Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 81

SISTEM PEMERINTAHAN

• KERAJAAN PERSEKUTUAN
• KERAJAAN NEGERI
• PERHUBUNGAN ANTARA
PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-
NEGERI
• PERUNTUKAN KEWANGAN
• KEHAKIMAN
PEMBAHAGIAN BIDANG KUASA

- Perlembagan telah menjelaskan


pembahagian kuasa perundangan antara
kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri
- Pembahagian kuasa perundangan tercatat
di jadual kesembilan - Senarai Perundangan
TADBIR URUS NEGARA
(EKSEKUTIF/ SISTEM
PENTADBIRAN KERAJAAN)
Pentadbiran Negara

• sistem dan struktur Pentadbiran


Persekutuan Malaysia
• Kerjaan pusat
• Kerajaan Negeri Kerajaan Tempatan
Pentadbiran Negara

• Kerajaan pusat
• Bertanggungjawab dalam hal-hal yang
tersenarai dalam Jadual ke-9 Senarai
perundangan (Senarai Persekutuan )
 Kerajaan Negeri
-Bertanggungjawab terhadap jadual ke-9
Senarai Negeri
 Kerajaan Tempatan – bertanggungjawab
untuk merancang, menyelaras dan
mengawal penggunaan serta pemaju
tanah dan
Pentadbiran Negara

 Kerajaan Tempatan – bertanggungjawab


untuk merancang, menyelaras dan
mengawal penggunaan serta pemaju
tanah dan bangunan dalam Kawasan
pihak berkuasa tempatan, bertindak untuk
mengendali, membantu dan mengalakkan
pengumpulan, pengemaskinian serta
penerbitan yang berkaitan dengan
Perancangan Bandar dan Desa serta
kaedahnya (PBT Akta 171)
Senarai Perseketuan – Jadual Ke 9
Senarai Perseketuan – Jadual Ke 9
Pentadbiran Negara
Pentadbiran Negara

 Pentadbiran Persekutuan
 Pentadbiran Negeri
 Pentadbiran kerajaan Tempatan
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 Hasil/Kutipan Kerajaan Persekutuan


• Pendapatan kerajaan yang dipungut
mengikut undang-undang dan peraturan
yang diluluskan oleh Kerajaan
Persekutuan yang dibentangkan serta
diluluskan dalam Parlimen
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 Hasil kerajaan terbahagi kepada 5


kategori:-
 Hasil-hasil cukai: Cukai Langsung dan Tak
Langsung
 Cukai secara terus ke atas pendapatan
dan kekayaan mengikut Akta yang
diluluskan.
 Cth: Pendapatan (gaji), cukai sewa Filem,
Duti Harta pusaka dan Duti Setem
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 Cukai yang dikenakan secara tidak


langsung ke atas individu. Cukai yang
dikenakan apabila individu membeli
barangan dan perkhidmatan (SST)
 Cth: Duti Eksport, Duti Import, Duti Eksais,
cukai jalan dan cukai perkhidmatan
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 Kategori 2: Hasil-hasil bukan cukai


 Hasil yang dikutip dari perkhidmatan yang
disediakan oleh kerajaan untuk rakyat
 Rakyat dikenakan bayaran untuk
menggunakan perkhidmatan kerajaan.
Contoh lesen, bayaran pendaftaran dan
permit, perkhidmatan dan bayaran
perkhidmatan, perolehan jualan barangan,
sewaan, faedah dan perolehan pelaburan,
denda dan hukuman.
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 Kategori 3: Terimaan Bukan Hasil


 Kutipan yang bukan berasaskan mana-
mana akta atau perundangan
 Punca kutipan: Pulangan balik
perbelanjaan, terimaan perkhidmatan,
bayaran balik, pemberian dan caruman,
jualan barangan
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 Kategori 4: Hasil Wilayah-wilayah


Persekutuan
 Hasil-hasil yang diterima oleh Kerajaan
Persekutuan dari Wilayah Persekutuan
KL, Labuan dan Putrajaya
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

