Unit 5.3 Dasar Sosial Negara

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 31

MPU 2163

PENGAJIAN MALAYSIA 2
UNIT 5.3 DASAR SOSIAL NEGARA
DASAR-DASAR NEGARA
DEFINISI DASAR NEGARA

Garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan


dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan Negara ke
arah sebuah Negara yang gemilang.

TUJUAN DASAR
Membantu Negara mencapai:-
1.Matlamat keselamatan Negara
2.Perpaduan dan kestabilan Negara.
3.Kesejahteraan social dan ekonomi rakyat.
DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
DASAR PENDIDIKAN
• Pendidikan Tanah Melayu sebelum merdeka berlaku secara tradisional
• Pendidikan dijalankan di sekolah-sekolah pondok, sekolah-sekolah cina
persendirian dan sekolah-sekolah tamil.
• Selepas merdeka kerajaan melihat sistem pendidikan yg berbeza ini perlu diubah.
• Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan
dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957.
• Dilaksanakan untuk menggantikan system pendidikan penjajah.
“ BAHAWASANYA Dasar Pelajaran seperti yang
diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah
untuk menubuhkan satu system pendidikan yang
akan dapat memenuhi keperluan Negara &
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi & politiknya…”
OBJEKTIF DASAR PENDIDIKAN

• Mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajar


• Membina kebudayaan masyarakat
• Melahirkan pelajar yg cemerlang dan seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi
• Melahirkan tenaga kerja mahir yang berkualiti dan peka dengan kemajuan
negara
• Membentuk satu sukatan yg sama di semua peringkat sekolah
• Melahirkan masyarakat berdisiplin, terlatih dan memenuhi keperluan
tenaga kerja dalam sector negara.
STRATEGI PELAKSANAAN
• Menjadikan bahasa kebangsaan sbg bahasa pengantar yg
utama;

• Mengadakan kurikulum yg sama & berorientasikan


Malaysia bagi semua jenis sekolah;

• Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi semua;

• Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;


STRATEGI PELAKSANAAN
• Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dgn
menyediakan pendidikan yg menyeluruh, seimbang &
bersepadu;

• Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan


tahun;

• Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu


dgn mengagihkan peruntukan secara adil & memberi
perhatian khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik &
kawasan luar bandar @ pedalaman;
STRATEGI PELAKSANAAN
• Menyediakan pendidikan rendah mengikut KBSR yg
berasaskan 3M pada thn 1983 yg nenjurus kpd KBSM
pada thn 1989;

• Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik


melalui penyusunan semula kurikulum sek. vokasional
pada tahun 1978;

• Mempelbagai & memperbanyakkan kemudahan


pendidikan di peringkat universiti terutama dlm bidang
sastera gunaan & sains gunaan
STRATEGI PELAKSANAAN
• Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral &
disiplin;

• Menjadikan Bahasa Kebangsaan & Bahasa Inggeris sbg


mata pelajaran yg wajib diajar di sekolah-sekolah &
memberi peluang sempurna bagi pembelajaran bahasa-
bahasa lain spt Bahasa Cina & Bahasa Tamil;

• Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yg memupuk


disiplin, spt pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis,
pengakap, puteri islam dll.
Pendidikan dan Latihan di bawah RMK-9
• Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897 pada 2005.
Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta pada 2005.
• Melahirkan tenaga kerja yg berpendidikan, mahir & terlatih.
• Melahirkan warganegara yg bertanggungjawab & mempunyai nilai-nilai moral &
etika yg kukuh.
• Membantu kpd pencapaian Dasar pembangunan Nasional (DPN) – utk
membasmi kemiskinan & penyusunan semula masyarakat.
• Bagi peluang pendidikan & latihan kpd golongan berpendapatan rendah –
tingkatkan pendapatan & mudah dapat kerja seterusnya menyumbangkan
peningkatan agihan pendapatan.
• Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari awam dan swasta
meningkat 731,698 pada 2005.
DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN
ASAL KEBUDAYAAN
• Berasal daripada perkataan Buddhayah iaitu Bahasa sanskit
daripada perkataan Buddhi yang bermaksud budi dan akal.
• Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia yang
mementingkan pembentukan masyarakat dan pembinaan
tamadun.

MAKSUD KEBUDAYAAN

KESELURUHAN CARA HIDUP MANUSIA - CARA BERFIKIR SERTA DAYA


CIPTAAN - KEHENDAK BIOLOGI KEMASYARAKATAN SERTA ALAM
SEKELILING - SESUAI DENGAN JASMANI ROHANI
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
• Kebudayaan memainkan peranan dalam proses pembangunan negara.
• Dilancarkan pada 1971.
• Menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujudkan dan mengekalkan
identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.
• KEPENTINGAN = untuk meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan
politik dalam semua lapisan masyarakat serta mengekalkan perpaduan
antara kaum.
• Bagi sebuah negara yang berbilang kaum, proses pembentukan
kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti.
OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.

•Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan warisan kebudayaan


Melayu.
•Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan Bahasa Melayu.
•Rantau Melayu mempunyai persamaan bahasa, kedudukan geografi, pengalaman
sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai peribadi.
•Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam Kebudayaan Kebangsaan.
PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Unsur-unsur Kebudayaan lain yang Sesuai dan Wajar boleh diterima

•Unsur-unsur budaya asing seperti Cina, Arab, India dan sebagainya wajar
dipertimbangkan.
•Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan kebudayaan bergantung kepada
tidak wujudnya percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun
Negara
PRINSIP-PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Islam Menjadi Unsur Penting dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

•Agama Islam menjadi unsur penting sebagai agama rasmi negara.


•Wujud fakta-fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang didukung oleh sebahagian
besar penduduk rantau ini.
STRATEGI & PELAKSANAAN DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
• Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-
asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan,
pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya.
• Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing
dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai
jentera pembangunan yang berkesan.
• Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasionalisme Malaysia.
• Memenuhi keperluan sosiobudaya.
• Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
RUMUSAN
• Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun
dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang
mengamalkan budaya yang berbeza.
• Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk
serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
DASAR SOSIAL NEGARA
PENGENALAN
 Diluluskan pada 19 Februari 2003
 Menekankan aspek nilai murni dan keupayaan manusia untuk
mencapai kerjasama dan kestabilan social
 Berperanan untuk menuju ke arah kesejahteraan hidup
bermasyarakat di Malaysia
 Mewujudkan masyarakat mapan dari segi ekonomi, social dan
teknologi
 Berperanan untuk mencapai Wawasan 2020
OBJEKTIF

 Meningkatkan penjaaan penggunaan multimedia


 Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu dan menikmati
corak hidup yang sejahtera dan progresif
 Membangunkan khidmat sokongan social dan khidmat social
 Memajukan dan mengukuhkan kemampuan individu sepanjang hayat
STRATEGI

 Memastikan golongan dewasa meningkatkan kemahiran dan


pengetahuan bagi menguruskan kerjaya dan keluarga
 Mewujudkan program bagi menanam semangat patriotism
 Mewujdukan pengkalan maklumat tentang khidmat social
 Menggalakkan sikap inovatif, progresif, flesibel dan berdikari melalui
pendidikan
DASAR BELIA NEGARA
DASAR BELIA NEGARA

Definisi Belia

Takrif belia menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia


dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia
Negara 1995, belia ialah orang yang berumur antara 15
hingga 40 tahun.
PENUBUHAN DASAR BELIA

• April 1973 di Univeristi Malaya, Dasar Belia Negara


diilhamkan.
• 13 Disember 1985, Dasar Belia Negara diumumkan oleh
Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Dr. Sulaiman
Haji Daud.
• Dikaji semula pada tahun 1997 yang kemudiannya telah
dinamakan sebagai Dasar Pembangunan Belia Negara.
KEPENTINGAN DBN

1. Bertujuan membimbing pergerakan belia Negara


2. Membangunkan taraf social dan ekonomi belia
3. Mengukuhkan perpaduan dan keselamatan Negara
4. Bermatlamat melahirkan belia yang patriot.
Hubungan dasar belia negara dengan dasar-dasar yang lain

1. Dasar Sosial
• Meningkatkan kemahiran belia dalam bidang kepimpinan, perniagaan dan
vokasional dan teknikal melengkapi secara menyeluruh kehidupan belia.
2. Dasar Pembangunan Negara
• Melibatkan belia untuk terlibat dalam membangunkan ekonomi Negara.
3. Dasar Wawasan Negara
• Belia berperanan melaksanakan Wawasan 2020 yang bermatlamat Malaysia
menjadi Negara maju mengikut acuan tersendiri tanpa terikut cara dan corak
Negara maju yang ada sekarang.
4. Dasar Kebudayaan Negara
• Belia membawa perwatakan sesuatu bangsa Negara serta merangkumi
hubungan social.
KESIMPULAN
 Semua dasar pembangunan social yang digubal oleh kerajaan
merupakan garis panduan yang amat penting dalam membentuk
sahsiah peribadi manusia sekaligus menjamin keharmonian rakyat.
 Dasar-dasar ini digubal supaya setiap pihak mendapat layanan yg
saksama, meniktikberatkan nilai kemanusiaan, bertolak ansur sesama
kaum dan jantina, malahan meletakkan negara dengan satu identity
yg tersendiri di mata dunia.

You might also like