Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 100

MPU 3113 HUBUNGAN ETNIK

Bab 2
Potret Hubungan Etnik
Hasil Pembelajaran:
• Memahami Kesultanan Melayu Melaka sbg lambang
kemuncak kpd pluraliti di Nusantara.

• Memahami kesan penjajah Barat kpd masyarakat


pelbagai etnik di negara ini.

• Menguasai kemahiran utk menganalisis fenomena sosial


& masalah hubungan etnik di negara ini.
PENGENALAN
• Kepelbagaian etnik, budaya & agama – ciri utama di
kebanyakan negara pada masa kini.
• Persaingan & konflik sering berlaku di negara yg
berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai etnik.
• Namun, sejarah membuktikan negara monoetnik juga
tidak dapat mengelakkan diri drp persaingan & konflik.
• Masyarakat mempunyai kecenderungan utk
mengkategorikan & menilai kumpulan masyarakat yg lain
menurut pemikiran & pemahaman mereka sendiri yg
sempit, selain terpengaruh oleh pelbagai faktor.
• Turut mempunyai kebiasaan menilai perbezaan antara
masyarakat melalui perspektif budaya majoriti/ tersendiri.
• Justeru itu, dlm dunia yg didominasi masyarakat pelbagai
etnik, wajar sekali dibina satu pemahaman yg mendalam
& tepat tentang teori & definisi yg digunakan utk menilai
kumpulan masyarakat yg berbeza budaya, ras & etnik.
• Bertujuan utk mengelakkan berlakunya konflik antara
etnik yg lebih dahsyat.
• Kefahaman terhadap budaya yg menyokong masyarakat
pelbagai etnik penting utk pembinaan masyarakat yg
harmoni & stabil.
1.1 KESULTANAN MELAYU MELAKA –
LAMBANG PERTEMUAN MASYARAKAT
PELBAGAI ETNIK
• Tempat pertemuan pedagang seluruh dunia.
• Digelar ‘The Venice of the East.’
• Diperintah oleh para sultan & pembesar yg berpandangan
jauh.
• Zaman keemasan/ kemuncak keagungan Kesultanan
Melayu yg boleh dilihat dari aspek:
1. Pemerintahan.
2. Perdagangan.
3. Kependudukan.
4. Kebudayaan.
Pemerintahan
• Perlembagaan berdasarkan ajaran Islam – Hukum Kanun
Melaka & Undang-undang Laut Melaka – banyak
menyumbang kpd kemakmuran & kemajuan sistem
pemerintahan.
• Pegawai istana terdiri drp pelbagai bangsa hasil drp
perkahwinan campur dgn bangsa asing yg datang
berdagang & menetap di Melaka.
• Sistem pemerintahan yg amat mementingkan
keharmonian antara etnik.
• Pemerintahan dijalankan dgn penuh sikap diplomasi &
terbuka – terdapat org India yg turut dilantik menjawat
jawatan dlm istana.
Perdagangan
• Berjalan dgn lancar hasil drp:
1. Sistem pemerintahan terbuka.
2. Wujud pentadbiran pelabuhan yg cekap.
• Undang-undang Laut Melaka dilaksanakan bagi menjaga
keselamatan laut drp ancaman perompak & lanun.
• Menjamin tahap keselamatan yg tinggi kpd ribuan kapal
pedagang.
• Keselamatan laut dikawal oleh Laksamana yg proaktif.
• Menjadikan suasana selamat & aman utk aktiviti
perdagagan.
Corak Kependudukan
• Zaman pluraliti kerana berlaku proses penghijrahan
berlaku secara semula jadi tanpa pemaksaan.
• Kemasukan terbuka tanpa perlu kpd sebarang tanda
pengenalan diri spt pasport/ visa sbg tanda pengenalan
diri utk memasuki sesuatu kawasan.
• Membolehkan para pedagang asing berdagang secara
bebas & berinteraksi dgn penduduk tempatan.
• Para pedagang asing & Nusantara juga dilihat melalui
proses asimilasi & amalgamasi dgn penduduk tempatan.
• Akhirnya telah membawa kpd kewujudan masyarakat
baharu – Baba Nyonya, Serani, Melayu berketurunan
Arab & Melayu berketurunan India.
Kepelbagaian Budaya
• Kemajuan perdagangan & empayar Melaka sbg kota
metropolitan dgn pelabuhan yg maju & terpenting di
dunia menjadikan Melaka sbg kota multibudaya.
• Setiap budaya di Melaka mempunyai tempat masing-
masing – bukti pluralisme budaya bukanlah fenomena
baru dlm alam Melayu.
• Interaksi antara budaya spt Arab pra-Islam, Hinduisme,
Buddhisme, Arab Islam & Eropah/ Barat telah berlaku
sejak abad ke-5 Masihi.
• Pertemuan & pertembungan budaya besar dunia telah
melahirkan ciri fenomena sosial yg istimewa dlm alam
Melayu- kepluralitian budaya yg istimewa.
1.2 PEMBENTUKAN MASYARAKAT
MAJMUK ERA KOLONIALISME
BRITISH
• Matlamat kedatangan British – ‘gospel, gold & glory’.
• Pihak kuasa Barat telah maju dlm S&T bagi
merealisasikan matlamat tersebut – Kewujudan universiti
tertua di Eropah, University of Oxford sejak abad ke-10
lagi.
• Menguasai ilmu pengetahuan yg tinggi yg tinggi dlm
pelbagai bidang ilmu – sosial, kemanusiaan & sains tulen.
• Perdebatan ilmu yg begitu hangat selama berabad-abad
sehingga berlaku pemisahan besar antara agama dgn
sains moden pada abad ke-15 Masihi.
• Eropah mengalami perubahan epistemologi – pemisahan
antara agama & negara.
• Akibat pertelingkahan agamawan & saintis – wujudnya
dikotomi ilmu pengetahuan .
• Ilmu pengetahuan terpisah kpd dua bahagian, iaitu
agama & sains.
• Masyarakat terbahagi dua:
1. Pihak yg menyokong agama.
2. Pihak yg menyokong sains moden.
• Ilmu berasaskan sains moden mendapat sokongan
majoriti penduduk Eropah – menyebabkan agama
akhirnya menjadi anutan individu sahaja.
• Agama dianggap sbg penyumbang perselisihan
pandangan dlm kalangan manusia – akan mencetuskan
pergaduhan & peperangan.
• Ilmu sains pula dianggap bersifat sarwajagat kerana
dapat menyatukan manusia di bawah payung kefahaman
yg sama – membolehkan manusia hidup secara aman &
damai.
