6.6 SISTEM KARDIOVASKULAR - Riko and Chrssie

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 50

6.

6 SISTEM
KARDIOVASKULAR
HASIL PEMBELAJARAN
a) Mengenal pasti komponen utama sistem kardiovaskular
b) Memerihalkan komponen darah dan fungsinya
c) Memerihalkan kumpulan darah dan keserasiannya semasa transfusi
darah
d) Memerihalkan ciri dan fungsi arteri, kapilari dan vena
e) Memerihalkan struktur dan fungsi atrium, ventrikel dan injap jantung
f) Menghuraikan fungsi sistem kardiovaskular
g) Mentakrifkan isi padu strok, kadar denyutan jantung dan keluaran
jantung
h) Memerihalkan fasa kitaran kardiak dan kaitan dengan denyutan
jantung /kadar nadi
i) Menjelaskan pengaruh denyutan jantung dan isi padu strok terhadap
keluaran jantung
PENGENALAN
Sistem kardiovaskular atau kardiorespiratori
ialah sistem peredaran darah yang mengangkut
oksigen, nutrien dan keperluan lain kepada sel-
sel ke seluruh tubuh

Selain itu membawa sisa sel ke bahagian tubuh


lain seperti karbon dioksida, sisa-sisa
metabolisme ,bahan cecair ditapis di ginjal
serta produk-produk sel ke bahagian lain tubuh
MENGENAL PASTI KOMPONEN UTAMA
SISTEM KARDIOVASKULAR
1. Jantung
 Organ yang penting mengepam darah ke seluruh
tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien
 Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan
beratnya kurang dari satu paun
 Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium
kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri
2. Darah
 Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis
unsur sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet
yang terkandung di dalam plasma
 Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah
plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit
 Darah membentuk lebih kurang 7% daripada
berat tubuh orang dewasa normal. Seorang
dewasa yang berat tubuhnya 70kg, mempunyai
kira-kira 5-6 liter darah
3. Salur darah
 Terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
 Salur darah membolehkan darah mengalir
dan melengkapi peredaran dari jantung ke
tisu dan kembali semula ke jantung
MEMERIHALKAN KOMPONEN DARAH
DAN FUNGSINYA
PLASMA

• Komponen utamanya ialah PLASMA

• 90% daripada plasma adalah air. Bahan utamanya adalah campuran kompleks
protein yang meliputi 7% daripada berat plasma itu sendiri

• Bahan–bahan lemak juga terdapat dalam cecair ini dan lain-lain komponen
plasma termasuklah garam, glukosa, asid amino, vitamin, hormon dan bahan
buangan

• Protein plasma dibentuk dalam sel khas di dalam hati

• Terdapat 3 jenis protein iaitu albumin, globulin dan fibrinogen

• Lain-lain protein yang membantu pembekuan darah dan mengangkut bahan


spesifik ialah lemak, zat, besi, ion kuprum dan vitamin B12
ERITROSIT

• Sel darah merah yang mengangkut gas oksigen ke sel dan gas karbon dioksida dari sel
ke paru-paru

• Sel darah merah yang matang tidak mengandungi nukleus maka lebih banyak
hemoglobin boleh terkandung di dalamnya

• Sel darah merah ini berbentuk dwicekung untuk menambah nisbah luas permukaan
per isipadu yang besar dan memudahkan pengangkutan dan penukaran gas

• Hemoglobin adalah pigmen respiratori yang mengandungi zat besi dan didapati di
dalam sel darah merah

• Empat molukel bukan protein yang merah yang dipanggil heme dan 4 rangkaian
polipeptida membentuk globin molekul hemoglobin

• Setiap molekul boleh bercantum dengan 8 atom oksigen secara berbalik


LEUKOSIT

• Sel darah putih yang tidak berwarna, ia mempunyai nukleus dan hemoglobin. Saiznya
adalah lebih besar daripada sel darah merah

• Sel darah putih merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi dan bertugas untuk
memusnahkan agen jangkitan

• Leukosit terbahagi kepada dua iaitu granulosit-sitoplasma bergranul dan mempunyai


nukleus bercuping

• Granulosit adalah pagositik iaitu pemakan sel. Ia membentuk barisan makanisme


penghalang bakteria yang menyebabkan penyakit. Granulosit boleh keluar daripada
saluran darah

• Agranulosit tidak dihasilkan di dalam sum-sum tulang tetapi di dalam sistem limfatik
dan dikenali juga sebagai limfosit.
PLATLET / THROMBOCYTES

