Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 52

EPPD1023 MAKROEKONOMI 1

DR. MUSTAZAR MANSUR

Bab 11:
Perdagangan Antarabangsa

Shahida Shahimi, Norain Mod Asri, Mohd Adib Ismail, Norlida Hanim
Mohd Salleh,Wook Endut, Md. Zyadi Md. Tahir, Noreha Halid

1 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Asas ekonomi kepada wujudnya perdagangan adalah faedah


berbanding.
🞂 Faedah berbanding merujuk kepada keadaan di mana
kebolehan menghasilkan sesuatu barang pada kos lepas yang
lebih rendah daripada negara rakan dagangannya.
🞂 Perdagangan membolehkan negara mengkhusus dalam
pengeluaran barang dan perkhidmatan yang mereka hasilkan
secara efisyen.
🞂 Dengan pengkhususan setiap negara boleh meningkatkan
pengeluaran barang mereka.
🞂 Seterusnya lebihan pengeluaran tersebut didagangkan antara
negara rakan dagangan yang lain.
2 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

FAEDAH MUTLAK & FAEDAH BERBANDING

🞂 Sesebuah negara dikatakan mempunyai faedah mutlak dalam


pengeluaran sesuatu barang berbanding negara lain
sekiranya ia menggunakan kurang sumber untuk
mengeluarkan barang tersebut berbanding dengan negara
lain.
🞂 Hukum faedah berbanding: dengan syarat kos lepas pelbagai
keluaran berbeza di dua buah negara, ia menguntungkan
kedua-dua negara tersebut sekiranya mereka mengkhusus
(dan mengeksport) dalam pengeluaran barang yang mereka
mengalami kos lepas yang lebih rendah berbanding dengan
negara yang satu lagi.
3 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
ANDAIAN FAEDAH MUTLAK & FAEDAH
BERBANDING
Andaian perlu dibuat untuk menerangkan faedah mutlak dan
faedah berbanding:
- Terdapat dua buah negara, iaitu Malaysia dan Thailand sahaja
yang saling berdagang
- Kedua-dua negara mengeluarkan dua jenis barang sahaja, iaitu
getah dan beras
- Kedua-dua negara mencapai tingkat guna tenaga penuh
- Terdapat bilangan buruh yang sama di kedua-dua negara
- Tiada sekatan perdagangan bebas

4
FAEDAH MUTLAK
-Faedah mutlak ialah keupayaan sesebuah negara untuk
mengeluarkan lebih banyak sesuatu barang berbanding dengan
negara lain melalui penggunaan faktor yang sama banyak.
-Oleh itu, sesebuah negara yang mempunyai faedah mutlak
dalam pengeluaran sesuatu barang akan mengkhusus dalam
pengeluaran serta mengeksport barang itu dan mengimport
barang yang dikeluarkan oleh negara lain.

5
FAEDAH BERBANDING
-Faedah berbanding merujuk kepada kemampuan atau
keupayaan sesebuah negara untuk mengeluarkan barang atau
perkhidmatan tertentu pada kos lepas atau harga relatif yang
lebih rendah berbanding dengan negara lain

6
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

Faedah mutlak dan faedah berbanding yang dinikmati


adalah berdasarkan andaian berikut:
•Hanya dua buah negara yang berdagang.
•Hanya dua jenis barang yang dikeluarkan.
•Hanya dua unit faktor pengeluaran bagi setiap negara.
•Tiada sekatan dalam perdagangan.
•Kedua-dua negara telah mencapai tingkat guna tenaga penuh.
•Tiada kos pengangkutan terlibat.

7
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Faedah mutlak ialah sesuatu faedah yang diperolehi oleh


sesebuah negara dimana ia mengeluarkan sesuatu barang
pada tingkat pengeluaran yang lebih tinggi berbanding
negara lain dengan jumlah faktor pengeluaran dan tahap
teknologi yang sama.
🞂 Ia akan menguntungkan kedua-dua negara tersebut jika
mereka mengkhusus dalam pengeluaran barang kerana
jumlah barang yang dapat dihasilkan akan meningkat.