 Kategori 5: Dividen yang diagihkan oleh


PETRONAS dan royalty petroleum serta
bayaran tunai gas yang dijual oleh
Kerajaan.
Struktur Kerajaan Persekutuan

 YDPA
 Perdana Menteri
 Jemaah Menteri
 Kementerian
 Agensi-agensi Kerajaan
 Perbadanan Awam
 Suruhanjaya
 Majlis
JENTERA
PENTADBIR
AN
KABINET
LATAR BELAKANG SEJARAH

SISTEM KABINET

KEMENTERIAN

BADAN- BADAN BERKANUN

SURUHANJAYA
LATAR BELAKANG SEJARAH

Dimulakan pada tahun 1951 melalui sistem Ahli

Sistem Ahli berakhir pada PRU PERTAMA, pada Ogos


1955

Pada 31 Ogos 1957, Kabinet Pertama di ketuai oleh


Tunku Abdul Rahman.

Mesyuarat pertama Kabinet ( Majlis Undangan


Persekutuan ) pada 10 Sep 1957 di Kuala Lumpur
SISTEM KABINET = Suatu bentuk
Kerajaan

Berdasarkan Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang


di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri
untuk menasihati baginda dalam perjalanan fungsi baginda.

Sebelum melantik Jemaah Menteri, Yang di-Pertuan Agong


hendaklah melantik Perdana Menteri untuk mempengerusikan
Jemaah Menteri.

Kemudian, atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan


Agong melantik menteri, iaitu ahli Jemaah Menteri. Hal ini
disebut dalam Perkara 43(2)(a) dan (b) Perlembagaan
Persekutuan.
SISTEM KABINET = Suatu bentuk
Kerajaan

Apabila diperkenan Yang di-Pertuan Agong, lantikan


Jemaah Menteri disahkan melalui proses angkat sumpah
dan menandatangani di hadapan baginda sumpah jawatan
dan sumpah taat setia serta sumpah simpan rahsia seperti
dalam Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah berdasarkan Perkara 43(6) Perlembagaan


Persekutuan. Pelantikan ini kemudiannya diwartakan.
SISTEM KABINET = Suatu bentuk
Kerajaan

Apabila sempurna pelantikan Jemaah Menteri, mereka berfungsi


dengan spesifikasi kerja ditetapkan melalui Perintah yang dibuat
di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969, iaitu suatu akta
bagi membuat pengisytiharan mengenai fungsi dan pemindahan
fungsi menteri, menetapkan nama jawatan menteri dan perkara
berkaitan.

Dalam pelaksanaan fungsi mereka, Jemaah Menteri dikawal


prinsip atau doktrin tanggungjawab menteri (ministerial
responsibility).

Prinsip tanggungjawab menteri ini adalah prinsip Perlembagaan


yang amat penting dalam sistem Parlimen Westminster British.
Ia bermaksud, menteri bertanggungjawab kepada Parlimen
dalam melaksanakan fungsi mereka.
SISTEM KABINET = Suatu bentuk
Kerajaan

Antara contoh tanggungjawab peribadi menteri adalah tidak


melakukan perkara tidak bermoral atau melanggar undang-
undang secara peribadi. Apa jua dilakukan menteri atas kapasiti
pada portfolio masing-masing boleh dianggap sebagai
mempunyai tanggungjawab peribadi.

Sekiranya seseorang menteri melaksanakan fungsi formal


dipersetujui Jemaah Menteri, maka menteri terbabit boleh
dianggap sebagai melaksanakan tanggungjawab secara kolektif.

Tanggungjawab individu bermaksud menteri juga


bertanggungjawab secara peribadi kepada Parlimen.
Tanggungjawab peribadi menteri merangkumi tingkah laku
menteri itu sendiri dan juga penjawat awam dalam portfolio di
bawah naungannya.
Tanggungjawab secara kolektif Jemaah
Menteri
Dalam konteks tanggungjawab kolektif, seseorang menteri
turut mengheret rakan lain dalam Jemaah Menteri atas apa
yang dilakukannya.

