Kajian Kes Sejarah

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Kajian

Kes
Sejarah
Tingkatan
Nama : Nasyatul Filza Aqma Binti Khairuddin
K e l a s : 5 Ta s a w w u r

5
Guru : Mazni Aida binti Amir

Ta j u k : B A B 3 - R a j a B e r p e r l e m b a g a a n D a n D e m o k r a s i B e r p a r l i m e n
(3.2) Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja
a.} Pernyataan
Masalah
Majlis Raja-Raja yang bermula dengan pembentukan
Durbar merupakan sebahagian daripada institusi Raja
Berperlembagaan di negara kita. Bincangkan,

• Penubuhan Majlis Raja-Raja semasa


Persekutuan Tanah Melayu 1948

• Kesan kebaikan penubuhan Durbar kepada


Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

• Berdasarkan sejarah kronologi kedudukan Majlis Raja-Raja


dalam institusi beraja di Malaysia, apakah iktibar yang
sewajarnya diambil sebagai individu yang menetap
di Tanah Melayu
b.} Kajian
Literatur Jurnal

Menurut Abdul Monir Yaacob (1996), pemerintahan beraja memang telah sedia wujud dalam sistem
sosial di negeri-negeri Melayu sejak berabad-abad lamanya. Menurut sistem beraja ini, raja mempunyai
kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-
pembesar yang dilantik khususnya sebelum penjajahan Inggeris. Walaupun berada dalam penjajahan
British, sultan-sultan merupakan pemerintah yang berdaulat dan memiliki kuasa penuh di dalam negeri
masing-masing. Namun pada masa yang sama, dalam beberapa perjanjian dengan British, sultan perlu
untuk menerima nasihat daripada pegawai British yang dilantik sebagai Penasihat British kecuali yang
menyentuh tentang agama Islam. Kedudukan Institusi Beraja ini kemudian diperkukuhkan lagi dalam
Perlembagaan Persekutuan 1957 menerusi konsep Raja Berperlembagaan.

Manakala yang dinyatakan oleh Mohd Salleh Abas (1985) bahawa institusi Beraja ini termasuk sebagai
unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan dan merupakan sebahagian daripada 122 Nazri Muslim
kontrak sosial dalam kalangan rakyat Malaysia. Unsur–unsur tradisi ini merangkumi agama Islam,
kedudukan istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu dan institusi beraja.
Audiovisual

Selain itu, melalui saluran TV3 MALAYSIA OFFICIAL di


https://www.youtube.com/watch?v=dcsZWWAECZ8
juga mengatakan perkara 38 perlembagaan Malaysia
dimana Majlis Raja-Raja ditubuhkan sebagai tempat
Raja-raja dan Yang Di-pertua Negeri bertemu dan
berbincang. Ia juga menyatakan ia dianggotai oleh
sembilan Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua
Negeri, dimana mesyuarat yang diadakan hanya layak
diperengusikan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
dan mengikut giliran yang ditetapkan oleh majlis.

Selain bertindak sebagai kuasa tertinggi dalam hal


ehwal islam, Majlis Raja-raja Melayu turut mempunyai
tugas yang tertentu seperti memilih Yang di-Pertuan
Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Dimana
Majlis Raja-Raja Melayu turut memainkan peranan
dalam perkara-perkara dasar negara malahan ia juga
merupakan satu-satunya institusi yang masih wujud di
masa kini sebagai simbol perpaduan negara.
SuratKhabar

Melalui bacaan saya dalam


suratkhabar Utusan Malaysia
bertarikh 1 Februari 2019, ada
menyatakan ulang tahun mengenai
sejarah penubuhan Majlis Raja-Raja
dimana tertubuhnya Perseketuan
Tanah Melayu pada Tarikh 1 Februari
1948 ini adalah daripada hasil
kemenangan orang Melayu yang
menentang Malayan Union yang
ditubuhkan pada 1 April 1948.
c.} Objektif
Kajian
• P : Mengetahui perubahan pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948

• K : Mengenalpasti kesan pembentukan Durbar kepada

orang Melayu

• N : Merasa syukur akan sistem yang diwujudkan oleh


Majlis Raja-Raja pada negara
d.} Kaedah
Kajian
• Kaedah Analisis Dokumen
- Saya telah merujuk kepada dokumen
file:///C:/Users/Nasyatul/Downloads/Sejarah_Perkembangan_Majlis_Raja_Raja_Me.pdf
bagi memastikan fakta yang digunakan melaksanakan kajian kes

• Kaedah Audiovisual
- Saya menggunakan audiovisual dengan menonton video yang berkaitan dengan
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Maklumat yang diperolehi ini dapat
membantu saya melaksanakan kajian kes ini.