• Ilmu sains diterima sbg ilmu penting & asas dlm
kehidupan sosial duniawi manusia.
• Ilmu sains menjadi asas kpd segala aspek kehidupan
duniawi, termasuk ilmu pemerintahan & pentadbiran –
agama dipinggirkan kerana tidak menjadi faktor penting.
• Kesannya agama berada di pihak yg lain & kehidupan
duniawi manusia yg berada pada pihak yg lain.
• Dasar ini diteruskan oleh penjajahan British terhadap
tanah jajahannya termasuk Tanah Melayu.
• British menguasai pentadbiran negara – hal ehwal Islam
& adat istiadat Melayu diletakkan di bawah pengawasan
sultan.
• British turut memperkenalkan sistem pentadbiran
berdasarkan doktrin pengasingan kuasa.
• Berbeza dengan sistem pemerintahan prapenjajahan yg
tiada agihan kuasa kerana raja/ sultan yg mempunyai
kuasa mutlak.
• Membawa kpd pertembungan antara agama Islam dgn
negara pentadbiran kolonial British.
• Pertemuan berlaku dlm suasana empirikal yg berbeza iaitu
antara ‘Islam sbg agama & para penganutnya’ dgn ‘negara
kolonial sekular.’
• Pertemuan juga berlaku dlm konteks pemodenan yg
diperkenalkan & dirancangkan oleh kerajaan kolonial.
• Pengalaman/ proses ini telah dilalui lebih awal oleh koloni
British yg lain di negara Asia Selatan.
• Kolonialisme bukan hanya melibatkan penaklukan fizikal –
kerana yg lebih penting ialah ia turut melibatkan penaklukan
terhadap ruang epistemologi/ sistem pemikiran penduduk
peribumi.
• Penaklukan berlaku melalui proses penguraian sistem
pemikiran peribumi yg mengakibatkan hilangnya kekuatan
sistem pemikiran tersebut sehingga hilang kekuatan sbg
kuasa pentakrifan kehidupan.
• Proses ini seterusnya digantikan dgn sistem pemikiran
asing.
• Perbincangan mengenai pembentukan masyarakat
pluralistik di Malaysia tertumpu kpd tiga kelompok komuniti
etnik utama, iaitu Melayu, Cina & India walaupun
sebenarnya terdapat pelbagai suku kaum lain.
• Hal ini kerana ketiga-tiga komuniti etnik tersebut telah
memainkan peranan yg paling menyerlah dlm memenuhi
tuntuan keperluan ekonomi & politik British.
• Walaubagaimanapun, kewujudan & peranan yg
dimainkan oleh suku kaum lain tidak dinafikan.
• Sebelum 1848, hampir semua penduduk Tanah Melayu
terdiri drp orang Melayu.
• Namun, perkembangan perusahaan bijih timah pada
pertengahan abad ke-19 & perusahaan getah pada awal
abad ke-20 mengakibatkan berlaku penghijrahan orang
Cina & India secara besar-besaran.
• Menjelang tahun 1931, bilangan penduduk bukan Melayu
melebihi penduduk Melayu.
• Kewujudan pelbagai kaum yg mengekalkan kebudayaan
masing-masing mengakibatkan terbentuknya masyarakat
majmuk.
• Setiap kaum mempunyai agama, bahasa & cara hidup yg
berlainan.
• Pada umumnya masih wujud persefahaman dan
hubungan yg baik antara komuniti etnik.
• Keharmonian ini berterusan & terbukti apabila mereka
sama-sama berjuang utk mendapatkan kemerdekaan
Tanah Melayu (31 Ogos 1957) & apabila Sabah &
Sarawak mengambil keputusan utk sama-sama
membentuk Malaysia (16 September 1963).
• Dasar kolonialisme British memberikan dampak yg sangat
besar terhadap masyarakat Malaysia sama ada dlm
bentuk material ataupun bukan material.
• Memang tidak dinafikan, pemerintahan British telah
menyumbang terhadap penambahbaikan kehidupan
rakyat.
• Namun mereka turut bertanggungjawab secara beransur-
ansur menyisihkan dominasi Islam drp kehidupan
masyarakat Malaysia.
• Kolonialisme Inggeris dikritik sbg suatu dasar tekal
memisahkan orang Islam drp agama mereka.
• Dampak dasar & birokrasi Inggeris boleh dilihat dgn jelas
dlm perkara berikut:
1. Mula bertapak kukuh melalui campur tangan secara tidak
langsung pada tahun 1786 (Pulau Pinang).
2. Mula campur tangan secara langsung & menguasai
pentadbiran negeri-negeri Melayu yg secara tradisionalnya
terletak di bawah tadbir urus Sultan.
3. Perjanjian Pangkor 1874.
4. Menjelang tahun 1895 – sistem residen bertapak kukuh di
Perak, Selangor, Pahang & Negeri Sembilan.
5. Perjanjian Persekutuan 1895 yg dikuatkuasakan pada 1
Julai 1896 > Negeri-negeri Melayu (NNM) Bersekutu.
6. Perjanjian Bangkok 1909 > NNM Tidak Bersekutu.
• Di Sabah, etnik bumiputera utama – Kadazan, Bajau,
Murut & Suluk.
• Syarikat Borneo Utara British menggalakkan penghijrahan
etnik Cina – utk bekerja di ladang getah & tembakau.
• Bilangan penduduk Cina meningkat drp 27,801 org pada
tahun 1911 kpd 50,056 orang pada tahun 1931.
• Di Sarawak, etnik bumiputera utama – Iban, Bidayuh,
Melayu & Melanau.
• Dinasti Brooke menggalakkan kemasukan etnik Cina –
utk bekerja sbg pedagang, petani & pelombong.
• Bilangan penduduk Cina meningkat drp 5,000 org pada
tahun 1871 kpd 123,626 org pada tahun 1939.
• Kesan paling jelas perluasan pentadbiran British –
pemisahan agama Islam drp urusan sekular.
• British sendiri gagal memenuhi janji mereka apabila
mengingkari dasar ‘tidak campur tangan’ mereka sendiri dlm
urusan berkaitan dgn agama Islam & adat istiadat Melayu.
• Pluraliti bukanlah fenomena baru & janggal dlm kalangan
masyarakat Malaysia , namun ia juga telah dan akan
memberikan impak yg berterusan & berpanjangan.
• Perpaduan & toleransi yg bertitik tolak drp 3 komuniti etnik
terbesar bagi memperjuangkan kemerdekaan – telah
melakar sejarah & membawa kesan dlm aspek perpaduan
etnik yg dapat hidup aman damai.
