Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 42

Format Peperiksaan SPM

• Kertas 1 • Kertas 2
• Objektif 40 soalan • Terdapat 2 bahagian A
• Jawab dalam masa dan B
1.15m • Jawab semua soalan
struktur bahagian a dan
2 soalan bahagaian B
• Masa 2.15 minit sahaja
Pengenalan Kepada Ekonomi
Kandungan Bab 1
• Maksud ekonomi
• Faktor pengeluaran
• Masalah ekonomi
• Masalah asas ekonomi
• Keluk Kemungkinan pengeluaran
• Sistem-sistem ekonomi dunia
Pasaran Bebas / kapitalis
Perancangan pusat
Campuran
Islam
Maksud ekonomi asas
• Ialah suatu kajian sains sosial terhadap
bagaimana isi rumah menggunakan
pendapatan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak sehingga isi rumah tersebut dapat
mencapai kepuasan yang maksimum. Juga
isi rumah mengurus sumber ekonomi seperti
buruh,modal,tanah & usahawan yang terhad
diperuntukkan terhadap kehendak manusia
yang tidak terhad.
Faktor Pengeluaran/Sumber ekonomi/input

• Tanah – sumber alam semulajadi yang mengandungi


(hasil hutan dan sumber laut). Ganjaran tanah ialah
sewa
• Modal- alat ciptaan manusia yang digunakan untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan seperti
bangunan, kilang dan peralatan jentera.
ganjaran mosal adalah faedah
• Buruh – sumbangkan tenaga fizikal dan mental. Buruh
terbahagi kepada mahir dan tidak mahir. Terima
ganjaran upah.
• Usahawan – menggabungkan faktor pengeluaran
untuk keluarkan barang dan perkhidmatan.
Masalah – masalah ekonomi
• Masalah kekurangan
• Masalah pilihan
• Masalah kos lepas
 kesemua masalah ini dihadapi oleh 3 unit ekonomi
seperti isi rumah,firma dan kerajaan.
Kesemua masalah ini boleh diselesaikan dengan cara
pilihan dan kos lepas.
Cara penyelesaian masalah – masalah ekonomi oleh 3
unit ekonomi
Masalah kekurangan pilihan Kos lepas
ekonomi/tiga
unit ekonomi
Isi rumah Kekurangan isi rumah ialah Masalah diselesaikan Benda yang
(ibu 1. Pendapatan / wang oleh isi rumah melalui dilepaskan ialah
bapa,anak,dato Pilihan yang barang yang
2. RM 500
dan nenek) berdasarkan kpd kurang
kepuasan membawa
kepuasan
Cth Tv dan Radio

kerajaan Kekurangan kerajaan ialah Masalah ini diselesaikan Kerajaan


1.Hasil kerajaan oleh kerajaan melalui melepaskan salah
pilihan kerajaan yang satu projek yang
Cth RM 1 Juta
berdasarkan kebajikan kurang
membawa
kebajikan
Swasta/Firma Kekurangan swasta Masalah ini diselesaikan Swasta
1. Faktor pengeluaran @ oleh swasta berdasarkan melepaskan
sumber ekonomi projek atau pilihan yang projek yang
membawa keuntungan kurang
banyak membawa
keuntungan
Contoh Huraian Soalan
• Antara masalah kekurangan isi rumah ialah kekurangan dari segi
pendapatan. Pendapatan merupakan sumber yang penting
untuk seseorang untuk menyara hidup. Walau bagaimanapun
pendapatan yang diperolehi seseorang adalah kurang cukup
disebabkan beberapa masalah. Kekurangan ini boleh
diselesaikan melalui pilihan dan kosl lepas. Sebagai contoh Ali
memperolehi pendapatan sebanyak RM 3000 dan beliau ingin
membeli dua jenis barang iaitu barang TV dan komputer yang
masing-masing harganya ialah RM 3000. Disebabkan beliau
mengalami masalah kekurangan pendapatan, maka beliau
terpaksa membuat pilihan sama ada hendak membeli barang TV
atau komputer. Oleh itu beliau membuat pilihan antara dua
barang ini berdasarkan kepuasan beliau. Jika beliau mendapati
bahawa barang TV membawa kepuasan yang tinggi maka beliau
akan pilih TV dan melepaskan komputer, maka kos lepas beliau
ialah komputer. Terbukti bahawa masalah kekurangan dapat
diselesaikan berdasarkan pilihan dan kos lepas.
Terangkan bagaimanakah firma menyelesaikan masalah
ekonomi. 5m