• Hanya 0.6% - 1.0% terkandung dalam darah. Platlet terdiri


daripada sum-sum tulang dan terbentuk daripada serpihan-
serpihan kecil sitoplasma sel besar (megakariosit) tidak
mempunyai nukleus

• Terdapat lebih kurang 2.5 juta jumlah platlet untuk setiap


milimeter padu darah (mm₃). Fungsinya ialah pembekuan darah.
Sel ini hidup selama 10 hari
FUNGSI DARAH
1. Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu
2. Membawa bahan buangan ke organ
pembuangan
3. Melawan jangkitan
4. Membawa enzim dan hormon ke organ-organ
sasarannya
5. Mengawal suhu badan
6. Menghentikan perdarahan
MEMERIHALKAN KUMPULAN DARAH DAN
KESERASIANNYA SEMASA TRANSFUSI DARAH
• Kumpulan darah ditentukan berdasarkan
kandungan AGGLUTININ.

• Agglutinin adalah salah satu bahan dalam


plasma darah menentukan kumpulan darah dan
kesesuaiannya.

• Terdapat 4 kumpulan utama darah iaitu AB, A, B


dan O
PENDERMA DARAH
BIL KUMPULAN PENDERMA PENERIMA DARAH

1. AB AB sahaja

2. A AB dan B sahaja

3. B AB dan B sahaja

4. O Semua kumpulan darah


PENERIMA DARAH

BIL KUMPULAN PENERIMA PENDERMA

1. AB Semua jenis

2. A A dan O sahaja

3. B B dan O sahaja

4. O O sahaja
MEMERIHALKAN CIRI DAN FUNGSI ARTERI,
KAPILARI DAN VENA
Arteri
 Arteri Darah yang bertekanan tinggi akan dialirkan oleh
arteri, selalunya darah bertekanan tinggi ini adalah dari
ventrikel

 Sehubungan dengan itu, arteri harus mempunyai dinding


yang tebal untuk menampung tekanan darah yang tinggi
itu

 Arteri ini tidak mempunyai injap kecuali pangkal aorta dan


pangkal arteri pulmonari. Mempunyai saiz lumen yang
kecil, tinggi serta mengalirkan darah.
Arteri elestik • Dinding arteri terbesar, seperti aorta dan trunkus
(kenyal) pulmonari
• Banyak tisu perantara kenyal
• Tisu perantara kenyal akan mengembang apabila
menerima isi padu darah yang tiba-tiba tertolak
dengan setiap denyutan jantung
Arteri Berotot • Terdiri daripada otot licin
• Bercabang ke kawasan tertentu pada tubuh badan
Arteriol • Merupakan arteri yang terkecil.
• Mempunyai garis pusat 0.5mm atau kurang.
• Otot licin dalam arteriol membolehkan keadaan
pengecutan (vasokontriksi) dan peregangan
(vesodilatasi) pilihan berlaku.
• Pengecutan dan perengangan terjadi untuk
membolehkan darah dihantar ke satu organ dan
dibawa dari satu organ yang lain
Vena
Vena-Vena adalah gabungan daripada vena-vena kecil. Gabungan vena
ini akan membentuk satu tiub yang semakin membesar dan dikenali
sebagai vena kecil, vena sedang dan vena besar.
Vena-vena ini bertugas untuk membawa darah vena dari tisu ke
atrium jantung.
Semakin besar saiz vena maka akan bertambah juga ketebalan
dindingnya.
Namun begitu dinding vena tidak setebal dinding arteri kerana vena
mempunyai kurang tisu kenyal dan otot licin.
Mempunyai tiga lapisan yang sama seperti arteri bagaimanapun
bahagian tunika internanya lebih besar dan mempunyai dinding yang
kecil serta hanya memiliki tisu penghubung yang sedikit.
Mempunyai lumen yang besar.Mempunyai injap yang akan terbuka
apabila darah mengalir ke jantung dan tutup apabila bertentangan.
Mengangkut darah yang bertekanan rendah danmengalirkanya
dengan perlahan.
Vena Profondus • Terletak di dalam otot atau di antara otot, dan
kebiasaannya mengiringi arteri.
• Berfungsi untuk menolak darah di dalamnya ke
jantung. Darah akan tertolak ke jantung, apabila
berlaku kontraksi otot yang menekan vena profundus.
• Dikenali sebagai vena komitans di bahagian distal
anggota kerana di sini kedudukan vena adalah
berpasangan.
Vena • Terdapat di bawah kulit.
Superfisial • Berfungsi untuk mengalirkan darah dari kulit dan tisu
subkutaneus.
• Mempunyai tapak laluan dan cork yang berbeza, oleh
itu nama vena superfisial hanya diberi pada vena
utama dan yang tetap
Vena • Menghubungkan vena profundus dengan vena
Penghubung superfisial.
• Injap pada vena penghubung mengarahkan aliran
darah dari vena superfisial ke vena profundus.
• Banyak terdapat dibahagian distal anggota bawah
Kapilari
 Kapilari merupakan pembuluh-pembuluh darah kecil yang tidak terkira.