8
LAK
Negara Getah (kg) Beras (kg)
Malaysia 50 30
Thailand 30 50
Jumlah 80 80

alaysia menggunakan semua faktor pengeluaran, ia dapat


50 kg getah dan 30 kg beras, manakala jika Thailand
semua faktor pengeluaran, ia dapat mengeluarkan 30 kg getah
as.
Malaysia boleh mengeluarkan getah dalam kuantiti yang lebih
banding dengan Thailand, manakala Thailand boleh
beras dalam kuantiti yang lebih banyak berbanding Malaysia,
ia dikatakan mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran
ala Thailand mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran

9
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Faedah berbanding akan dinikmati oleh sesebuah negara


apabila negara tersebut mampu mengeluarkan sesuatu
barang dengan kos lepas yang lebih rendah berbanding
negara lain berdasarkan sejumlah faktor pengeluaran dan
tingkat teknologi yang sama.
🞂 Ini membolehkan negara tersebut mengkhusus dalam
penghasilan barang secara cekap dan meningkatkan tingkat
pengeluaran barang.
🞂 Lebihan pengeluaran tersebut kemudian akan dieksport ke
negara lain. Oleh itu, pengkhususan dan perdagangan
memberikan faedah kepada semua negara yang berdagang.
10
FAEDAH BERBANDING

Pengeluaran Thailand Malaysia

Getah (kg) 4 5

Beras (kg) 2 10

Kos lepas 1 kg getah 2/4 = 0.5B 10/5 = 2B

Kos lepas 1 kg beras 4/2 = 2G 5/10 = 0.5G

🞂 Thailand mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran


getah kerana untuk mengeluarkan 1 kg getah, Thailand hanya
perlu melepaskan 0.5 kg beras manakala Malaysia terpaksa
melepaskan 2 kg beras.
🞂 Malaysia mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran
beras kerana kos lepas bagi 1 kg beras hanyalah 0.5 kg getah
yang terpaksa dilepaskan berbanding Thailand perlu
melepaskan 2 kg getah.
11
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

Keuntungan daripada Perdagangan yang Berasaskan


Faedah Berbanding

🞂Perdagangan membolehkan negara yang terlibat


memperoleh faedah daripada aktiviti pengkhususan
dalam pengeluaran dan perdagangan.

12 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
13 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Daripada jadual 11.1, menunjukkan bahawa Malaysia boleh


mengeluarkan 2 tan getah sebagai menggantikan
pengeluaran 1 guni beras.
🞂 Oleh itu, harga 1 tan getah adalah sama dengan ½ guni
beras; atau harga 1 guni beras sama dengan 2 tan getah.
🞂 Andaikan, sebelum berdagang, kadar pertukaran pengeluaran
getah dan beras adalah seperti berikut:
Malaysia: 2 tan getah untuk 1 guni beras
Thailand: 2 guni beras untuk 1 tan getah

14 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Kedua-dua negara akan beroleh keuntungan daripada


berdagang sekiranya mereka menumpukan kepada
pengeluaran barangan yang mereka lebih cekap dan
seterusnya berdagang pada kadar pertukaran yang berada
antara 2 tan getah : 1 guni beras dan 1 tan getah : 2 guni
beras.
🞂 Malaysia mendapat untung dengan mengeksport getah dan
mengimport beras pada kadar pertukaran 1:1. Ia hanya
menukarkan 1 tan getah untuk mendapatkan satu guni beras,
sedangkan sebelum berdagang ia terpaksa lepaskan 2 tan
getah untuk mendapatkan satu guni beras.

