Rumusan SPM

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

1.Teknik merumuskan petikan 2.Contoh merumuskan petikan 3.Koleksi rumusan dan jawapan 4.

Soalan rumusan SPM dan jawapan 5.Soalan rumusan SPM

TEKNIK MENULIS RUMUSAN


1. MENULIS PENGENALAN 1. Tulis dan ubah perkataan daripada kunci kata soalan pertama sahaja. (tidak boleh ada perkataan dan dalam pengenalan. 2. Mengubah maksud perkataan kunci kata pertama soalan: * faktor = punca = sebab = penyebab = perkara yang mempengaruhi * langkah = inisiatif = cara = kaedah = tindakan * kesan = implikasi = kebaikan = keburukan = kesan positif = kesan negatif * ciri = sifat = bentuk * masalah = halangan = cabaran = kekangan

CONTOH
Contoh 1. Rumuskan langkah-langkah mengatasi hakisan tanah dan faedahnya kepada masyarakat di negara kita. Jawapan pengenalan rumusan : Rencana membincangkan cara-cara mengatasi hakisan tanah di negara kita. . Contoh 2. Buat satu rumusan tentang faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar dan implikasinya kepada pembangunan di kawasan bandar tersebut. . Pengenalan rumusan : Petikan membincangkan punca-punca yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di kawasan bandar. .

Contoh 3. Rumuskan ciri-ciri yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang dan langkah melahirkan pelajar cemerlang. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 patah perkataan. . Pengenalan rumusan : Rencana membincangkan sifat-sifat yang terdapat di dalam diri seorang pelajar cemerlang. . Contoh 4. Baca petikan di bawah dan buat satu rumusan tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara kita dan langkah untuk memajukan sektor pertanian negara. Panjang karangan mestilah tidak melebihi 120 patah perkataan. . Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan faedah sektor pertanian kepada negara.

Contoh 5. Buat satu rumusan tentang keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak dan cara-cara untuk mencegahnya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. . Pengenalan rumusan : Rencana tersebut membincangkan kesan negatif makanan ringan kepada kanak-kanak.
. .

1. Isi jawapan berdasarkan kunci kata soalan yang pertama. (gunakan kunci kata seperti yang terdapat dalam soalan. Jangan ubah) 2. Isi hanya yang terdapat dalam petikan sahaja. 3. Beri maksimum 6 isi. (Jumlah isi tersurat dan tersirat ialah 8 isi) 4. Jika kurang isi tersurat, jangan panik. Tambah isi tersirat anda. 5. Jika jumlah perkataan masih kurang 120 perkataan, anda digalakkan tambah isi tersurat. 6. Pastikan, maksimum 2 isi dalam satu ayat. SEBAIK-BAIKNYA 1 isi dalam 1 ayat. 7. Gunakan penanda wacana untuk menggabungkan setiap ayat. (selain itu, juga, malah, dan sebagainya)

CONTOH
. Contoh 1: Rumusan dengan ayat yang baik.(Katakanlah faktor banjir kilat) . -Faktor utama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang tersumbat. -Selain itu, faktor yang lain termasuklah kurangnya kadar serapan air di kawasan bandar. -Sementara itu, hujan lebat yang berterusan juga turut menjadi faktor fenomena tersebut. -Terdapat juga faktor kurangnya sistem perangkap sampah di kawasan sungai berhampiran. -Di samping itu, kekurangan tumbuhan di bandar menyebabkan banjir kilat terjadi. -Faktor penyebab yang terakhir ialah hakisan tanah yang dihasilkan oleh pembinaan di bandar. .

Contoh 2 : Rumusan dengan ayat yang kurang baik. (akan ditolak 1 markah bahasa) .
-Faktor pertama yang menyebabkan banjir kilat ialah keadaan longkang yang sempit. -Faktor kedua ialah kurangnya kadar serapan di kawasan bandar. -Faktor ketiga ialah hujan lebat yang berterusan di bandar. -Faktor keempat ialah kekurangan tumbuhan di bandar. -Faktor terakhir ialah hakisan tanah dari kawasan pembinaan.
.

9. JANGAN gunakan perkataan harus/ patut/

mesti/ wajib/ hendaklah/ wajarlah dan lain-lain yang berbentuk cadangan. (Tiada markah diberi jika perkataan ini digunakan)
Salah : Langkah mengatasinya ialah kerajaan harus menguatkuasakankan undang-undang. Betul : Langkah mengatasinya ialah kerajaan menguatkuasakan undang-undang. . Salah : Selain itu, kerajaan harus mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. Betul : Selain itu kerajaan mengenakan denda yang tinggi kepada pesalah trafik. .

10. Contoh : Contoh 1 :Rumuskan faktor kemalangan jalan raya dan langkah mengatasinya. "Kemalangan jalan raya kerap berlaku di lebuh raya. Hal ini telah banyak menyebabkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Kejadian seperti ini perlu dibendung dan sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba harus disekat. " . Isi tersurat : -Faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap orang ramai menjadikan jalan raya sebagai tempat berlumba-lumba. .

You might also like