Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

SEJARAH PENUBUHAN DAULAH UTHMANIYYAH

KEPIMPINAN AL-FATEH
(DKI 3323)
KOL DR. HJ ZAHIMI BIN ZAINOL ABIDIN
zahimi@upnm.edu.my
zippy_hj@yahoo.com
PENGENALAN

 Kerajaan Turki Uthmaniyyah merupakan sebuah kerajaan yang telah diasaskan oleh
Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal daripada suku Qayi iaitu
sebuah Kabilah Al-Ghuzz dari kalangan orang Islam Turki yang tinggal berdekatan
dengan laut Caspian.
 Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membantu kesultanan
Saljuk dalam memerangi kaum Monggol dan telah berjaya mengalahkan Byzantine.
 Ekoran daripada itu Sultan Ali al-Din telah menjadikannya Amir dengan nama Bad
al-Shah atau Uthman
 Kesannya, Empayar Uthmaniyyah ini telah dikenali bersempena namanya
 Kecekapan yang dimiliki Uthman dalam memerintah Turki Uthmaniyyah telah
diteruskan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan selepasnya.
 Antaranya ialah Sultan Murad I, Sultan Murad II, Sultan Bayazid I, Sultan Muhamad
al-Fatih, Sultan Salim I dan Sultan Sulaiman Qanuni.
 Pemimpin-pemimpin ini memiliki kewibawaan seperti Uthman yakni mempunyai
kekuatan peribadi dan moral yang tinggi, hingga mampu membawa Uthmaniyyah ke
tahap yang lebih tinggi iaitu telah membuat empayar ini berkembang sehingga ke
Afrika Utara di sebelah Barat Daya dan Parsi di sebelah timur.
 Secaraamnya, kesultanan Uthmaniyyah ini lebih banyak memiliki taklukan di
Eropah berbanding di Asia.
 Maka, ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan ini lebih cenderung
untuk memperluaskan kekuasaan dan wilayah mereka di Eropah.
 Namun malangnya, Empayar Turki Uthmaniyyah mula mengalami kemerosotan
semasa pemerintahan Sultan Salim II.
 Kekuatan yang dimiliki kerajaan ini tidak mampu bertahan lama hingga
akhirnya kerajaan ini tumbang seperti yang terjadi kepada pemerintahan
khalifah yang terdahulu.
 Kejatuhan empayar ini bukan semata-mata kerana kelemahan pemerintahnya
tetapi juga didorong oleh faktor-faktor lain.
PENUBUHAN
 Kerajaan Uthmaniyyah merupakan sebuah kuasa Islam yang muncul di Barat Anatolia kira-kira
pada awal abad ke-14 Masihi.
 Kemunculannya berkait rapat dengan keadaan dunia Islam yang kucar-kacir selepas serangan
Monggol pada abad ke-13 Masihi.
 Keadaan politik yang kucar-kacir pada waktu itu memberi peluang kepada Kerajaan Uthmaniyyah
untuk meluaskan kekuasaan mereka di Balkan pada pertengahan abad ke-14 Masihi dengan
kejayaan besar di Kosovo pada tahun 1839 Masihi dan Nicopolis pada tahun 1396 Masihi.
 Kerajaan ini mampu bertahan selama kira-kira enam abad iaitu selepas berlakunya Perang Dunia
Pertama.
 Dalam bahasa Turki Osmanli, kerajaan Uthmaniyyah juga dikenali sebagai Ottoman iaitu sebuah
empayar Islam terbesar yang telah memerintah lebih dari 600 tahun, bermula dari tahun 680
H/1281 M sehingga 1342 H/1924 M.
PENUBUHAN (samb …….)
 Perkataan Uthmaniyyah ini diambil sempena nama datuk kepada pengasas kerajaan ini iaitu
Uthman bin Ertoghrul (Ertoghril) bin Sulaiman Shah dari suku Qayi (Qayigh) yang merupakan
salah satu cabang keturunan Oghus Turki.
 Mereka merupakan golongan yang tinggal di sebuah perkampungan di Mahan iaitu terletak di
Asia Kecil.
 Pada abad ke 7 M, Sulaiman Syah yang mempunyai pengikut seramai 1000 orang telah
meninggalkan Mahan dan menuju ke Anatolia yang terletak di Asia kecil.
 Semasa perjalanan menuju ke Anatolia, Sulaiman Syah telah meninggal dunia dan tempatnya
telah diambil alih oleh anaknya iaitu Ertoghrul.
 Ertoghrul telah meneruskan usaha ayahnya dan telah memikul tanggungjawab dalam memimpin
puak dan meneruskan perjalanan mereka.
PENUBUHAN (samb …….)