15 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

➢ Sekiranya kadar pertukaran getah dengan beras pada


nisbah 1:2, iaitu 1 tan getah ditukarkan kepada 2 guni
beras.
➢ Pada kadar ini Malaysia mendapat untung yang paling
banyak kerana dengan menukarkan hanya 1 tan getah, ia
memperoleh 2 guni beras, sedangkan sebelum
perdagangan ia perlu dilepaskan 2 tan getah untuk
mendapatkan 1 guni beras.
➢ Manakala Thailand tidak memperoleh apa-apa
keuntungan kerana kadar pertukaran tersebut sama
dengan keadaannya sebelum berdagang.
16
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Thailand pula beroleh keuntungan dengan mengeksport


beras dan mengimport getah.
🞂 Sekali lagi pada kadar pertukaran 1:1, Thailand hanya
perlu lepaskan 1 guni beras untuk mendapatkan 1 tan
getah, sedangkan sebelum berdagang ia terpaksa lepaskan
2 guni beras untuk mendapatkan 1 tan getah.
🞂 Oleh itu kedua-dua negara beroleh keuntungan dengan
berdagang pada kadar pertukaran 1:1.

17 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa
🞂 Kadar pertukaran sebenar di pasaran antarabangsa
bergantung pada harga relatif getah dan beras selepas
berdagang.
🞂 Harga ini bergantung kepada jumlah permintaan dan
penawaran barang tersebut.
🞂 Negara yang mengalami kadar pertukaran menghampiri
kadar sebelum perdagangan akan mendapat untung yang
lebih rendah.
🞂 Keuntungan yang diperoleh oleh kedua-dua negara tidak
selalu sama.
🞂 Ia bergantung kepada kadar pertukaran yang dipersetujui
atau yang ditetapkan oleh pasaran.
18
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Selagi kadar pertukaran yang dipersetujui berada antara kadar


pertukaran sebelum perdagangan negara yang terlibat,
perdagangan boleh menguntungkan.
🞂 Nisbah kadar pertukaran dikenali sebagai kadar syarat
perdagangan. Ia menentukan bagaimana keuntungan tersebut
diagih antara rakan dagangan.
🞂 Kedua-dua pihak mesti mendapat keuntungan daripada
perdagangan untuk membolehkan perdagangan wujud.
🞂 Dalam kes ini, kedua-dua Malaysia dan Thailand akan
beruntung sekiranya syarat perdagangan getah kepada beras
ditetapkan antara 2:1 dengan 1:2 (2G:1B) dan (1G:2B)

19
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa
🞂 Kadar syarat perdagangan bagi perdagangan yang
berasaskan harga barang adalah penting untuk memberi
gambaran mengenai harga barang eksport dan import
sesebuah negara.
🞂 Ia merupakan indeks harga eksport dibahagikan dengan
indeks harga import. Kadar syarat perdagangan adalah 100
dalam tahun asas.

20 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Sekiranya indeks harga eksport kepada indeks harga import


meningkat sebanyak 20 peratus daripada tahun asasnya,
kadar syarat perdagangan akan mengambil nilai 120.
🞂 Sekiranya kadar syarat perdagangan meningkat (harga
eksport meningkat berbanding dengan harga import), maka
syarat perdagangan dikatakan bertambah baik.
🞂 Ini kerana kurang eksport yang perlu dijual untuk
mendapatkan kuantiti barang import yang sama.
🞂 Perubahan permintaan & penawaran import & eksport dan
juga perubahan kadar pertukaran akan menyebabkan syarat
perdagangan berubah.

21 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

ASAS FAEDAH BERBANDING & KOS


PENGKHUSUSAN

🞂 Perdagangan membolehkan negara yang terlibat memperoleh


faedah daripada aktiviti pengkhususan dalam pengeluaran
dan perdagangan.
🞂 Anugerah faktor dapat menerangkan sebahagian besar
penentu dan pola aliran sebenar perdagangan dunia
sekarang.
🞂 Teorem Heckscher-Ohlin mengaitkan teori faedah
berbanding dengan anugerah faktor.

