Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Bahasa

Melayu
Klasik
Disediakan oleh : Nurfatin Binti Abdullah
Pengenalan

• Bahasa melayu klasik merupakan bentuk Bahasa melayu yang telah


mengalami perubahan yang lebih jelas berbanding dengan Bahasa
melayu kuno .
• Bukti penggunaan Bahasa melayu klasik bukan sekadar pada batu
bersurat , tetapi juga pada medium lain seperti penulisan kesusateraan
dan kitab yang dekat dengan masyarakat melayu.
Rujukan

01 Konsep bahasa
melayu klasik 02
Ciri bahasa
melayu klasik
• Sistem tulisan dan ejaan
• Kosa kata
• Tatabahasa
Konsep Bahasa melayu klasik
Selepas Bahasa melayu kuno , muncul :

• Zaman peralihan atau zaman Bahasa melayu praklasik (abad ke-13 hingga abad
ke-14 masihi)

• Zaman Bahasa melayu klasik (abad ke-14 hingga abad ke 18 masihi)

• Menurut ismail Hussein :


- Abad ke-13 dan abad ke-14 merupakan zaman peralihan di seluruh kepulauan
melayu dengan kedatangan agama islam.
- Bahasa melayu mula menerima pengaruh daripada Bahasa arab. Banyak kosa
kata bahasa Sanskrit bercampuk aduk dengan Bahasa arab.
- Bermula pada awal abad ke-14 , tulisan jawi iaitu tulisan arab dalam Bahasa
melayu wujud .
Ciri Bahasa Melayu Klasik

Bahasa Melayu klasik berbeza daripada ciri bahasa


Melayu kuno kerana telah mengalami pertumbuhan
dan perkembangan yang ketara.
Sistem Tulisan dan Ejaan
• Bahasa Melayu klasik menggunakan tulisan Jawi, iaitu bentuk abjad yang
diadaptasi daripada bahasa Arab.
• Penggunaan tulisan ini dianggap sebagai pemisahan daripada bahasa Melayu
kuno dan merupakan suatu tamadun dalam perkembangan bahasa Melayu.
• Tulisan jawi menggunakan 29 aksara jawi diambil daripada Bahasa arab , kecuali
aksara hamzah.
• Selain yang diambil daripada bahasa Arab, terdapat lima huruf lain yang tiada
dalam tulisan dan pengucapan bahasa Arab, yang dicipta untuk mengucapkan
bunyi yang ada dalam Melayu, iaitu :

• Batu bersurat Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu (1303) merupakan bukti
pertama tulisan Jawi digunakan dalam bahasa Melayu . Tulisan pada batu
bersurat menggunakan huruf jawi sepenuhnya .
Kosa Kata
• Masih terdapat campur aduk dengan bahasa Sanskrit. Batu bersurat Minye Tujoh masih
menggunakan perkataan Sanskrit, antaranya prasida, swarga, samuha, sawarsa, dan
lain-lain lagi.
• Penggunaan kata pangkal ayat atau kata perdu ayat, yang merupakan bentuk stereotaip
yang terdapat dengan meluasnya dalam manuskrip Melayu klasik, seperti Alkisah,
Hatta, Arakian, Tatkala, Maka, Sebermula, Sekali peristiwa, dan sebagainya.
• Penggunaan kata bahasa istana, iaitu penggunaan kata yang khusus untuk kerabat
diraja, seperti dalam manuskrip Melayu klasik yang lazimnya bertemakan kehidupan di
istana.

• beradu = tidur
• bersiram = mandi
• gering = sakit
• putera = anak (lelaki)
• santap = makan
Tatabahasa
(a) Imbuhan
Penggunaan awalan ber- menggantikan mar-, seperti berlepas menggantikan marlapas.
Penggunaan awalan pasif diper- menggantikan nipar-, seperti diperbuat menggantikan
niparwuat.
(b) Binaan ayat
Pengaruh struktur ayat Arab sangat ketara, iaitu penggunaan ayat majmuk. Ayatnya
menggabungkan beberapa ayat tunggal menggunakan kata hubung dan, atau penggunaan
tanda koma atau koma bernoktah.

• Maka segala anak menteri China itu disuruh diam di bukit, di luar kota; maka disebut orang
bukit itu ‘Bukit China’ datang sekarang, dan cucu orang itulah yang dinamai biduanda China.
• Adapun ini suatu riwayat diceriterakan oleh yang empunya ceritera; ada sebuah negeri,
Indera Pura namanya; air sungainya tohor, lagi dengan rantau pasir sepanjangnya, dalam
sungai itu terlalu banyak pulau, dalamnya airnya tawar sampai ke kuala.
• Kerap menggunakan ayat pasif, iaitu ayat yang mengutamakan objek asal.

• Maka Maharaja Dewa Sura pun dibawa oranglah pada Seri Bija Diraja, maka lalu
dibawanya hilir, dipersembahkannya kepada Bendahara Paduka Raja.
• Adapun akan Maharaja Dewa Sura itu diserahkan oleh Sultan Mansur Syah kepada
Bendahara Paduka Raja juga.

• Menggunakan ayat songsang, iaitu dengan mengedepankan bahagian predikat ayat.

• Setelah datang ke bawah tangga istana itu, maka Hang Tuah pun menyeru Hang Jebat,
disuruhnya turun.
• Hatta tidak berapa lamanya, maka dengan takdir Allah Taala mahligai itu pun terbakarlah.
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like