Professional Documents
Culture Documents
Suku Kaum Bajau Samah
Suku Kaum Bajau Samah
b) SERUAN
Majlis seruan atau dikenali sebagai bertunang diadakan di rumah pihak perempuan dan tempoh bertunang serta
tarikh perkahwinan akan dibincangkan.
c) NORONG DAN MALAD
Majlis menghantar berian (hantaran) daripada pihak lelaki kepada pihak
perempuan. Ketika upacara ini, kaum keluarga yang terdekat pihak lelaki akan
membawa hantaran yang dipersetujui ke rumah pihak perempuan dan seterusnya
menetapkan tarikh perkahwinan.
b) MEMANDIKAN JENAZAH
Adat memandikan jenazah hanya dilaksanakan tukang mandi tradisi yang berpengetahuan dalam bidang tersebut. Ada
empat tukang mandi dengan fungsi masing-masing. Perkara utama yang dilakukan tukang mandi akan berbisik kepada
si mati untuk meneruskan perjalanannya ke alam baharu. Contoh bisikan yang digunakan “dong kou bimbang-bimbang,
luman jo kou”. Maksudnya “jangan kau bimbang-bimbang jalan saja kau”. Ketika upacara ini dilakukan, jenazah akan
diletakkan di atas pokok pisang. Selesai proses, ahli keluarga tidak lagi dibenarkan melihat jenazah.
MENGKAFANKAN JENAZAH
Upacara ini digelar sebagai tungkus. Sebaik selesai dikafan, jenazah akan diletakkan di dalam
sangkab-sangkab (keranda).
MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH
Selesai memandi dan mengkafan, jenazah akan disembahyangkan sebagai fardu kifayah yang
dituntut dalam syariat islam. Upacara ini juga bertujuan menyempurnakan proses pengurusan
jenazah.
MENGHANTAR DAN MENGEBUMIKAN JENAZAH
Sebelum upacara menghantar, jenazah akan diangkat ke luar atau ke bawah rumah dan ahli
keluarga si mati akan pelimpas atau berjalan tiga kali di bawah sangkab-sangkab sebagai
simbol memberitahu si mati bahawa sudah terpisah beliau dari keluarganya yang masih hidup.
Bertujuan bagi mengelakkan ‘gangguan’ si mati.
Ketika perjalanan menghantar jenazah ke tanah perkuburan, ahli keluarga dan tetamu tidak
digalakkan bercakap dan ahli kelurga dilarang meratapi walaupun masih dalam kesedihan.
MENTALKINKAN JENAZAH
Selesai pengebumian, upacara talkin dilaksanakan sebagai tanda keinsafan mereka yang
masih hidup bahawa mereka juga akan melalui kematian suatu hari nanti.
◦ UPACARA DAN AMALAN SELEPAS PENGEBUMIAN
c) NGEDUANG
Kenduri arwah kecil-kecilan untuk si mati kebiasaannya dibuat selama tujuh hari tujuh
malam. Walau bagaimanapun, pada hari ketiga, tujuh, 10 dan 20 kendurinya lebih besar
dan jemputan melebihi dari kebiasaannya.
PAKAIAN TRADISI
◦ Pakaian tradisi etnik ini kebiasaannya dipakai semasa
majlis perkahwinan, meraikan lawatan para pemimpin,
acara-acara adat dan lain-lain.
◦ Etnik Bajau mengemari warna garang seperti, warna merah
dan juga jenis yang terang seperti hijau dan kuning. Namun
warna gelap seperti hitam dan biru juga digunakan.
◦ Berdasarkan gambar, wanita menggayakan blaus badu
sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher
mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau
menggayakan baju potongan cekak musang, seluar,
samping dan destar. Pakaian lelaki dari kain satin berhias
renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi
mandapun dan tali pinggang.
MUZIK TRADISI
◦ Muzik betitik merupakan satu genre instrumental yang dimainkan
ketika acara berbentuk keramaian seperti majlis perkahwinan.
◦ Musik betitik mempunyai dua rentak yang dinamakan ayas serta titik.