22 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Teorem ini mengandaikan bahawa barang boleh


dikeluarkan dengan menggunakan input pada jumlah yang
berbeza dan input tersebut boleh berpindah antara sektor
dalam setiap negara tetapi faktor tersebut tidak boleh
berpindah antara negara.
🞂 Menurut teorem tersebut, sesebuah negara mempunyai
faedah berbanding dalam pengeluaran satu barang
sekiranya negara tersebut dianugerahkan dengan banyak
input yang digunakan secara intensif dalam pengeluaran
barang tersebut.

23 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Teori Faedah Berbanding
- Faedah yang diperolehi dengan mengeluarkan sesuatu barang pada kos lepas
yang rendah berbanding negara lain dengan menggunakan faktor-faktor
pengeluaran yang sama banyak.

Negara Getah (unit) Beras (unit) Kos Lepas Kos Lepas


bagi 1 Getah bagi 1 Beras
Malaysia 5 4 0.8 1.25

Thailand 2 3 1.5 0.67

Jumlah 7 7 - -

Malaysia akan melakukan pengkhususan dalam pengeluaran getah manakala


Thailand akan melakukan pengkhususan dalam pengeluaran beras.
24
Negara Getah (unit) Beras (unit)

Malaysia 10 -

Thailand - 6

Jumlah 10 6

Selepas pengkhususan, pekerja yang mengeluarkan beras di Malaysia akan


dipindahkan ke industri getah dan pekerja yang mengeluarkan getah di Thailand
akan dipindahkan ke industri beras.

Jumlah keluaran getah di Malaysia meningkat dari 5 unit kepada 10 unit dan tiada
beras dikeluarkan. Manakala di Thailand, keluaran beras ditingkatkan kepada 6 unit
dengan tiada getah dikeluarkan.

25
Asas Kepada Perdagangan Antarabangsa

🞂 Asas pada teori tersebut ialah apabila sebuah negara mempunyai


banyak sesuatu sumber, negara itu akan mempunyai faedah
berbanding dalam pengeluaran barang yang pengeluarannya
memerlukan atau menggunakan banyak sumber tersebut.
🞂 Dengan perkataan lain, negara yang mempunyai banyak tanah
subur cenderung mempunyai faedah berbanding dalam pertanian.
🞂 Negara yang mempunyai banyak modal terkumpul pula
cenderung mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran
industri berat.
🞂 Manakala negara yang dianugerahkan dengan modal insan
cenderung mempunyai faedah berbanding dalam barang
berteknologi tinggi.

26 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
➢ Negara akan cenderung untuk mengalami kos lepas yang
meningkat dari masa ke masa
➢ Semakin banyak negara yang mengkhususkan dalam
pengeluaran sesuatu barang, maka ia akan menghadapi sumber
pengeluaran yang semakin berkurangan
➢ Jika Malaysia mengkhususkan dalam pengeluaran getah, maka
Malaysia akan menghadapi masalah kekurangan tanah untuk
penanaman getah tersebut. Kos pengkhususan pengeluaran akan
meningkat maka faedah berbanding yang dinikmati oleh negara
tersebut menjadi semakin berkurang.

27
➢ Negara Jerman yang mempunyai faedah berbanding dalam
pengeluaran barang yang berteknologi tinggi tidak menumpukan
pengeluaran dalam barang itu sahaja malah juga memanfaatkan
sumber tanah yang subur untuk tujuan pertanian.
➢ Kos lepas untuk mengalihkan buruh dan tanah yang sesuai
daripada pertanian kepada pengeluaran industri pengilangan
menjadi sangat tinggi.

28
Kadar Pertukaran

🞂 Kadar pertukaran berperanan mempengaruhi aliran


perdagangan.
🞂 Kadar pertukaran ditentukan oleh faktor penawaran dan
permintaan terhadap mata wang.
🞂 Antara faktor yang menentukan permintaan dan penawaran
mata wang sesebuah negara termasuklah kadar bunga,
inflasi, spekulasi dan keyakinan pelabur.