• Masyarakat plural Malaysia yg wujud kini merupakan hasil
interaksi & integrasi sejarah silam – kesan pluraliti budaya
telah terdapat di alam Melayu sejak abad ke-5 Masihi.
• Perluasan pengaruh Inggeris pada abad ke-19 dan ke-20
telah mengakibatkan penghijrahan orang Cina & India
secara besar-besaran.
• Meskipun pelbagai kumpulan etnik hidup pada umumnya
secara berasingan & mengekalkan kebudayaan masing-
masing, terdapat semangat persefahaman & keharmonian
kaum yg erat.
• Saling bekerjasama bagi membolehkan negara mencapai
kemerdekaan & seterusnya menggiatkan usaha utk
mengeratkan perpaduan nasional & keharmonian.
• Kerencaman masyarakat berbilang etnik terbentuk akibat:
1. Kesan migrasi masyarakat Nusantara ke Tanah
Melayu.
2. Faktor migrasi massa golongan migran Cina & India
utk memenuhi tuntutan kepentingan ekonomi
penjajahan Barat.
• Maka akhirnya, terbentuklah masyarakat pelbagai etnik yg
bersegmen mengikut kegiatan ekonomi.
• Adakah dasar pecah & perintah Inggeris menjadi
penghalang kpd integrasi dlm kalangan masyarakat
berbilang etnik?
1.3 FOKUS HUBUNGAN ETNIK
• Manusia lazimnya berasa selesa dgn amalan adat resam
& cara hidup mereka.
• Lumrah bagi manusia menyokong etniknya sendiri.
• Setiap etnik terikat kpd sentimen primordial mereka – yg
menguatkan kesetiaan & ikatan kpd kelompok sendiri.
• Apabila kelaziman fikiran & tindak-tanduk berakar umbi,
adalah sukar utk manusia itu berubah.
• Hal ini menyebabkan ramai yg bersikap stereotaip &
prejudis terhadap masyarakat etnik yg lain.
• Mereka yg bersifat demikian memandang dunia semata-
mata dari sudut pandangan mereka sendiri.
• Kebanyakan individu meletakkan diri mereka di tengah-
tengah dunia mereka & melihat orang lain melalui kaca
mata mereka sendiri.
• Individu sepatutnya sedar dunia tidak berpusat pada
dirinya sendiri.
• Persoalan asas dlm hubungan etnik – melihat
pemahaman individu terhadap kumpulan etnik yg lain:
1. Bagaimana pemahaman itu dapat memperbaiki
pandangan & sikap terhadap kumpulan etnik yg lain?
2. Bagaimana pemahaman yg mendalam & perubahan
sikap itu dapat mengubah sikap buruk terhadap etnik
yg lain yg sudah lama berakar umbi?
• Bidang kajian hubungan etnik juga memberikan tumpuan
kpd usaha utk memahami & menjelaskan bentuk-bentuk
hubungan antara manusia.
• Kumpulan etnik yg berlainan disusun dlm pelbagai jenis
stratifikasi sosial masyarakat yg berbeza:
1. Apakah kesan bentuk susunan stratifikasi sosial yg
sedemikian ke atas hubungan antara kumpulan etnik
tersebut & masyarakat itu sendiri.
2. Bolehkah corak masyarakat sedemikian melahirkan
masyarakat yg harmoni & berkonflik.
• Terdapat empat bentuk perhubungan antara etnik:
Bekerjasama – penyesuaian – persaingan – konflik.
• Apakah kesan jangka panjang bentuk masyarakat pelbagai
etnik terhadap hubungan etnik?
• Apabila mereka hidup bersama dlm satu jangka masa yg
panjang:
1. Mereka mungkin bergerak ke arah penyatuan
kumpulan.
2. Terus mengekalkan perbezaan atau membesar-
besarkan perbezaan tersebut.
• Masyarakat pelbagai etnik yg sedemikian mungkin sedang
menuju ke arah:
1. Integrasi melalui proses asimilasi.
2. Pemisahan melalui proses kemajmukan.
1.4 KERANGKA TEORI
• Dlm proses membina kefahaman terhadap kerangka teori,
pelbagai disiplin ilmu (terutamanya sosiologi, psikologi
sosial & sains kemasyarakatan yg lain) perlu dilihat – utk
memperolehi konsep asas yg mendasari konsep dlm
hubungan etnik utk
• Konsep-konsep ini agak berbeza penggunaannya dlm
keadaan popular.
• Secara akademik, konsep-konsep tersebut dikaji sbg satu
mekanisme utk mengupas & menganalisis hubungan
etnik dgn lebih mendalam.
Teori Ekologi – Park (1950)
• Dipengaruhi oleh pendekatan Darwin (1859) – hukum ‘
the survival of the fittest’.
• Manusia mempunyai 2 bentuk warisan:
1. Sbg ahli kumpulan ras, dia mewarisi pusaka biologikal
dipindahkan melalui perkahwinan sesama kumpulan.
2. Sbg ahli kumpulan sosial, dia memindahkan melalui
komunikasi warisan sosial kumpulannya.
• Manusia melalui proses:
1. Evolusi organik & biologikal di peringkat individu.
2. Superorganik/ evolusi sosial & kebudayaan di
peringkat kumpulan.
• Teori Ekologi Park boleh dirumuskan dlm 4 usul:
1. Penghijrahan membawa bersama dlm perhubungan yg
tidak sama rata, manusia dgn ciri fenotaip yg berbeza;
pengkelasan ras menurut warna kulit.
2. Individu sedar ciri-ciri status yg membezakan mereka.
3. Manusia yg bersatus tinggi tidak mahu bersaing atas
dasar sama rata dgn mereka yg berstatus rendah;
kumpulan yg dianggap memiliki kategori semulajadi dan
layak berada di tempat lain dlm pembahagian buruh.
4. Prejudis – luahan kesedaran kumpulan oleh kelompok
manusia yg istimewa. Prejudis juga mempertahankan
kepentingan mereka & memperkukuh struktur kategori
tersebut.
Teori Freudian – Dollard (1937)
• Merujuk kpd konsep prejudis sbg satu sikap utk
mempertahankan hak orang kulit putih.
• Usul yg dibuat oleh Dollard:
1. Kehidupan sosial mengakibatkan lahirnya pelbagai
kekecewaan psikologi dlm diri individu.
2. Kekecewaan dapat dikurangkan dgn melepaskan
kekerasan:
• Lebih senang diluaskan kpd sasaran tertentu.
• Bagi orang kulit putih, kehitaman dikaitkan dgn
ketakutan & keinginan yg terpendam.
