Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

PENGAJIAN AM

Struktur Pentadbiran Kerajaan


Tempatan
PENGENALAN

Kerajaan tempatan merupakan peringkat kerajaan yang berasingan


dan berkuasa dalam :
a) Membuat undang-undang kecil (undang-undang subsidiari)
b) Mengutip cukai dan sewa
c) Menubuh Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan
Kerajaan tempatan terdiri daripada :
d) Majlis Bandar Raya
e) Majlis Perbandaran (kawasan bandar)
f) Majlis Daerah (kawasan luar bandar)
Bilangan pihak berkuasa tempatan :
g) 9 buah Majlis Bandar Raya
h) 32 buah Majlis Perbandaran
i) 104 buah Majlis Daerah
TUJUAN PENUBUHAN

a) Membantu kerajaan negeri dalam bidang pentadbiran dan


penggubalan undang-undang kecil (subsidiari)
b) Menyediakan kemudahan rekreasi dan perkhidmatan untuk
penduduk setempat
c) Memberi peluang kepada penduduk tempatan mengambil
bahagian dalam pentadbiran kawasan mereka
d) Memastikan keputusan dibuat dengan cepat dan selaras dengan
keperluan penduduk setempat
BIDANG KUASA KERAJAAN NEGERI
TERHADAP KERAJAAN TEMPATAN

 Kerajaan tempatan merupakan perkara yang terdapat dalam


Senarai Negeri
 Kerajaan Negeri mempunyai kawalan terhadap kerajaan
tempatan melalui :
a) Mengawal sempadan dan status perbandaran
b) Melantik dan memecat ahli Majlis, Datuk Bandar atau Yang
Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan
c) Meluluskan belanjawan dan pinjaman kerajaan tempatan
d) Memberi arahan tentang pelaksanaan dasar agar dipatuhi
oleh kerajaan tempatan

Bersambung ……………..
e) Mengesahkan undang-undang kecil yang dibuat atau dipinda
oleh kerajaan tempatan
f) Menggubal sebahagian Akta Kerajaan Tempatan 1976 (jika
perlu)
g) Memindahkan semua atau sebahagian kuasa kerajaan
tempatan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri
h) Meluluskan jawatan baru yang hendak diwujudkan
BIDANG KUASA KERAJAAN PERSEKUTUAN
TERHADAP KERAJAAN TEMPATAN

1. Menggubal dasar atau undang-undang bagi tujuan mencapai


keseragaman dalam pentadbiran
2. Memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal
3. Menyalurkan peruntukan kewangan kepada kerajaan tempatan
FUNGSI UTAMA KERAJAAN TEMPATAN

 Fungsi utama kerajaan tempatan berdasarkan Akta Kerajaan


Tempatan 1976 :
a) Melaksanakan arahan kerajaan negeri berhubung projek atau
dasar kerajaan
b) Melaksanakan arahan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
c) Mengadakan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan
FUNGSI LAIN KERAJAAN TEMPATAN

1. Memberikan perkhidmatan pembersihan longkang dan sampah


2. Menggenakan kompaun terhadap penjaja dan pengusaha restoran yang
tidak menjaga kebersihan
3. Mengawal, menyewa dan mengurus gerai makanan, pasar, pasar malam
dan pekan sehari
4. Menjaga keindahan kawasan dan menyediakan kemudahan rekreasi
5. Menamakan jalan dan lorong di taman perumahan
6. Membina lampu trafik, pondok menunggu bas dan tempat letak kereta
7. Mengutip cukai taksiran harta, cukai pintu, bayaran perkhidmatan dan
sewa gerai kepunyaan PBT

bersambung ……………..
8. Mengeluarkan lesen kedai, penjaja, pesta, pusat hiburan, anjing, permit
pertunjukan hiburan, Sijil Menduduki Bangunan dan sebagainya
9. Mengenakan kompaun terhadap salah laku melibatkan papan iklan
10. Menggubal undang-undang kecil untuk sesuatu kawasan dan
dikuatkuasa setelah dipersetujui oleh kerajaan negeri
11. Menubuhkan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan dan
mengawal akaun tersebut
12. Menyelaraskan dasar-dasarnya mengikut dasar-dasar kerajaan
persekutuan
13. Mengikut arahan-arahan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
KUASA AUTONOMI KERAJAAN TEMPATAN