29 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Kadar Pertukaran
🞂 Dua perkara penting yang perlu diperkatakan mengenai
tahap kadar pertukaran tersebut, iaitu:
✔Bagi mana-mana dua buah negara, terdapat julat kadar
pertukaran yang secara serentak menguntungkan kedua-
dua buah negara tersebut apabila mengkhusus dan
berdagang.
✔Antara julat tersebut, kadar pertukaran akan menentukan
negara mana yang akan mendapat untung paling banyak
daripada perdagangan.
🞂 Oleh itu, nilai kadar pertukaran memainkan peranan
penting dalam menentukan syarat perdagangan sesebuah
negara.

30
Kadar Pertukaran
Kadar pertukaran dan aliran perdagangan
•Menerangkan bagaimana perubahan kadar pertukaran antara
dua buah negara boleh menukar arah aliran perdagangan.
•Sebagai contoh, andaikan China dan Malaysia sama sama
mengeluarkan kacang tanah dan tesktil , kualiti barang
tersebut di kedua dua buah negara diandaikan sama dan kos
pengangkutan diandaikan kosong untuk memudahkan
kefahaman .

31 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Kadar Pertukaran
Kadar pertukaran dan aliran perdagangan
● Jadual 11.2 menunjukkan harga barang tersebut di
kedua-dua buah negara sebelum berdagang.

32
33
Kadar Pertukaran

Kadar pertukaran dan faedah berbanding


🞂 Sekiranya harga barang menggambarkan penggunaan sumber dan
sumber boleh dipindahkan dari sektor ke sektor yang lain, maka
kos lepas kacang tanah dan tekstil boleh dikira di kedua-dua buah
negara.
Jadual 11.4 Kos Lepas (per kg) Kacang Tanah dan (semeter)
Tekstil di China dan Malaysia

34 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Kadar Pertukaran

Kadar pertukaran dan faedah berbanding

-Sekiranya kadar pertukaran di luar julat yang menguntungkan


kedua-dua negara, perdagangan akan menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku dalam negara yang terlibat.
-Contohnya, apabila kadar pertukaran berada pada RM 1 =1RMB,
China akan mengimport kedua- dua barang dari Malaysia.
-Maka, pengeluar domestik China akan mengalami pengecutan
sektor dan mengurangkan pendapatan negara dan mungkin akhirnya
tidak boleh mengimport .

35
Kadar Pertukaran

Kadar pertukaran dan faedah berbanding

- Bagi pengeluar di Malaysia pula mengalami pengembangan dalam


kedua- dua sektor dan meningkatkan kos pengeluaran barangnya
kerana semakin berkurang sumber ada untuk memenuhi permintaan.
- Sebaliknya, apabila kadar pertukaran berada pada RM 1 =3RMB
industri di Malaysia akan mengecut dan industri di China akan
mengembang.

36
Kadar Pertukaran

Kadar pertukaran dan faedah berbanding

-Ia juga akan menyebabkan ketidakseimbangan berlaku dalam


kedua- dua negara tersebut, yang mana akhirnya akan menghapus
kan perdagangan.
-Negara yang mengalami pengecutan industri akan berkurang
pendapatan negara dan kurang berkemampuan untuk mengimport
barang dari luar negara.
-Negara yang mengalami pengembangan industri pula akan
mengalami peningkatan kos pengeluaran kerana penggunaan
sumber yang meningkat menyebabkan harga input meningkat.

37
Kadar Pertukaran

Alasan lain kewujudan perdagangan dan arah aliran


perdagangan

➢ Selain faedah berbanding, skala ekonomi juga merupakan


satu faktor yang menentukan kewujudan dan arah aliran
perdagangan.
➢ Apabila firma mengeluarkan barang pada kadar yang banyak,
firma tersebut akan mengalami kos seunit output yang
semakin rendah. Oleh itu, mereka mempunyai kelebihan kos
yang lebih rendah di pasaran dunia dan seterusnya menarik
permintaan luar terhadap barang mereka.
38 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
➢ Faktor-faktor lain yang boleh dikaitkan dengan sebab
kewujudan perdagangan dan arah alirannya termasuklah
faktor bukan ekonomi, seperti faktor politik, sosial dan
budaya.

