Battery

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

BATERI KENDERAAN

ROLAND TSOK VUI LIANG


ISI KANDUNGAN
1 Objektif
2 Pengenalan
3 Fungsi
4 Jenis-jenis bateri
5 Struktus asas
6 Uji Minda
Objektif Pembelajaran

1. Nyatakan jenis-jenis bateri


kenderaan.

2. Terangkan fungsi bateri kenderaan.

3. Terangkan struktur asas bateri.


Pengenalan

satu komponen yang menghasilkan tenaga


elektrik hasil daripada tindakbalas kima
yang berlaku di dalam bateri di antara
campuran asid sulfurik cair dan air suling
dengan plumbum.
Fungsi Asas Bateri
1. Membekalkan kuasa elektrik kepada motor
penghidup dan sistem penyalaan.

2. Membekalkan kuasa tambahan yang diperlukan


apabila permintaan bebanan elektrik
kenderaan melebihi daripada sistem pengecas
hasilkan.

3. Bertindak sebagai penstabil voltan di dalam


sistem elektrik kenderaan.
Jenis-jenis Bateri
BATERI SEL KERING

BATERI STANDARD – ASID PLUMBUM

BATERI ‘MAINTENANCE FREE’


Bateri Sel Kering
MENGHASILKAN 300 v

SESUAI UNTUK
KEGUNAAN
KENDERAAN JENIS
ELEKTRIK DAN
HIDBRID
Bateri Standard – Asid Plumbum
bateri yang menghasilkan tenaga elektrik akibat
daripada tindak balas kimia
memerlukan penjagaan yang rapi.
Bateri ‘Maintenance Free’
bateri yang memerlukan
penyelenggaraan yang
kurang
mempunyai ketahan
yang lebih
STRUKTUR BATERI
Asas struktur bateri terdiri daripada
Terminal
Palam berliang

Elektrolit

Perangkai sel

Kotak bateri

Elemen
Pengasing
Kotak bateri
 diperbuat daripada getah keras, synthetic resin,
polypropylene atau plastik.

 teguh dan boleh menahan asid serta tahan kejutan


dan gegaran

 mempunyai bahagian sel untuk menempatkan sel dan


mewakili jumlah sel di dalam sesebuah bateri
Elemen
 gabungan satu kumpulan plat
positif dengan plat negatif

 plat positif berwarna coklat


dan dikenali sebagai ‘lead
peroxide’.

 plat negatif berwarna kelabu


dan dikenali sebagai ‘spongy
lead’

 elemen mengandungi antara 9


hingga 13 plat di mana plat
negatif lebih satu jumlahnya
dari plat positif.

 setiap sel akan menghasilkan


2.1 hingga 2.5 volt
Pengasing
memisahkan plat positif
dan plat negatif supaya
tidak bersentuh yang
mengakibatkan litar pintas.

Penyekat ini berliang


supaya elektrolit boleh
bergerak dengan bebas dari
satu plat ke satu plat yang
lain.

dibuat dari kepingan getah,


kaca gentian, kayu atau
kertas istimewa.
Perangkai sel
 Sel-sel bateri disambungkan secara siri supaya voltannya
bertambah dengan menggunakan perangkai sel atau
penyambung sel.

 diperbuat daripada bar plumbum yang disambungkan pada


terminal.

 Bagi sesetengah bateri perangkai sel terletak di atas atau di


dalam penutup bateri.
Elektrolit
campuran di antara asid sulfurik (40%) dengan air
suling (60%)

dapat menghasilkan tindakbalas yang tinggi dan


kekuatan cas penuh pada bacaan 1.260-1.280 spesifik
graviti.

hanya air suling sahaja yang boleh digunakan


sekiranya bateri kekurangan elektrolit.
Terminal
 sepasang terminal bateri terdiri daripada terminal positif
dan terminal negatif.

 mempunyai diameter dan pengenalan yang berbeza untuk


mengelakkan pemasangan terminal yang salah.
Palam berliang
Palam berliang boleh dibuka untuk menambah atau
mengisi elektrolit ke dalam sel apabila diperlukan.

Palam berliang mempunyai lubang-lubang kecil


untuk membebaskan gas keluar dengan bebas semasa
tindakbalas kimia.
Uji Minda
Berapakah nisbah campuran kandungan
elektrolit sesebuah bateri yang
mempunyai cas penuh?
A. 20% air dan 80% asid sulfurik
B. 40% air dan 60% asid sulfurik
C.50 % air dan 50% asid sulfurik
D.60% air dan 40% asid sulfurik
Tajuk seterusnya :
Tindak Balas Kimia dalam bateri

You might also like