Wacana Penulisan

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 34

WACANA PENULISAN

Topik :
Keutuhan Wacana

Andhi Nugeraha Setiaji, M.Pd.


Perkara yang akan dibincangkan
2.1 Keutuhan semantik
2.2 Keutuhan leksikal
2.3 Keutuhan gramatikal
2.4 Keutuhan fonologi
Pengenalan
1. Wacana yang baik adalah merujuk kepada
bentuk penulisan yang mempunyai dua ciri
utama iaitu:
a. kesatuan
b. pertautan

2. Kesatuan ialah unsur dalam wacana mempunyai


hubungan idea dengan tajuk atau judul.
Pengenalan
3. Pertautan pula merujuk kepada hubungan
antara unsur-unsur bahasa seperti kata
hubung, penanda wacana, kata rujukan, dan
sebagainya yang berfungsi sebagai
penyambung bahagian-bahagian dalam
wacana.

4. Sebuah wacana yang baik dikenali sebagai


wacana yang utuh.
 
Pengenalan
5. Keutuhan wacana merupakan aspek yang
penting kerana akan memastikan sama ada
sesuatu kesatuan itu boleh dikatakan wacana
atau hanya sekumpulan ayat yang tidak
teratur.

6. Keutuhan wacana dapat diteliti daripada


wujudnya kaitan-kaitan aspek semantik,
fonologi, leksikal, dan gramatikal

 
Domain Keutuhan Wacana
Keutuhan Wacana daripada empat
domain;

1. Keutuhan Semantik
2. Keutuhan Leksikal
3. Keutuhan Fonologi
4. Keutuhan Gramatikal

 
Keutuhan Semantik
Bagaimana melihat hubungan dari segi
keutuhan simantik?

 
Keutuhan Semantik
Hubungan ini dapat dilihat dari dua
segi iaitu :
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana.
b. Hubungan semantik yang
dilihat dari segi konteks atau latar
wacana.

 
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana
i. Hubungan Sebab dan Akibat .
Contoh :

Amir tidak bersungguh-sungguh


semasa belajar. Dia gagal dalam
peperiksaan.

Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.


Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana
i. Hubungan Sebab dan Akibat .
Contoh :

Amir tidak bersungguh-sungguh


semasa belajar. Dia gagal dalam
peperiksaan.

Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.


Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana
ii. Hubungan Sebab Dan Tujuan.
Contoh :

Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin


berjaya dalam pelajaran.

Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan


yang cemerlang.
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana
iii. Hubungan Sebab Dan Hasil
Contoh :
Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah.

Dia seorang pekerja yang amat rajin


bekerja. Pendapatannya melebihi
pendapatan seorang menteri.
 
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana
iv. Hubungan latar dan kesimpulan
Contoh :

Lagu itu sungguh enak didengar.


Sebenarnya M.Nasir yang
menciptanya.

 
Keutuhan Semantik
a. Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana
v. Hubungan memperkuatkan isi
Contoh :

Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal


mayang, berlesung pipit dan hidung
mancung.

 
Keutuhan Semantik
b. Hubungan semantik dari segi
konteks atau latar wacana
i. Kesatuan tajuk atau topik
Contoh :

Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira


sekarang. Perubahannya sungguh-
sungguh di luar dugaan. (Orang yang
dimaksudkan itu dahulunya muram
dan sering bersedih.)

 
Keutuhan Semantik
b. Hubungan semantik dari segi
konteks atau latar wacana
ii. Hubungan Sosial Antara Penutur Dan
Pendengar. Contoh :
A. Sudah siap?

B. Belum. Bekalan tidak mencukupi.


(Kedua-dua penutur memahami apa
yang dimaksudkan walaupun orang
lain mungkin tidak memahaminya)
 
Keutuhan Semantik
b. Hubungan semantik dari segi
konteks atau latar wacana
iii. Laras Bahasa yang bersesuaian.
Contoh:
Laras bahasa dalam iklan.
Walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara
terputus-putus tetapi kita dapat
memahaminya dan dapat
menganggapnya sebagai wacana
kerana itu adalah cara
penyampaiannya.
Keutuhan Fonologi
 Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh
dilihat daripada segi hentian suara, nada suara,
dan intonasi suara.
 Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik
di antara bahagian wacana.
 Intonasi berperanan penting sebagai penanda dan
pemisah frasa dan pembeza struktur ayat,
contohnya seperti ayat di bawah:

1. Malaysia negara yang aman.


a. Negara yang aman, Malaysia (ayat penyata)
b. Aman negara Malaysia? (ayat tanya)
Keutuhan Fonologi
 Hubungan wacana dari aspek fonologi
berdasarkan hentian, intonasi atau nada
suara. Unsur-unsur tersebut dapat
membezakan sesuatu wacana.