• Kaedah Melayari Internet


- Saya menggunakan kemudahan internet yang terdapat dalam negara kita untuk mengkaji
tajuk yang dipilih dan dijadikan sebagai sumber rujukan.
Salah satunya ialah portal rasmi https://www.academia.edu/
e.} Sumber
Rujukan
Laman Sesawang

• https://www.academia.edu/36668077/PERBANDINGAN_SISTEM_BERAJA_PRESIDEN_DAN_PERLEMBAGAAN_docx

• file:///C:/Users/Nasyatul/Downloads/Sejarah_Perkembangan_Majlis_Raja_Raja_Me.pdf

• https://core.ac.uk/download/pdf/33342623.pdf

Buku

• Buku Sejarah Tingkatan 5 KSSM,


Penulis Dr. Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hasan, Ishak bin Saidoo

Video/Audiovisual
• https://www.youtube.com/watch?v=dcsZWWAECZ8
f.} Analisis
Data Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 dengan mengalami
perubahan dimana Persektuan Tanah Melayu dibentuk bagi
menggantikan Malayan Union. Perjanjian Perseketuan 1948 telah
memperuntukkan penubuhan Majlis Raja-Raja Negeri Melayu atau dikenali
sebagai ‘Conference of Rulers‘ . Majlis Raja-Raja diurus sepenuhnya oleh Raja-
raja Melayu yang menerintah di setiap negeri-negeri Melayu dalam Perseketuan
Tanah Melayu.

Persidangan Majlis Raja-raja perlu disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
untuk memeterai keputusan persidangan. Sekiranya terdapat raja yang tidak dapat
hadir dalam persidangan ini, wakil dari Majlis Diraja Negeri yang terdiri daripada
pewaris takhta atau individu yang diberi kuasa oleh raja untuk hadir bagi pihaknya
perlu hadir dalam persidangan yang ditetapkan.

Raja-raja Melayu juga diberi hak dan kuasa untuk mendapat penerangan dari
Pesuruhjaya Tinggi British mengenai penggubalan undang-undang dan dasar
Kerajaan Persekutuan.
Kebaikan penubuhan Durbar kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) adalah
dimana hak istimewa orang Melayu terpelihara. Durbar telah menggesa pentadbiran
British di Negeri-negeri Melayu bagi menyediakan bantuan kewangan kerajaan bagi
orang Melayu. Hal ini supaya membolehkan orang Melayu melanjutkan pelajaran di luar
negara seperti England dalam bidang-bidang penting, contohnya undang-undang,
pertanian, perubatan dan kejuruteraan.

Durbar juga turut digunakan oleh Raja-raja bagi mengsahihkan tafsiran ‘Melayu’ sebagai
salah satu cara untuk melindungi kepentingan orang Melayu. Dimana, Raja-raja Melayu
telah berkenan untuk menetapkan kewargenegaraan orang Melayu yang telah menetap di
Tanah Melayu melalui persidangan Durbar pada tahun 1937, termasuklah mereka yang
lahir di Tanah Melayu mahupun ibubapanya yang telah berhijrah dari mana-mana
kepulauan Melayu.

Dengan penubuhan Durbar di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB),


Raja-raja Melayu telah melindungi hak isitmewa orang Melayu di Tanah Melayu.
Sebagai individu yang menetap di Tanah Melayu seharusnya percaya bahawa tanpa
kewujudan Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen ini, tidak akan
tercapai kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial. Dimana
individu haruslah menunjukkan ketaatan dengan memupuk amalan prinsip kesetiaan
kepada Raja dan Negara seperti dalam Rukun Negara di kehidupan seharian. Individu
juga haruslah menjaga kedaulatan negara kerana ia merupakan keunggulan sistem
pemerintahan yang menjamin kesejahteraan rakyat sehingga hari ini.

Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan kesejahteraan hidup yang kita
perolehi kerana tanpa institusi Raja Berperlembagaan di negara kita, kemungkinan
hak istimewa orang Melayu tidak dapat diperolehi malah kesejahteraan hidup juga
akan menjadi huru-hara tanpa undang-undang
dan kedaulatan negara.
g.} Laporan
Kajian
Setelah menyiapkan tugasan Kajian Kes Sejarah Tingkatan 5, Bab 3 Raja Berperlembagaan dan
Demokrasi Berparlimen, Subtopik Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-Raja, saya banyak
menambah ilmu pengetahuan. Melalui kajian ini, saya telah mengetahui bagaimana sebenarnya
Majlis Raja-Raja tertubuh dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB). Kajian ini juga telah
memberikan saya maklumat bahawa tanpa persidangan Durbar kemungkinan hak orang-orang
Melayu tidak dapat dijaga. Selain itu, saya juga mendapat kesedaran dimana sebagai rakyat yang
menetap di Tanah Melayu haruslah menpertahankan kedaulatan negara kerana ia mampu
menghalang dari campur tangan dari kuasa luar. Saya telah mengalami pengalaman yang amat
berguna dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah dan juga mengkaji bab ini.

Oleh demikian, harapan saya agar seluruh rakyat Malaysia dapat menerapkan rasa patriotisme
terhadap kedaulatan negara serta menghargai segala perjuangan tokoh-tokoh negara yang telah
bertungkus-lumus mengejar kemerdekaan untuk negara kita. Semangat nasionalisme dan
patriotisme yang mendalam amat penting, dengan rakyat dituntut agar menjadi mata dan telinga
kerajaan di peringkat akar umbi di kawasan masing-masing.
TAMAT

You might also like