Masalah ekonomi yang dihadapi oleh firma ialah


kekurangan sumber ekonomi seperti buruh dan modal.
Masalah ini diselesaikan oleh firma berdasarkan pilihan
yang memberikan banyak keuntungan. Ini menyebabkan
mereka menghadapi kos lepas.
Sebagai contohnya firma mengahadapi kekurangan
sumber ekonomi seperti buruh dan modal. Buruh dan
modal menelan belanja sebanyak RM 2 dan Rm 20
masing-masing. Disebabkan kekurangan modal maka
firma akan pilih buruh yang kosnya rendah dan tinggi
untung. Maka kos lepas firma ialah modal
Masalah Kekurangan isi rumah boleh diselesaikan
melalui pilhan yang berdsarkan kepuasan. Ini
menyebabkan isi rumah menghadapi masalah kos lepas
contohnya isi rumah mempunyai Pendapatan sebanyak
RM 500 dan ingin membeli barang A dan B yang
masing masing berharga RM 500. Isi rumah membali
Barang A yang membawa lebih banyak kepuasan
berbanding barang B. Oleh itu kos lepasnya ialah
Barang B
Keluk Kemungkinan Pengeluaran
• Keluk ini menunjukkan had maksimum tingkat
pengeluaran yang dapat dicapai oleh sesebuah
ekonomi dengan menggunakan faktor pengeluaran
yang ada dan tingkat teknologi
• Keluk ini menerangkan perkaitan antara masalah
kekurangan,pilihan dan kos lepas.
- Masalah ekonomi isi rumah ialah
Pendapatan
- Boleh diselesaikan melalui pilhan
- Contoh Kekurangan Pendapatan
diselesaikan dan menghadapi kos
lepas
Ekonomi telah Sumber
mencapai guna ekonomi yang
tenaga penuh dimiliki adalah
terhad dan tetap

Ekonomi hanya Tingkat


mengeluarkan teknologi
dua jenis adalah tetap
barang sahaja
Kombinasi Pakaian (ribu helai) Makanan (tan
pengeluaran metrik)
A 0 30
B 5 28
C 10 24
D 15 16
E 20 0
Makanan
* Titik y menunjukkan masalah
A ketidakupayaan ekonomi iaitru kekurangan
y. faktor pengeluaran untuk memenuhi tingkatan
30 B kecekapan pengeluaran.
28 * Manakala Titik W adalah tidak cekap kerana
C tidak menggunakan sumber dengan cekap.
24
w.
16 D

E
0 5 10 15 20 Pakaian
Kombinasi Pakaian (ribu helai) Makanan (tan
pengeluaran metrik)
A 0 30
B 5 28
C 10 24
D 15 16
E 20 0
Lukiskan KKP dan labelkan kombinasi

Kombinasi Kamputer (unit) Beras (tan matrik)

A 0 50

B 10 45

C 20 35

D 30 20

E 40 0

a. Terangkan konsep kecerunan kos lepas berdasarkan jadual diatas


b. Plotkan titik manakah
i) Kekurangan dan Sebab
Ii) Ketidakcekapan dan sebabnya
c) Carikan `kecerunan kos lepas semakin meningkat dan huraikan
Huraian Kecerunan kos lepas semakin meningkat

Konsep kecerunan kos lepas semakin meningkat dapat dilihat melalui graf
diatas. Iaitu Apabila menambahkan keluaran computer maka beras terpaksa
dilepaskan banyak.
Contohnya dari titik A ke B kecerunan adalah sebanyak -0.5 dan ia semakin
meningkat Apabila titik B ke C iaitu sebanyak -1.0. Manakala dari titk C ke D
kecerunan ialah sebanyak -1.5 dan ia menjadi -2.0 Apabila titik gerak dari D ke
E. ini menunjukkan kecerunan semakin meningkat dari titik A ke E. Ini
menyebabkan keluk KKP semakin mencerun ke bawah dan berbentuk
cembung.
Kombinasi Pakaian (unit) Roti canai (unit)

A 0 60

B 20 50

C 40 30

D 60 0

Lukiskan Graf KKP dan carikan


kecerunan kos lepas meningkat
serta huraikan keadaan kecerunan
tersebut
Kombinasi Komputer (UNIT) Beras (tan matrik)