39
Sekatan Perdagangan
🞂 Sekatan perdagangan merupakan perlindungan, iaitu amalan
melindungi sesebuah sektor ekonomi tempatan daripada
persaingan asing.
🞂 Terdapat berbagai bentuk sekatan atau halangan
perdagangan.
🞂 Antara BENTUK SEKATAN yang biasa digunakan adalah:
a) Tarif
b) Kuota
c) Subsidi eksport
d) Syarat kandungan tempatan
e) Halangan teknikal
f) Kawalan harga dan pertukaran
40 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
• Tarif
-cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barang dan
perkhidmatan yang diimport.
- Kesannya, harga import menjadi lebih mahal dan permintaan
import menurun.

• Kuota
- tindakan kerajaan mengehadkan kuantiti maksimum barang atau
perkhidmatan yang boleh diimport dari luar negara untuk satu
tempoh masa tertentu.
-Permintaan import terhad.

• Subsidi Eksport
Bantuan kewangan daripada kerajaan kepada pengeluar yang
berorientasikan eksport.

41 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Sekatan Perdagangan
Antara BENTUK SEKATAN yang biasa digunakan adalah:
g) Lambakan
h) Dasar perolehan
i) Pengaturan harga antarabangsa
j) Kawalan pertukaran asing
k) Sekatan langsung dan tidak langsung ke atas pelaburan
l) Penilaian kastam
m) Embargo

42 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
• Lambakan
jualan produk kepada a harga yang lebih rendah dengan matlamat
bahagian pendapatan pasaran . Amalan ini dipertimbangkan tidak adil
kerana ia bertujuan untuk menghapuskan pesaing.

• Dasar perolehan
proses mendapatkan sesuatu keperluan drpd pihak ketiga dengan
menggunakan wang yang telah diperuntukkan, mengikut undang-
undang, peraturan dan garis panduan yang ditetapkan serta ambil kira
prinsip dan dasar semasa kerajaan berkaitan

43 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
• Kawalan pertukaran asing
tindakan kerajaan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing.
Bank pusat mengawal terhadap jumlah pelbagai mata wang asing
yang dapat dibeli oleh pengimport tempatan.Cara penentuan kadar
pertukaran asing:
(i) Sistem boleh ubah
(ii) Sistem tetap

• Penilaian kastam
penilaian ke atas barangan import, eksport, barangan bercukai jualan

• Embargo
Dasar pemulauan yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap import
dari negara tertentu.
- Contoh: barang dari negara Israel, senjata api dan dadah

44 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Perdagangan Bebas atau Perlindungan

HUJAH UNTUK PERDAGANGAN BEBAS

🞂 Perdagangan berpotensi memberi faedah kepada semua


negara.
🞂 Selalunya ia dikaitkan dengan harga yang lebih murah untuk
pengguna.
🞂 Sekatan akan menyebabkan kehilangan kecekapan kerana ia
memberi perlindungan kepada industri yang kurang efisyen.
🞂 Industri tersebut bersaing di pasaran dunia atas dasar yang
tidak adil.

45 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Perdagangan Bebas atau Perlindungan

HUJAH UNTUK PERLINDUNGAN

Antara alasan & hujah tersebut adalah seperti berikut:


Antara alasan & hujah tersebut adalah seperti berikut:
i) Perlindungan bertujuan menyelamatkan pekerjaan.
- Sebahagian pekerja diberhentikan disebabkan pembelian kereta luar negara lebih
banyak berbanding dalam negara
ii)-Sesetengah negara terlibat dengan amalan perdagangan yang tidak adil.
-pihak yang tertindas boleh mengetengahkan kepada WTO agar tiada yg tertindass
iii) Buruh asing yang murah menyebabkan persaingan tidak adil.
iv)Perlindungan menjaga keselamatan negara kerana sebahagian industri adalah penting
untuk pertahanan negara.
-Elak menghadapi masalah penawaran
46 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Perdagangan Bebas atau Perlindungan

HUJAH UNTUK PERLINDUNGAN

Antara alasan & hujah tersebut adalah seperti berikut:

v. Mengurangkan pergantungan kepada negara lain.


