Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

AKRONIM

BAHASA MELAYU

Sit Dolor Amet


DEFINISI AKRONIM

– Kependekan atau penyingkatan bahagian-


bahagian daripada serangkaian perkataan sama
ada huruf, suku kata atau bahagian daripada
perkataan lalu digabungkan atau dicantum untuk
membentuk perkataan yang boleh dilafazkan
sebagai satu perkataan yang utuh.
Tatabahasa Dewan menggariskan empat cara
pembentukan akronim, iaitu:
(a) Cantuman huruf awal perkataan
(b) Cantuman huruf dan suku kata perkataan
(c) Cantuman suku kata awal perkataan
(d) Cantuman bahagian awal perkataan
pertama dengan bukan perkataan awal yang
lain.
i. Cantuman Huruf Awalan Perkataan

AKRONIM RANGKAIAN PERKATAAN

ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia

ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri

UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris

JUSA Jawatan Utama Sektor Awam


ii. Cantuman Huruf dan Suku Kata Perkataan

AKRONIM RANGKAIAN PERKATAAN

Perhilitan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

Unitar Universiti Tun Abdul Razak

Jakim Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Perkim Pertubuhan Kemajuan Islam Malaysia


iii. Cantuman Suku Kata Awal Perkataan

AKRONIM RANGKAIAN PERKATAAN

Perkeso Pertubuhan Keselamatan Sosial

Tadika Taman Didikan Kanak-kanak

Gapena Gabungan Penulis Nasional

Pulada Pusat Latihan Darat


iv. Cantuman Bahagian Awal Perkataan Pertama dengan Bukan
Perkataan Awal yang Lain

AKRONIM RANGKAIAN PERKATAAN

Purata Pukul Rata

Asbut Asap Kabut

Gimrama Gimnastik Berirama

Jentolak Jentera Tolak


Latihan:
Nyatakan rangkaian perkataan bagi setiap akronim yang terdapat di bawah.

FELDA RISDA FELCRA


SIRIM PROTON EON
JKR UiTM UKM
KUSTEM PUSPAKOM PAWAGAM
KUGIRAN MARA TABIKA

You might also like