Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

DEKOLONISASI

DI INDIA
PENGENALAN
Proses dekolonisasi bermaksud pembebasan tanah jajahan
dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah jajahan tersebut.
Proses ini berlaku dengan pantas selepas Perang Dunia Kedua.
Dekolonisasi melibatkan bekas tanah jajahan di merata tempat.
Hal ini berlaku apabila Negara-negara Eropah mengalami
kemerosotan ekonomi sehingga tidak mempunyai kekuatan untuk
menguasai tanah jajahan mereka selepas Perang Dunia Kedua.
Desakan hebat daripada penduduk tempatan khususnya golongan
intelek menyebabkan proses dekolonisasi terpaksa dipercepatkan.
LATAR
BELAKANG
Lala Lajpat
Rai Aurobindo
Ghosh

B.G Dekolonisasi di India pada tahun 1905 hingga 1918 dikenali sebagai
Tilak tahap militant kerana munculnya gerakan bersifat radikal yang
memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan terhadap
British. Gerakan ini diketuai oleh B.G Tilak, Lala Lajpat Rai, Bipin
Chandra Pal dan Aurobindo Ghosh. Mereka mencadangkan agar semua
Bipin yang berkaitan dengan British dipulaukan seperti barangan, pendidikan,
Chandra Pal perkhidmatan kerajaan, undang-undang dan mahkamah. Namun,
menjelang tahun 1920, usaha golongan militant tersebut gagal.

Pembabitan Turki dalam Perang Dunia Pertama turut memberi kesan


kepada India & masyarakat Islam menganggap Turki mewakili
pemerintahan Islam. Oleh itu, masyarakat Islam di India menganggap
musuh Turki juga musuh orang Islam. Gerakan Khilafat dilancarkan oleh
Maulana Abul Kalam Azad Khan, Muhammad Ali & Shaukat Ali untuk
memulaukan semua aktiviti kerajaan & penutupan premis perniagaan.
Pemimpin-pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa bahawa India
bukanlah Negara Islam & menyebabkan 500 000 hingga 2 juta
masyarakat Islam berhijrah ke Afghanistan.

Gerakan Khilafat
Mahatma Gandhi

Perjuangan penduduk India bercorak sederhana selepas Perang Dunia


Pertama tetapi masih enggan bekerjasama dengan British. Mahatma
Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dan menukar INC
daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili semua
lapisan masyarakat. Tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi ialah
satyagraha, ahimsa dan swadesi. Prinsip swadesi ialah berdikari tanpa
mengharapkan bantuan orang lain. Mahatma Gandhi menyarankan agar
masyarakat India bersatu memulau barangan dari Eropah dan Britain.

Prinsip satyagraha bererti berpegang kepada kebenaran. Melalui prinsip


ini, Mahatma Gandhi menyarankan agar bangsa India terus
memperjuangkan kemerdekaan yang dibenarkan dalam sistem
demokrasi. Mahatma Gandhi merupakan seorang pejuang antikekerasan
kerana menurut beliau, kekerasan tidak mampu menyelesaikan masalah.
Manakala,dalam prinsip ahimsa, mogok lapar merupakan salah satu cara
penentangan . Tindakan Mahatma Gandhi memaksa British memberikan
kemerdekaan kepada India pada tahun 1947

Satyagraha
ilustrasi pembunuhan Mahatma
Gandhi
Mahatma Gandhi mengkritik amalan kasta dalam agama Hindu yang
dipaparkan dalam akhbar Young India & Navajivan. Hal ini
menyebabkan golongan militant tidak berpuas hati dengan Mahatma
Gandhi & membawa kepada pembunuhan beliau oleh Nathuram Ghose.
Amalan kasta yang dikritik oleh Mahatma Gandhi menarik perhatian
rakyat India dengan isu Harijan atau golongan yang tidak boleh disentuh.
Beliau menekankan bahawa amalan tersebut harus dihapuskan. Beliau
turut mengambil seorang gadis Harijan sebagai anak angkatnya

Beberapa akta digubal untuk mempercepatkan rakyat tempatan


memerintah India. Antaranya, termasuklah Akta Majlis India (1909) dan
Akta Montague-Chelmsford. Perarakan Garam atau Perarakan Dandi
diadakan oleh Mahatma Gandhi kerana British memonopoli pengeluaran
garam dan menaikkan harga garam yang secara tradisinya dihasilkan
oleh rakyat tempatan. Oleh itu, British telah menahan dan memenjarakan
pemimpin-pemimpin INC termasuk Mahatma Gandhi dan INC
diisytiharkan tidak sah