 Ianya adalah cabang daripada arteriol. Kapilari dikenali sebagai


pembuluh darah yang paling kecil.

 Oleh sebab itu, lapisan dinding kapilari adalah yang paling nipis. Di
sinilah bahan-bahan antara darah dan cecair tubuh ditukar.

 Ketebalan dinding kapilari adalah berdasarkan kepada saiz garis


pusatnya.

 Semakin kecil saiz garis pusat, semakin nipis dinding kapilari.Ada dua
hujung pada kapilari.

 Satu hujung adalah hujung arteri yang bertemu dengan arteriol.


Manakala satu hujung lagi adalah hujung vena yang bertemu dengan
venul
Venul
 Cabang-cabang kapilari akan bercantum di
penghujung tisu dan membentuk vena kecil yang
dikenali sebagai venul.

 Saiz venul adalah lebih besar daripada kapilari.


Venul mempunyaisatu lapis tisu perantara dan
beberapa sel otot licin.

 Otot licin ini berkedudukan mengelilingi


endotelium.
MEMERIHALKAN STRUKTUR DAN FUNGSI
ATRIUM, VENTRIKEL, DAN INJAP JANTUNG
ATRIUM KANAN - menerima darah yang kembali dari tubuh
yang kurang oksigen banyak karbon dioksida.

 ATRIUM KIRI – menerima darah dari paru-paru setelah


dibersih dan kaya dengan oksigen dan kurang karbon
dioksida.

VENTRIKEL KANAN – menerima darah dari atrium kanan dan


dipam ke paru-paru untuk proses pembersihan. Oksigen
diambil dan karbon dioksida dikeluarkan

VENTRIKEL KIRI – darah ‘bersih’ yang kaya dengan oksigen


memasuki ventrikal kiri dan seterusnya dipam ke seluruh
badan untuk membekalkan oksigen ke tisu-tisu melalui aorta.
Jantung menerima darah beroksigen melalui arteri koroneri iaitu aorta.

Jantung mempunyai beberapa injap yang memastikan darah yang memasuki


jantung mengalir dalam satu arah sahaja.

1. Injap Sabit @ Injap Semilunar


Terletak di pangkal arteri pulmonari dan pangkal aorta untuk memastikan darah
yang telah mengalir keluar dari jantung tidak mengalir balik semula.

2. Injap Trikuspid
Terletak di antara atrium kanan dengan ventrikel kanan untuk memastikan darah
yang mengalir ke dalam ventrikel kanan tidak mengalir balik atrium kanan. Injap ini
terdiri daripada tiga cuping.

3. Injap Bikuspid
Terletak di atrium kiri dengan ventrikel kiri untuk memastikan darah yang mengalir
ke dalam ventrikel kiri tidak mengalir balik ke atrium kiri. Injap ini terdiri daripada
dua cuping.Dinding otot jantung terdiri daripada lapisan epikardium miokardium
dan endokardium
Pengepaman jantung oleh otot-otot jantung
(myocardium) menghasilkan tekanan darah
sistolik dan distolik.

Tekanan sistolik – waktu jantung mengepam.

Tekanan distolik – waktu jantung rehat


Injap Kedudukan Fungsi
Triskuspid Di antara atrium Menghalang darah di ventrikal kanan
kanan dan daripada mengalir ke dalam atrium
ventrikal kiri kanan ketika pengecutan ventrikal

Semilunar Depan batang Menghalang pengaliran semula darah


pulmonari pulmonari daripada batang pulmonari ke dalam
ventrikal kanan ketika ventrikal rehat

Biskupid Di antara atrium Menghalang pengaliran semula darah


kiri dan ventrikal daripada ventrikal kiri ke dalam
kiri atrium kiri ketika pengecutan
ventrikal

Semilunar Depan dinding Menghalang pengaliran semula darah


aortik aorta daripada aorta ke dalam ventrikal kiri
ketika ventrikal rehat
MENGHURAIKAN FUNGSI SISTEM
KARDIOVASKULAR
 Sistem kardiovaskular membantu membekalkan
oksigen dan mengkumuhkan karbon dioksida dari
darah.