A 0 80

B 20 75

C 30 60

D 40 40

E 50 0

1) Lukiskan KKP. 4m
2) Plotkan
i) Titik ketidakcekapan. 1m
ii) Titik ketidakupayaa. 1m
3) terangkan keadaan KKP
i) Jika kombinasi pengeluaran 20 komputer dan 85
beras 2m
ii) Jika kombinasi pengeluaran 40 komputer dan 30
beras. 2m
4) carikan kecerunan kos lepas semakin meningkat dan huraikan
kecerunan tersebut. 5m
Hutaian Rajah KKP

Titik y menunjukkan masalah ketidakupayaan ekonomi iaitru kekurangan faktor


pengeluaran untuk memenuhi tingkatan kecekapan pengeluaran

Titik W menunjukkan kombinasi pengeluaran yang tidak cekap kerana ekonomi


gagal menggunakan faktor pengeluaran yang sedia ada dengan cekap untuk
mencapai tingkat kecekapan dalam pengeluaran

Manakala A,B,C,D menunjukkan ekonomi mencapai tahap maksimum dalam


pengeluarannya. Maka masalah pilihan akan berlaku di sepanjang garisan ini
untuk memilih sama ada ingin mengeluarankan barang makanan atau pakaian.
Pilihan ini menyebabkan negara tersebut menghadapi masalah kos lepas.

Jika firma berubah dari titik A ke B, maka pada mulanya firma memilih untuk
mengeluaran 30 unit makanan manakala 0 unit barang pakaian. Apabila beralih ke
titik C maka firma tambahkan pengeluaran dalam pakaian maka lepaskan makanan
sebanyak 2 unit..
Manakala kecerunan kos lepas ialah = 28-30.
_____ = -0.4
5-0
- Tanda - menunjukkan keluk KKP mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Kos
lepas ini semakin meningkat menunjukkan semakin banyak barang makanan
dilepaskan untuk tambahkan pengeluaran pakaian.
Masalah Asas Ekonomi
1. Sumber ekonomi terdiri daripada masalah apakah barang hendak
dikeluarkan– diselesaikan berdasarkan permintaan dan
penawaran
2. Masalah berapakah hendak dikeluarkan- diselesaikan
berdasarkan jumlah permintaan masyarakat jumlah penawaran
3. Bagaimanakah hendak dikeluarkan- diselesaikan berdasarkan
teknik pengeluaran cekap sama ada berintensifkan buruh atau
modal
4. Untuk siapakah hendak dikeluarkan- diselesaikan berdasarkan
corak agihan pendapatan atau kuasa beli serta kemampuan
membeli
• Kesemua masalah ini wujud berikutan daripada kekurangan
sumber ekonomi manakala kehendak manusia adalah tidak
terhad.
Sistem – Sistem Ekonomi
• Sistem ekonomi pasaran bebas
• Sistem ekonomi perancangan pusat
• Sistem ekonomi campuran
• Sistem ekonomi islam
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas
@ lesseiz faire, kapitalis, swasta
• Maksud sistem ekonomi pasaran bebas ialah
ekonomi yang berfungsi tanpa campur tanggan
kerajaan.
• Kerajaan hanya mempunyai kuasa dalam
bahagian undang-undang dan keselamatan shj.
• Pengguna dan pengeluar ialah raja.
• Cth negara yang mengamalkan sistem ini ialah
Amerika dan Hong Kong.
• https://youtu.be/cHfsk8iL_C0 - why American
rich
Ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis
Ciri- Ciri Penerangan
Pemilikan sumber • Semua faktor pengeluaran akan dimiliki oleh individu dan
ekonomi (BMTU) pihak swasta sahajaj.
• Pengguna dan pengeluar bebas mengguna dan
mengubahsuai penggunaan faktor pengeluaran .