• Semakin lemah kelompok minoriti, semakin sesuai
ia dijadikan sasaran.
Teori Masyarakat Majmuk – Furnivall (1948) & Smith
(1965)
• Diutarakan utk mengenal pasti masyarakat di Asia
Tenggara, kawasan wujudnya satu rantai manusia –
Eropah, Cina, India & berbagai-bagai kumpulan anak
tempatan.
• Furnivall menjelaskan:
1. Mereka bergaul tetapi tidak bergabung.
2. Setiap kumpulan berpegang kpd agama, budaya, bahasa, idea &
cara hidupnya sendiri.
3. Sebagai individu, mereka bertemu, tetapi hanya di pasar, semasa
membeli & menjual.
4. Wujud satu masyarakat plural dgn pelbagai komuniti hidup sebelah
menyebelah, tetapi berasingan, dlm unit politik yg sama.
5. Dlm bidang ekonomi pembahagian buruh berlaku mengikut garisan
ras.
Teori Pertukaran Sosial (John W. Thibut & Harold H. Kelly)

• Teori ini berkembang drp bidang psikologi & sosiologi.


• Membuat percubaan untuk mengintegrasikan teori tingkah
laku, iaitu pembelajaran dibentuk melalui ganjaran &
denda.
• Melihat manusia terlibat dlm aktiviti sosial bagi
mendapatkan ganjaran, keuntungan & meminimumkan
kos.
• Aktiviti-aktiviti spt pekerjaan, percintaan, perkahwinan &
persahabatan akan hanya berterusan jika
menguntungkan kedua-dua belah pihak.
• Intipati teori pertukaran sosial melihat manusia sbg
makhluk yg rasional.
• Menunjukkan kehidupan manusia sbg ikhtiar sosial –
kerana manusia dlm kebanyakan kes cuba memenuhi
keperluan diri melalui kerjasama dgn individu lain.
• Atas dasar ini, proses pertukaran sosial memerlukan tolak
ansur yg menghasilkan pergantungan sosial.
• Manusia dapat mengatur tindakan mereka &
menghasilkan ganjaran dgn mengurangkan kos.
• Manusia rela melibatkan diri dlm perhubungan jangka
panjang & akan terus melibatkan diri dlm pertukaran
sosial bagi mencapai hasil yg memuaskan.
Teori Sistem Ekologikal Brofenbrenner (1986,
1997)
• Percaya bahawa perkembangan manusia dipengaruhi oleh
sistem/ budaya di sekelilingnya.
• Melihat persekitaran ekologikal manusia berdasarkan
hubungannya dgn konteks individu itu berinteraksi.
• Persekitaran ekologikal dibahagikan kpd 5 sistem:
1. Mikrosistem.
2. Mesosistem.
3. Ekosistem.
4. Makrosistem.
5. Kronosistem.
• Sistem ini saling terangkum dgn persekitaran yg paling
dalam/ dekat sbg tempat individu tersebut berkembang.
• Mikrosistem – persekitaran yg terdekat dgn individu
• Mesosistem – perhubungan antara mikrosistem dgn
mikrosistem yg lain.
• Ekosistem – pengalaman dgn persekitaran yg tidak
melibatkan individu secara langsung, tetapi keputusan yg
diambil dlm persekitaran tersebut memberikan
persekitaran kpd individu tersebut atau orang lain yg
terlibat dgn individu tersebut.
• Makrosistem – melibatkan perkembangan individu yg
dipengaruhi oleh norma, nilai & amalan masyarakat.
• Kronosistem – perubahan keadaan dlm suatu tempoh
masa implikasi drp pembangunan sesebuah negara.
1.5 KERANGKA KONSEPTUAL
• Konsep ras & etnik biasa digunakan utk merujuk kpd ahli-
ahli yg berkongsi keturunan/ nenek moyang yg sama.
• Perasaan kekitaan akan terbentuk dlm kalangan mereka
yg menganggap mereka berkongsi keturunan/ nenek
moyang yg sama.
• Kepercayaan dilihat membentuk kumpulan/ kategori
sosial yg akan membeza-bezakan antara satu sama lain.
• Penggunaan konsep ras & etnik kerap disilihgantikan
walaupun mempunyai definisi kedua-dua konsep ini
adalah berbeza.
• Penggunaan konsep-konsep ini agak berbeza dlm
keadaan popular & secara akademik.
• Ahli sosiologi yg melihat & menghuraikan konsep-konsep
ini dlm pelbagai dimensi yg berbeza.
• Dlm usaha utk mendapat pemahaman yg lebih meluas
berkenaan konsep etnik & ras, definisi oleh pelbagai ahli
sosiologi akan dibincangkan.
Ciri-ciri Kumpulan Ras/ Ras
• Kumpulan manusia yg terdiri drp lelaki & perempuan yg
berkongsi ciri-ciri biologi tersendiri yg diwarisi & dibezakan
dgn jelas dlm masyarakat.
• Dibahagikan kepada Caucasoid, Mongoloid, Negroid &
Australoid berdasarkan perbezaan fizikal spt warna kulit,
warna rambut & rupa bentuk – pembahagian kasar shj.
• Namun terdapat golongan yg sukar diklasifikasikan kerana
manusia sentiasa bergerak, bersosial, berinteraksi &
berlaku perkahwinan campur.
• Ras bukan shj didefinisikan sbg sbg teori/ falsafah yg
menyatakan seseorang mewarisi ciri-ciri biologi, tetapi juga
tingkah laku, kelakuan & tahap intelektual yg tertentu.
• Pengertian ini menyebabkan sesetengah manusia
menganggap kaum mereka lebih unggul drp kaum yg lain
– berlakunya prasangka & diskriminasi.
• Penyalahgunaan konsep ras dlm konteks ini
menyebabkan berlakunya prasangka & diskriminasi
antara golongan tertentu.
• Namun, pengertianini telah disangkal – manusia tidak
sepatutnya dikelaskan mengikut ras – manusia adalah
dalam satu kelas yg sama & setara.
• Tiada manusia yg lebih baik/ handal drp yg lain semata-
mata kerana perbezaan fizikal.
• Ras sukar utk didefinisikan dgn jelas & tepat kerana telah
berlaku campur aduk golongan tuken disebabkan migrasi
& perkahwinan campur.
• Konsep ras bukan satu hakikat biologi, tetapi dibentuk
oleh masyarakat supaya fahaman perkauman dapat
disemarakkan berdasarkan ciri-ciri fizikal yg inferior/
superior – hasil konstruksi sosial (ahli sosilogi).
• Ras – satu konsep sosiopolitik, bukannya saintifik.
