Mamak

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PENGENALAN TERHADAP

GOLONGAN MAMAK DI MALAYSIA

D I S E D I A K A N O L E H : P N S I T I N O R A I S YA H N G A D I R A N
K R E D I T K E PA D A D R N O R A I S H A H H A N I FA
PENGENALAN
 Nama panggilan lain:
 “Tulukkar”: merupakan nama panggilan Mamak. Sebenarnya
perkataan Tulukkar ini berasal daripada perkataan “Turukkar” yang
membawa maksud orang berbangsa Turki.
 “baii”: maksudnya abang.
 “muthalali”: digunakan secara meluas kerana kebanyakan
golongan Mamak berniaga, bukan sahaja di bandar, juga di ladang-
ladang getah dan kampung-kampung Melayu. Ini kerana karisma
dan pertuturan bahasa Tamil yang baik yang membentuk satu
ikatan istimewa antara orang Mamak dengan masyarakat Tamil.
 “attakkal”: merujuk kepada panggilan ayah dalam mayarakat
Mamak Rawther
 “vappakkal”: merujuk kepada panggilan ayah dalam masyarakat
Mamak Malabar.
 “rawther”: berasal daripada keturunan Turki dan Rajput. Mereka
dikatakan pedagang kuda dan bertanggungjawab memelihara
angkatan gajah dan kuda dalam tentera. Biasanya mereka terlibat
dalam perniagaan dan perdagangan di Malaysia.
 “Marakkayar”: bermaksud pembina kapal dan mereka terlibat
dalam perdagangan. Marakkayar ini dikenali sebagai Merican
pada masa sekarang.
 “Kayalar”: merupakan pedagang Tamil Muslim yang mempunyai
asal-usul dari Maharashtra.
 “Lebbai”: merupakan keturunan ahli ulama Islam.
 “Mamak tongkang”: (mamak yang bekerja di pelabuhan)
 “Kakas (Malabar Muslim)”: yang mahir dalam penyediaan teh
tarikh dan roti canai.
 Mamak ada beberapa kategori, ada yang berbahasa Tamil,
Malayalam, urdu dan Telugu. Perbincangan ini merujuk semua
golongan India Islam (India Selatan) sebagai Mamak.
 Mengapakah dipanggil Mamak? Mamak berasal daripada perkataan
Tamil, “mama” yang membawa maksud saudara sebelah ibu. Bagi
masyarakat kita mama mempunyai status istimewa selepas bapa
dalam sesebuah keluarga. Mama menjadi pengganti bapa apabila
seseorang Mamak kehilangan ayah mereka. Ini adalah tradisi keluarga
Mamak.
 Ini menunjukkan bagaimana masyarakat Melayu memandang kita
sebagai saudara sebelah ibu yang merupakan satu pertalian akrab.
Keadaan ini bukan terjadi begitu sahaja. Ada latarbelakang yang
menarik di sebalik panggilan ini.
 Menurut Prof Muhammad Yusuf Hasyim, pedagang Tamil Muslim
memainkan peranan penting dalam istana kerana mereka mengahwini
puteri Sultan dan pembesar lain.
 R.O.Winstedt pula berkata bahawa pedagang India Muslim telah
mengahwini puteri Sultan dan Bendahara Melaka. Sejarah Melayu
merupakan satu sumber utama dalam kajian Kesultanan Melayu
Melaka.
MAMAK DALAM SUMBER SEJARAH
 Menurut Sejarah Melayu, pada masa pemerintahan Sultan
Muhammad Syah, terdapat satu jawatan yang dikenali sebagai
“Seri Nara Diraja”.
 Seorang pedagang Tamil Muslim bernama Mani Purindam
(pedagang intan) berkhidmat sebagai Seri Nara Diraja. Anak lelaki
Mani Purindam bernama Tun Ali kemudiannya menjadi Seri Nara
Diraja.
 Seterusnya cucu Tun Ali bernama Raja Kassim menjadi Sultan
Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Jelas di sini bahawa
golongan Mamak tidak boleh dipisahkan daripada jurai keturunan
Kesultanan Melayu Melaka.