-negara kecil bergantung dengan negara besar (mempunyai faedah
berbanding)
vi. Perlindungan untuk alam sekitar.
-Tiada kawalan alam sekitar yang baik
vi. Melindungi industri muda sehingga ia boleh bersaing dan berdikari.

47 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Masalah Perlindungan

🞂 Perlindungan kebiasaannya akan meningkatkan harga dan


mengehadkan pilihan barang.
🞂 Di samping kos langsung kepada pengguna ini, terdapat
beberapa masalah lain yang timbul.
🞂 Sebahagiannya merupakan kesan langsung manakala
sebahagian yang lain adalah kesan tidak langsung dan kesan
jangka panjang.

48 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Masalah Perlindungan
PERLINDUNGAN SEBAGAI “KEDUA TERBAIK”

🞂 Perlindungan bukanlah merupakan cara terbaik untuk


mengatasi masalah ketidakcekapan domestik kerana ia
mempunyai kesan sampingan.
🞂 Sebagai contoh, menggunakan tarif untuk melindungi
industri lama yang tidak cekap daripada persaingan luar
mungkin menghalang pengangguran dalam sektor tersebut,
tetapi pengguna terpaksa menanggung harga yang tinggi.
🞂 Penyelesaian yang lebih baik adalah untuk mengeluarkan
subsidi latihan semula dan subsidi pelaburan dalam bidang
industri baru yang cekap, iaitu industri yang mempunyai
faedah berbanding.
🞂 Dengan cara ini, pengangguran dapat dielakkan dan
pengguna tidak terjejas.
49 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Masalah Perlindungan
TINDAK BALAS

🞂 Sekiranya Malaysia mengenakan sekatan ke atas barang


import dari Indonesia, sudah pasti Indonesia juga
mengenakan sekatan terhadap import dari Malaysia.
🞂 Peningkatan penggunaan tarif dan sekatan lain boleh
menyebabkan berlakunya peperangan perdagangan di mana
setiap negara akan cuba mengurangkan import dari negara
rakan dagangannya.
🞂 Apabila keadaan ini berlaku, tiada negara yang ingin
mengimport dan akan menyebabkan tiada negara boleh
mengeksport.
🞂 Akhir sekali semuanya rugi.

50 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Masalah Perlindungan
PERLINDUNGAN MUNGKIN MENYEBABKAN
SYARIKAT KEKAL TIDAK CEKAP

🞂 Mengurangkan persaingan kepada industri tempatan dengan


mengadakan sekatan perdagangan mungkin akan
menyebabkan firma domestik kurang berminat untuk
mengurangkan kos atau menginovasi kerana selesa dengan
pasaran tempatan yang dilindungi daripada persaingan
tersebut.
🞂 Oleh itu sekiranya perlindungan diberikan kepada industri
muda, kerajaan mesti pastikan bahawa industri tersebut
menjadi lebih matang untuk bersaing dalam tempoh yang
ditetapkan.
51 EPPD1023 MAKROEKONOMI I
Masalah Perlindungan
PENDAPAT UMUM TERHADAP PERDAGANGAN
ANTARABANGSA
🞂 Kebanyakkan para ekonomi lebih cenderung kepada
perdagangan bebas tapi masih terdapat golongan yang
cenderung dan berterusan menggalakkan perlindungan.
🞂 Selalunya undang-undang perlindungan dikaitkan dengan
kepentingan politik dan kumpulan berkepentingan tertentu.
🞂 Namun, data daripada Dana Monetari Antarabangsa
menunujukkan jumlah perdagangan yang semakin meningkat
terutamanya selepas tertubuhnya pertubuhan antarabangsa
WTO yang menggalakkan perdagangan bebas.
52 EPPD1023 MAKROEKONOMI I

You might also like