Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

sisa

domestik
APA ITU SISA DOMESTIK?
Sisa domestik ialah sisa buangan pepejal dan sisa
buangan toksid. Bahan buangan toksid ialah bahan
buangan yang mengandungi sifat – sifat fizikal , kimia
atau biologi yang memberi impak yang berbahaya
kepada manusia dan alam sekitar. Bahan toksid ini
boleh menjejaskan kesihatan manusia dan membawa
bencana alam kepada dunia. Bahan buangan toksid ini
mudah terbakar , menghakis , beracun dan
bertindakbalas atau meletup apabila bercampur dengan
bahan lain. Ia boleh wujud sama ada dalam bentuk
cecair , pepejal dan separa pepejal.
terdapat banyak jenis buangan toksid yang terdiri
daripada sisa minyak seperti minyak hidraulik dan
minyak gerundi serta bahan buangan kimia organik yang
mengandungi halogen atau sulfur yang berupaya
melarut bahan lain seperti trikloroetilena ,
tetrakloraetilena , kloroform , kloroetana , gendkleno
dan freons. Di samping itu ,terdapat juga beberapa jenis
sisa buangan pepejal seperti sisa pepejal domestik iaitu
sisa – sisa makanan , sampah sarap dan benda – benda
terpakai daripada kawasan perumahan , perniagaan ,
sekolah dan kawasan- kawasan awam, barang – barang
buangan pukal seperti rangka / bingkai , barang-barang
elektronik , perabot dan tayar buruk , buangan daripada
perlombongan dan kuari , bahan buangan daripada
pengorekan dan pecahan bangunan – bangunan , sisa
buangan taman dan sisa buangan binatang dan
pertanian seperti najis khinzir , lembu , sekam padi dan
sekam kayu.
pencemaran

Pencemaran terbahagi kepada dua iaitu pencemaran faktor semula jadi dan
pencemaran factor manusia. Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendiri seperti letusan
gunung berapi , ribut taufan , gempa bumi dan tsunami. Manakala
pencemaran faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh
manusia samada sengaja atau tidak sengaja. Antaranya ialah pencemaran
udara iaitu gas-gas beracun , zarah –zarah yang terperangkap hasil dari
asap kenderaan , jerubu dari kesan pembakaran secara terbuka dan
sebagainya. Selain itu, pencemaran air iaitu melalui pembuangan air
kumbahan , sisa – sisa kimia , haba dan pembuangan sampah . Manakala
pencemaran tanah berlaku melalui pembuangan sisa industri terutama
karbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur yang menyebabkan
ketidaksuburan tanah akibat daripada peningkatan kekonduksian tanah
yang tidak sesuai untuk tumbuhan hidup.
Wabak penyakit

Terdapat banyak kesan yang dihadapi oleh masyarakat dan alam sekitar
melalui bahan buangan domestik. Kesan utama ialah mengancam kesihatan
manusia iaitu melalui pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan
menyebabkan simpton – simpton kebas , sakit kepala , kabur penglihatan
dan pertuturan yang tidak betul jika air tersebut digunakan oleh manusia.
Jika pencemaran toksid itu terbiar di kawasan pertanian atau tanah ia akan
menyebabkan tanah tidak subur dan membunuh binatang dan haiwan yang
hidup di kawasan tersebut. Kesan seterusnya ialah mengancam tumbuhan
dan binatang , tumpahan minyak ke dalam laut menyebabkan banyak
organism laut di perairan cetak mati. Apabila tumpaham minyak berlaku
dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak
yang mengancam kehidupan laut serta burung
Alam sekitar adalah satu asset Negara yang bernilai dan peril
dipelihara. Sekiranya alam sekitar diurus dengan baik,ianya
akan member pulangan dan menana ekonomi Negara. Oleh itu
program pemulihan dan pengurusan alam sekitar perlu
dijalankan secara berterusan bagi memastikan kesempurnaan
ke atas alam sekitar. Pengurusan alam sekitar secara
bersepadu yang melibatkan semua lapisan masyarakat adalah
satu focus utama kearah pencapaian matlamat
tersebut.Hubungkait antara kuantiti ,kualiti dan persekitaran
terutama alam sekitar perlu dititikberatkan dan diseimbangkan
di dalam proses pengurusan dan pembangunan.
Masyarakat harus mengambil berat tentang alam sekitar
kerana kesannya akan dihadapi oleh mereka.Manusia tidak
harus bersikap sambil lewa dengan keadaaan alam sekitar. Hal
ini akan menjejaskan kesihatan manusia serta habitat di dunia
akan pupus secara pelahan-lahan. Masyarakat harus
bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam
sekitar. Jika pencemaran ini dibiarkan berterusan , bumi akan
kehilangan keindahan dan kecantikan semulajadi. Jadi
masyarakat dan pihak tertentu harus mengambil langkah
untuk mengatasi pencemaran alam sekitar yang menyebabkan
pemusnahan flaura dan fauna.

You might also like