Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 26

KEGIATAN

KEUSAHAWANAN
YANG HARAM

:Disediakan oleh

Siti Rafidah binti Mohd Faudzi


Pensyarah Pengajian Islam
Jabatan Pengajian Umum
Kolej Poly Tech Mara Bangi
KANDUNGAN

Definisi jual beli


Jual beli yang haram dan tidak sah
Jual beli yang haram tetapi sah
Jual beli melibatkan riba
Prinsip Islam berhubung dengan halal
dan haram
Kesimpulan
PENGERTIAN

Jual beli (al-bai’) ialah pertukaran


sesuatu yang berharga dan bermanfaat
dengan sesuatu yang berharga dan
bermanfaat yang lain supaya kedua-dua
pihak dapat memperolehi apa yang
dihajati.
JUAL BELI YANG HARAM
DAN TIDAK SAH
Jual beli yang dilakukan adalah haram dan
berdosa kerana ia tidak menepati rukun-rukun
dan syarat-syarat jual beli.
Antara contoh jual beli ini ialah :
(a) Jual beli secara riba – contohnya dalam
pertukaran mata wang dan jual beli bahan
makanan apabila ditukar bahan yang sama jenis
tanpa persamaan sukatan atau secara tidak tunai
(b) Jual beli bahan najis kecuali ada manfaat
yang diharuskan syarak – contohnya najis
binatang untuk dibuat baja
(c) Menjual anak binatang yang masih dalam
kandungan ibunya
Keuntungan melalui industri baja juga boleh
dilakukan melalui akad atau kontrak ujarah,
iaitu pengambilan upah ke atas sesuatu
perkhidmatan. Contohnya, upah diberi
kepada pemilik baja atas dasar upah
mengumpul, memaket, mengangkut dan
.menguruskan baja tersebut
‫صلَّى هللاُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َعنْ َأ ْك ِل ْال َجاَّل َل ِة‬
َ ِ ‫َن َهى َرسُو ُل هَّللا‬
‫َوَأ ْل َبا ِن َها‬

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang


daripada memakan haiwan Jallalah dan
.susu-susu daripada haiwan berkenaan
Hadis riwayat Imam Abu Daud
Meskipun hadis berbentuk
larangan, namun larangannya
bersifat makruh tanzih kerana
kuantiti najis itu tidak cukup
banyak untuk mengubah daging
itu, justeru ia tidak menjadi
.haram
…Sambungan
(d) Menjual buah-buahan yang masih di
pokok kecuali telah jelas masaknya
(e) Menjual sesuatu yang tidak boleh dilihat
dan tidak boleh diterima (majhul) –
contohnya jual ikan di laut, burung di udara
(f) Jual beli secara sentuhan, campak atau
membaling batu kerana wujud unsur
perjudian
(g) Jualan yang melibatkan wang
pendahuluan (deposit) yang tidak akan
dikembalikan jika tidak jadi beli
(h) Jual beli yang melibatkan unsur penipuan
atau perjudian
JUAL BELI YANG HARAM
TETAPI SAH
Jual beli sah dari segi rukun dan syarat, tetapi
terdapat perkara negatif yang boleh membawa
kepada kemudaratan.
Antara jenis jual beli ini ialah :
(a) Membeli barang dengan harga lebih mahal
daripada harga pasaran biasa
(b) Menyekat pedagang dari desa di
pertengahan jalan sebelum mereka sampai ke kota
dan tidak mengetahui harga sebenar di pasar lalu
dibeli barang itu dengan harga yang murah
…Sambungan
(c) Membeli barang keperluan ramai untuk
disimpan atau disorok sedangkan
masyarakat memerlukannya.MONOPOLI
(d) Menjual sesuatu barang yang akan
digunakan oleh pembeli untuk tujuan maksiat
(e) Menjual hamba atau binatang yang akan
menyebabkan berlakunya pemisahan
antara ibu dan anak yang masih kecil
…Sambungan
(f) Jual beli yang dilakukan ketika azan
pada hari Jumaat sehingga selesai solat
(g) Jualan secara tipu atau kecoh – contoh
seorang penjual secara sengaja
meletakkan barang yang baik di
bahagian atas longgokan jualannya
sedangkan di bawahnya adalah barang
yang rosak
Dan perintahkanlah keluargamu
serta umatmu mengerjakan solat
dan hendaklah engkau tekun
bersabar menunaikannya. Kami
tidak meminta rezeki kepadamu,
(bahkan) Kamilah yang memberi
rezeki kepadamu dan (ingatlah)
kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertakwa.
JUAL BELI MELIBATKAN
RIBA
Menurut bahasa : subur, tumbuh, berkembang
dan meningkat
Istilah : wang tambahan kepada wang pokok,
modal yang mesti dibayar balik oleh peminjam
kepada pemberi pinjam sebagai satu syarat
pinjaman
Riba sinonim dengan perkataan faedah atau
interest yang diamalkan oleh bank
Faedah merujuk kepada:
(a) Bayaran yang dikenakan ke atas pinjaman
yang dibuat oleh pelanggan bank
(b) Bayaran bank kepada para penyimpannya
…Sambungan
Hukum riba – haram dan termasuk dalam dosa
besar
Peringkat pengharaman riba :
(i) Wahyu pertama – aktiviti riba tidak
mendapat keredhaan-Nya, tetapi jual beli
yang mewajibkan zakat akan mendapat
ganjaran pahala besar di sisi Allah
(ii) Wahyu kedua - balasan siksa yang
pedih di akhirat menanti mereka kerana
mengingkari perintah Allah terhadap larangan
memakan riba
…Sambungan

