Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 17

TEKS JURUACARA

PERHIMPUNAN
KOKURIKULUM
SK INTAN PERDANA

Catatan:
Tulisan hijau dibaca oleh parade komandan
Tulisan hitam dibaca oleh pengacara majlis
tulisan biru merupakan makluman pergerakan majlis perhimpunan
SUSUN ATUR PERHIMPUNAN
KOKURIKULUM
BARISAN PENTADBIR DAN GURU

Parade Komandan

Ketua-ketua Platun

Kadet-kadet

MURID-MURID TAHAP 1
 Parade komadan di hadapan sekali.
 Ketua platun di depan pasukan
 Murid beratur mengikut pasukan masing-masing
 Murid-murid lain turut sama berdiri dalam keadaan senang diri.
Senarai Pentadbir

• En Ahmad Zabrin Bin Zainal, Guru Besar SK Intan Perdana

Jika Guru Besar tiada akan digantikan oleh pentadbir yang lain:
• Puan Suzalina Binti Abdul Karim, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
• Puan Salina Binti Hamdan , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
• En Suardihazali Bin Ismail, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
(Murid dan guru berada pada kedudukan masing-masing)
(GPK Kokurikulum mengiringi Guru Besar naik ke atas pentas)

•Mengumumkan ketibaan yang berusaha….


•En Ahmad Zabrin Bin Zainal, Guru Besar SK Intan Perdana

•1.TABIK HORMAT

(Parade komandan beri hukuman) Baris, baris... Sedia


(Parade komandan beri hukuman) hormat, hormat, hormat ke hadapan
hormat
(Parade komandan dan semua ketua platun tabik hormat dalam kiraan1,2,3
potong - murid lain tidak perlu).

(Nyanyian Lagu Negaraku dinyanyikan sejurus muzik dimainkan)


2. PARADE KOMANDAN MELAPOR
(Parade komandan berjalan, berhenti dan tabik kepada GB lalu melapor)
•Assalamualaikum Tuan/Puan,
•Pasukan Beruniform Sekolah Kebangsaan Intan Perdana, siap sedia untuk
perhimpunan bulanan kokurikulum, tuan.
(selepas mendapat kebenaran Guru Besar Parade Komandan tabik sekali
lagi dan ucap terima kasih ).
Terima kasih Tuan.
(Parade komandan berpusing, berjalan ke arah pasukan dan berpusing
mengadap pentas)
(Guru Besar Kembali ke tempat duduk)
Bismilahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera,
salam ABC 2.0 Ambil Peduli Bina Hubungan Cipta Kejayaan,Salam PD
Win 2.0 Muafakat Sejahtera
• Yang Berusaha, En Ahmad Zabrin Bin Zainal
• Guru Besar Sekolah Kebangsaan Intan Perdana
• Yang dihormati,, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
• Puan Suzalina Binti Abdul Karim
• Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
• Puan Salina Binti Hamdan
• En Suardihazali Bin Ismail
• Guru Penolong Kanan Kokurikulum
• Guru-guru Dan rakan-rakan sekalian.
• Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita
berkumpul bersama-sama dalam perhimpunan bulanan Kokurikulum
peringkat Sekolah Kebangsaan Intan Perdana.

• Bagi memberkati perhimpunan pada pagi ini, marilah sama-sama kita


mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh ____________________ dari
pasukan unit beruniform _____________________.
• (sebelum bacaan doa, parade komandan beri hukuman, baris..baris sedia.
• Sebelum pembaca doa memulakan bacaan doa, Parade komandan beri
hukuman “AP”)
• (murid bertugas membaca doa)
• (Selepas bacaan doa, parade komandan cakap “AP” )

• Terima kasih diucapkan kepada __________________ atas bacaan doa itu


tadi.
• Yang berusaha Tuan Guru Besar serta Hadirin yang dirahmati Allah,

• Perhimpunan diteruskan dengan bacaan ikrar kokurikulum dipimpin oleh


___________________________________ ahli unit beruniform
__________________ yang bertugas.

(parade komandan sebut “AP” sebelum bacaan ikrar)


(Bacaan ikrar yang akan diikuti oleh semua murid)
(Parade komandan sebut “AP” selepas bacaan ikrar) dan beri arahan senang
diri.

• Terima kasih diucapkan kepada ____________________atas bacaan ikrar


kokurikulum itu tadi.

• Dijemput semua guru dan murid duduk.


• Acara perhimpunan bulanan kokurikulum diteruskan dengan
mempersilakan _____________________________________,
guru bertugas minggu ini untuk menyampaikan laporan.

• Terima kasih diucapkan kepada ________________________________.


guru bertugas minggu ini atas ucapan yang disampaikan.
• Seterusnya, dijemput En Ahmad Zabrin Bin Zainal untuk menyampaikan
ucapan.

• Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan yang
disampaikan.