• Konsep ras dicadangkan tidak lagi digunapakai sbg
konsep saintifik.
• Hanya terdapat satu kategori ras, iaitu ras manusia (ahli
biologi)
Rasisme
• Ideologi/ kepercayaan yg diwujudkan utk membuat
justifikasi/ penjelasan secara rasional bagi mewujudkan
ketidaksamarataan dlm kalangan etnik yg berbeza.
• Pandangan/pemikiran/ kepercayaan negatif terhadap oleh
sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok sosial yg lain
berdasarkan ciri-ciri biologinya.
• Dibentuk berdasarkan 3 fahaman berikut:
1. Manusia boleh dibahagikan secara semulajadi
berdasarkan ciri-ciri fizikal.
2. Ciri-ciri fizikal ini berkait rapat dgn budaya, personaliti
& kebijaksanaan seseorang itu.
3. Disebabkan keturunan genetik ini, wujud kelompok yg
lebih tinggi kedudukan sosialnya berbanding dgn
kedudukan sosial kelompok yg lain.
• Wujud pada 2 tahap:
1. Tahap individu.
2. Tahap institusi.
• Tahap individu – berlaku dlm bentuk kepercayaan
bahawa ada ras tertentu yg bersatus lebih tinggi & ada
ras yg berstatus lebih rendah.
• Peringkat institusi – melibatkan dasar & pelaksanaan yg
bersifat diskriminasi, seterusnya – membentuk
ketidaksamaan bagi masyarakat drp ras yg berbeza.
Ciri-Ciri Kumpulan Etnik
• Merujuk secara asasnya kpd warisan sosiobudaya
seseorang.
• Antara ciri konsep etnik – budaya, adat, bahasa, agama,
negara asal leluhurnya.
• Kumpulan etnik - kumpulan yg memiliki satu set ciri
sosiobudaya yg tersendiri.
• Satu kumpulan yg wujud dlm erti kata sebenar apabila
satu segmen drp masyarakat besar dilihat oleh org lain
sebagai yg berbeza dgn beberapa kombinasi ciri-ciri
bahasa, agama, ras, leluhur bersama adat & kebudayaan
yg berkaitan.
• Kumpulan manusia yg wujud sbg sebahagian drp satu
masyarakat yg lebih besar dgn ahli-ahli kumpulan ini
mengamalkan budaya yg agak seragam.
• Ahli-ahli kumpulan ini mempunyai rasa kekitaan dan
etnosentrik kerana mereka berkongsi pertalian darah yg
sama.
• Kesimpulannya, etnik boleh didefinisikan sbg sekelompok
manusia yg mengamalkan budaya termasuk adat resam,
bahasa, agama yg seragam & berasal dari negara leluhur
yg sama.
Etnosentrisme
• Merujuk kpd kepercayaan/ rasa bangga yg wujud dlm
kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya & etnisiti mereka adalah yg paling baik
berbanding dgn kumpulan etnik yg lain.
• Kecenderungan sesuatu kumpulan etnik utk menilai
kumpulan etnik lain yg berdasarkan kedudukan dan nilai
etniknya sendiri.
1.6 MENELITI KONSEP RAS & ETNIK
DI MALAYSIA
• Amalan mengaitkan konsep ras dgn warisan fizikal & etnik
dgn warisan sosiobudaya sudah diterima pakai secara
meluas.
• Batas dlm sesuatu kumpulan etnik & ras tidak begitu jelas
& tetap.
• Kedua-dua konsep ini sering bertindih dan maknanya
adalah kabur.
• Oleh itu seseorang itu tidak boleh dilabel berdasarkan ciri-
ciri fizikalnya/ warisan kebudayaan & leluhurnya.
• Individu drp kumpulan ras & etnik yg berlainan juga boleh
berkahwin campur & menghasilkan percampuran ras –
menyebabkan ciri-ciri warisan fizikal berubah.
• Dari segi budaya juga, pelbagai etnik banyak meminjam
unsur budaya antara satu sama lain.
• Alam Melayu pra-kolonial telah berjaya membina
masyarakat pelbagai budaya apabila wujudnya hubungan
silang budaya berteraskan konsep permeable ethnicity &
canopy ethnicity.
• Kumpulan etnik di alam Melayu& kumpulan etnik tempatan
yg lain didapati tidak memiliki batas etnik yg tertutup.
• Batas kumpulan etnik mereka berubah-ubah kerana wujud
hubungan silang kumpulan yg menyebabkan ciri-ciri
kumpulan pinjam-meminjam hingga terbina membina
integrasi sosial & budaya antara etnik.
• Akibat drp hubungan melintasi batas kumpulan & konsep
kumpulan etnik yg berubah-ubah, kumpulan migran juga
didapati melalui proses integrasi budaya & sosial
kumpulan migran dgn masyarakat setempat – melahirkan
subkelompok baru dlm kalangan mereka.
• Batas-batas etnik bukan sesuatu yg tetap.
• Dlm masyarakat kontemporari, ketebalan batas etnik ini
dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi spt material, status
& sosial – jelas menunjukkan aktiviti harian masyarakat
tidak dipengaruhi semata-mata oleh pengiraan/ batas-
batas etnik sedia ada.
• Setiap kumpulan etnik mempunyai kekuatan & keunikan
masing-masing dlm pelbagai aspek kebudayaan &
sosioekonomi.
• Kepelbagaian inilah yg dapat mewujudkan satu hubungan
positif kerana mereka saling melengkapi.
• Satu hubungan simbiosis wujud & juga menipiskan batas-
batas etnik – membentuk satu sistem sosial yg kompleks
– masyarakat lebih bersatu padu & harmoni.
• Namun harus diakui, realiti sosial tentang hubungan etnik &
ras serta pengkategorian kumpulan memang wujud dalam
masyarakat.
• Pengkategorian ini bukan sesuatu yg dipaksa melalui faktor
semulajadi semata-mata, tetapi masyarakat boleh membuat
pilihan utk menebalkan/ menipiskan/ melenyapkan batas
etnik dgn mengenali & mengakui kelebihan & kekuatan
setiap kumpulan etnik tersebut.
• Manusia mempunyai ciri kepelbagaian yg tidak terbatas &
ciri-ciri sesuatu kumpulan itu sering bertindih dgn kumpulan-
kumpulan yg lain.
• Batas-batas kumpulan ini sebenarnya ditentukan oleh satu
set persetujuan sosial dlm masyarakat itu sendiri.
• Manusia akan bertindak berlainan berbanding dgn ahli-
ahli daripada kumpulan sosial itu atas sebab kepentingan
& perkiraan sosial dlm masyarakat itu sendiri.
