Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KEPENTINGAN BAHASA KEBANGSAAN KEPADA NEGARA

Pada zaman yang serba canggih ini, masyarakat semakin sering melupakan dan menganggap remeh soal penggunaan Bahasa kebangsaan. Hal
ini keranana, masyarakat lebih senang bertutur dalam penggunaan bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Inggeris dan gemar untuk menggunakan
Bahasa rojak. Seharusnya Bahasa kebangsaan perlu dihormati dan disanjung tinggi, bak kata persis jujangga hidup dikandung adat, mati
dikandung tanah. Antara kepentingannya akan dibahasd dalam penulisan seterusnya.
Antara kepentingan Bahasa Kebangsaan ialah ia diisytiharkan menjadi Bahasa rasmi di negara kita. Hampir kesemua masyarakat bertutur
dalam penggunaan Bahasa Melayu walau berbeza kaum dan agama. Perkara ini dapat memberi impak yang positif kepada seluruh rakyat
Malaysia yang berbeza agama dan kaum. Seharusnya Bahasa kebangsaan kita dipelihara teguh bagi mengekalkan simbol Melayu yang terang-
terangan berada dalam negara kita. Antara contoh penggunaan Bahasa Melayu yang diwajibkan ialah seperti di majlis-majlis rasmi,
mahkamah dan di dewan parlimen. Sebagai rakyat yang berdedikasi tinggi dan bertanggungjawab, kita seharusnya menjaga nama baik negara
dengan meletakkan Bahasa kebangsaan sebagai perkara yang penting bagi setiap golongan umur masyarakat. Bait-bait peribahasa, serumpun
bak serai, sesusun bak sireh.
Lontaran idea kedua ialah Bahasa Melayu perlu diterapkan dalam bidang Pendidikan. Hal ini sering terjadi di sesebuah sekolah mahupun
pusat pengajian di Malaysia yang mengetepikan penggunaan Bahasa kebangsaan. Oleh itu, pihak kerajaan diwajibkan untuk memesan
golongan pelajar mahupun guru-guru untuk sentiasa mengamalkan Bahasa Melayu bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan.Bahasa
Melayu dapat melahirkan generasi muda yang bijak dan penuh dengan adat dalam penulisan mahupun tutur kata. Sebagai contoh sasterawan
negara. Sesuatu yang dihasratkan tidak akan tercapai jika tiada usaha kerana kalua tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Seterusnya, Bahasa Melayu merupakan identiti kebangsaan yang teguh bagi rakyat Malaysia. Hal ini kerana boleh dikatakan seratus peratus
rakyat Malaysia mahir bertutur menggunakan Bahasa Melayu. Perkara tersebut dapat diketahui dengan cara percakapan seseorang. Bahasa
Melayu mudah untuk dipelajari bagi semua golongan,ianya mudah dan pantas untuk mengetahui maksud disebalik perkataan. Terdapat juga
pelbagai jenis pertuturan yang berbeza di sesetengah negeri. Seperti contoh di negeri Kelantan,Kedah,Perlis dan banyak lagi. Kita haruslah
berbangga kerana mempunyai identiti di negara yang Bersatu padu dalam melakukan sesuatu perkara. Persis kata Orang tua-tua, ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni.
Konklusinya, kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengangkat Bahasa Melayu sebagai Bahasa yang boleh memajukan negara dan membawa
impak positif kepada negara. Oleh itu, menjadi satu kewajipan bagi rakyat Malaysia untuk menjaga warisan yang berharga ini agar tidak pupus
di masa akan datang.

You might also like