 Kisah Tun Fatimah, puteri Bendahara Tun Mutahir adalah
keturunan Mamak, dikahwini oleh Sultan Mahmud Shah yang
membawa dirinya ke Kampar, Sumatera apabila Melaka ditakluki
oleh Portugis. Rekod-rekod Tome Pires, seorang pelayar Portugis
membuktikan peristiwa ini.
 Keturunan Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah yang bernama
Raja Ali ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelaran Sultan
Allauddin Riayat Shah I pada tahun 1528. Di sini kita boleh
melihat dengan jelas golongan Mamak adalah unsur sebati dalam
golongan pemerintah Johor.
 Prof Muhammad Yusuf Hasyim, dapat dibaca bahawa golongan
Tamil Muslim menjawat jawatan penting dalam Kesultanan
Melayu Melaka seperti Bendahara Mutahir, Temenggung Tun
Tahir dan Temenggung Tun Hassan. Apabila Melaka jatuh ke
tangan Portugis pada tahun 1511, pedagang Tamil Muslim beralih
ke Kedah, Perak, Johor dan Acheh.
 Prof Arasaratnam menggunakan nama “Chulia” apabila menulis
tentang pedagang Tamil Muslim yang aktif menjalankan
perdagangan kain, bijih timah dan lada hitam. Satu lagi nama
sejarah bagi pedagang Tamil Muslim ialah Chulia, berasal daripada
perkataan Chola, sebuah kerajaan terkenal di Selatan India.
 Prof Arasaratnam juga merekodkan tentang kedudukan pedagang
Chulia di istana Perak pada abad ke 17. Dikatakan pemerintah
Perak menggunakan kapal pedagang Chulia untuk mengekspot
bijih timah. Tambahan pula, di Perak dan Kedah, pedagang Chulia
digunakan oleh Sultan untuk mendapatkan harga yang baik bagi
komoditi negeri mereka.
 Hubungan ini menjadikan pedagang Chulia dapat menembusi
sistem politik negeri-negeri berkenaan. Dikatakan jawatan
“saudagar raja” dijawat oleh pedagang Chulia untuk mengurusan
perdagangan keluarga raja di negeri- negeri Melayu pada abad ke
17.
 Tambah Prof Arasaratnam lagi, pengaruh pedagang Chulia di
negeri Kedah adalah lebih hebat. Seorang pedagang Chulia
bernama Jamal meningkat tarafnya menjadi penasihat Sultan
dengan gelaran Datu Seri Raja pada abad ke 18.
 Persaingan perdagangan antara pedagang Chulia dan British
berlangsung agak lama di alam Melayu. Pada abad ke 18, ada
perubahan berlaku pada perspektif pedagang Chulia. Mereka
mula menetap di Fort Cornwallis apabila British membuka
pengkalan di Pulau Pinang pada tahun 1786.
 Kapal-kapal pedagang Chulia belayar dari Nagore dan
Nagapatnam menuju Penang dan seterusnya belayar ke Ujung
Selang, Melaka, Acheh dan Pedir.
 Mereka menjadi kelas pedagang dan peniaga yang kaya dan mula
membawa keluarga mereka atau berkahwin dengan wanita Melayu
serta menetap di Penang. Rekod-rekod Francis Light
membuktikan bahawa kapal Chulia membawa masuk 1500-2000
kaum lelaki setiap tahun yang berkhidmat sebagai pekerja biasa di
Penang.
 Gelaran Mamak ini diberikan kepada golongan ini kerana jasa
mereka kepada saudara Melayu di Tanah Melayu sebagai
penasihat politik dan ekonomi kepada raja-raja Melayu.
 Golongan Mamak juga diterima oleh saudara Melayu melalui
perkahwinan dengan keluarga bangsawan Melayu dan rakyat
biasa.
 Gelaran ini adalah gelaran penghormatan bagi masyarakat Mamak
kerana dapat membentuk satu hubungan istimewa dengan saudara
Melayu.