• Pendapat bahawa konsep ras & etnik lebih bersifat
sosiopolitik diakui oleh pelbagai pihak sebagai model
hubungan etnik antara yg terbaik di dunia.
Budaya
• Satu sistem pemahaman & kelakuan yg diwarisi drp satu
generasi kpd satu generasi yg lain.
• Meliputi semua adat, nilai & tradisi yg dipelajari drp
persekitarannya.
• Dlm setiap budaya, masyarakatnya berkongsi nilai adat,
tabiat & ritual yg sama merangkumi sistem penglabelan, &
penilaian; sikap sosial; persepsi berkenaan kemanusiaan,
alam semula jadi, hubungan interpersonal, simbol, kesenian
& artifak yg sama.
• Memainkan peranan sbg pengaruh penggabungan yg dapat
menggabungkan aspek-aspek kehidupan yg berbeza utk
membentuk satu kehidupan yg logik & menyeluruh.
• Budaya sentiasa berubah & saling bergantung kpd
persekitaran – tiada budaya yg tidak berubah.
• Budaya adalah satu fenomena yg dipelajari.
• Individu & kumpulan boleh mengubah identiti etnik/
budaya mereka melalui pelbagai proses spt migrasi,
konversi, asimilasi/ melalui agen-agen perubahan yg lain.
• Kelakuan sosial seseorang yang berasal drp budayanya –
dapat memberikan identiti kelompok dlm aspek
pengendalian hidup.
• Terdapat 2 peranan utama bagi pembentukan sesuatu
budaya:
1. Membina imej negara ke arah mewujudkan
keperibadian/ serta identiti.
2. Memupuk kesedaran kebangsaan & kenegaraan
bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual &
mental.
• Manusia sendiri membentuk budaya & perkembangan
budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu
sendiri.
• Ciri-ciri budaya – perlu dipelajari, dikongsi, bersifat
sejagat, diwarisi, berubah, simbolik dan mempunyai
unsur simbolik & adanya pandangan semesta.
• Dlm satu masyarakat pelbagai budaya spt Malaysia,
interaksi antara budaya biasanya menjadi faktor
pengubah budaya sesuatu kumpulan etnik.
1.7 KONSEP PREJUDIS, STEREOTAIP & DISKRIMINASI
Stereotaip
• Kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik,
sama ada berbentuk negatif ataupun positif.
• Gambaran yg berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan
baik/ buruk yg ditujukan kpd seuatu kumpulan etnik oleh
etnik lain.
• Utk mengelakkan berlaku sikap streotaip, pemahaman
terhadap budaya etnik lain perlu dihayati.
• Setiap etnik memiliki pandangan stereotaip masing-
masing.
• Fikiran stereotaip ini wujud drp pengalaman dlm
kehidupan seharian setiap etnik sehingga membentuk
imej/ label terhadap kumpulan etnik yg lain.
• Stereotaip negatif akan menimbulkan perasaan negatif &
seterusnya membataskan interaksi antara etnik &
menimbulkan semangat perkauman yg menebal.
• Drp fikiran streotaip negatif akan memberikan kesan kpd
perasaan, kepercayaan & perangai yg negatif spt prejudis
& diskriminasi terhadap kumpulan etnik lain.
Prejudis
• Kepercayaan & perasaan negatif mengenai ahli/ kelompok
etnik lain.
• Lazimnya, pandangan/ kepercayaan ini bersifat umum &
tidak berasaskan maklumat yg jelas, tepat/ mencukupi.
• Wujud berdasarkan imej mental, biasanya kurang
memuaskan terhadap kumpulan etnik/ ahli-ahli kumpulan
etnik tertentu.
• Terbahagi kpd 2 tahap:
1. Prejudis kategori –seseorang dinilai berdasarkan keahlian dlm
sesuatu kumpulan etnik & bukan personaliti individu.
2. Prejudis tidak fleksibel – satu penilaian yg tetap terhadap
kumpulan etnik yg lain & tidak menerima perubahan mengenai
pendapat sesuatu etnik lain.
• Prejudis yg kuat terhadap kumpulan etnik lain sukar
diubah walaupun fakta yg kukuh diberikan bagi
membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.
• Sikap prejudis disalurkan drp satu generasi kpd generasi
yg lain melalui proses sosialisasi.
• Kesan terhadap sikap prejudis mudah dilihat sehingga
berlakunya diskriminasi apabila berlaku persaingan bagi
mendapatkan sesuatu yg terhad dlm aspek politik,
ekonomi/ sosial.
Diskriminasi
• Merujuk kpd layanan buruk sesuatu kumpulan etnik
terhadap kumpulan etnik lain – biasanya oleh kumpulan
etnik dominan terhadap kumpulan etnik minoriti.
• Berlaku akibat drp prejudis, layanan yg buruk diberikan
kpd seseorang berdasarkan keahliannya dlm sesuatu
kumpulan etnik & bukan atas dasar perilaku peribadinya.
• Dipengaruhi oleh pandangan, pemikiran & kepercayaan
negatif seseorang/ sekumpulan etnik terhadap etnik lain,
iaitu akibat pandangan stereotaip & fikiran prejudis.
• Berlaku dlm banyak bentuk:
1. Bentuk mudah – dapat dilihat apabila individu sesuatu
kumpulan etnik cuba mengelakkan diri drp individu/
etnik yg diprasangkakan.
2. Mencapai tahap tertinggi – melibatkan pembuangan
kerja, serangan fizikal terbuka/ percubaan
penghapusan sesuatu kumpulan etnik.
1.8 KERANGKA TEORITIS
• Teori masyarakat majmuk Furnivall masih dijadikan bahan
rujukan utk membicarakan hubungan etnik di Malaysia.
• Namun, gambaran bahawa mereka hidup terpisah &
hanya bertemu ketika membeli barang di pasar perlu
diteliti kembali.
• Meskipun memiliki parameter kumpulan etnik masing-
masing, semua kumpulan etnik didapati telah menerima
budaya setempat & tidak hidup terpisah.
• Amalan oleh setiap ahli kumpulan utk terikat dgn etnik
dominan adalah berdasarkan budaya, bahasa & agama
setempat.
• Amalan tersebut dapat mengikat & mengurangkan jarak
hubungan antara kumpulan etnik – mewujudkan
hubungan yg harmoni & bersatu padu di sebalik
kemajmukan masyarakat.
• Namun kewujudan amalan hubungan berteraskan etnik di
peringkat kumpulan juga kadangkala dapat
merenggangkan hubungan & menimbulkan konflik antara
mereka.