Sementara itu, semua menteri bertanggungjawab


mempertahankan menteri terbabit dan tidak boleh dilihat
sebagai mengasingkan diri. Perkara ini didapati dalam konsep
kebersamaan ahli Jemaah Menteri.

Prinsip tanggungjawab menteri secara kolektif mempunyai


tiga konsep utama, iaitu, unity rule (kebersamaan), unanimity
rule (sebulat suara) dan confidentiality rule
(kerahsiaan).Dalam konteks tanggungjawab kolektif, prinsip
tanggungjawab menteri adalah bagi memastikan Jemaah
Menteri bertindak sebagai satu entiti.
Tanggungjawab secara kolektif Jemaah
Menteri

Prinsip asas dalam konsep tanggungjawab menteri secara kolektif ialah, Jemaah
Menteri kekal berkuasa hanya selagi Perdana Menteri dapat mengekalkan
kepercayaan Parlimen dan semua menteri berdiri atau jatuh bersama dengan Perdana
Menteri itu. Kedua perkara ini terkandung dalam Perkara 43(4) Perlembagaan
Persekutuan.

Sementara itu, semua menteri mesti menyokong dasar diputuskan Jemaah Menteri
dan mereka hendaklah meletak jawatan atau mengundur diri sekiranya tidak dapat
bersetuju dengan keputusan dicapai menerusi persetujuan majoriti ahli Jemaah
Menteri.

Ringkasnya, semua ahli Jemaah Menteri hendaklah bersuara kepada awam bernada
seiring dengan keputusan Jemaah Menteri (walau dalam Parlimen sekalipun) kecuali
dibenarkan Perdana Menteri.
Tanggungjawab secara kolektif Jemaah
Menteri

Dalam kata lain, menteri terikat dengan keputusan Kabinet, walaupun mereka tidak
terbabit dalam perbincangan atau ketika Jemaah Menteri membuat keputusan. Hal ini
adalah bagi memenuhi konsep unity dan unanimity rule.

Menteri hendaklah menghormati kerahsiaan perbincangan dalam Jemaah Menteri.


Menyimpan rahsia ini bukan ketika menjadi ahli Jemaah Menteri, sebaliknya sampai
bila-bila sekalipun, seseorang Menteri tidak boleh mendedahkan perbincangan dalam
Jemaah Menteri hatta selepas bersara. Segala rahsia Jemaah Menteri dianggap
menjadi rahsia hingga akhir hayat.

Pada asalnya prinsip tanggungjawab menteri kepada Parlimen diperkenalkan pada


akhir abad ke-17 bagi menegakkan kuasa demokrasi tanpa menyerang institusi Raja
dan Raja pula tidak boleh melindungi menteri sekiranya menteri berbuat salah.
APA EKSEKUTIF LAKUKAN ?

Eksekutif mentadbir negara


mengikut undang-undang yang
digubal oleh Parlimen. Setiap
cabang eksekutif mempunyai
peranan tersendiri.
ANGGOTA PENTADBIRAN (KABINET)

JEMAAH MENTERI
TIMBALAN MENTERI
SETIAUSAHA POLITIK
MENTERI BESAR & KETUA
MENTERI
PERANAN KABINET

 Kabinet terdiri daripada menteri-menteri dan


adalah badan perangka dasar yang tertinggi
di dalam Persekutuan.

 Menteri-menteri tersebut menjalankan dan


mengawal fungsi kementerian-kementerian
yang mentadbir negara.

