Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

TOPIK 2 :

SOSIOBUDAYA DAN
PERKEMBANGAN
SOSIOBUDAYA
DALAM BILIK
DARJAH
BY HADMYSHARIFUDDIN
JHP IPGKS 2023
TITLE LOREM IPSUM
2. SOSIOBUDAYA DAN PERKEMBANGAN
SOSIOBUDAYA DALAM BILIK DARJAH
•PENGERTIAN SOSIO BUDAYA
•TEORI SISTEM EKOLOGI
BRONFENBENNER
•TEORI PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA
LEV VYGOTSKY
•PERANAN GURU DALAM
PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA DI
BILIK DARJAH
PENGERTIAN SOSIOBUDAYA
Kamus Bahasa Melayu

Definisi : hubungan masyarakat dgn budaya (spt cara hidup, adat


istiadat, dll): Malaysia mengalami perkembangan pesat dlm ~,
ekonomi, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Maksud sosio-budaya ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai
bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.

Menurut kamus Dewan (2007), budaya didefinisikan sebagai tamadun peradaban, kemajuan
fikiran dan akal budi. Budaya merupakan keseluruhan permikiran dan hasil karya manusia
berasaskan pembelajaran dalam semua aspek kehidupan. Ia juga mempunyai perkaitan rapat
dengan masyarakat yang mempunyai perbezaan budaya antara satu masyarakat dengan satu
masyarakat yang lain.
• Bagi murid-murid, mereka yang terdedah kepada kepelbagaian budaya dapat
menerima rakan secara terbuka dengan menghormati budaya lain.
• Selain itu mereka juga dapat mempelajari dan memahami budaya asing serta
mengikuti pergaulan seharian bersama rakan-rakain yang berlainan kaum.
• Bagi persekitaran di sekolah, segala sudut, bahan. Aktiviti, keperluan dan
kemudahan haruslah sesuai untuk semua kaum. Perkara yang dipelajari secara
tidak langsung juga akan berlaku sama ada di dalam atau diluar bilik darjah
dengan adanya kurikulum tersirat.
• Selain itu, pemupukan nilai murni dapat diterapkan dalam kaedah pengajaran
dan pembelajaran seperti perpaduan kaum dan penggunaan satu bahasa untuk
berkomunikasi.
APA KATA MEREKA…
• Kesepaduan sosial merupakan elemen penting dalam memastikan sesebuah komuniti berada dalam keadaan aman dan harmoni.

• Ia merupakan prasyarat kepada keadaan yang stabil dan masyarakat tanpa konflik. Justeru, negara-negara maju seperti amerika syarikat, kanada,
united kingdom, perancis dan australia telah meletakkan kesepaduan sosial sebagai satu polisi penting. Perbincangan berkaitan dengan
kesepaduan sosial bukan merupakan sesuatu yang baharu.

• Malahan, bapa sosiologi seperti Emile Durkheim telah memperkatakan keadaan kesepaduan sosial dalam karya beliau melalui konsep kesepaduan
mekanikal dan kesepaduan organik.

• Kemudian, diteruskan pula oleh tokoh-tokoh selepasnya Seperti Ferdinand Tonnies, Robert Redfield, Hillery dan sebagainya.

• Di malaysia, Shamsul Amri Baharuddin telah mengetengahkan konsep kesepaduan sosial yang diletakkan sebagai formula penting untuk
menguruskan masyarakat majmuk.

• Konsep dan ciri-ciri kesepaduan mengikut pendapat ibnu khaldun melalui model perpaduan dalam kepelbagaian ibn khaldun dalam konteks
integrasi dan perpaduan masyarakat majmuk malaysia (rosfazila binti abd rahman & abdul razif bin zaini 2017) adalah kepercayaan kepada allah,
semangat dakwah, keadilan, akauntabiliti, penghormatan bersama, saling mempercayai, keikhlasan mutlak, rajin, kerjasama, kecemerlangan,
rawatan persaudaraan, kejujuran dan kebenaran, moral, pengetahuan, tingkah laku yang baik, pengorbanan, kemas, dan kebersihan.
KONSEP SOSIOBUDAYA

