Sturuktur Dan Bentuk Pemerintahan Nabi Muhammad Di Madinah

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

STURUKTUR DAN BENTUK

PEMERINTAHAN NABI
MUHAMMAD DI MADINAH
PENDAHULUAN
◦ Berpandukan piagam madinah ,Rasulullah SAW, mengemudi negara dan
meletakkan asas-asas sebuah ummah yang berdaulat. Sepanjang
tempoh tersebut, struktur pentadbiran islam yang mantap telah berjaya di
bentuk dan menjadi panduan kepada zaman-zaman selepasnya.
Selepas peristiwa hijrah, Nabi Muhammad SAW telah mengambil
langkah awal dengan menyatupadukan umat islam dan bukan islam
melalui konsep pembentukan ummah.Terdapat dua golongan penduduk
terbesar di madinah,iaitu orang arab dan yahudi.Orang arab islam, terdiri
dari ansar aus dan khazraj dan orang muhajirin. Manakala orang yahudi
di madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, antaranya Bani
Qainuqa, Bani Quraizah dan Bani Nadir.
1. MEMBUAT PIAGAM MADINAH
◦ Bagi mententeramkan keadaan gawat di madinah, Baginda telah
membuat perjanjian dengan seluruh penduduk di madinah dan
menulis satu piagam ,iaitu sahifah al-madinah. Sahifah al-Madinah
atau piagam madinah menjadi sistem perundangan dan teras
pentadbiran baginda.Perlembagaan yang mengandungi 47 fasal ini
menyentuh tentang tanggungjawab orang islam dan bukan islam
yang mendiami kota madinah. Sistem ini menjadi sistem
pemerintahan yang bersistematik dan berkesan dengan
mengamalkan sistem berbentuk teokrasi dan demokrasi Islam.
2. MENJADI KETUA NEGARA
◦ Nabi Muhammad SAW menjadi pemimpin tertinggi Negara. Sebagai
ketua Negara atau ketua pemerintah, Rasulullah SAW juga
bertindak sebagai ketua agama, ketua hakim, ketua tentera,dan
pemimpin masyarakat. Baginda akan merujuk kepada majlis Syura
apabila membuat sesuatu keputusan berkaitan Negara. Rasulullah
Saw mengetuai sendiri kuasa eksekutif (perlaksanaan), kehakiman,
dan legislatif (tasyri’i-penggubalan undang- undang).
3. MEMBINA MASJID
◦ Baginda telah meletakkan kuasa keagamaan di Madinah ialah
agama islam. Masjid telah dibina dan menjadi institusi terpenting
bukan sahaja sebagai pusat ibadat malah menjadi pusat
pemerintahan serta penyebaran ilmu,kebudayaan ,dan pertemuan
umat islam dalam menyelesaikan sebarang masalah rakyat.
Sebagai contoh, masjid Nabawi yang menjadi tempat ibadat dan
tempat pentadbiran Rasulullah SAW. Hal ini menunjukkan bahawa
dalam pentadbiran di kota Madinah , agama dan politik tidak
dipisahkan.
4. MENUBUHKAN MAJLIS SYURA
◦ Bagi memantapkan pemerintahan di kota madinah, satu intitusi pemerintahan telah
ditubuhkan, iaitu majlis syura. Majlis syura ini terdiri daripada ketua golongan
muhajirin, ansar, para sahabat yang terdekat, panglima tentera dan merekaa yang arif
dalam sesuatu bidang terutamanya dalam bidang politik dan ekonomi. Melalui majlis
ini, sistem perbincangan dan rundingan (musyawarah)diadakan dalam menentukan
sesuatu keputusan dan tindakan. Keputusan dan ketetapan dalam pemerintahan
atau pentadbiran dibuat melalui persetujuan bersama hasil daripada perbincangan
tersebut. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW mengamalkan prinsip musyawarah
dan menjalanan musyawarah semasa mewujudkan persaudaraan antara golongan
Ansar dan Muhajirin dan juga mendamaikan permusuhan antara suku Aus dan
Khazraj iaitu penduduk asal madinah. Semasa baginda mengadakan musyawarah
dengan para sahabat semasa menghadapi tentera Musyrikin Makkah tentang cara-
cara umat islam menghadapi dan berhadapan dengan serangan orang quraisy.
5. MEMBINA ANGKATAN TENTERA ISLAM
◦ Dalam mempertahankan kota Madinah, baginda telah membina angkatan
tentera islam. Sebanyak 74 ekspedisi ketenteraan berlaku semasa baginda
memerintah madinah. Pembentukan angkatan tentera Islam adalah untuk
mempertahankan kesucian agama islam daripada ancaman musuh Islam
terutamanya daripada kaum musyrikin. Pembentukan angkatan tentera ini
membolehkan umat islam Madinah menghadapi beberapa siri serangan orang
musyrikin Makkah seperti dalam perang badar,perang uhud,dan perang
khandak. Ekspidisi ketenteraan pada zaman nabi Muhammad SAW terbahagi
kepada dua, iaitu. Ekspedisi yang disertai oleh Nabi Muhammad SAW yang
dipanggil ‘ghazwah’. Ekspedisi ketenteraan yang tidak disertai oleh Nabi
Muhammad yang dikenali sebagai ‘sariyah’.
KESIMPULAN
◦ Sistem pentadbiran negara pada zaman Nabi Muhammad SAW adalah
sangat ringkas,sesuai dengan tahap kemajuan tamadun pada masa itu.
Baginda bertindak sebagai ketua badan legislatif, kehakiman dan
eksekutif.

You might also like