Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

NORFATIN BT SATAR WAN NORDIYANA BT WAN JAMALUDIN

Masyarakat orang asli, indigenous den pedalaman dikatakan agak ketinggalan dalam arus perdana sistem pendidikan negara. Pembangunan pendidikan di Malaysia pada peringkat awal tertumpu

kepada pembinaan sekolah bandar dan kawasan pertumbuhan ekonomi


utama negara. Sekolah di bandar dibekalkan dengan kelengkapan yang mencukupi dan sebaliknya berlaku kepada kawasan pedalaman dan luar bandar. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan wujud kerana keutamaan tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai murid mendapat pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.

(Chang Lee Hoon, 2004), kepelbagaian bahasa, etnik, agama, budaya,


fizikal, gender, bakat, dan kebolehan adalah realiti masyarakat Malaysia. Kepelbagaian ini juga menjadi cabaran dan juga kekuatan setiap warga negaranya untuk hidup bersama dan bersatu ke arah kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Pelan tindakan pembangunan pendidikan masyarakat orang Asli di pinggir bandar telah diberi keutamaan oleh kementerian. Pelan dibuat oleh JHEOA dan Bahagian Perancangan dan Penyelarasan,

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)

Objektif pelan ini bertujuan untuk menyediakan program dan aktiviti


khusus yang berkaitan dengan keperluan peruntukan di kawasan orang asli Kumpulan sasar untuk program ini terdiri daripada 4 kumpulan iaitu peringkat prasekolah (5-6tahun), peringkat rendah (7-12 tahun), peringkat menengah (13-18 tahun) dan peringkat tertiari. Pada peringkat pertama, pihak kementerian telah memberika tumpuan kepada pendidikan prasekolah yang bertujuan untuk

menyediakan asas yang kukuh sebelum pendidikan formal.


Kanak-kanak diberikan persediaan dari segi emosi dan kemahiran sosial supaya bersedia menerima perubahan semasa bersekolah nanti.

Pada peringkat kedua, tujuan pendidikan adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran 3M iaitu membaca, menulis, dan mengira.

Mereka juga didedahkan dengan aspek kemahiran berfikir, konsep asas


sains, seni dan rekreasi, penerapan nilai-nilai murni dan perkembangan domai kognitif, afektif dan selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Peringkat ketiga- penekanan diberikan kepada kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan memberi fokus kepada pendidikan umum pada tahun 7 dan 8 persekolahan supaya setiap murid mendapat pendedahan.

peringkat tertiari- berusaha membangunkan minda anak-anak orang


asli supaya menjadi kritis , kreatif dan inovatif serta dapat memajukan masyarakat dan negara dalam persaingan global. Pihak kerajaan juga memberikan tumpuan kepada belia dan beliawanis yag tercicir dari sistem persekolahan dan jugaibu bapa yang tidak pernah bersekolah. Latihan kemahiran yag bersesuaian dengan minat serta kebolehan diperkenalkan supaya dapt memasuki bidangpasaran tenaga kerja.

Golongan wanita diberikan peluang untuk mengikuti programprogram kemasyarakatan yang dianjurkan oleh pertubuhan.

Pihak kementerian telah memberikan penekanan dalam keperluan


mendefinisikan semula persekolahan mereka. Bertujuan membantu anak-anak orang asli dan indigenous supaya tidak tercicir dalam arus pendidikan. Kemudahan infrastruktur yang sempurna. Kementerian melaksanakan tindakan kolektif dengan mengadakan program Outreach Pendidikan Kha dan Lawatan Jawatankuasa Bertindak Bagi Menangani Isu-Isu Pendidikan anak orang asli dan

indigenous.

You might also like