 Sistem peredaran mengangkut oksigen dari paru-paru


ke sel-sel tisu badan dan mengeluarkan karbon
dioksida dari sel-sel tisu ke paru-paru.

 Mengedarkan hormon-hormon dan agen-agen lain


yang mengawal atur fungsi sel dan menghantar
antibodi untuk pertahananbadan.

 Mengawal atur suhu badan.


FUNGSI JANTUNG
1. Menghasilkan tekanan darah
2. Menghantar darah ke peredaran systemic &
pulmonari
3. Mengepam darah - satu hala
4. Menghantar darah ke seluruh tisu
MENTAKRIFKAN ISI PADU STROK, KADAR
DENYUTAN JANTUNG DAN KELUARAN
JANTUNG
• Isipadu strok ialah amaun darah yang dipam oleh
ventrikel kiri.
• Isipadu ini disukat dalam unit liter sedenyutan.
Isipadu strok lelaki adalah lebih besar berbanding
isipadu strok perempuan.
• Kedudukan badan juga mempengaruhi isipadu strok.
• Isipadu strok adalah agak besar pada individu yang
berbaring berbanding dengan individu yang berdiri.
• Perbezaan iniberkaitan dengan kesan graviti ke atas
sistem kardiovaskular.
• Kadar denyutan jantung adalah kekerapan penguncupan
jantung seminit.
• Keadaan ini dikawal oleh tindakan sistem saraf
autonomik.
• Kadar denyutan jantung setiap individu adalah berbeza
kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti umur dan
tahap keaktifan individu.
• Kadar denyutan jantung rehat individu yang aktif adalah
rendah berbanding dengan individu yang sedentari.
• Kadar denyutan rehat boleh diperolehi dengan mengira
bilangan denyutan jantung seminit di arteri karotid atau
arteri radius semasa individu berada dalam keadaan
rehat.
Keluaran jantung adalah jumlah isipadu darah yang
dipam keluar oleh ventrikel kiri dalam satu minit.

Keluaran jantung boleh diukur dengan


menggunakan rumus berikut :

Ǭ = KDJ x IS

Keluaran jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam


Seminit x Isipadu Strok
MEMERIHALKAN FASA KITARAN KARDIAK DAN
KAITAN DENGAN DENYUTAN JANTUNG/KADAR
NADI
KITARAN KARDIAK
 Kitaran kardiak merujuk kepada satu degupan jantung yang
lengkap. Darah mengalir masuk ke dalam jantung dan dipam
keluar dengan satu turutan koordinasi pengecutan otot-otot
jantung
SISTEM PULMONARI DAN SISTEMIK
Peredaran Sistemik
 Atrium kiri menerima darah beroksigen daripada paru-paru.
 Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke seluruh tubuh
melalui aorta
 Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan karbon
dioksida diangkut keluar.

Peredaran Pulmonari
 Atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan.
 Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke paru-paru
melalui batang pulmonari
 Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan melepaskan
karbon dioksida.
MENJELASKAN PENGARUH DENYUTAN
JANTUNG DAN ISI PADU STROK TERHADAP
KELUARAN JANTUNG
HIPERTROFI DAN ATROFI JANTUNG

 Saiz jantung setiap individu berbeza.


 Jantung individu boleh bertambah besar atau
mengalami hipertrofi jika individu tersebut
mengamalkan gaya hidup sihat dengan
melakukan latihan fizikal secara konsisten
dan berterusan.
 Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah
lebih besar berbanding saiz jantung individu
sedentari.
Apabila hipertrofi jantung berlaku,
ketumpatan kapilari juga meningkat.
Hipertrofi jantung adalah kesan daripada :
Penambahan saiz kaviti ventrikel –ventrikel

 Bertambah ketebalan dinding ventrikel atlit -atlit berdaya


tahan tinggi seperti perenang dan pelari jarak jauh mempunyai
kaviti ventrikel yang besar.

 Oleh itu, isipadu darah dalam ventrikel adalah banyak semasa


distol.

 Isipadu strok atlit-atlit ini adalah lebih tinggiberbanding


dengan individu –individu sedentari dan juga atlit -atlit yang
terlibat dalam acaraeksplosif
 Jika individu tidak aktif atau sedentari, otot
jantung akan mengalami pengurangan saiz
dan berat.
 Keadaan ini dikenali sebagai atrofi.
 Atrofi boleh berlaku kepada seseorang yang
mengalami masalah jantung.
 Jantung boleh kehilangan kekuatannya serta
keluaran jantung akan berkurangan.
SEKIAN DAN
TERIMA KASIH

“Kebenaran takkan pernah silap! –papa zola”

You might also like