Perarakan Garam/
Perarakan Dandi
Indian National
Congress (INC)
Persidangan Meja Bulat diadakan di London tetapi gagal mencapai kata
sepakat. Kemudiannya, British bekerjasama dengan INC &
menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin pada tahun 1931. Gandhi bersetuju
membatalkan kempen melanggar perintah awam & sebagai balasan,
pihak British akan menarik balik segala tindakan kekerasan & memberi
jaminan untuk membebaskan nasionalis yang ditahan. Persidangan Meja
Bulat Kedua diadakan Gandhi yang menghadiri persidangan tersebut
merasakan pegawai-pegawai British berdolak-dalik dalam memberi
kuasa mentadbir Negara sendiri kepada orang India

British mendakwa Mahatma Gandhi gagal meyakinkan British dalam usaha


menyelesaikan masalah perpaduan rakyat India dan sikap British ini
mengecewakan Mahatma Gandhi. Hal ini menyebabkan Mahatma Gandhi
menjalankan semula gerakan menentang British dan beliau ditahan sekali lagi.
British bertindak dan memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman Anugerah
Perkauman yang menindas rakyat India dari kelas bawahan. Pakatan Poona
diperkenalkan pada tahun 1932 berjaya menghentikan Mahatma Gandhi daripada
terus mogok lapar di penjara. Persidangan Meja Bulat Ketiga diadakan dan Akta
Kerajaan India 1935 diperkenalkan

Mahatma Gandhi mogok


lapar (21 hari)
Liga Muslim

Dalam pilihan raya umum pada tahun 1937, INC menang besar di lapan
wilayah manakala Liga Muslim menguasai tiga kawasan sahaja yang
menyebabkan Liga Muslim mendakwa bahawa INC hanya
memperjuangkan nasib orang Hindu dan mencipta slogan “Islam Dalam
Bahaya” untuk meraih simpati. Di sinilah idea penubuhan Pakistan
diperjuangkan dan mendapat sokongan sebilangan rakyat yang
ditunjukkan dalam kemenangan Liga Muslim dalam pilihan raya umum
pada tahun 1945 dan 1946. Parti INC dan Liga Muslim dipilih mewakili
India dalam rundingan kemerdekaan India dengan pihak British

Isu pertikaian Hindu dan Islam tidak dapat dibendung lagi. Gabenor Jeneral India,
Lord Louis Mountbatten bersama pemimpin INC dan Liga Muslim mencapai satu
kata sepakat. Oleh itu, rancangan pemisahan India untuk penganut Hindu dan
Islam dilaksanakan. Secara ringkasnya, orang Islam memasuki Pakistan dan orang
Hindu memasuki India yang mencatatkan penghijrahan besar. Proses penghijrahan
tersebut melibatkan ribuan orang terkorban dan berlaku pertumpahan darah. Era
penjajahan bagi kedua-dua Negara iaitu Pakistan dan India berakhir pada Ogos
1945 apabila kedua-dua Negara menjadi Negara bebas berdaulat

Pakistan
Muhammad Ali Jinnah (Gabenor
Jeneral Pakistan)

Muhammad Ali Jinnah memegang


jawatan sebagai Gabenor Jeneral Pakistan

Jawaharlal Nehru menjadi Perdana Menteri


India yang pertama. Lord Louis Mountbatten
diminta meneruskan tugasnya sebagai Gabenor
Jeneral India

Jawaharlal Nehru
(PM India-1)
Pendidikan Barat

FAKTOR-FAKTOR
Penggunaan Bahasa Inggeris
PERKEMBANGAN
NASIONALISME Diskriminasi dalam
perkhidmatan awam
DI INDIA Dasar pentadbiran
Lytton

Akta Ilbert, 1883


Dasar ekonomi British

FAKTOR-FAKTOR Penindasan terhadap buruh-buruh


PERKEMBANGAN India di seberang laut
Perkembangan sistem perhubungan
NASIONALISME & pengangkutan
DI INDIA
Peranan kesusasteraan

Gerakan Reformasi
sosioagama

You might also like