(iii) Wahyu ketiga – penjelasan konsep riba


berganda-ganda iaitu kalau sedikit pun
riba adalah haram, apatah lagi kalau
berganda-ganda
(iv) Wahyu keempat – keterangan
menyeluruh terhadap larangan riba seperti
keadaan azab menimpa mereka
…Sambungan
Hikmah pengharaman riba:
(a) Timbul permusuhan sesama masyarakat
dan menghapuskan semangat kerjasama
(b) Mewujudkan golongan mewah yang
tidak bekerja
(c) Membolehkan orang kaya melemahkan
orang miskin
(d) Terputusnya pertalian makruf sesama
manusia
Jenis-jenis Riba
Riba Jual Beli
Jual beli yang tidak sama timbangan atau sukatan semasa
penyerahan barang tertentu atau mata wang

Mata wang – emas dan perak


Barang
ribawi

Bahan makanan asas – beras,


gandum, jagung, minyak dsb
…Sambungan
Riba Hutang-piutang
Berlaku apabila wujud lebihan yang dijanjikan untuk
diberi kepada pihak pemberi hutang
PERBEZAAN KONSEP
KEUNTUNGAN PERNIAGAAN
DAN FAEDAH RIBA
Konsep pinjam-meminjam adalah berteraskan
kebajikan atau tolong-menolong bukannya
perniagaan.
Perniagaan berteraskan jual beli, sewa, upah dan
sebagainya.
Dalam Islam, untung dan faedah adalah berbeza.
Semua aktiviti yang melibatkan riba tidak
dikatakan perniagaan kerana ia mengutamakan
kepentingan satu pihak sahaja, manakala satu
pihak lagi tertindas.
KESIMPULAN
Umat Islam yang terlibat dalam aktiviti
perniagaan dapat menghindarkan diri daripada
terjebak dalam urusan perniagaan yang dilarang
atau ditegah oleh Allah melalui pengetahuan
yang mendalam tentang perniagaan Islam.
Perniagaan yang melibatkan riba sangat besar
impaknya terhadap masyarakat dan negara.
Melalui perniagaan Islam, seseorang mampu
menjana ekonomi ke mercu kejayaan tanpa
kewujudan perkara yang dilarang.

You might also like