga rahang hampir-hampir menyentuh objek.

• Putarkan racet sehingga bunyi ‘tik’ pertama. Tujuan memutarkan skru


racet dan memutarkan bidal adalah untuk mengelakkan objek yang
diukur disepit/ditekan terlalu kuat.
• Ambil bacaan. Contoh bacaan adalah seperti gambarajah dibawah.

• Ulang langkah 1 hingga 4 pada bahagian-bahagian lain objek untuk


mendapatkan dua bacaan lagi. Seterusnya kira nilai purata bacaan.
KELEBIHAN MIKROMETER
• ukuran yang tepat
• boleh dilaraskan semula jika ukurannya sudah tidak tepat.
• mempunyai pelbagai bentuk dan saiz sesuai dengan jenis
kerja.

KELEMAHAN MIKROMETER
• lambat untuk mengambil ukuran.
• satu jenis mikrometer hanya boleh mengukur satu bentuk
bahan kerja sahaja.
• memerlukan penjagaan yang rapi.
PENYELENGGARAAN
• Disembur dengan anti karat atau disapu dengan minyak/gris.
• Pastikan pengunci dibuka sebelum & selepas digunakan atau
sebelum disimpan.
• Bahagian rahang/bidal/racet/ yang berkarat boleh digosok
dengan kertas pasir halus dengan lembut dan disapu gris/anti
karat.
• Pastikan ralat dilaras menjadi sifar.
• Hujung rahang perlu dibersihkan dengan kertas tisu atau kain
yang bersih supaya kekotoran atau habuk yang terlekat tidak
turut diukur.
ANGKUP VERNIER

• Biasanya digunakan untuk mengukur diameter luar, diameter


dalam dan tinggi kedalaman.

• Mempunyai dua skala:


• skala utama
• skala vernier
Kaedah mengukur:

Letak objek yang hendak diukur.


Rapatkan rahang sehingga menyentuh objek.
Ambik bacaan.
• Cara pengukuran bacaan.
KELEBIHAN ANGKUP VERNIER
• cepat & mudah digunakan.
• boleh mengukur panjang saiz yang bebas.
• terdapat 2 unit ukuran imperial dan metrik.
• mempunyai bahagian-bahagian ukuran yang sesuai dengan
tempat yang diukur.

KEKURANGAN ANGKUP VERNIER


• tidak berapa tepat setelah lama digunakan (kerosakan pada
alat)
• Permukaan ukuran menjadi haus setelah lama digunakan.
• tekanan ukuran dengan tangan tidak menghasilkan ukuran yang
tepat.
PENYELENGGARAN
• Disembur dengan anti karat.
• Dilap dengan kain atau tisu berminya/gris.
• Pastikan pengunci dibuka/dilonggar sebelum digunakan.
• Periksa semula ralat sifar dengan kerap.
• Pastikan ia bersih dan tidak ada tanda torehan, lubang atau
benda asing.
• Bahagian karat boleh digosok dengan kertas pasir yang halus
dan disapukan dengan gris/anti karat.
• Pastikan tidak bengkok.
JAM RANDIK
• Terdapat dua jenis jam randik
1. jam randik analog yang mempunyai kepekaan 0. 1s atau 0.2s

2. jam randik digital yang mempunyai kepekaan 0.01s.

• Kepekaan sesuatu jam randik adalah bergantung kepada masa


tindak balas pengukur.
analog digital
TERMOMETER
• Pembahagian skala terkecil hendaklah dikenalpasti (±1%).

• Unit SI bagi suhu ialah kelvin (K), tetapi darjah celsius (C) lebih biasa digunakan.

• Langkah berjaga-jaga semasa mengambil bacaan daripada sesuatu termometer

• Memastikan suhu yang hendak diukur tidak melebihi julat suhu termometer.

• Apabila mengukur suhu cecair

i.memastikan bebuli termometer terendam sepenuhnya di dalam cecair itu.

ii.mengacau cecair tersebut supaya suhu cecair adalah seragam

iii.tidak mengacau cecair dengan terlalu kuat sehingga memecahkan termometer.


AMMETER
• Digunakan untuk menyukat arus dalam sesuatu litar.
VOLTMETER
• Digunakan untuk mengukur kadaran voltan yang merintangi
beban atau kadaran voltan bekalan.
GALVANOMETER
• Digunakan untuk mengesan arus elektrik.
PENYELENGGARAAN
• Ketatkan terminal yang longgar.
• Pastikan terminal dibersihkan supaya tidak berkarat untuk
menghasilkan sentuhan yang baik dengan wayar penyambung.
• Pastikan ralat sifarnya dilaras.
• Jauhkan dari sumber yang ada punca daya magnet.
• Pastikan pilihan instrumen yang sesuai mengikut jenis arus
yang akan digunakan.
• Untuk instrumen Galvanometer pastikan penggunaannya
disertakan sekali dengan suis dan perintang boleh laras bagi
mengelakkan gegelung halusnya mudah putus.
NERACA
• Merupakan instrumen untuk mengukur berat suatu objek.