SUMBANGAN KOMUNITI MAMAK DALAM
PEMBINAAN NEGARA
 Kebanyakan kajian tentang sumbangan Mamak difokuskan
kepada komuniti mamak di Penang kerana ia merupakan lokasi
utama masyarakat mamak menetap di Malaysia.
 Kumpulan mamak yang menetap di sini dan berkahwin dengan
wanita Melayu, melahirkan satu komuniti yang dikenali sebagai
Jawi Peranakan.
 Dato’ A.S. Dawood di Port Dickson mengasaskan perniagaannya
di sana, selepas itu memperkembangkannya di Seremban serta
berpusatnya komuniti mamak di Kampung Arab, P.D.
 Menurut Dr Nor Aishah Hanifa, “Saya pernah menghadiri banyak
majlis bersama arwah ayah di sana. Masa itu saya bertemu dengan
kaum tua mamak yang memakai songkok Turki yang lebih tinggi
daripada songkok Melayu. Arwah datuk pun memakai songkok
Turki yang sama juga. Ini menunjukkan pengaruh Turki yang kuat
ke atas komuniti mamak”.
 Sebenarnya songkok berasal dari Acheh, diperkenalkan ke Tanah
Melayu oleh pedagang Acheh yang kebanyakannya terdiri
daripada pedagang Chulia pada abad ke 16, 17 dan 18.
 Tan Sri S.O.K Ubaidulla di Seremban pada tahun 1930an: beliau
menjadi editor akhbar yang diasaskan oleh Jepun di Seremban
pada masa Perang Dunia Kedua, iaitu Seremban Wartamani
(Tamil) dan Seremban News (English).
 Jepun juga telah membawa Ubaidulla ke Sumatera untuk dilantik
sebagai pengurus penerbitan akhbar “Lampong Shimbun” di
selatan Sumatera antara tahun 1943-1944.
 Seterusnya Ubaidulla dipindahkan ke Jawa untuk menjadi
penyampai propaganda Jepun di NIRO (Netherlands East Indies
Broad Casting Station).
 Ubaidulla dipilih oleh Jepun pada waktu itu kerana kefasihan
bahasa Inggerisnya yang diperlukan oleh Jepun dalam
propaganda mereka.
 Tan Sri Ubaidulla dalam tahun-tahun selepas kemerdekaan
menjadi Senator mamak yang pertama dalam Dewan Negara.
 Komuniti mamak di Penang berpandukan kepada kajian yang
dijalankan oleh Patrick Pillai dari Yusuf Ishak Institute
(Singapura-2015): Fakta sejarah daripada seorang sejarahwan
tempatan iaitu Meera Nagore dirujuk.
 Menurut Meera, Francis Light mendorong pedagang Mamak
supaya menetap di Penang. Justeru itu Light memberikan tanah
petempatan di Market Street dan Pitt Street dan membuka
perniagaan berkaitan perkapalan.
 Menurut Meera lagi badan peringatan Nagore (Nagore Memorial)
diasaskan pada tahun 1801.
 Seterusnya bagaimana nasionalis India, antaranya golongan
Malabar yang membina jalanraya, rumah dan makam Sufi di
Penang sekitar tahun 1825.
 Rekod tahun 1833 menunjukkan golongan Marakayar (Mericans)
telah membiayai pembinaan Masjid Kapitan Kling pada tahun
1802.
 Masyarakat mamak juga mempelopori pembinaan masjid di
Semananjung Malaysia. Di setiap bandar di Malaysia kita boleh
temui masjid Tamil Muslim.
 Dikatakan masjid India Muslim di Ipoh adalah seabad lamanya,
begitu juga masjid di Ijok, Selangor berusia 120 tahun.
 Patrick Pillai, merujuk kepada catatan Nagata (2006) menyatakan
“satu pertiga daripada 68 masjid di Penang diasaskan oleh India
Muslim.
 Mamak juga memperkenalkan institusi wakaf di Tanah Melayu.
Ini bermula di Penang.
 Catatan Khoo Salma Nasution (2009) menyatakan bahawa wakaf
diasaskan di Penang telah memelihara warisan bangunan mamak
seperti masjid, perkuburan Islam, makam, rumah persendirian,
rumah kedai dan bangunan pertubuhan.