Penentuan kehendak • Iaitu individu @ manusia dan firma bebas memiliki apa shj
(ABBU) barang dan bebas boleh jual kpd sesiapa shj melalui
mekanisme harga
• Pengguna bebas membeli barangan dan pengeluar bebas
keluarkan apa sahaja barangan yang diingini

Pembuat pilihan - • Semua swasta dan pengguna membuat pilihan melalui kuasa
SAMADA BEBAS ATAU permintaan atau penawaran iaitu melalui mekanisme harga.
TIDAK MEMILIH
BARANG
Contoh Negara • Amerika Syarikat dan Hong Kong
Cara penyelesaian masalah asas ekonomi dalam sistem ekonomi
kapitalis
• Masalah apakah hendak dikeluarkan diselesaikan berdasarkan mekanisme
harga iaitu melalui kuasa permintaan dan kuasa penawaran barang dan
perkhidmatan.
- Cth jika pengguna inginkan barang kasut, maka pengeluar keluarkan barang
kasut.
• Masalah berapakah hendak dikeluarkan diselesaikan berdasarkan jumlah
permintaan dan jumlah penawaranpengguna.
- Cth jika pengguna inginkan sejumlah 200 unit kasut maka pengeluar
keluarkan sebanyak 200 unit barang tersebut.
• Masalah bagaimanakah barang hendak dikeluarkan diselesaikan
berdasarkan teknik pengeluaran paling cekap. Terdapat 2 cara barang boleh
dikeluarkan iaitu sama ada menggunakan buruh @ modal (jentera). Jika
didapati bahawa harga seorang buruh ialah RM 2 sejam berbanding semodal
RM 20, maka pengeluar akan memilih buruh. Ini kerana penggunaan buruh
membawa kos pengeluaran adalah rendah berbanding dengan penggunaan
modal. Dengan cara ini, maka pengeluar dapat selesaikan masalah
bagaimanakah barang hendak dikeluarkan.
• Masalah untuk siapakah hendak dikeluarkan diselesaikkan berdasarkan
kepada pengguna yang mampu membayarnya @ berdasarkan agihan
pendapatan. Iaitu jika pendapatan pengguna adalah tinggi maka pengguna
tersebut mampu membelinya. Oleh itu barang akan dikeluarkan untuk
pengguna tersebut.
Kebaikkan Sistem ekonomi Kapitalis

• Penggunaan sumber cekap (BMTU)


• Pengguna bebas membeli barangan
• Penjual bebas menjual barang yang
diingini
• Persaingan bebas – maka kualiti dan
Kuantiti barang meningkat
Keburukan Kapitalis
• Persaingan bebas menyebabkan penyalahgunaan factor.
Juga syarikat lain akan dipaksa ditutup
• Wujud juga kesan buruk akibat persaingan-
pencemaran,kesesakan
• Kehausan sumber asli kerana penggunaan sumber
dengan banyak
• Wujud monopoly syarikat- satu syarikat mengawal
semua
• Agihan pendapatan tidak setara – kerana sifat kekayaan
dan kehendak yang dipentingkan oleh masyarakat-
jurang perbezaan orang kaya dan miskin
Soalan Latihan

Syarikat XYX, mengeluarkan pakaian untuk memenuhi permintaan


sekumpulan penduduk. Untuk mengeluarkan pakaian, syarikat
terpaksa menggunakan seramai 20 orang pekerja dan 2 mesin.
Kebanyakan pakaian yang dikeluarkan adalah untuk kanak-kanak.
Sebulan sebanyak 2000 tan pakaian akan dikeluarkan oleh syarikat
tersebut.
Nyatakan dan terangkan masalah asas ekonomi yang dihadapi dan
diselesaikan oleh syarikat tersebut. 8m
Sistem Ekonomi Perancangan
Pusat/Sosialis/Komunis
• Ialah sistem ekonomi yang dikawal oleh kerajaan sesuatu
negara.
• Ia akan mengawal sumber-sumber ekonomi serta membuat
segala keputusan ekonomi seperti ABBS.
• https://youtu.be/8-4AuwYRcBQ . Kim jong …bad rulling
government system
• https://youtu.be/KPpmAUk1olA
• https://youtu.be/EKbn yLKLHbo - girl interview
• https://youtu.be/L8GBat7Ecbo
https://youtu.be/i2JEXA0ouIo - president kim dynasthy
• Manakala pihak swasta tidak mempunyai kuasa & ia
terpaksa mengikut undang-undang kerajaan
• Contoh negara ialah seperti negara Quba.
Ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat

Ciri- Ciri Penerangan


Pemilikan sumber • Semua faktor pengeluaran akan dimiliki oleh kerajaan atau
ekonomi badan perancangan pusat sahaja
• Pengguna dan pengeluar tidak mempunyai kuasa miliki
(BMTU) faktor pengeluaran.

