Pembentangan Asas Pengurusan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TAJUK :

PENSTAFAN
AHLI KUMPULAN :
MUHAMMAD FARIS IKHWAN BIN INDRA
RUSAMEZANANIFF BIN RUSELAN
VIMAL A/L LOGENDREN
KEPENTINGAN PENSTAFAN
1. Membantu pengurus lini
• Aktiviti penstafan membekalkan tenaga kerja yang mencukupi dari segi kuantiti dan
kualiti untuk fungsi lini seperti fungsi pemasaran, fungsi kewangan dan fungsi
pengeluaran dalam usaha mencapai matlamat organisasi.
2. Menyediakan khidmat nasihat
• Masalah yang kerap dihadapi pekerja dalam organisasi berkaitan dengan perhubungan
manusia.
• Dalam keadaan ini, pengurus lini boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada bahagian
penstafan mengenai cara-cara menangani masalah pekerja.
3. Mengawal aktiviti tenaga kerja
• Pekerja boleh dikawal melalui kawalan dalaman dan kawalan luaran.
• Kaedah kawalan akan ditentukan oleh pengurus staf berdasarkan ciri dan sifat pekerja.
• Pengawalan terhadap pekerja membolehkan sumber manusia digunakan secara optimum bagi mencapai matlamat
organisasi.
4. Membangunkan tenaga kerja
• Pembangunan tenaga kerja merujuk kepada proses meningkatkan kemahiran pekerja sedia ada agar sesuai dengan
keperluan pekerjaan semasa.
• Pembangunan tenaga kerja boleh dijalankan dengan menawarkan kursus , latihan dan pendidikan kepada pekerja.
• Program pembangunan tenaga kerja boleh dilakukan secara dalaman atau luaran
PROSES PENSTAFAN
A. Merangkan keperluan sumber manusia / Perancangan tenaga kerja
• Menganalisa situasi pekerjaan sekarang dan masa hadapan serta membentuk
strategi bagi memenuhi keperluan sumber manusia dalam organisasi.
• Pengurus perlu merancang tenaga pekerja berdasarkan objektif dan strategi
organisasi yang telah ditetapkan.
B. Pengrekrutan / Pengambilan
• Proses mengenal pasti dan menarik minat calon yang berkelayakan mengisi
kekosongan jawatan daripada sumber dalaman atau luaran organisasi.
C. Pemilihan
• Proses mengambil dan memilih pekerja yang terbaik daripada sejumlah calon yang memohon sesuatu jawatan.
• Proses ini melibatkan langkah-langkah seperti menyemak borang permohonan butiran pemohon, mengendalikan
temuduga dan ujian pekerjaan, serta menghubungi perujuk untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi seseorang calon.
D. Penempatan dan orientasi / Induksi
• Proses memperkenal, menyesuai dan membudayakan pekerja baru dengan suasana pekerjaan organisasi.
• Pekerja akan didedahkan kepada huraian kerja yang perlu dilakukan dan maklumat umum organisasi seperti struktur
organisasi .
• Tujuan induksi atau orientasi dilakukan adalah untuk:
• Memudahkan pekerja baru mempelajari tugasan mereka
• Menjimatkan masa dan usaha dalam melatih pekerja baru
• Membolehkan tugas dilaksanakan dengan sempurna dan memperbaiki produktiviti
E. Latihan dan Pembangunan
• Tujuan latihan dan pembangunan adalah untuk meningkat keupayaan dan kemahiran
individu dalam memberi sumbangan kea rah peningkatan prestasi organisasi.
• Latihan dan pembangunan merupakan satu proses yang berterusan dan dilaksanakan
sama ada secara serentak dengan waktu kerja atau di luar waktu kerja dalam bentuk
kursus dan seminar di tempat lain.
• Pembangunan meliputi program yang berfokuskan aspek kepimpinan khususnya bagi
pihak pengurusan untuk meningkatkan kemahiran konseptual, menganalisis dan
penyelesaian masalah.
F. Penilaian prestasi
• Penilaian prestasi merujuk kepada proses menilai prestasi pekerja secara berkala dan berterusan.
• Tujuan penilaian prestasi adalah untuk menilai pencapaian setiap individu dalam menjalankan tugas masing-masing di
samping membekalkan maklumat berguna mengenai pekerja dalam pengurusan sumber manusia.
G. Kenaikan pangkat / pertukaran
• Pertukaran / kenaikan pangkat merupakan proses pemindahan pekerja daripada satu jawatan ke jawatan lain atau dari
satu jabatan ke jabatan yang baru.
• Terdapat tiga jenis pertukaran iaitu :
• Kenaikan pangkat
• Pertukaran jawatan sama taraf
• Pertukaran penurunan pangkat
H. Pampasan
• Merupakan bentuk ganjaran yang diberikan oleh majikan kepada pekerja yang bersara atau diberhentikan.
• Terdapat tiga jenis pampasan iaitu pencen, gratuity dan faedah penamatan perkhidmatan.
I. Pemisahan / persaraan
• Pemisahan merujuk kepada pengasingan seseorang individu daripada meneruskan perkhidmatannya dalam organisasi.
• Pemisahan berlaku apabila pekerja mendapat tawaran kerja yang lebih baik daripada organisasi lain, atau pekerja
diberhentikan , dipecat atau bersara.
• Persaraan merupakan status seseorang pekerja yang telah berhenti dari kerjanya (kini dipanggil pesara).
• Ia biasanya berlaku disebabkan mencapai had umur. Ada juga persaraan yang disebabkan faktor lain seperti keadaan
fizikal ataupun dengan pilihan.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like