Asas Pemasaran

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PEGENALAN KEPADA PEMASARAN

1.1 - 1.2
DISEDIAKAN OLEH : NUR AFIFAH BINTI
RAHIMI
DEFINISI PEMASARAN
Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu
atau kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui
penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka..

Menurut
Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam
memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.

Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan


urusan-urusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti
produk, perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan
selepas jualan dan sebagainya.
KONSEP TERAS PEMASARAN
 Keperluan

 Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan
fizikal seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan
individu seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan
juga kejayaan diri

 Kehendak

 Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling
serta personaliti individu

 Permintaan

 Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan berkehendakan
kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang
mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli, kehendak akan bertukar
menjadi permintaan.
KONSEP TERAS PEMASARAN
 Produk/perkhidmatan

 Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian,
milikan atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak.

 Perkhidmatan merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk / jualan yang
bukan ketara dan tidak mendatangkan pemilikan kepada sesuatu. Secara umumnya,
produk termasuklah entiti-entiti lain seperti orang, tempat, organisasi, aktiviti dan idea.

 Nilai

 Nilai ini biasanya wujud berdasarkan kepada persepsi seseorang pengguna terhadap
sesuatu produk atau servis yang ditawarkan. Nilai yang dimaksudkan di sini ialah
perbezaan di antara nilai yang pelanggan perolehi daripada memiliki dan menggunakan
sesuatu produk dan kos untuk mendapatkan keluaran itu
TAMAT

You might also like