Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

SGDF4012 : Falsafah Dan

Perkembangan Pendidikan
Malaysia

DPK
Sekolah Program
Pengenalan
memperincikan dasar sekolah-sekolah mengikuti program
tertentu yang diperkenalkan oleh KPM.
Sekolah yang telah mengikuti program-program tersebut dikenali
sebagai sekolah program.
Terdapat pelbagai jenis sekolah program di KPM yang
diketengahkan merangkumi pelbagai konsep untuk meningkatkan
kualiti pendidikan di bawah seliaan KPM.
Pengenalan
terdapat juga sekolah program yang diperkenalkan untuk tujuan
mencapai perpaduan kaum, sebagai contoh Sekolah Wawasan.
Selain itu, terdapat juga sekolah program yang bertujuan untuk
mencungkil dan mengetengahkan bakat murid, contohnya
Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan. Terdapat pelbagai
lagi sekolah program yang mempunyai fungsi tertentu untuk
memastikan hasrat PPPM 2013 – 2025 dapat dicapai dengan
jayanya.
Sekolah Program

 Sekolah Wawasan
Sekolah Wawasan yang terdiri daripada gabungan ketiga-tiga
sekolah, iaitu SK, SJKC & SJKT dalam satu kawasan
bertanggungjawab mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid yang pelbagai bangsa dan latar belakang serta memupuk
semangat integrasi antara pelajar daripada pelbagai kaum.
Penubuhan sekolah ini juga dapat menggalakkan interaksi yang
maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian
kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di
sekolah.
Sekolah Program

 Sekolah Amanah
Sekolah Amanah ialah sekolah di bawah KPM (sekolah kerajaan
atau bantuan kerajaan) yang memenuhi kriteria yang ditetapkan,
dan diurus secara usaha sama antara penaja berkelayakan dengan
KPM dalam tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian untuk
memanfaatkan kelebihan daya saing pelbagai pihak
bagimenyampaikan pendidikan berkualiti secara bersepadu,
berkesan dan cekap.
Sekolah Program

 Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK)


SBJK menyediakan akses pendidikan formal kepada kanak-
kanak jalanan yang merupakan salah satu daripada kumpulan
kanak-kanak terpinggir di negara ini agar mereka dapat berdikari
dan tidak menjadi bebanan kepada masyarakat setempat serta
negara pada masa hadapan.
Sekolah Program

 Sekolah Model Khas Komprehensif K9


Sekolah Model Khas Komprehensif K9 bertujuan menangani isu
keciciran murid sewaktu transisi dari tahun enam ke tingkatan
satu serta memastikan kemudahan Sekolah Kurang Murid (SKM)
digunakan secara optimum selain dapat menjimatkan kos
perbelanjaan membina sebuah sekolah menengah yang baharu.
Sekolah Program

 Sekolah Model Khas


Sekolah Model Khas ialah penggabungan pendidikan rendah dan
menengah di bawah satu bumbung di peringkat Tahap II, (Tahun
4, 5 dan 6), dan dari Tingkatan 1 hingga 5 di bawah pentadbiran
pengetua sekolah menengah yang dapat meningkatkan akses,
ekuiti dan kualiti pendidikan kepada murid miskin yang
berpotensi khususnya di kawasan luar bandar.
Sekolah Program

 Sekolah Berasrama Penuh


SBP diwujudkan bertujuan meningkatkan keterampilan, daya
saing dan kepimpinan murid ke arah melahirkan modal insan
berkualiti, menyediakan 70 peratus tempat kepada murid luar
bandar dan murid daripada keluarga isi rumah B40 dari seluruh
negara, dan meningkatkan bilangan murid bumiputera yang layak
meneruskan pengajian dalam bidang profesional serta
membentuk watak sekolah yang boleh dijadikan penandaarasan
di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sekolah Program

 Sekolah Menengah Teknik


Sekolah Menengah Teknik adalah untuk membolehkan murid
menyambung pengajian dalam bidang sains dan teknologi bagi
melahirkan tenaga kerja profesional.
Sekolah Program

 Kolej Vokasional
KV dijenamakan dengan tujuan memastikan murid yang
berminat dalam bidang pendidikan dan latihan teknik dan
vokasional (PLTV) terus berada dalam system persekolahan. KV
juga dapat melahirkan lepasan KV yang memiliki Diploma atau
sijil atau apa-apa kelayakan lain yang diiktiraf oleh kerajaan dan
badan-badan pensijilan kebangsaan atau antarabangsa. Selain itu,
lepasan KV dapat memenuhi keperluan pasaran kerja
berkemahiran tinggi dan berupaya menjadi usahawan yang
berdaya saing.
Sekolah Program

 Sekolah Pendidikan Khas


Sekolah Pendidikan Khas (SPK) memberi peluang kepada murid
berkeperluan khas (MBK) mendapat akses pendidikan yang
sesuai dan relevan dengan kebolehan masing-masing agar dapat
berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti.
Sekolah Program

 Sekolah Seni Malaysia


SSeM berfungsi sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan ilmuan yang
berbudaya dan budayawan yang berilmu.
Sekolah Program

 Sekolah Sukan
Sekolah Sukan diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan tahap
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran atlet murid dalam
bidang sukan tanpa mengabaikan pencapaian akademik ke arah
melahirkan atlet murid bertaraf dunia.
Sekolah Program

 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama


SMKA diwujudkan bertujuan untuk memastikan pengambilan
murid ke SMKA adalah dalam kalangan murid tempatan yang
mencapai kelayakan cemerlang, dan boleh membaca dan menulis
jawi serta membaca al-Quran dengan baik dan lancar, di samping
memastikan sekolah agama KPM sebagai institusi pendidikan
agama terbaik yang menawarkan pelbagai program Pendidikan
Islam berkualiti dan terancang ke arah melahirkan profesional
dan teknorat yang beragama (mutadayyin), dan ulamak yang
berwibawa.

You might also like