Pembentangan Sejarah Kump. 12

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PEMBENTANGAN SEJARAH BAB 4

– MENGENALI TAMADUN
DIBENTANGKAN OLEH: ADRIAN JOEL BERNARD &
ALI HESAN BIN MOFIZUL ISLAM

KELAS: 1 ANGGERIK

GURU: PUAN EMILY CYNTHIA


4.1 – MAKSUD TAMADUN
- Tamadun merupakan suatu pencapaian tertinggi oleh sesuatu masyarakat dalam
pelbagai bidang. Terdapat beberapa kegiatan yang diamalkan oleh tamadun pada
masa yang lalu:

Kesenian dan Organisasi Agama dan Pengkhususan Pembentukan


Teknologi
kesusasteraan sosial kepercayaan pekerjaan bandar

Tulisan dan Pertanian dan Sistem


penyimpanan perdagangan pemerintahan
rekod
Perkataan tamadun [civilization] diambil daripada
perkataan Yunani civitas yang bermaksud bandar atau
kota.

Tahap kemajuan dalam kehidupan masyarakat dicapai


dalam bidang kebudayaan, sains, industri dan sistem
kerajaan.

Bahasa Yunani
Tamadun disebut civilization, iaitu tahap pembangunan
manusia dalam organisasi yang dianggap paling maju.

Tahap pembangunan merangkumi pengetahuan,


kepercayaan, seni, moral,undang-undang, adat dan
kebolehan manusia atau organisasi.

Bahasa
Inggeris
Perkataan mudun, mudain dan madana yang bermaksud
tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Istilah lain yang
sama pengertiannya ialah hadharah dan hadari.

Hadharah bermaksud kawasan, daerah, bandar, kota,


kampung dan kawasan yang digunakan untuk bercucuk
tanam. Hadari pula bermaksud tanah atau rumah yang
didiami oleh masyarakat, tahap kemajuan dan memperoleh
kekayaan.

Bahasa Arab
 Bermaksud suatu peradaban yang merujuk kepada pencapaian kemajuan
masyarakat dari segi kebendaan serta perkembangan pemikiran meliputi
bidang sosial, budaya, politik dan lain-lain yang tinggi.

 Kemajuan kebendaan merujuk kepada pencapaian dalam penciptaan seni


bina bangunan dan empangan serta sistem ekonomi, seperti percukaian dan
kewangan; dan hasil cipta seperti membuat kertas, lukisan dan ukiran

 Tamadun penting bagi membina kemajuan dan kemodenan kehidupan


manusia yang teratur dalam sesebuah sistem masyarakat.

Bahasa Melayu
BUKTI KEMUNCULAN
TAMADUN

Binaan piramid dan sfinks di Mesir The Art Of The Ancient Near East
menjadi tanda kemunculan tamadun awal menunjukkan ketinggian hasil kesenian
dunia. masyarakat di Babylon.
KESIMPULAN

Walaupun terdapat perbezaan maksud tamadun


menurut bahasa Yunani, bahasa Inggeris, bahasa Arab
dan bahasa Melayu, tetapi terdapat persamaan yang
sangat jelas, iaitu kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat untuk membina kehidupan yang lebih baik
dan kompleks didorong oleh daya inovasi mereka.
SOALAN
KBAT
Senaraikan nilai yang boleh dipelajari dari sumbangan
tamadun awal. [4m]
Terdapat pelbagai nilai yang boleh dipelajari dari sumbangan tamadun awal. Antaranya,
kita mestilah bekerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat bersama. Ini kerana suatu tugas
akan dapat diselesaikan secara efisien dan sistematik di samping meringankan beban kita.
Selain itu, nilai tatasusila dan bersopan-santun turut dapat diteladani daripada tamadun awal
dunia. Oleh yang demikian, persefahaman dan keharmonian antara rakyat dapat diwujudkan
tanpa kehadiran perselisihan faham.

Di samping itu, kita sewajarnya memiliki daya inovasi yang tinggi apabila berhadapan
dengan sesuatu cabaran bagi meneruskan kelangsungan hidup bertamadun. Sebagai contoh,
inovasi yang telah diterapkan oleh masyarakat tamadun Yunani telah membangunkan bidang
sains dan matematik yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Akhir sekali, kita haruslah
sentiasa berilmu dan berketerampilan demi meningkat taraf kehidupan kita. Dengan ini, kita
bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang bertamadun dan berfikiran kritis malahan
melibatkan diri dalam perkembangan negara.
PRAKTIS
PENGUKUHAN
BAHAGIAN B: SOALAN STRUKTUR

1] Apakah maksud tamadun secara umum?


Maksud tamadun secara umum ialah suatu pencapaian tertinggi oleh
sesuatu masyarakat dalam pelbagai bidang.

2] Senaraikan 5 kegiatan yang diamalkan oleh tamadun awal


dunia.
[Jawapan murid].
BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF

LINK QUIZIZZ

https://quizizz.com/join/quiz/62ab0aad4ce436001e218e2f/
start?studentShare=true
SESI SOAL
JAWAB
SEKIAN,
TERIMA
KASIH!
Semoga memberi manfaat kepada rakan-rakan sekalian.

You might also like