Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 30

DASAR EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK

 British memperkenalkan ekonomi kapitalis.

 Menjelang suku terakhir kurun kesembilan belas


dan suku pertama kurun kedua puluh
kemajuan pesat telah berlaku dalam industri
bijih timah dan getah.

 Perkembangan ini telah meningkatkan keperluan


buruh dalam sektor-sektor ini.

1
 Orang Cina dan India datang ke negara ini
demi menampung keperluan buruh ini.

 Kemasukan orang Cina dan India telah


membawa kepada terbentuknya
masyarakat majmuk di negara ini.

2
 Sebahagian besar orang Cina dan India yang
datang ke negara ini telah menetap di sini.

 Mereka telah mengasaskan keluarga di sini dan


mula memandang negara ini sebagai tanahair
mereka.

 Namun, tidak wujud interaksi yang bermakna


antara kaum Melayu, Cina dan India.

3
 Antara sebab bagi keadaan ini ialah
kerana British telah mengamalkan
pentadbiran yang berlandaskan kepada
prinsip pecah dan perintah.

 Dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan


telah membahagikan masyarakat di negar
ini mengikut pekerjaan dan tempat
kediaman.

4
 Orang Melayu telah dibiar dan digalakkan untuk
terlibat dalam bidang pertanian.

 Mereka menjadi pengeluar beras – makanan


utama bagi seluruh negara.

 Sehaluan dengan itu majoriti orang Melayu


telah mendiami kawasan luar bandar, iaitu di
kampung-kampung.

5
 Orang Cina telah terlibat dalam kegiatan
perlombongan dan perniagaan.

 Mereka telah mendominasi industri ini.

 Penglibatan ekonomi ini menyebabkan


masyarakat Cina menjadi penduduk bandar.

6
Majoriti buruh India dibawa masuk oleh
pihak British untuk bekerja di estet getah.

Mereka telah disediakan tempat tinggal


dan keperluan asas yang lain di estet-
estet.

Mereka tidak perlu keluar dari estet.

7
Dari segi ekonomi, pembahagian begini
telah:

memudahkan pengurusan buruh

membawa kemajuan ekonomi

8
• Tetapi, pembahagian aktiviti ekonomi
berlandaskan kaum begini tidak
membantu eratkan hubungan antara
kaum.

• Kerana, dasar ini telah menyebabkan


berlakunya jurang ekonomi yang luas
antara kaum.

9
• Pada umumnya, orang Melayu telah
menjadi golongan termiskin berbading
dengan bukan Melayu.

• Keadaan ini telah mewujudkan perasaan


kecewa di kalangan orang Melayu.

• Mereka mula berasa bahawa kepentingan


ekonomi mereka telah terabai oleh pihak
pentadbir British.
10
 Pentadbir British pernah mengambil
beberapa langkah untuk membantu
masyarakat Melayu.

 Misalnya:

 Akta Tanah Rezeb diperkenalkan untuk


melindungi hak orang Melayu ke atas
tanah.

 Pada 1950 RIDA (Rural Industrial


Development Authority) ditubuhkan untuk
memajukan kawasan luar Bandar.
11
 Namun, jurang ekonomi antara
masyarakat Melayu dan kaum lain
terus menjadi luas.

 Disebabkan jurang ekonomi ini, maka


tidak suasana yang sesuai untuk
mewujudkan perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia di bawah
pemerintahan British.

12
Era Selepas Kemerdekaan

 Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah


memberi perhatian untuk mengatasi masalah
jurang ekonomi antara kaum.

 Langkah-langkah untuk mengurangkan jurang


ekonomi antara kaum telah dilaksanakan.

 Langkah-langkah ini telah dilaksanakan melalui


rancangan-rancangan ekonomi lima tahun.

13
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

 Telah memberi keutamaan kepada pembangunan luar


bandar.

 Sebanyak RM227 juta telah diperuntukkan bagi


pembangunan luar bandar.

 Pada 1959 Kementerian Pembangunan Luar bandar


diasaskan.

 FELDA diperkenalkan untuk mengagihkan tanah


pertanian kepada orang Melayu yang miskin.

14
Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

 Langkah-langkah untuk memajukan kawasan bandar dan


dengan itu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat
Melayu telah diteruskan.

 Peruntukan bagi pembangunan luar bandar ditambah lagi


kepada RM468 juta.

 Namun, kedudukan ekonomi orang Melayu tidak maju


banyak dan jurang ekonomi antara kaum masih luas.

15
 Rancangan-rancangan lima tahun ini hanya
berjaya memperkukuhkan lagi keadaan kaum
masing-masing sebelum merdeka.

 Masyarakat Melayu masih di kampung, terlibat


dalam ekonomi pertanian.

 Majoriti masyarakat Cina di kawasan bandar,


terlibat dalam perniagaan.