 Chulia Street dan Pitt Street di Penang menjadi jalan perniagaan
mamak yang popular. Di sini bermulanya perniagaan mamak
yang terkenal seperti Othman Pillai dan Habib Jewels.
 Sejarah Kumpulan Barkath juga bermula di Penang. Menurut
Patrick Pillai, ia diasaskan oleh Abu Backer bin Mohd Hussain di
Union Street.
 Manakala satu lagi syarikat besar mamak iaitu Mydin Mohamed
Holdings diasaskan pada tahun 1957 oleh Mydin Mohamed di
Kota Bahru, Kelantan.
 Patrick Pillai tentang Tun Dr Mahathir: Catatan Morais (1982),
Wain (2009), dan Mahathir Mohamad (2012) dirujuk.
 Dikatakan bahawa “seorang Jawi Peranakan bernama Mohamad
Iskandar berasal dari Penang mula menetap di Kedah dan
menjadi guru besar di Sekolah Inggeris Alor Star. Dia berkahwin
dengan wanita Melayu Kedah bernama Wan Tempawan Wan
Hanafi. Anak mereka yang bongsu daripada 9 orang anak ialah
Mahathir bin Mohamad”.
 Mamak juga memainkan peranan penting dalam persuratan
Melayu pada awal abad ke 20 terutamanya dalam bidang
penerbitan akhbar.
 Khoo Kay Kim (2009) mencatitkan bahawa lebih kurang 16
jurnal Melayu diterbitkan oleh Jawi Peranakan.
 Rekod Arkib Negara menunjukkan Mohamed Said Mohiddin
menjadi editor akhbar bernama The Jawi Peranakan pada tahun
1876.
 Pada tahun yang sama Mohiddin merintis akhbar Tamil yang
pertama di negeri-negeri Selat iaitu Tankainecan. Tamil Nesan
pula diterbitkan pada tahun 1924.
 Sebelum Tamil Nesan diterbitkan lagi, Penang sudah mempunyai
Vittiya Vicarini pada tahun 1883 yang diedarkan dari Nagore.
 Magudum Sayabu menerbitkan beberapa akhbar Tamil seperti
Singhai Varthamani, Thangai Nesan dan Singhai Nesan dalam
abad ke 19 di Singapura.
 Peranan mamak dalam perkembangan Bahasa Melayu di rantau
alam Melayu.
 Catatan Van Ronkel (1922) menyatakan “Tamil Muslim
dipercayai menjadi instrumen dalam perkembangan tulisan Jawi
di Nusantara melalui golongan ulama Islam dan pencatit istana”.
 Patrick Pillai juga merekodkan pengaruh bahasa Tamil dan
Malayalam yang memperkayakan bahasa Melayu, terutamanya
Melayu Utara yang dipengaruhi oleh pelat dan perkataan Tamil.
 Jawi Peranakan menggunakan dialek Loghat Tanjong dalam
komunikasi.
TOKOH-TOKOH MAMAK DI MALAYSIA
 Dato Seri Hj Syed Ibrahim bin Kader: Senator mamak yang
kedua dalam Dewan Negara.
 Dato Hj Akhbar bin Abu Bakar: arkitek mamak yang terkenal di
Malaysia.
 Dato’ Seri Baharuddin: memulakan hidupnya sebagai usahawan
kecil di Seremban dan dapat mengasaskan Baharuddin Travel and
Tours di Malaysia.
 Mohammed Ali : tokoh intelektual yang pernah menyandang
biasiswa Kerajaan Turki dan belajar di Turki pada tahun 1970an .
Kini berkhidmat sebagai seorang professor di Universiti Brunei,
juga berasal dari Seremban.
 Dr Hj Mohammad Talha : banyak menyumbang dalam
perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di
Malaysia.
 Hj Mohammed Musa : telah membuat banyak sumbangan
dalam pengukuhan agama Islam di Negeri Sembilan pada
tahun 1960an hingga kewafatannya dalam Haj pada tahun
1990.

You might also like