• Konsep sosiobudaya pula ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu
masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang
hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat itu.
• Sosiobudaya adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir
dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunan sosial kehidupan
masyarakat berkenaan.
• Di malaysia, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan
amalan hidup mereka. Kebudayaan kebangsaan di malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-
orang melayu, orang cina, orang india dan etnik-etnik yang lain.
Kesimpulan

• Sosiobudaya juga bermaksud amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir
dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam pelbagai bidang hidup,
untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan hidup masyarakat tersebut. (Dr. Mohd
Arshad Hj. Taib,bekas Profesor Madya UiTM).
TEORI SISTEM EKOLOGI BRONFENBENNER

• Urie bronfenbrenner, (1917-2005), ahli


psikologi Amerika kelahiran Rusia yang
terkenal kerana telah membangunkan teori
ekologi manusia(teori sistem ekologi), dalam
individu yang dilihat sebagai matang bukan
secara berasingan tetapi dalam konteks
perhubungan, seperti yang melibatkan keluarga,
rakan, sekolah, kejiranan dan masyarakat.
• Bronfenbrenner membahagikan keseluruhan
sistem ekologi di mana pertumbuhan manusia
berlaku kepada lima subsistem yang teratur
secara sosial: mikrosistem, mesosistem,
eksosistem, makrosistem, dan kronosistem.
BAHAN TAMBAHAN

• Https://coggle.It/diagram/ynvdhoafiobhmxoa/t/teori-ekologi-bronfenbrenner-urine-bronfenbrenn
er

• https://www.youtube.com/watch?v=EKWTZT1M6fo
• https://www.youtube.com/watch?v=VFACzChe0zU
• https://www.youtube.com/watch?v=g6pUQ4EDHeQ (best)
Mikrosistem

• Mikrosistem ialah tahap pertama teori Bronfenbrenner, dan merupakan perkara yang mempunyai
hubungan langsung dengan kanak-kanak dalam persekitaran terdekat mereka,seperti ibu bapa, adik-
beradik, guru dan rakan sekolah.
• Hubungan dalam mikrosistem adalah dua arah, bermakna kanak-kanak boleh dipengaruhi oleh
orang lain dalampersekitaran mereka dan juga mampu mengubah kepercayaan dan tindakan orang
lain juga.
• Tambahan pula, tindak balas kanak-kanak terhadap individu dalam mikrosistem mereka boleh
mempengaruhi cara merekamelayan mereka sebagai balasan.Interaksi dalam mikrosistem selalunya
sangat peribadi dan penting untuk memupuk dan menyokong perkembangan kanak-kanak.
Mesosistem

• Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2 mikrosistem. Hal ini
bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain.
• Keadaan yang berlaku di rumah boleh mempengaruhi sikapatau tingkah-laku di sekolah dan
sebaliknya.
• Mengikut bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kanak-
kanak yang kekurangan peluang.
Exosistem

• Exosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak-kanak secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada
kanak-kanak tersebut.
• Contoh exosistem termasuklah kawasan kejiranan, tempat kerja ibu bapa, rakan ibu bapa dan
media massa. Ini adalah persekitaran di mana kanak-kanak itu tidak terlibat, dan berada di luar
pengalaman mereka, tetapi tetap mempengaruhi mereka. Misalnya sekolah dengan pasar raya.
Kanak-kanak tidak boleh mengambil atau menyentuh barang dengan sesuka hati. Kaedah
pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah
secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Makrosistem

• Makrosistem ialah komponen teori sistem ekologi bronfenbrenner yang memfokuskan pada
bagaimana unsur budaya mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, seperti status
sosioekonomi, kekayaan, kemiskinan dan etnik.
• Oleh itu, budaya yang diselami oleh individu boleh mempengaruhi kepercayaan dan persepsi
mereka tentang peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Makrosistem berbeza daripada eksosistem
sebelumnya kerana tidak merujuk kepada persekitaran khusus seorang kanak-kanak yang sedang
berkembang, tetapi masyarakat dan budaya yang telah sedia wujud dimana kanak-kanak itu sedang
berkembang. Sebagai contoh, kanak-kanak yang tinggal di negara dunia ketiga akan mengalami
perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak yang tinggal di negara yang lebih kaya.
Kronosistem

