Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

1.

4 Menyatakan Akta Pendidikan Khas (Akta 685)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi


pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi,
pembangunan dan kesejahteraan orang kurang
upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi
Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya.
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia
dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961.  Dalam 
bahagian  1  (tafsiran)  Akta  ini  dinyatakan  bahawa 
sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan
pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang
upaya. Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia
sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan
yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang
upaya penglihatan dan pendengaran.  

2
1.4.1 Seksyen 40 dan Seksyen 41

Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan


dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus
mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta
tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and
seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak
sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana
Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada
permintaan daripada masyarakat.

3
Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada
Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan
dan kandungan kurikulum untuk keperluan
pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-
kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah
sehingga mereka berumur 19 tahun. (41.1).
Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri
boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:
1.Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai
dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;
2.Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan
pendidikan khas;
3.Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah
yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori
sekolah khas; dan
4.Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat
atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah
mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan
di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah
atau menengah yang difikirkan oleh menteri suai manfaat
1.5 Menyatakan Akta Orang Cacat 2002
Suatu akta untuk dijadikan asas bagi penyamaan peluang kepada orang
kurang upaya dan untuk mengelakkan diskriminasi serta gangguan.

Matlamat Akta ini adalah:

(i)untuk memastikan bahawa orang kurang upaya di Malaysia mempunyai hak


yang sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain

ii) untuk menghapuskan, sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap


seorang atas sebab kurang upaya (kecacatan) dalam beberapa aspek hidup

(iii) Untuk menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa orang


kurang upaya diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuh di kalangan
masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang berkhak di
negara ini.
6
Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara )
pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24
Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai
2008. Akta OKU ini memberikan pengiktirafan hak OKU
dan menukar konsep OKU  daripada konsep kebajikan
kepada konsep right-based. Akta ini juga membolehkan
OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan
penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli
masyarakat yang lain. Akta ini juga memperuntukan
perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan,
pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU

7
1.6 Menerangkan Isu-isu Pendidikan Khas

Kompetensi Dan Kemahiran

Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran


dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan
sesuatu tugas atau tanggungjawab. Aspek ini
mempunyai hubungan yang signifikan dengan latihan
dan perkembangan profesionalisme yang diterima oleh
para guru.
1.6 Menerangkan Isu-isu Pendidikan Khas

Sokongan Dan Kemudahan

Abdul Hamid Dollah (2017) berkata proses pengajaran dan pembelajaran


murid pendidikan khas tidak boleh disandarkan kepada guru semata-
mata, sebaliknya memerlukan sokongan berterusan daripada semua
pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat. Di sini, guru Pendidikan Khas
memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen pemangkin bukan
sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada
keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas. Namun
kejayaan itu tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan semua
pihak termasuk kerajaan, NGO, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
1.6 Menerangkan Isu-isu Pendidikan Khas
Sikap Dan Motivasi

Sikap Profesional Guru ialah tindakan spontan oleh guru


sebagai respons rasional terhadap stimulus tertentu dari murid
ketika proses pengajaran dan pembelajaran untuk
memperkukuh interaksi edukatif. Manakala motivasi adalah
suatu dorongan kehendak yang menyebabkan seseorang
melakukan suatu perbuatan untuk mencapai tujuan tertentu.
Motivasi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah motivasi
kerja yang mana berkait rapat dengan perilaku dan prestasi
kerja guru. Semakin tinggi motivasi seseorang dalam
melakukan pekerjaan, maka semakin baik sikapnya dalam
pelaksanaannya.
1.6.1 Kesan ke atas keluarga kanak-kanak

Kebergantungan 100% ibubapa atau penjaga murid


kepada pihak sekolah dalam mendidik anak mereka
adalah satu perkara yang melambatkan proses
penerimaan pembelajarajan murid.

11
1.6.1 Kesan ke atas keluarga kanak-kanak

Ibubapa / penjaga yang prihatin seperti mengajar anak


mereka semasa di rumah atau menghantar anak
mereka ke NGO setelah pulang sekolah,
perkembangan anak mereka adalah lebih baik

12
1.6.1 Kesan ke atas keluarga kanak-kanak

Ibubapa yang memandang rendah akan peranan dan


profesion sebagai guru pendidikan khas. Sikap
sebegini akan memburukkan hubungan kedua – dua
pihak dan secara tidak lansung akan memberi kesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
secara psikologinya guru akan mula kurang
bermotivasi dalam pengajarannya.

13
1.6.1 Kesan ke atas keluarga kanak-kanak

Ibubapa yang memandang rendah akan peranan dan


profesion sebagai guru pendidikan khas. Sikap
sebegini akan memburukkan hubungan kedua – dua
pihak dan secara tidak lansung akan memberi kesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
secara psikologinya guru akan mula kurang
bermotivasi dalam pengajarannya.

14
1.6.2 Peranan masyarakat
Penyediaan keperluan pendidikan yang khusus dikalangan
murid pendidikan khas adalah merupakan satu cabaran bukan
sahaja di pihak Jabatan Pendidikan Khas malah melibatkan
semua pihak yang memikul amanah menyediakan pendidikan
untuk murid – murid ini. Komitmen  serta kerjasama daripada
semua pihak dalam memabantu dari segi perancangan serta
perlaksanaan program – program Jabatan Pendidikan Khas
merupakan perkara utama dalam memastika ianya berjaya. 
Ini kerana mendidik murid  berkeperluan khas ini bukanlah
mudah kerana mereka memerlukan set persekitaran yang
kondusif bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi
nilai – nilai  kemanusiaan.
15
1.6.2 Peranan masyarakat

Usahasama daripada semua pihak ini seperti pihak


yang mempunyai sarjana dalam pendidikan kanak –
kanak  istimewa seperti tenaga pengajar Institut
Pendidikan Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru (IPG)
serta pihak – pihak berpengalaman seperi Badan
Bukan Kerajaan (NGO) tentunya akan menghasilkan
sesuatu yang bermanfaat terhadap pendidikan ini dan
setanding dengan  di luar negara.