a) Memberi perlindungan kepada penduduk


 Mengawal kebersihan dan keselamatan dengan mengawal
pencemaran air dan udara
 Membuat pemeriksaan makanan dan ubat-ubatan
 Pemeriksaan timbang dan sukatan

b) Menyediakan alam sekitar yang sihat


• Membuat perancangan penggunaan tanah secara optimum
untuk mengekalkan keseimbangan sistem ekologi melalui
penyediaan padang rekreasi, parit dan saluran najis atau
pembentungan, tali air serta kawalan banjir

Bersambung ……………..
c) Menggalakkan perniagaan dan aktiviti setempat
 Menggalakkan aktiviti ekonomi setempat sebagai sumber
hasil untuk kerajaan tempatan melalui pembinaan pasar,
ruang perniagaan, tempat berjaja dan sebagainya

d) Menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan


o Menyediakan perkhidmatan pembayaran untuk elektrik, air
dan sebagainya
JENIS-JENIS KERAJAAN TEMPATAN
Dewan Bandaraya Majlis Perbandaran Majlis Daerah
Penubuhan Penubuhan Penubuhan
 Ditubuhkan melalui undang-  Ditubuhkan melalui (enakmen)  Ditubuhkan melalui (enakmen)
undang khas undang-undang biasa undang-undang biasa
 Diluluskan oleh Majlis Negara bagi
Kerajaan Tempatan
 Mesti pusat pentadbiran dan
perniagaan
Keanggotaan Keanggotaan Keanggotaan
 Diketuai oleh Datuk Bandar  Diketuai oleh Yang Dipertua  Diketuai oleh Yang Dipertua
 Dibantu oleh 24 orang anggota  Dibantu oleh 8 – 24 orang anggota merangkap Pegawai Daerah
 Dibantu oleh 8 – 12 orang anggota
Tempoh perkhidmatan Tempoh perkhidmatan Tempoh perkhidmatan
 2 tahun  1 tahun  1 tahun
Bilangan penduduk Bilangan penduduk Bilangan penduduk
 Melebihi 300,000 orang  Melebihi 100,000 orang  Kurang daripada 100,000 orang
Sumber kewangan Sumber kewangan Sumber kewangan
 Melebihi RM80 juta setahun  Melebihi RM10 juta setahun  Kurang daripada RM10 juta
setahun
Contoh : Contoh : Contoh :
 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,  Majlis Perbandaran Petaling Jaya,  Majlis Daerah Raub, Segamat,
Johor Bahru, Ipoh, Kuching Utara, Kulim, Batu Pahat, Kuala Keningau, Penampang, Jerantut,
Kuching Selatan, Kota Kinabalu, Terengganu, Kuantan Cameron Highland, Ranau, Lahad
Putrajaya Datu

12
SUMBER KEWANGAN KERAJAAN TEMPATAN

 Kerajaan persekutuan memberi peruntukan kewangan tahun


untuk :
1. Membantu kerajaan tempatan menyusun semula
pentadbiran
2. Mendapatkan alat dan jentera agar dapat memberi
perkhidmatan berkesan kepada masyarakat

 Asas pemberian bantuan oleh kerajaan persekutuan :


1. Bilangan penduduk dalam pihak berkuasa tempatan
2. Jumlah hasil kutipan yang diperoleh
3. Keluasan kawasan di bawah penguasaan

Bersambung ……………..
 Kerajaan negeri juga memberi peruntukan kewangan kepada
pihak berkuasa tempatan
 Kerajaan tempatan boleh juga memohon peruntukan kewangan
tambahan kepada kerajaan persekutuan
 Sumber kewangan terpenting kerajaan tempatan :
a) Cukai taksiran seperti cukai sampah dan cukai pintu
b) Bayaran perkhidmatan dan lesen-lesen
c) Bayaran perkhidmatan dan denda
d) Sewaan tempat berjaja dan sewaan ruang gerai di pasar
SEKIAN……….

Tamat dah bab ni ………

Jangan lupa ulangkaji …….. baru berjaya

You might also like