Penentuan kehendak • Iaitu individu @ manusia dan firma tidak mempunyai kuasa
ABBU memilih barangan apa shj barang dan perkhidmatan.
• Semua di tentukan oleh kerajaan atau badan perancangan
pusat melalui kajian yang dijalankan.

Pembuat pilihan • Semua pengguna dan pengeluar tidak mempunyai


BEBAS ATAU TIDAK kebebasan dalam menentukan pilihan ia hanya ditentukan
oleh pihak kerajaan atau badan perancangan pusat.

Contoh Negara • Cuba dan Korea Utara and china


Cara penyelesaian masalah asas ekonomi
• Masalah apakah yang hendak dikeluarkan
• Masalah ini diselesaikkan berdasarkan kajian yang dijalankan
oleh Badan Perancangan Kerajaan. Juga diselesaikkan
berdasarkan barangan keperluan masyarakat.
• Masalah berapakah hendak dikeluarkan diselesaikkan
berdasarkan jumlah penduduk. Jika jumlah penduduknya ramai
maka jumlah pengeluarannya ialah banyak dan sebaliknya.
• Masalah bagaimanakah hendak dikeluarkan diselesaikkan
berdasarkan cara memaksimumkan keuntungan dan kebajikan
rakyat iaitu buruh atau modal
• Masalah untuk siapa hendak dikeluarkan diselesaikkan dengan
cara barangan dikeluarkan kepada semua. Ia tidak boleh dihalang
daripada pengguna untuk menggunakannya.
Kebaikkan keburukan Sistem ekonomi perancangan pusat

• Semua akan dilayan secara samarata


• Kebajikan rakyat terjaga`
• Keselamatan rakyat terjamin
Keburukan
• Terpaksa mengikut kerajaan
• Tiada persaingan maka kualiti barangan
• Penggunaan sumber tidak cekap kerana tidak
bermotffkan keuntungan
Sistem Ekonomi Campuran
• Ialah sistem ekonomi campuran antara
kapitalis dan perancangan pusat.
• Dalam sistem ekonomi ini semua pihak
mempunyai kuasa iaitu
pengguna,pengeluar serta kerajaan
• Cth negara yang mengamalkan sistem ini
ialah Malaysia dan Thai, Indonesia.
Ciri-ciri Sistem Ekonomi Campuran
Ciri- Ciri Penerangan
Pemilikan sumber • Pihak swasta, Individu dan kerajaan memiliki
ekonomi sumber ekonomi – iaitu pihak
(BMTU) swasta,masyarakat dan kerajaan sama-sama
mempunyai kuasa dalam memiliki faktor
pengeluaran.