Contohnya hubungan antara ayat penyata,

“ Dia sudah pergi ? ”


“Dia sudah pergi”

Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui


nada suara semasa penutur
menuturkannya.
Keutuhan Fonologi
 Unsur-unsur para linguistik juga
membantu pemahaman tentang sesuatu
wacana.

 Dalam wacana tulisan, unsur-unsur para


linguistik ini ialah alat-alat yang
digunakan untuk memperjelaskan
persembahan wacana.
Keutuhan Fonologi
 Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut
ialah tanda baca seperti noktah, koma,
tanda soal, titik bertindih dan sebagainya.

 Dalam wacana lisan pula, ekspresi wajah ,


iaitu keadaan air muka serta gerakan
tangan dan badan merupakan alat-alat
untuk membantu memahami ujaran.
Keutuhan Leksikal
Berdasarkan pemilihan dan penggunaan
perkataan yang sesuai dengan makna
yang ingin disampaikan

a.Antonim
Contoh

Pemuda harapan bangsa. Pemudi


tiang negar
Keutuhan Leksikal
b. Sinonim
Contoh

Ali seorang yang rajin.


Kegigihannya belajar membolehkan
dia melanjutkan pelajaran ke
universiti
Keutuhan Leksikal
c. Hiponim
Kata yang maknanya terangkum
dalam makna kata lain. Contoh,

Dia menanam pokok melur, cempaka,


bunga raya dan bunga kertas di
halaman rumahnya. Jadi halaman
rumahnya nampak indah dengan
pokok-pokok bunga tersebut.
Keutuhan Leksikal
d. Homonim
Kata yang bunyinya sama, tetapi
mempunyai erti yang berlainan

Contoh
Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat
tinggi . Aku berasa letih kerana
mengeluarkan banyak peluh
sehingga badan ku dipenuhi daki
Keutuhan Leksikal
e. Pengulangan kata yang sama

Contoh :

Aminah memang mudah menangis .


Disebabkan perkara kecil pun dia
menangis. Semasa gembira pun dia
menangis .
Keutuhan Leksikal
f. Kolokasi
Dua perkataan atau lebih yang masing-
masing merupakan perkataan tersendiri ,
tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu
sama lain. Contoh :

Pembalakan haram itu menggugat habitat


flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti
harimau, gajah, badak sumbu, dan lain-lain
kehilangan tempat tinggal.
Keutuhan Leksikal
g. Unsur bersambut

Contoh :

Pihak kerajaan mengemukakan hujah


manakala pihak pembangkang membidas
hujah tersebut.
Keutuhan Gramatikal
Wacana berkualiti mesti memperlihatkan
hubungan berdasarkan binaan tatabahasa
dapat dilihat daripada penggunaan penanda
gramatis seperti:

a. kata hubung: menghubungkan di antara


ayat dengan ayat atau perenggan
dengan perenggan yang lain.
 
i.berfungsi sebagai penghuraian: seterusnya,
selain itu, pada sudut yang lain, sebaliknya
dan lain-lain.
Keutuhan Gramatikal
ii. berfungsi sebagai pengembangan idea:
seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana,
dengan dan lain-lain

iii. berfungsi sebagai penambahan:


sebelum, selepas, kemudian,
berikutnya, pada masa, ketika itu dan
lain-lain
Keutuhan Gramatikal
b. Kata rujukan
Kata yang boleh menggantikan sesuatu,
sama ada benda atau manusia.

i. kata ganti nama : saya, dia,


mereka, kami, kita, itu, ini, siapa dan
lain-lain
Keutuhan Gramatikal
c. Peleburan dan penggantian
Untuk mengelakkan pengulangan
terhadap sesuatu maklumat
daripada penyataan yang
diberikan.
Contoh:

Ali menendang bola dengan laju,


manakala Hasan menendang dengan
perlahan.
Sekian
Terima Kasih
Rujukan
Asmah Hj. Omar (1980). Analisis Wacana, dalam
Jurnal Dewan Bahasa 24:3, hal. 11-25 dan 24:4,
hal. 9-25.
Tarigan, Henry Guntur (1995), Pengajaran Wacana.
Kuala Lumpur: DBP.
Wacana Bahasa Melayu(2009). [Online], [Diakses: 5
Januari 2014]. Boleh didapati:
http://gurubahasamelayu.blogspot.com/2009/0
7/wacana-bahasa-melayu.html

You might also like