• Tahap kelima dan terakhir teori sistem ekologi bronfenbrenner dikenali sebagai kronosistem.
Sistem ini terdiri daripada semua perubahan persekitaran yang berlaku sepanjang hayat yang
mempengaruhi pembangunan, termasuk peralihan kehidupan utama, dan peristiwa sejarah.
• Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan di
dalam telefon pintar jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman dahulu yang lebih gemar
bermain di persekitaran rumah.
KESIMPULAN TERHADAP TEORI INI

• Teori ekologi bronfenbrenner tidak sempurna tetapi ia berlaku dalam banyak bidang.
Walaupun ia tidak mengambil kira faktor biologi, ia adalah salah satu penjelasan
terbaik mengenai bagaimana kumpulan sosial yang pelbagai/berbeza
mempengaruhi kehidupan seseorang.
TEORI PERKEMBANGAN SOSIOBUDAYA LEV
VYGOTSKY

• Nama sebenar beliau ialah Lev Semenovich Vygotsky. Beliau dilahirkan pada tahun 1896 dan meninggal dunia pada tahun 1934 di
Rusia.
• Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial dan budaya. Perkembangan kognitif berlaku melalui
interaksi sosial ibu bapa, guru, rakan, orang dewasa lain, sekolah, dan sebagainya. Menurut Vygotsky, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental
(elementary mental function) iaitu perhatian, sensasi, persepsi dan memori.
• Teori sosiobudaya Vygotsky menjadikan beliau dikenali sebagai seorang ahli psikologi pendidikan. Teori ini juga menyatakan bahawa
perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi kanak-kanak dengan orang yang ada disekitarnya yang menjadi alat penyampaian sesuatu
budaya yang membantu mereka membina pandangan tentang sekeliling mereka. Vygotsky berpendapat bahawa sosiobudaya disampaikan melalui
tiga cara iaitu:
1. Belajar daripada peniruan
2. Mengingati dan membuat pemahaman sendiri
3. Belajar melalui kolaborasi kumpulan
LINK GOOD RESOURCES

• HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATCH?V=8I2HRSRBMHE
• HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATCH?V=LHF4UJCFDAE BEST

• KEPELBAGAIAN BUDAYA
• HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATCH?V=UJBZE3GV6WK
• HTTPS://WWW.YOUTUBE.COM/WATCH?V=WQM8YZ0RKNO
• Teori yang dinyatakan oleh vygotsky ini merupakan teori gabungan antara kognitif dan
persekitaran sosial.
• Kanak-kanak akan lebih tinggi tahap pemikiran dan tingkah lakunya apabila berinteraksi dengan
individu yang lebih berpengetahuan darinya.
• Vygotsky percaya bahawa interaksi sosial yang menjadi tunjang kepada perubahan pemikiran dan
tinhkah laku kanak-kanak. Pemikiran dan tingkah laku inilah yang membezakan sesuatu budaya. 
• Vygotsky turut bersetuju dengan teori piaget bahawa perkembangan kognitif berlaku secara
bertahap dan dicirikan dengan gaya berfikir yang berbeza-beza.
• Namun begitu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan piaget bahawa anak menjelajahi
dunianya bersendirian dan membentuk gambaran realitinya sendirian, kerana menurut vygotsky
suatu pengetahuan tidak hanya didapati oleh anak itu sendiri melainkan mendapat bantuan dari
lingkungannya juga. 
IMPLIKASI SYSTEM TEORI
PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN
SOSIOBUDAYA DI BILIK DARJAH

1. Penerimaan dan layanan yang adil.


2. Strategi pembelajaran yang sesuai.
3. Pengurusan bilik darjah.
4. Penglibatan aktif murid.
5. Aspirasi/ jangkaan guru.
6. Bahasa
7. Pelbagai kaedah pembelajaran

Sumber
https://123dok.com/document/zk6l1l4y-peranan-guru-dalam-menangani-masalah-sosiobudaya.html
TAMAT SETAKAT INI. TERIMA KASIH

You might also like