 Setelah sampai di Anatolia, Ertoghrul telah menghantar anaknya Uthman berjumpa dengan Sutan
Ala’al Din II iaitu Raja Saljuk untuk mendapatkan kebenaran tinggal di Anatolia.
 Ketika itu juga, telah berlaku pertempuran antara tentera Monggol dan tentera Ala’al Din.
 Ertoghrul telah memimpin puaknya untuk membantu tentera Ala’al Din bagi mengalahkan tentera
Monggol.
 Ikatan yang terjalin di antara Ertoghrul dan Ala’al Din semakin akrab dan kukuh.
 Buktinya Ertoghrul menyertai setiap ekspedisi tentera Ala’al Din
 Ertoghrul dan pengikutnya berjaya mengalahkan tentera Byzantine di Sogut dan Domanich,
 Raja Saljuk Rom telah menghadiahkan kedua-dua wilayah itu kepada mereka.
 Sejak daripada itu, Ertoghrul telah menjadikan Sogud sebagai pusat pemerintahan beliau.
.
PENUBUHAN (samb …….)
 Pada tahun 1299 M, Ertoghrul telah meninggal dunia.
 Anaknya iaitu Uthman bin Ertoghrul telah mengantikan beliau.
 Majoriti ahli sejarah mengatakan bahawa Uthman merupakan pengasas kepada Empayar Turki
Uthmaniyyah.
 Setelah mengambil alih pucuk kepimpinan daripada ayahnya, Uthman telah mula meluaskan
kuasanya dari sebelah utara hingga ke kawasan Yani Shehir.
 Sejak daripada itu juga, pusat pemerintahan baru Uthman telah beralih ke Melangenon.
 Uthman juga telah melancarkan beberapa ekspedisi peperangan menentang musuh terutamanya
dengan tentera Byzantine.
 Menjelang tahun 1301, kawasan Bursa dan Izniq telah berjaya ditawan olehnya.
 Selepas memerintah bermula dari 1299 sehingga 1326, akhirnya Uthman telah meninggal dunia
dan beliau telah digantikan oleh anaknya iaitu Orhan.
PENUBUHAN (samb …….)
 Sepanjang tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah terdapat 37 pemimpin yang pernah
mentadbir kerajaan ini.
 Antara pemimpin yang terkenal ialah Uthman I dan Orhan, Muhammad II yang digelar al-Fateh
(1450-1481) dan Sulaiman II yang digelar sebagai Abu al Qanuni (1520-1566).
KEGEMILANGAN
 Fasa kedua dalam sejarah Empayar Uthmaniyyah.
 Bermula pada zaman Sultan Muhammad II atau lebih dikenali sebagai Al-Fateh pada tahun 1403
M hinggalah tahun 1566 M oleh Sulaiman Al-Qanuni.
 Semasa zaman keemasan ini, Uthmaniyyah telah berkembang ke banyak negara – Mesir, Balkan,
Syria, Afrika Utara, Parsi
 Semasa perang Chaldiran berlangsung, iaitu tahun 1514, tentera di bawah pimpinan Sultan Salim
I telah memenangi pertempuran menentang Parsi.
 Apa yang dilakukan oleh Empayar ketika itu adalah disebabkan ingin menjaga aspek keselamatan
bahagian timur wilayah Uthmaniyyah.
 Tidak lama kemudian, Empayar beralih pula kepada pentadbiran Sultan Sulaiman I setelah
baginda menaiki takhta pada tahun 1518.
 Pada ketika itu, baginda Sulaiman I juga merupakan pemimpin yang bijak dengan strategi
peperangannya sehingga berjaya menguasai Hungary, Belgrade dan Vienna
KEGEMILANGAN (samb …….)