• guru-guru dan rakan- rakan sekalian,

• Sebagai halwa telinga kita semua, marilah sama-sama kita nikmati


persembahan daripada __________ahli unit beruniform___________.
Beliau akan menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk_______.
• Dipersilakan .
• Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diucapkan kepada _________atas
persembahan menarik itu tadi.
• Yang berusaha Guru Besar dan hadirin sekalian,
• Majlis diteruskan dengan penyampaian Watikah Pelantikan kepada guru-guru
Penasihat.
• Untuk itu dijemput Encik Ahmad Zabrin Bin Zainal diiringi Puan Suzalina, untuk
menyampaikan watikah Unit Kokurikulum bagi tahun 2022/2023.
• Penyampaian watikah dimulakan dengan mempersilakan,
• Puan Norhayati Abdullah, Penyelaras Unit Beruniform SK Intan Perdana.
• Seterusnya dipersilakan, En Mohd Adam, Penyelaras Kelab Permainan.
• Dipersilakan, Puan Nurul Izzatei Shaadah Binti Ramli, Penyelaras Kelab dan
Persatuan.
• Diteruskan dengan penyampaian Watikah kepada:
• Pn Hafizan Bt Adnan, Ketua Pemimpin Tunas Kadet Remaja Sekolah
• En Mohammad Bin Ibrahim, Ketua Pemimpin Pengakap
• Pn Maslida Bt Mohamad Suddin Ketua Pemimpin Pergerakan Puteri Islam
Malaysia
• Pn Nur Fatiha Bt Abd Razak Ketua Pemimpin Pandu Puteri Tunas.

• Bagi Kelab Persatuan,


• Dipersilakan PN.Nor Hak’k Binti Zakaria, Ketua Penasihat Persatuan Bahasa
Melayu
• Pn. Nurhidayahni Bt Jasni , Ketua Penasihat Persatuan Bahasa Inggeris
• Pn Nik Khadijah Bt Mat Rashid , Ketua Penasihat Kelab Sains, Teknologi,
Kejuteraan dan Matematik (STEM)
• Pn Nor Hanani Bt Kadimon, Ketua Penasihat Kelab Doktor Muda
• Pn Salniza Bt Abdul Manap , Ketua Penasihat Kelab Muzik Dan Kebudayaan
• Pn Maziah Bt Muhammad, Ketua Penasihat Keusahawanan muda
• En. Mohd Khairulhusri Bin Shariffudin Ketua Penasihat Persatuan Agama
Islam.
• Pn. Noor Hasniza Bt Alias, Ketua Penasihat Kewartawanan dan fotografi
• En Mohd Adzmi Adzim B Poniran, Ketua Penasihat Inovasi Dan Rekacipta

• Bagi Kelab Permainan, dipersilakan,


• Pn Nurul Izzatei Shaadah Bt Ramli, Ketua Penasihat Kelab Bola Jaring
• Pn Nor Rohana Binti Osman , Ketua Penasihat Kelab Bola Baling
• Pn Norliyana Bt Isa, Ketua Penasihat Kelab Bola Sepak
• _________________, Ketua Penasihat Kelab Hoki
• En Syed Zaharishah B Syed Musa, Ketua Penasihat Kelab Olahraga.
• Cik Zuliana Bt Zulkifli, Ketua Penasihat Kelab Memanah
• ______________ Ketua Penasihat Kelab Ragbi.
• Pn Nurul Athirah Izzati Gololing Abdullah, Ketua Penasihat Kelab Golf.
• Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas kesudian
menyampaikan hadiah.
• Sebelum kita bersurai, diminta semua berdiri untuk menyanyikan lagu
rasmi unit beruniform Pengakap.
• parade komandan beri arahan baris, baris sedia.
• Murid menyanyikan lagu.
• Selepas nyanyian pengacara menjemput guru besar menerima tabik
hormat.
• Dijemput Tuan Guru Besar untuk menerima tabik hormat keluar baris.
• dijemput parade komandan memberi tabik hormat keluar baris .
dipersilakan.
3. PARADE KOMANDAN MELAPOR KELUAR BARISAN
•Parade komandan berjalan, berhenti dan tabik kepada GB lalu melapor :
•Assalamualaikum Tuan, Majlis telah selesai. Mohon kebenaran
menjalankan tugas yang lain puan.
•Parade Komandan tabik sekali lagi dan ucap terima kasih, tuan (selepas
mendapat kebenaran Guru Besar)
•Parade komandan berpusing, berjalan ke arah pasukan dan beri arahan
keluar baris.
•dengan berakhirnya sesi melapor keluar barisan, maka tamatlah
perhimpunan bulanan kokurikulum pada pagi ini.
•Sekian, wabilahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatulllah
hiwabarakatuh.
Perkara: perhimpunan kokurikulum
Tarikh/Hari:
Penyelaras: Cikgu Mohd Wafiq b. Omran
Unit bertugas: Pengakap
Aturcara majlis:
7.40 pagi:
ketibaan Guru Besar
Nyanyian Lagu Negaraku
Ucapan aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa
Bacaan Ikrar Kokurikulum
Ucapan Guru Bertugas Minggu lalu ***
Ucapan Guru Bertugas minggu ini ***
Ucapan Guru besar
Persembahan Murid
Penyampaian Watikah Unit Kokurikulum Tahun 2022/ 2023
Nyanyian lagu rasmi Pengakap
8.10 pagi:
Bersurai

*** boleh ditiadakan

You might also like