Penentuan kehendak • Pengguna dan pengeluar bebas menentukan


(ABBU) kehendak dalam keluaran barangan swasta
• Manakala kerajaan akan membuat keputusan
dalam keluaran barangan awam
Pembuat pilihan • Pengguna dan pengeluar bebas menentukan
Samada bebas atau pilihan barang dan perkhidmatan
tidak bebas • Kerajaan melindungi barangan dan
perkhidmatan tempatan melalui pengenaan
cukai import
Contoh Negara • Malaysia dan Thailand
Cara penyelesaian masalah asas ekonomi
 Masalah apakah hendak dikeluarkan
- Kerajaan - masalah ini diselesaikkan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
Badan Perancangan Kerajaan – barang awam
- Swasta selesaikkan berdasarkan permintaan pengguna/mekanisme harga –
barang ekonomi
 Masalah berapakah hendak dikeluarkan
- Kerajaan - selesaikkan berdasarkan keperluan rakyat dan jumlah penduduk.
Jika jumlah penduduknya ramai maka jumlah pengeluarannya ialah banyak dan
sebaliknya.
- Swasta – selesaikkan berdasarkan jumlah permintaan pengguna/mekanisme
harga.
 Masalah bagaimanakah hendak dikeluarkan
- Kerajaan – selesaikkan berdasarkan cara memaksimumkan keuntungan iaitu
samada menggunakan buruh atau modal. Kebanyakan situasi mengunakan
buruh untuk menjaga kebajikan masyarakat.
- Swasta – selesaikkan berdasarkan teknik pengeluaran paling cekap.
 Masalah untuk siapa hendak dikeluarkan
- Kerajaan - selesaikkan dengan dikeluarkan kepada semua. Ia tidak boleh
dihalang daripada pengguna untuk menggunakannya.
- Swasta – selesaikkan dengan dikeluarkan kepada yang mampu bayar shj.
Kebaikkan
1. kebajikan masyarakat terjaga
2. kenakan cukai pendapatan dan bantuan
subsidi – untuk mengatasi jurang
perbezaan orang kaya dan miskin
3. kerajaan menyediakan barang awam
yang tidak perlukan bayaran
4. kerajaan kenakan undang-undang
5. pengenaan dasar harga maksimum dan
minimum
• Cara kerajaan campurtanggan dalam system ekonomi campuran ialah
dengan menyediakan barangan awam. Seperti hospital,sekolah kerajaan
secara percuma
• Kerajaan juga menyediakan undang undang untuk menjaga keselamatan
negara. Contohnya ialah Akta kawalan kelselamatan, akta penyeledupan
yang memastikan tiada penipuan dalam negara.
• Kerajaan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi untuk kaya dan
rendah untuk orang miskin. Ini membantu mengurangkan jurang
perbezaan antara orang kaya dan miskin
• Kerajaan menletakkan barangan tertentu di bawah kawalan kerajaan.
Contohnya barang seperti beras,tepung dan minyak masak adalah
dibawah kawalan kerajaan. Ini kerana harga barangan ini mesti atau dibeli
oleh pengguna untuk kebajikan
Sistem Ekonomi Islam
Jelaskan ciri-ciri sistem ekonomi islam
1) Sebagai sebahagian daripada keseluruhan system hidup islam
- Matlamat ekonomi islam adalah untuk mencapai al falah iaitu mencapai
keseimbangan antara kebahagian individu dan masyarakat.
- Aktiviti ekonomi yang halal sahaja digalakkan dan aktiviti seperti tidak
halal penyeldupan,perjudian,pengedaran dadah serta penipuan tidak
digalakan

2) Wujud persaingan yang adil dan saksama antara individu


- Individu dan masyarakat bebas mencari kekayaan di dunia demi
kebajikan dan kebahagian di dunia dan akhirat asalakan tidak
bertentangan dengan hukum islam
- Pengguna bebas memilih barangan dan perkhidmatan yang halal sahaja
- Pengeluar bebas bersaing untuk keuntungan dan jual barangan yang
digalakkan sahaja
- Kerajaan kawal mereka melalui undang-undang dan peraturan
3) Keseimbangan antara kepentingan individu dan
masyarakat

-Kerajaan islam mementingan kepentingan awam


berbanding individu
-Kerajaan keluarkan barang awam halal untuk kebajikan
masyakat
-Prinsip kesederhanaan amat diutamakan dalam
penggunaan dan pengeluaran barangan
-Individu dikehendaki membayar zakat untuk agihkan
kekayaan kepada orang miskin
Soalan Latihan
1. Terangkan jenis-jenis barang yang terdapat dalam ekonomi
Malaysia. 8 markah
2. Terdapat pelbagai perbezaan antara barang ekonomi dan
barang percuma. Terangkan
8 markah
3. Terdapat pelbagai perbezaan antara Perkhidmatan Polis dan
Perkhidmatan Lebuh raya. Jelaskan.
8 markah
4. Sistem ekonomi campuran dikatakan lebih berbanding dengan
sistem ekonomi kapitali dalam menyelesaikan masalah asas
ekonomi. Jelaskan.
20
markah.
5. Bezakan sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi
perancangan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. 9
markah
6. Encik Ahmad mempunyai sebidang tanah seluas 5 ekar tetapi beliau
mempunyai terlalu banyak jenis tanaman yang hendak
ditanam.Huraikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh Encik
Ahmad dan bagaimana beliau dapat menyelesaikan masalah
tersebut 9 markah
7. Huraikan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara Malaysia
mengatasi masalah asas ekonomi negara kita? 10 markah
8. Jelaskan masalah kekurangan yang dihadapi oleh unit-unit
ekonomi? 6 markah
9. Terangkan bagaimana kerajaan dalam sistem ekonomi campuran
mengatasi masalah ketidakadilan peruntukkan sumber dan
pengagihan barangan. 12 markah
10. Terangkan bagaimana cara sistem ekonomi islam mengatasi
masalah bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan.
6 markah
11. Sistem ekonomi islam menitikberatkan kepentingan bersama antara
individu dan masyarakat. Jelaskan. 4 markah
Disediakan Oleh
Mr.R.Sugumaran

You might also like