Mat Kilau

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MAT KILAU

■ Mat Kilau merupakan pahlawan Tanah Melayu. Nama penuh beliau ialah Mat Kilau bin
Imam Rasu @ Tok Gajah. Nama ayah beliau ialah Tok Gajah bin Shahrom manakala
nama ibu beliau ialah Teh Mahda binti Tok Kaut.
■ Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud
yang berasal dari Kampung Kedondong dan dikurniakan tiga orang anak.
■ Setelah berkahwin,barulah Mat Kilau berlajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
Mat Kilau bukan sahaja berlajar ilmu bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,
bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan
parang.
■ Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu ayahnya sendiri iatu Tok Gajah. Ilmu kebatinan
secara agama banyak di tuntutnya daripada Haji Montok (Hj.Uthman bin Senik) yang
merupakan mufti Pahang ketika itu.
■ Mat Kilau diiktirafkan sebagai salah seorang pahlawan Melayu yang berani menentang
penjajahan British di Pahang pada akhir abad ke-19. Beliau berjuang bersama
bapanya,Tok Gajah(Imam Rasu) dan pahlawan Pahang seperti Datuk Bahaman dan Mat
Kelubi.
■ Kisah hidupnya banyak merakam perjuangan beliau bersama rakan-rakan menentang
British secara terbuka kerana membantahkan campur tangan dalam pentadbiran negeri
dan adat istiadat orang Melayu dengan pelbagai cara.
■ Ketokohan Mat Kilau menentang British menjadi ancaman kepada mereka sehingga
akhirnya beliau diburu oleh British. Ini membuatkan beliau terpaksa mengundurkan diri
dengan berhijrah ke berapa negeri dan menukarkan identiti diri. Akhirnya beliau
terpaksa memalsukan berita kematiannya untuk mengaburi pihak British.
■ Bagaimanapun, pada 26 Disember 1969, seorang lelaki mengisytiharkan diri sebagai
Mat Kilau di Masjid Kampung Pulau Tawar. Kerajaan negeri menubuhkan
Jawatankuasa Menyiasat dan akhirnya memperakui kebenaran tersebut.
■ Mat Kilau akhirnya meninggal dunia selepas kesihatannya semakin merosot sepuluh
hari selepas pengisytiharan Mat Kilau di rumahnya di Kampung Batu 5, Jalan Kuantan
Gambang pada usia lebih 100 tahun.
■ Ketokohan Mat Kilau yang begitu berani menentang penjajah terus menerus
diperkatakan sehingga kini agar sentiasa diingati segenap masyarakat Melayu.

You might also like