 Masyarakat India dibiarkan di estet sebagai


buruh.
16
 Dalam keadaan ini, pada 1965 Kongres
Ekonomi Melayu telah diadakan demi
mencari jalan untuk mengatasi masalah
ekonomi masyarakat Melayu.

 Cadangan-cadangan Kongres ini telah


dimasukkan dalam Rancangan Malaysia
Pertama (1966-1970).

17
Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970)

 Rancangan ini pun telah memberi tumpuan kepada pembangunan luar


bandar.

 Namun, beberapa langkah lain telah diambil untuk memajukan ekonomi


masyarakat Melayu.

 1965 RIDA diberikan wajah baru dengan penukaran nama kepada MARA.

 Beberapa agensi baru ditubuhkan untuk membantu meningkatkan


kedudukan ekonomi masyarakat Melayu:

 Bank Bumiputera

 1967 Institut teknologi Mara

 FAMA

18
 Namun, pada penghujung Rancangan Malaysia
Pertama kedudukan ekonomi masyarakat Melayu
tidak berubah banyak.

 Keadaan ini telah menambahkan lagi perasaan


kecewa dalam kalangan masyarakat Melayu.

 Pada hakikatnya, masyarakat bukan Melayu juga,


nampaknya, tidak puas dengan dasar-dasar ekonomi
pihak kerajaan.

19
 Hakikat ini terbukti dalam keputusan pilihanraya
tahun 1969.

 Walaupun parti pemerintah berjaya mengasaskan


kerajaan pusat, di beberapa buah negeri seperti
Kelantan, Trengganu, Pulau Pinang, Perak dan
Selangor parti-parti pembangkang telah mendapat
sokongan besar.

 Dalam suasana ini tercetusnya rusuhan kaum pada 13


Mei 1969.

20
Rusuhan Kaum 13 Mei 1969

 Rusuhan kaum ini berlaku kerana tidak


wujud hubungan etnik yang mesra antara
kaum di negara ini.

 Oleh kerana jurang ekonomi antara kaum


merupakan antara sebab yang telah
menghalang integerasi kaum, maka
langkah-langkah telah diambil untuk
mengatasi masalah itu.
21
Dasar Ekonomi Baru (1970 – 1990)

 Pada 1970 Dasar Ekonomi Baru (DEB)


diperkenalkan.

 DEB adalah rancangan dua puluh tahun.

 Ia bermula pada 1970 dan akhir pada 1990.

22
Dua objektif utama DEB ialah

 Menyusun semula masyarakat agar


pengenalan mana-mana masyarakat
dengan pekerjaan dapat dihapuskan.

 Membasmi kemiskinan tanpa mengira


kaum.

23
Objektif pertama akan di capai melalui:

 Menyusun semula pola pekerjaan.

 Menyusun semula pola hakmilik ekuiti dalam


sektor korporat.

 Mewujudkan Komuniti Industri dan komersial


Bumiputera

 Mengasaskan pusat pertumbuhan ekonomi di


kawasan luar bandar
24
Objektif-objektif ini diharapkan:

 akan mengagihkan kekayaan negara


dalam nisbah yang saksama antara
semua kaum

 dan, dengan itu akan memupuk


perpaduan kaum

25
Nisbah yang dijangkakan ialah:

 Bumiputera: 30 peratus

 Bukan Bumiputera: 40 peratus

 Orang Asing: 30 peratus.

26
DEB telah diamalkan melalui:

 Rancangan Malaysia Kedua 1971 – 1975

 Rancangan Malaysia Ketiga 1976 – 1980

 Rancangan Malaysia Keempat 1981 – 1985

 Rancangan Malaysia Kelima 1986 – 1990

27
 Walaupun DEB tidak berjaya mencapai
sepenuhnya sasaran yang ditetapkan pada
keseluruhannya kedudukan ekonomi
masyarakat Melayu telah ditingkatkan.

28
Kedudukan ekonomi kaum-kaum di Malaysia pada
1990 berbanding dengan 1970 ialah :

1990 1970
 Bumiputera 20.3 % 1.9 %

 Cina 44.9 % 2.5 %

 India 1.0 % 1.0 %

29
Berikutan kejayaan ini pihak kerajaan telah
meneruskan objektif-objektif DEB dalam dasar-
dasar ekonomi kemudian.
 Pada 1991 Dasar Pembangunan Nasional (NDP) telah
diperkenalkan.

 Pada 2000 Wawasan 2020 (National Vision Policy)


telah diperkenalkan.

 Dijangkakan rancangan-rancangan ekonomi ini akan


membantu Malaysia mencapai taraf negara
membangun dan rakyat akan hidup lebih berpadu
sebagai Bangsa Malaysia.

30

You might also like