 Pembukaan kota Constantinople oleh Muhammad al-Fateh telah menjadikan kerajaan Uthmaniyyah terus
dihormati oleh pihak Barat.
 Kekuatan yang ditunjukkan oleh golongan Byzantine berakhir kerana kota tersebut merupakan antara kota
terpenting bagi mereka.
 Apabila ia jatuh ke tangan kaum Muslimin, maka ia membawa maksud kekuatan yang ada pada tentera Islam
tidak dapat ditandingi.
 Byzantine tidak mampu bangkit untuk menentang atau merampas kembali kota Constantinople tersebut.
 Kota itu telah menjadi jambatan penghubung di antara Islam dan Barat, Asia dan Eropah.
 Sebelum Kota Constantinople dapat ditakluk, pihak Uthmaniyyah telah menguasai beberapa wilayah penting di
rantau Balkan.
 Antaranya ialah kejayaan dalam peperangan Kosovo pada tahun 1389.
 Kejayaan tersebut menandakan berakhirnya kuasa Serbia yang merupakan salah satu dari kuasa Eropah yang
ada.
 Ia adalah kemenangan yang strategik bagi membuka jalan ke atas pembukaan Kota Constantinople.
KEGEMILANGAN (samb …….)

 Pada peperangan Nicopolis pada tahun 1396, yang dianggap sebagai peperangan berskala besar, pihak tentera
salib menentang Uthmaniyyah, tidak dapat menyekat kemaraan Uthmaniyyah menguasai wilayah-wilayah yang
berada di bawah Byzantine.
 Uthmaniyyah telah berjaya mengawal hampir keseluruhan wilayah Byzantine yang ada di sekeliling Kota
Constantinople.
 Pihak Byzantine agak lega sedikit kerana Kerajaan Uthmaniyyah di sebelah Anatolia mengalami pergolakan di
mana Timur4 telah menjajah Anatolia dalam peperangan Ankara 1402, menyaksikan Sultan Beyazid I telah
dipenjara.
 Ini menyebabkan sebahagian wilayah yang dikuasai Uthmaniyyah jatuh buat sementara, antaranya Macedonia
dan Kosovo.
 Pergolakan itu menyebabkan perancangan penguasaan ke atas Kota Constantinople mengalami gangguan
 Ia dapat dikembalikan semula di bawah pemerintahan Sultan Murad II yang memimpin Kerajaan Uthmaniyyah
(1421-1451).
KEGEMILANGAN (samb …….)

 Apabila Muhammad al-Fateh memimpin Kerajaan Uthmaniyyah, beliau telah menyusun kembali pentadbiran
negara dan aspek ketenteraan.
 Beliau berjaya memimpin pasukan Uthmaniyyah menawan Kota Constantinople pada 29 Mei 1453, dalam usia
beliau yang masih muda iaitu ketika beliau berusia 21 tahun.
 Kerajaan Uthmaniyyah berjaya menjadi suatu kuasa yang kuat kerana mereka menguasai laut.
 Armada mereka cukup cekap dalam mengendalikan pertahanan laut sehingga menggerunkan musuh-musuh
mereka.
 Mereka juga membentuk pasukan armada laut sehingga ke Laut Merah bagi menghalang Portugis yang
menguasai perdagangan rempah ratus di pelabuhan-pelabuhan terkenal.
 Pasukan tentera Uthmaniyyah turut bersaing dengan kuasa Eropah lain di Lautan Hindi - Mereka pernah
menghantar pasukannya melalui jalan laut ke Afrika dan juga ke Aceh di Indonesia untuk mempertahankan
wilayah tersebut dari serangan pihak yang tidak bertanggungjawab.
KEGEMILANGAN (samb …….)
 Dari aspek pemerintahan, Sultan Murad I adalah sultan Uthmaniyyah pertama yang menggunakan gelaran
’sultan’.
 Zaman kegemilangan Uthmaniyyah berterusan di bawah pemerintahan Sultan Sulaiman al-Qanuni yang
memerintah dari tahun 1520 – 1566, pemerintah paling lama dalam sejarah kesultanan Uthmaniyyah.
 melakukan perubahan terutama dari aspek perundangan sehingga beliau mendapat gelaran al-Qanuni,
pembuat undang-undang.
 memimpin pasukan Uthmaniyyah menguasai wilayah Byzantine seperti Hungary, Belgrade dan Rhodes.
 memperkasa armada laut dengan menguasai Laut Mediterranian, Laut Merah dan Teluk Parsi - laluan
strategik para pedagang.
 Ini bermakna Kerajaan Uthmaniyyah turut mengambil berat tentang keselamatan para pedagang, dan turut
menekankan soal pembangunan ekonomi.
KEMEROSOTAN