16
1.6.3 Batasan/ halangan yang dihadapi keluarga

Ibu bapa dengan anak berkeperluan khas mengalami


cabaran dari segi mental dan fizikal yang boleh
menyebabkan tekanan psikologikal. Golongan ibu
lebih cenderung untuk mengalami tekanan yang lebih
tinggi disebabkan mereka lebih mendampingi anak
mereka berbanding bapa. Kajian ini bertujuan untuk
meneroka cabaran yang boleh menyebabkan tekanan
dalam kalangan ibu dengan anak berkeperluan khas

17
1.6.3 Batasan/ halangan yang dihadapi keluarga

Ibu bapa dengan anak berkeperluan khas terpaksa


berhadapan dengan pelbagai cabaran yang boleh
memberikan tekanan yang tinggi seperti cabaran
dalam menguruskan keperluan anak-anak
berkeperluan khas dalam keadaan kewangan keluarga
yang tidak stabil, sistem sokongan yang lemah dan
perlu berurusan dengan dasar dan prosedur birokrasi
yang merumitkan (Surianti Sukeri, Raishan Shafini
Bakar, Azizah Othman, & Mohd Ibrahim, 2017).
18
1.6.3 Batasan/ halangan yang dihadapi keluarga
Kesan daripada tekanan tersebut adalah ibu bapa menjadi
kurang optimum dalam menjaga anak-anak yang boleh
menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku dalam
kalangan anak-anak dan boleh memberikan risiko terhadap
perkembangan kognitif anak-anak berkeperluan khas ini
(McConnell & Savage, 2015). Isu ini perlu diberikan perhatian
kerana ia boleh menjadi punca kepada masalah tingkah laku
dalam kalangan anak-anak (McConnell & Savage, 2015).
Perkembangan kognitif anak-anak berkeperluan khas akan
terganggu disebabkan kefungsian dalam keluarga yang tidak
stabil (McConnell & Savage, 2015). Gangguan terhadap
kesejahteraan psikologi ibu bapa ini akan turut memberikan
kesan negatif terhadap kesejahteraan psikologi anak itu
sendiri (Bonab, Motamedi & Zare, 2017).
19
1.6.4 Prasarana pendidikan khas di TASKA dan
TADIKA

Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapat


dinikmati semua, tumpuan khas harus diberikan
kepada bidang seperti kurikulum, program
pendidikan, kaedah pengajaran dan perkhidmatan
sokongan.

20
1.6.4 Prasarana pendidikan khas di TASKA dan
TADIKA

(1) Bagi mereka yang cacat penglihatan, di


peringkat tadika dan sekolah rendah, kurikulum
yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak
terbatas kepada, latihan sensori, kemahiran
hidup seharian, cara khas membaca dan menulis
brel, orientasi dan pergerakan, pengetahuan
asas dalam bidang komputer yang mempunyai
perisian pembaca skrin, matematik, muzik dan
sukan.
21
1.6.4 Prasarana pendidikan khas di TASKA dan
TADIKA
(2) Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum yang
diubahsuai akan menitiberatkan kepada perkembangan
komunikasi dan bahasa yang sesuai dengan keperluan
pelajar. Kurikulum akan merangkumi cara khas untuk
mengajar pertuturan, memahami pertuturan, latihan
pendengaran dan rentak menggunakan komunikasi
keseluruhan, pelbagai sensori serta pendekatan yang lain.
Mereka akan diirujukan kepada staf sokongan seperti
jurubahasa isyarat, otologist, audiologist, pakar pemulihan
pertuturan, jurulatih auditori dan yang lain seperti
diperlukan. 22
1.6.4 Prasarana pendidikan khas di TASKA dan
TADIKA

(3) Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik,


pendidikan berkualiti akan diberi sama seperti untuk mereka
di sekolah biasa, dan mereka akan dibenarkan menghadiri
kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di mana boleh.
Penjadualan kelas serta pertimbangan lain akan dibuat
bersesuaian dengan keperluan pendidikan mereka. Usaha
akan dibuat supaya bangunan sekolah dan maktab tidak
mempunyai sebarang halangan bersifat pembinaan.

23
1.6.4 Prasarana pendidikan khas di TASKA dan
TADIKA

(4) Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang


diubahsuai akan menitikberatkan latihan megurus
diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharian yang
berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan
vokesyenal. Bagi mereka yang terencat akal yang
teruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan
kemahiran penjagaan diri.

24
1.6.4 Prasarana pendidikan khas di TASKA dan
TADIKA

(5) Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan


seperti autisma, mereka yang bermasalah
pembelajaran dan mereka yang mempunyai
kecacatan pelbagai, kurikulum yang diubahsuai akan
merangkumi aktiviti serta teknik penyampaian bagi
menormalisasikan perlakuan dan juga kemahiran
berdasarkan fungsi serta akademik untuk
mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat.
25
SEKIAN,TERIMA
KASIH…

You might also like