Isu Ejaan Dan Tatabahasa

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

ISU EJAAN DAN TATABAHASA

POLA AYAT DASAR


• Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu
bahasa.

• Melalui pola ayat dasar, maka terbentuklah ayat-ayat lain seperti ayat tunggal, majmuk, aktif, pasif dan
sebagainya.

• Setiap ayat dasar terbentuk daripada dua unsur, iaitu subjek dan predikat.

• Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua patah
perkataan ataupun satu patah perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua patah perkataan atau
lebih.

• Dalam satu susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu
sendiri. Perhatikan contoh yang berikut:

1. Sekolah
2. Sekolah rendah
3. Sebuah sekolah
4. Sebuah sekolah rendah
5. Sebuah sekolah rendah luar bandar

• Dalam contoh di atas, sekolah bukan lagi bertaraf perkataan, tetapi boleh dinamakan frasa kerana bentuk itu
boleh diperluas menjadi sekolah rendah, sebuah sekolah, sebuah sekolah rendah, sebuah sekolah luar bandar.
• Binaan frasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada rasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama.
 di, ke, dari, daripada,
kepada, untuk, dengan,
sejak, tentang, sampai, bagi.
Frasa Nama + Frasa Nama
SUBJEK (FRASA NAMA) PREDIKAT (FRASA NAMA)
Wilayah Persekutuan ibu negara Malaysia.
Puan Norihan guru sekolah menengah.
Kereta putih itu kepunyaan bapa.
Kanak-kanak itu murid tahun satu.

Frasa Nama + Frasa Kerja


SUBJEK (FRASA NAMA) PREDIKAT (FRASA KERJA)
              Budak itu menjerit sekuat-kuat hatinya.
              Atlet itu berlari sepantas kilat.
              Wangnya tersimpan dalam amanah saham.
               Puan Julita menyanyi dengan suara yang merdu.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
SUBJEK (FRASA NAMA) PREDIKAT (FRASA ADJEKTIF)
Pelayan kedai rajin.
Menara Kuala Lumpur sangat tinggi.
Orang muda itu baik sungguh.
Kawan saya pemalu.

Frasa Nama + Sendi Nama


SUBJEK (FRASA NAMA) PREDIKAT (FRASA SENDI NAMA)
              Cenderamata untuk guru besar.
             Rumahnya di sebelah balai polis.
             Surat itu dari London.
             Buku-buku ini daripada cikgu saya.
Latihan 1:
Susunan dalam Ayat

• Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh disusun dengan dua cara, iaitu:

 Ayat biasa – terbentuk dari susunan biasa (Subjek + Predikat)


 Ayat songsang – terbentuk daripada susunan songsang (Predikat + Subjek)

• Ayat biasa dan songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat itu hanyalah
berbeza dari penekanannya.
• Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mengkaji
susunan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu.
Latihan 2:

Tukar ayat di bawah menjadi ayat songsang


1. Perangainya baik sungguh.
2. Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
3. Pegawai itu masih belum sampai.
4. Ahmad sungguh bernasib baik.
5. Surat itu dari seberang laut agaknya.
6. Penyesalannya tidak berguna lagi.
7. Dia membeli buku di kedai itu.
8. Razak sungguh bernasib baik.

You might also like