• Hubungan etnik di Malaysia lebih mudah dicorakkan oleh
hubungan politik berbanding dgn kedudukan ekonomi.
• Mekanisme politik diletakkan sebagai alat utk
mengagihkan sumber material & kedudukan sosial.
• DEB berjaya mengurangkan jurang pendapatan,
mengurangkan kadar kemiskinan, memperbesarkan saiz
kelas menengah – transformasi sosial yg menipiskan
batas etnik dlm kalangan rakyat pelbagai etnik.
• Tingkah laku rakyat lebih dicorakkan oleh perkiraan
ganjaran material, status & ikatan sosial drp perkiraan
etnik – batas etnik masih wujud tetapi bersifat sekunder
(tidak menjadi perkiraan utama).
• Perkiraan peribadi (Barat Semenanjung) & agama (utara
& timur Semenanjung) lebih diutamakan.
• Isu kewilayahan (Borneo) lebih berpengaruh sbg
perkiraan asas kpd tindakan berbentuk kumpulan.
• Tiada satu kerangka teori yg boleh menggambarkan
kedudukan hubungan etnik di Malaysia.
• Masyarakat pelbagai budaya di Malaysia bersifat
kompleks & berbeza – menunjukkan kedinamikan
tersendiri konsep etnisiti.
• Masalah yg wujud dlm perjalanan hidup masyarakat spt
kesan pembangunan, tadbir urus negara dsb yg boleh
menebalkan batas etnik perlu dielakkan/ diatasi.
• Penjajah Barat telah membawa konsep ras (dlm bentuk
yg negatif) utk mengkategorikan kumpulan pelbagai etnik
dlm pentadbiran dan wacana politik negara di negara ini.
• Mengamalkan konsep ras yg ditafsirkan secara tertutup
berdasarkan ikatan darah & mempunyai implikasi
superioriti ras & rasisme.
• Memberikan peranan kpd orang kulit putih utk berada di
atas susun lapis masyarakat , sementara orang Cina,
India, Melayu & bumiputera lain berada di stratifikasi
bawah.
• Orang kulit putih diberi ruang ekonomi dlm perdagangan
bijih timah & getah.
• Orang Cina – buruh dlm mengusahakan kegiatan timah &
perniagaan.
• Orang India – buruh di estet getah, pembinaan
infrastruktur bangunan & jalan.
• Orang Melayu – pentadbir bawahan, petani & nelayan shj.
• Konsep ras & status sosial diguna pakai oleh penjajah
Inggeris demi mengukuhkan kepentingan ekonomi &
kuasa mereka di negara ini.
• Pada masa kini, kepelbagaian/ ketidakseragaman hidup
dari segi budaya, bahasa & agama dlm kalangan rakyat
Malaysia boleh sudah diterima, diperakui & diraikan.
• Sudah wujud ruang sosial yg luas dgn perkongsian
pendapat awam lebih terbina dlm kalangan rakyat
pelbagai budaya dibandingkan dgn perbezaan antara
mereka.
• Jika ada perbezaan pendapat, perkara ini boleh diterima
tanpa mempengaruhi hubungan sosial yg sudah terbina
harmoni antara mereka.
• Namun, ada juga pihak yg mengamalkan corak tingkah
laku pengelompokan etnik dlm kehidupan harian – sbg
satu mekanisme proses penyesuaian diri dgn suasana/
tempat baru pada peringkat awal – di universiti/ tempat
kerja baru dlm suasana mencabar.
• Terdapat juga rakyat Malaysia yg memanipulasikan etnik
dgn memainkan sentimen etnisiti & agama utk
mempertahankan kepentingan material & kedudukan
mereka.
• Punca rusuhan kaum 13 Mei 1969 – jurang ekonomi,
bukan kerana perbezaan etnik semata-mata.
• Pergaduhan di Kg. Rawa (1997) & Kg Medan (2001) –
menunjukkan pengurusan kumpulan miskin & terpinggir di
bandar perlu diberikan perhatian utama jika keharmonian
etnik yg dikecapi & dinikmati sekarang mahu dikekal &
ditingkatkan.
• Acuan ekonomi negara yg menekankan pertumbuhan
ekonomi bersama pengagihan sumber material masyarakat
antara etnik, agama, wilayah, bandar & desa merupakan
kejayaan, kemamuran & kesejahteraan masyarakat
pelbagai etnik.
• Formula yg perlu penyuburan berterusan dlm amalan tadbir
urus kerajaan & swasta yg baik & adil dlm pengurusan
masyarakat pelbagai budaya.
• Amalan tadbir urus di sektor awam & swasta perlu
dipastikan berjalan tanpa meminggir, mengasing &
mengenepi individu & kumpulan etnik.
• Soal masalah kemuduran, ketidaksamarataan,
kemiskinan & kepinggiran juga menjadi penyebab
berlakunya konflik antara etnik yg melanda rakyat.
• Tahap kepekaan etnik mesti dipertingkatkan dgn:
1. Mengajar mata pelajaran yg merangkumi kehidupan
pelbagai budaya.
2. Galakan mempelajari bahasa ibunda etnik lain.
3. Mata pelajaran yg membina kemahiran hubungan
interpersonal merentasi batas budaya & agama perlu
ditingkatkan terutama utk ibu bapa, guru, lapisan
kepimpinan komuniti, ahli Rukun Tetangga, media &
ahli-ahli politik.
• Kestabilan, kemakmuran & keharmonian etnik dikecapi
atas kesedaran & kemahuan utk menerima perbezaan dlm
masyarakat sbg sebahagian drp kehidupan kita.
• Kemampuan utk memahami perubahan dlm masyarakat &
ciri etnisiti adalah pentng bagi memastikan pemilihan
kerangka konseptual & teoritis yg akan diguna pakai dapat
menjelaskan keharmonian & konflik etnik di negara ini.
1.9 KONSEP-KONSEP TAHAP
HUBUNGAN ETNIK
• Pencapaian sebuah masyarakat yg berintegrasi bukan
merupakan sesuatu yg mudah.
• Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat bermula drp
hubungan terpisah kpd hubungan berbentuk sebati.
• Bagi memahami konsep-konsep ini dgn mendalam,
beberapa contoh diberikan berdasarkan perubahan
keadaan etnik di Malaysia bermula dari zaman kolonial &
pasca kolonial sehingga kini.
Segregasi
• Proses sosial yg menyebabkan individu/ kumpulan sosial
tertentu dipisahkan/ diasingkan dgn individu/ kumpulan
sosial lain.
• Pemisahan boleh berlaku dlm beberapa keadaan -
merangkumi aspek budaya, ras, agama, kelas sosial,
dasar, adat resam, kawasan tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan & kemudahan awam.
• Menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara
satu sama lain & peluang mereka utk saling memahami
menjadi semakin terhad.
• Boleh wujud secara:
1. Rela – merujuk kpd keadaan dlm golongan manusia
yg memencilkan diri dgn tujuan utk berada dlm
kumpulan sendiri shj.
2. Tanpa rela – paksaan pihak berkuasa spt segregasi
de jure apabila kerajaan memaksa pengasingan/
pemisahan yg ketat ke atas individu/ kumpulan
manusia dgn pelaksanaan undang-undang.
Akomodasi
• Diwakili oleh formula A+B+C = A+B+C (A, B, C merujuk
kpd budaya)
• Merujuk kpd setiap kumpulan sedar serta menghormati
norma & nilai kumpulan etnik lain yg wujud dlm sesebuah
masyarakat .
• Kesedaran ini akan menyebabkan setiap kumpulan etnik
saling menyesuaikan diri dlm keadaan yg pelbagai
budaya – supaya dapat hidup secara harmoni & saling
menghormati.
• Pada peringkat pemerintahan, setiap kumpulan etnik
dapat melibatkan diri secara bebas & sama rata dlm
bidang ekonomi, politik & pendidikan.
• Konsep yg diamalkan dgn begitu meluas di Malaysia
selepas merdeka.
• Penglibatan pelbagai etnik dlm pembangunan sosial &
kerjasama antara etnik dlm bidang politik telah
memberikan lebih ruang utk bergaul & hidup bersama.
• Setiap kumpulan etnik masih bebas amalkan budaya
mereka dlm keadaan harmoni & saling menghormati.
Akulturasi
• Diwakili oleh formula A+B+C = A**+B**+C** (** = budaya
etnik lain yg telah diterima & diolah mengikut kebudayaan
sendiri).
• Merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dlm
kalangan individu/ kelompok drp sesuatu kebudayaan lain
yg berbeza.
• Terjadi apabila satu kelompok manusia dgn sesuatu
kebudayaan tertentu dihadapkan dgn unsur drp suatu
kebudayaan etnik yg berbeza sehingga unsur kebudayaan
asing itu diterima & diolah dlm kebudayaan sendiri.
• Proses yg tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
penerima.
• Dlm sejarah tamadun manusia sering berlaku pertemuan
dua atau lebih kebudayaan sehingga menyebabkan
proses pinjam-meminjam.
• Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara
langsung & kemudian diolah serta dijadikan unsur budaya
sendiri.
• Proses yg boleh berlaku sepanjang hayat melalui proses
sosialiasi primer & sekunder.
• Memperlihatkan keazaman masyarakat pelbagai etnik utk
menyesuaikan & memanfaatkan kepelbagaian dlm
kehidupan harian mereka.
Asimilasi
• Diwakili oleh formula A+B+C = A (A = golongan dominan,
B+C = etnik minoriti)
• Merujuk kpd suatu proses apabila kumpulan minoriti/ etnik yg
baharu mengamalkan budaya & identiti kumpulan majoriti utk
mengurangkan batas etniknya.
• Proses yg merujuk kelompok yg berfikir, berperasaan &
bertindak secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial
serta budaya yg sama.
• Proses percantuman & penyatuan antara kumpulan etnik yg
berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dgn
kebudayaan & identiti yg sama.
• Melalui proses ini masyarakat akan menjadi semakin
homogeneous.
• Asimilasi mutlak/ sempurna – menyebabkan penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti.
• Boleh dibahagikan kpd 2 jenis:
1. Asimilasi budaya – satu proses apabila kumpulan
minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat tuan
rumah, spt bahasa, pakaian & adat resam utk
diamalkan dlm kehidupan seharian (tidak semestinya
bermakna kumpulan minoriti akan kehilangan identiti
etniknya).
2. Asimilasi struktur – satu proses apabila anggota
kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama &
aktiviti sosial dlm masyarakat dominan.
• Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yg
erat antara ahli kumpulan etnik yg berbeza budaya bagi
tempoh yg lama.
• Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kpd
kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka
& menerima identiti kumpulan etnik majoriti.
• Terdapat banyak persamaan antara budaya antara
kumpulan etnik & kesanggupan kumpulan etnik majoriti
menerima kumpulan etnik minoriti.
Amalgamasi
• Diwakili oleh formula A+B+C = D (A, B, C = kumpulan
etnik yg berlainan, D = amalgam , satu kumpulan baru yg
terhasil drp penyatuan A, B & C).
• Istilah yg dikategorikan dlm asimilasi biologi – satu tahap
asimilasi yang paling tinggi.
• Cara utama dlm menentukan proses amalgamasi adalah
dgn terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan
etnik.
• Proses ini memakan masa yg lama & biasanya melalui
beberapa generasi.
• Kumpulan-kumpulan etnik sedia wujud mengamalkan
perkahwinan campur lalu membentuk generasi/ budaya
baru tanpa menurut budaya asal mereka.
• Fenomena yg biasa berlaku dlm konteks masyarakat
pelbagai etnik.
KESIMPULAN
• Kebanyakan kajian hubungan etnik mengabaikan aspek
persamaan, perkongsian nilai, & sikap saling
menghormati antara etnik.
• Kebanyakan tingkah laku dlm kehidupan seharian juga
diwarnai dgn sikap negatif terhadap etnik lain tanpa
disedari kerana sikap tersebut telah menjadi sebati dlm
diri individu.
• Pemahaman terhadap konsep asas hubungan antara
manusia dapat menyedarkan individu utk mengambil
tindakan bagi membetulkan kelakuan diri sendiri supaya
pandangan serta pemikiran yg sempit & tertutup tidak
diwariskan kpd generasi muda.
• Terdapat juga tingkah laku yg lebih dipengaruhi oleh nilai-
nilai bukan etnik – individu drp kumpulan etnik yg berbeza
dapat membina hubungan yg tidak bersifat etnik, hubungan
mereka dikenal pasti sbg hubungan sosial.
• Perhubungan etnik hanya berlaku apabila hubungan tertentu
telah diwarnai oleh ciri-ciri sosial berdasarkan kesedaran
wujudnya relaviti budaya, saling menghormati perbezaan
nilai/ adat yg mungkin wujud antara etnik.
• Keadaan ini menandakan hubungan silang budaya di
Malaysia sudah wujud dlm kalangan masyarakat pelbagai
budaya.
• Perpaduan kaum telah terbina & hubungan antara kumpulan
etnik secara keseluruhannya adalah harmoni.

You might also like