Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

BAB 1: DUNIA

MELALUI
PANCAINDERA
KITA
Manusia mempuyai 5 organ deria utama, iaitu;

kulit

hidung
lidah
telinga
mata
Organ deria Jenis deria Ransangan
dikesan
Kulit Sentuhan Sentuh,
tekanan, sakit,
sejuk & panas
Hidung Bau Bahan-bahan
kimia
Lidah Rasa Kimia
Telinga Pendengaran & Bunyi
keseimbangan
Mata Penglihatan Cahaya
•Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan ransangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling
kita.
•Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria
rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.
•Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan
organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya.
• Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia adalah sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan
kimia, bunyi dan cahaya.
•Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf
(nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.
Laluan dari rangsangan kepada tindakbalas.
Rangsangan —- > organ deria —-> saraf —> otak — >saraf — > tindakbalas.
•Saraf bersambung dengan otak kepada semua bahagian dalam badan.Ia menghantar
isyarat dari organ deria ke otak. Otak akan mentafsirkan mesej dan otak akan
mengarahkan bagaimana badan harus bertindakbalas.
•Otak akan menghantar maklumat dalam bentuk impuls saraf tentang tindakbalas kepada
efektor yang tertentu. Efektor adalah bahagian badan yang membawa tindakbalas,
contohnya otot dan kelenjar. Otak mengawal semua aksi dan tindakbalas badan.

You might also like