 Kekalahan pasukan Uthmaniyyah di Vienna pada tahun 1683 telah melemahkan kerajaan mereka.
 Kebangkitan semula masyarakat Eropah menentang Uthmaniyyah telah memberikan tamparan baru kepada
mereka.
 Ini adalah kesan daripada kelemahan struktur pentadbiran Uthmaniyyah pasca 1566 (kematian Sulaiman al-
Qanuni).
 Kekalahan tersebut telah menyebabkan mereka terpaksa berundur dari sebahagian wilayah di Eropah tersebut.
 Kekalahan tersebut juga membuka ruang kepada pihak Kristian untuk merencana tindakan baru bagi berdepan
dengan Uthmaniyyah.
 Antaranya Paus yang memimpin kelompok Kristian Katolik di Rome berusaha untuk membentuk pasukan
tentera salib baru bagi tujuan menentang tentera Uthmaniyyah.
 Beliau mencetuskan kebangkitan semangat anti Islam agar golongan salib bangun menentang penguasaan Islam
dan Kerajaan Uthmaniyyah tersebut.
KEMEROSOTAN
Kelemahan
pemerintah

Kelemahan sistem
Serangan Eropah pentadbiran &
Ekonomi

Peranan Golongan
Kelemahan sistem
Yahudi & Etnik
ketenteraan
Armenia

Keruntuhan akhlak
KEJATUHAN DAULAH UTHMANIYYAH

Kelemahan
Ketenteraan
Pengenalan
Undang-undang Kelemahan Sistem
Barat Pendidikan

FAKTOR
KEJATUHAN
PENGENALAN UNDANG- UNDANG BARAT

 Pengenalan undang-undang Barat juga telah dibawa masuk ke


Turki yang telah mengetepikan undang-undang Islam yang
diguna pakai selama ini.
 1869Menteri Kehakiman Turki Uthmaniyyah telah menubuhkan
mahkamah sekular yang menghadkan bidang kuasa mahkamah
Syariah.
 Hal
ini merupakan petanda bahawa masyarakat mula lebih
memandang dunia dan mengetepikan undang-undang Islam
yang mendorong kejatuhan Kerajaan Islam tersebut
KELEMAHAN KETENTERAAN

 Kelemahan ketenteraan Turki Uthmaniyyah mula rentak pada


zaman Sultan Salim lll .
 Keadaan negara sangat buruk sekali.
 Semangattentera Turki semakin putus asa kerana siri
peperangan yang tidak pernah henti
 Janissaritidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam
kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadap
tanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan
latihan ketenteraan.
 Pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.
KELEMAHAN SISTEM PENDIDIKAN

 Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular


menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam
 Pendidikan sekular ini tertumpu kepada karya sastera tertentu, arena
persuratan berkembang maju dan terjemahan daripada fiksyen barat.
 Sistem Pendidikan telah disusun semula.
 1866 - Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelia sekolah
sekular.
 Negara Barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan
mereka melalui beberapa instiusi pendidikan.
 Situasi ini makin meggalakkan penerapan idea nasionalisme, kapitalisme,
imperialisme terhadap masyarakat sehingga menyebabkan sentimen
perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea perkauman
KESIMPULAN
 ‘Teori Kitaran' Ibn Khaldun – Uthmaniyyah mengalami kitaran tersendiri.
 Kesukaran menjaga wilayah mereka yang luas tersebut.
 Zaman tersebut telah diambil kesempatan oleh pihak kuasa Barat untuk
bertindak
 la mendapatkan wilayah-wilayah yang pernah jatuh ke tangan
Uthmaniyyah.
 Kejatuhan Uthmaniyyah ini menandakan berakhirnya penguasaan
empayar Islam ke atas dunia.
 Sejarah ini perlu diambil iktibar, bukan semata-mata menjadi catatan
yang tersemat di dalam buku

You might also like