Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Kata Seru

 Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai


perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.
 Contohnya, aduh, cis, amboi, oh, eh, wah, syabas, aduhai, wahai.
 Contoh penggunaan dalam ayat : Aduh, sakitnya kakiku!
Kata Tanya
 Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu.
 Contohnya, mengapa, berapa, bila dan bagaimana.
 Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan lazimnya disertai
partikel -kah.
 Contoh penggunaan dalam ayat : Berapakah harga barang itu?
Kata Perintah
 Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah.
 Contohnya, arahan larangan, silaan atau permintaan.
 Larangan : Menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu. Contohnya, jangan, usah.
 Silaan : meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab. Contohnya, ayuh, jemput, sila.
 Permintaan : menyatakan maksud ingin akan sesuatu. Contohnya, harap, minta, tolong.
 Contoh ayat ;
1. Larangan : Jangan petik bunga itu.
2. Silaan : Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
3. Permintaan : minta anda semua bersabar.
Kata Pembenar
 Kata pembenar ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan.
 Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul.
Kata Pangkal ayat
 Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di hadapan ayat yang menjadi kesinambungan ayat dalam wacana.
 Contoh kata pangkal ayat ialah hatta, maka, syahadan, adapun, kalakian, sebermula, alkisah, dan arakian.
Objektif

You might also like