Neraca tiga alur

Neraca tuas
Neraca spring
PENYELENGGARAAN
• Pastikan pemberat yang digunkan tidak melebihi had
maksimum neraca spring.
• Ralat sifar dilaraskan terlebih dahulu sebelum dan selepas
digunakan.
• Sapukan sedikit gris atau semburan anti karat bagi
mengelakkan berlaku karat.
MULTIMETER
• Sebuah alat pengukur elektronik yang menggabungkan
beberapa fungsi pengukuran dalam satu unit multimeter
termasuk ciri-ciri asas seperti kebolehan untuk mengukur
voltan, arus dan rintangan.
• Multimeter analog menggunakan ammeter mikro yang bergerak
ke atas skala ditentukur untuk semua ukuran yang berbeza
yang boleh dibuat penunjuk.
• Multimeter digital memaparkan nilai diukur dalam angka, dan
juga mungkin memaparkan bar panjang yang berkadaran
dengan kuantiti yang diukur
PENYELENGGARAAN
• Tanggalkan bateri jika lama tidak digunakan.
• Setelah digunakan pastikan pelaras julat berada di kedudukan
mode off.
• Pastikan kedua hujung probe +ve dan –ve tidak bersentuhan.
ketika multitester masih dalam mode on dan bebas dari
aktiviti mengukur/menguji.
ANGKUP LUAR & DALAM
• Angkup luar merupakan instrumen untuk mengukur dimensi
bahagian luar objek bulat atau rata, ketebalan dinding silinder
dan segmen objek yang bertingkat.
• Angkup dalam pula merupakan instrumen untuk mengukur
dimensi di bahagian dalam seperti diameter dalam batang
paip.
PENYELENGGARAAN
• Sentiasa diletakkan gris/anti karat di bahagian joint angkup
bagi mengelakkan berkarat dan sukar untuk dilaras.
• Pastikan angkup tidak ada berlaku bengkok kesan dari tekanan
yang kuat keatasnya seperti terjatuh.
SLOT 2

11.00 PAGI – 1.00 PETANG


OPTIK DAN CAHAYA
BAGAIMANA NAK TENTUKAN PANJANG

FOKUS JIKA LABEL PADA KANTA DAH

HILANG ATAU KABUR?


PENGENALAN
• Dengan memerhatikan imej nyata yang terbentuk di skrin kita
dapat menganggarkan panjang fokus kanta cembung
menggunakan objek jauh.
KITA PERLUKAN:
1. Kanta cembung
2. Pemegang kanta
3. Pembaris meter
4. Skrin putih
JOM KITA TONTON VIDEO
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
BAGAIMANA NAK TENTUKAN BEZA
UPAYA DAN ARUS ELEKTRIK?
KITA PERLUKAN:
1. Power supply atau sel kering
2. Reostat
3. Wayar penyambung
4. Dawai konstaten 50 cm
5. Pembaris
6. Voltmeter
JOM KITA TONTON VIDEO
KEMAHIRAN PENGUJIAN RESISTOR DAN
WAYAR PENYAMBUNG MENGGUNAKAN
MULTIMETER
KITA PERLUKAN:
1. Resistor
2. Wayar penyambung
3. Multimeter
JOM KITA TONTON VIDEO
KEMAHIRAN MENYEDIAKAN WAYAR
PENYAMBUNG DARIPADA CROCODILE
CLIP MENGGUNAKAN SOLDER IRON DAN
PASTEL
KITA PERLUKAN:
1. Solder iron
2. Solder iron holder
3. Soldering ring iron (timah)
4. Solder paste
5. Holder
6. Wayar
7. Crocodile clip
JOM KITA TONTON VIDEO
KEMAHIRAN MEMASANG
LITAR SIRI DAN SELARI
KITA PERLUKAN:
1. Mentol
2. Mentol holder
3. Bateri
4. Bateri holder
5. Wayar penyambung
6. Suis
JOM KITA TENGOK VIDEO
SLOT 3

2.30 PETANG – 4.30 PETANG


MEKANIK
PEMASANGAN PITA DETIK DENGAN
BEKALAN KUASA
PENGENALAN
• Ujikaji ini dijalankan untuk menyiasat prinsip keabadian
momentum menggunakan troli.
KITA PERLUKAN:
1. Bekalan kuasa a.U
2. Jangka masa detik
3. Pita detik
4. Wayar penyambung
5. Troli
6. Landasan
JOM KITA TONTON VIDEO
UJIKAJI MUATAN HABA TENTU.

Apa nak buat jika pemanas tidak


berfungsi?
PENGENALAN
• UJIKAJI BERKENAAN MENENTUKAN NILAI MUATAN HABA TENTU
ALUMINIUM.
KITA PERLUKAN:
1. Blok aluminium
2. Pemanas rendam
3. Bekalan kuasa
4. Kertas tisu
5. Kepingan asbestos
JOM KITA TONTON VIDEO
TANGKI RIAK

Bagaimana cara untuk kita pasang?


PENGENALAN
• Mengkaji berkenaan fenomena gelombang air yang melibatkan
pantulan, pembiasan dan pembelauan.
KITA PERLUKAN:
1. Bekalan kuasa
2. Mentol
3. Kaki retort
4. Motor penggetar
5. Wayar penyambung
6. Takung air
JOM KITA TONTON VIDEO

You might also like