Penentangan Rakyat Myanmar Secara Bersenjata

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENENTANGAN RAKYAT MYANMAR

SECARA BERSENJATA

Oleh: Rabiatul
 Penentangan rakyat Myanmar secara bersenjata bermula apabila golongan
Thakin melakukan gerakan bawah tanah untuk menentang tentera
Jepun. Golongan Thakin mempunyai pasukan gerila anti-Jepun yang diketuai
oleh Thakin Soe.
 Perasaan anti-Jepun muncul disebabkan tindakan politik dan ketenteraan
Jepun yang dianggap menghina bangsa.
 Masalah ekonomi dan kesukaran hidup yang dialami telah menambahkan lagi
kebencian mereka terhadap pentadbiran tentera Jepun.
 Aung San telah menubuhkan Tentera Kebangsaan Burma Anti-Jepun yang
kemudian berkembang dan membentuk Liga Pembebasan Rakyat Anti-
Fasis untuk menentang tentera Jepun.
 Dakyah anti-Jepun disebarkan oleh Tentera Kebangsaan Burma melalui
ceramah secara sulit pada tahun 1994 bagi membangkitkan semangat anti-
Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar meskipun menghadapi pelbagai
sekatan oleh pentadbiran tentera Jepun. Penentangan ini bertujuan untuk
menubuhkan kerajaan sendiri.
 Pertubuhan politik secara sulit juga telah ditubuhkan melalui Liga
Kebebasan Rakyat Anti-Fasis(AFPFL). AFPEL menyelaraskan semua
gerakan penentangan oleh Tentera Kebangsaan Burma,Liga Belia Asia
Timur,golongan sosialis dan Thakin yang berideologi komunis termasuk
petani dan pekerja bagi menentang tentera Jepun.
 AFPFL mendapat bantuan luar terutama British. Hubungan sulit diadakan
dengan pihak British di India oleh Thein Pe dan Thakin Tin Shwe.
 Tentera Jepun pula telah menubuhkan pasukan Tentera Kemerdekaan
Myanmar (Burma Independence Army). Pasukan ini diberi bantuan
senjata dan terdapat dalam kalangan pemimpin pasukan ini yang dibawa ke
Jepun bagi mendapatkan latihan tentera.
 Pasukan ini ditubuhkan hasil daripada pakatan Aung San dengan 13 orang
ahli Dobama Asiayone.
 Aung San telah memberi sokongan kepada British dalam usaha menawan
semula Myanmar dan menghalau tentera Jepun.
 Sehubungan dengan itu,Tentera Kebangsaan Burma telah mengedarkan
berita sulit dengan persetujuan AFPFL untuk melakukan kerja-kerja
sabotaj terhadap tentera Jepun dan golongan yang pro-Jepun.
 Pada bulan Mac 1945, Tentera Kebangsaan Burma mula menentang
tentera Jepun. Penentangan ini bertambah luas setelah Liga Belia Asia
Timur termasuk golongan petani dan pekerja menyertai perang gerila
tersebut.
 Semasa pihak Berikat melancarkan serangan terhadap tentera Jepun di
Myanmar,Tentera Kebangsaan Burma telah menyokong British dan
menyerang tentera Jepun daripada belakang.
 Tentera British dan Tentera Kebangsaan Burma telah bekerjasama di
bawah pemerintah tertinggi pihak Berikat,iaitu Lord Louis
Mounthbatten untuk menamatkan pendudukan Jepun di Myanmar.
 Pada Oktober 1945, tentera Jepun secara rasmi menyerah kalah kepada
pihak Berikat.
PENENTANGAN RAKYAT
INDONESIA SECARA
BERSENJATA
 Di Indonesia, tentera Jepun menjalankan dasar pecah dan perintah. Hal ini
kerana strategi berkenaan dapat mengelakkan pengaruh nasionalisme
berkembang dalam kalangan rakyat di negara tersebut.
 Kebanyakan pemimpin nasionalisme seperti Sukarno dan Hatta tidak
dibenarkan menyebarkan pengaruh mereka di luar Kepulauan Jawa.
 Untuk menyelamatkan empayar Jepun daripada serangan tentera Berikat,
beberapa buah organisasi semitentera dan bersifat tentera penuh telah
ditubuhkan. Seinendan telah ditubuhkan untuk golongan pemuda dan tertumpu
pada latihan tentera tanpa menggunakan senjata. Manakala, Keibodan
berfungsi mengawal tentera dalam negara.
 Pertubuhkan tentera penuh, iaitu PETA dan HEIHO yang dianggotai tentera
Indonesia ditubuhkan bagi menghadapi dan mempertahankan Indonesia
daripada serangan tentera Berikat.
 Kesusahan rakyat,kekejaman tentera Jepun dan tindakan tentera Jepun
untuk menjajah Indonesia menyebabkan muncul gerakan-gerakan penentangan
oleh golongan anti-Jepun.Amir Sjarifuddin merupakan golongan anti-Jepun
yang menerima bantuan daripada Belanda untuk menentang tentera Jepun.
Bagaimanapun beliau telah ditangkap oleh tentera Jepun.
 Golongan mahasiswa pula menyatakan protes terhadap
pemerintahan Jepun. Banyak ahli persatuan ini yang menentang
pendudukan Jepun di Indonesia telah ditangkap.
 Gerakan Anti-Fasis pula telah menjalinkan hubungan dengan
gerakan nasionalis seperti nasionalis Tanah Melayu dan golongan
kiri Cina di Sumatera Timur serta Tanah Melayu untuk menentang
Jepun.
SEKIAN TERIMA KASIH...

You might also like