 Ahli kabinet haruslah juga seorang ahli


Parlimen (sama ada DR atau DN) Menteri-
menteri di lantik oleh YDPA atas nasihat PM
yang bermaksud mereka dipilih oleh PM
PERANAN PERDANA MENTERI
 Perdana Menteri adalah ketua kerajaan
 Beliau dilantik oleh YDPA melalui kuasa budi bicaranya
tetapi harus melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang ada
hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli
Dewan Rakyat.
 Secara amalan, PM biasanya adalah ketua parti atau ketua
gabungan parti politik yang memegang kerusi majoriti di
dalam Dewan Rakyat
 Sekiranya Perdana Menteri tidak lagi mendapat keyakinan
majoriti ahli DR, beliau mempunyai dua pilihan :-
 Meletakkan jawatan seluruh kabinet supaya YDPA boleh
melantik PM yang baru
 Menasihati YDPA untuk membubarkan DR bagi tujuan
pilihan raya umum yang baru.
PERANAN PERDANA MENTERI

Tugas utama Perdana Menteri ialah mempengerusikan


kabinet serta mengetuai kerajaan dalam hal-hal berkaitan
dasar negara.
• Dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri.
• Dari kalangan ahli-ahli kedua-dua Majlis Parlimen iaitu
Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
• Bertanggungjawab secara kolektif ke atas setiap
keputusan dasar yang dibuat oleh kabinet.
• Lazimnya kabinet bermesyuarat sekali seminggu
• Setiausaha kabinet ialah Ketua Setiausaha Negara
(KSN).
PERANAN PERDANA MENTERI
 Di bawah Perlembagaan, peranan PM termasuklah
menasihati YDPA dalam :-
 Perlantikan 44 daripada 70 orang senator
 Pemanggilan atau penanggunhan sidang DR
 Perlantikan hakim-hakim mahkamah atasan (Mahkamah-
mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Persekutuan)
 Perlantikan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara
 Perlantikan Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pilihanraya,
Suruhanjaya Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan pendidikan,
Majlis Kewangan Negara, Majlis Angkatan Tentera
 Perlantikan YDP-Negeri bagi negeri-negeri Melaka, PP,
Sabah dan Sarawak
Peranan Jemaah Menteri
 YDPA hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk
menasihatnya dalam menjalankan fungsinya. Jemaah Menteri
hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen
 Perkara 43 PP, memperuntukkan bahawa anggota Kabinet hanya
boleh dilantik daripada mana-mana ahli Majlis Parlimen iaitu DR
dan DN
 Walaupun Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen dilantik
mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam
Jemaah Menteri
Peranan Jemaah Menteri:
 Menentukan dasar kerajaan dan memberikan arahan untuk
dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan di peringkat
persekutuan dan negeri
 Bertindak sebagai badan penasihat kepada YDPA dalam
pelaksanaan tugas-tugasnya, Jemaah Menteri biasanya
membentu jawatankuasanya yang tetap dan sementara yang
berkaitan yang melibatkan rakyat dalam melaksanakan tugas
mereka.
Peranan Jemaah Menteri
 Menteri-Menteri selain PM hendak memegang jawatan selama
diperkenankan oleh YDPA, tetapi tidak boleh meletakkan
jawatannya pada bila-bila masa
 YDPA atas nasihat PM boleh melantik Timbalan-timbalan Menteri
daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen
 Tim Menteri membantu Menteri-Menteri dalam menjalankan tugas
 PM boleh melantik setiausaha-setiausaha Parlimen daripada
kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen
 Setiausaha2 Parlimen hendaklah membantu Menteri-Menteri dan
Timbalan-timbalan Menteri
 Parlimen membuat peruntukan bagi saraan Jemaah Menteri,
Timbalan dan Setiausaha Parlimen
 Setiausaha Parlimen menandatangani dan angkat sumpah rahsia
depan PM
 Boleh meletakkan jawatan pada bila2 masa dan perlantikan boleh
ditamatkan pada bila-bila masa oleh PM
Setiausaha Politik

 PM boleh juga melantik Setiausaha-setiausaha Politik


 Tidak semestinya dilantik dalam kalangan mana-mana satu
Majlis Parlimen
 Boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa
 PM boleh menamatkan perlantikan jawatannya
 Tugas dan fungsi setiausaha politik dan saraanya
ditentukan oleh Jemaah Menteri
Ketua Setiausaha Negara

 Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM


 Penasihat utama kerajaan tentang pentadbiran
Persekutuan
 Beliau merupakan pengerusi:-
 Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua
Perkhidmatan
 Mesyuarat Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri
 Pasukan Petugas Khas Pemudahcaran Perniagaan
(PEMUDAH)
 Lembaga Pengarah, Institusi Integriti Malaysia (IIM)
 Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPNN)
 Beliau juga merupakan setiusaha:
- Mesyuarat Jemaah Menteri/Mesyuarat Khas Jemaah
Menteri
- Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri
Ketua Setiausaha Negara

 Dilantik oleh YDPA atas nasihat PM


 Penasihat utama kerajaan tentang pentadbiran Persekutuan
 Beliau merupakan pengerusi:-
 Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua
Perkhidmatan
 Mesyuarat Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri
 Pasukan Petugas Khas Pemudahcaran Perniagaan (PEMUDAH)
 Lembaga Pengarah, Institusi Integriti Malaysia (IIM)
 Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPNN)
 Beliau juga merupakan setiusaha:
- Mesyuarat Jemaah Menteri/Mesyuarat Khas Jemaah Menteri
- Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri
 Ketua Pentadbir utama di jabatan Perdana Menteri ialah Ketua
Setiuasaha Negara
KEMENTERIAN
Agensi tertinggi dlm jentera Pentadbiran Persekutuan

Seorang menteri akan dibantu oleh seorang timbalan – Perkara 43 (a)


Perlembangan Persekutuan memperuntukan kuasa kpd YDPA utk melantik
timbalan menteri atas nasihat PM

Ketua Pentadbir utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiuasaha (KSU)

Ketua Pentadbir utama di jabatan Perdana Menteri ialah Ketua Setiuasaha


Negara.
Peranan/bidang tugas kementerian
- Menjalankan tugas eksekutif/Pentadbiran
- Merumuskan, merancang dan membentuk rancangan pembangunan
- Mengawasi dan menyelaras pelaksanaan rancangan oleh agensi-agensi di
bawah portfolio masing2
- Ketua Setiausaha Kementerian merupakan pentadbir Kementerian
FUNGSI JABATAN PERDANA
MENTERI
JABATAN PERDANA MENTERI
• Transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam bagi meningkatkan kualiti
tadbir urus, kecekapan serta kompetensi supaya lebih berkesan, responsif dan
berintegriti.

• Penggubalan dasar-dasar Kerajaan serta mengkoordinasi pelaksanaan keputusan


Kerajaan yang merentasi fungsi pelbagai Kementerian dan agensi.

• Penganjuran Majlis Rasmi Kerajaan merangkumi Istiadat dan Protokol Negara,


Penganugerahan Darjah-darjah Kebesaran Persekutuan, Lawatan Pembesar-
Pembesar Negara dan Persidangan Antarabangsa.

• Pengukuhan jalinan kerjasama strategik di antara Kerajaan Persekutuan dengan


negeri Sabah dan Sarawak.

• Penyeragaman pelaksanaan dan pentadbiran undang-undang Islam dan urusan-


urusan yang berkaitan dengannya.
• Dasar keselamatan bagi melengkapi dasar-dasar keselamatan
negara sedia ada. 

• Dasar, Strategi, Program dan Projek Pembangunan Kerajaan.

• Dasar, Strategi dan Program Perancangan Pembangunan


Sosioekonomi.

• Pengurusan aset-aset Kerajaan Persekutuan seperti Bangunan


Guna Sama Persekutuan, Rumah Peranginan Persekutuan dan
kuaters supaya berada dalam keadaan yang kondusif dan
selesa. 

• Tugas-Tugas Khas peringkat tertinggi yang melibatkan


kepentingan negara merangkumi fungsi pelbagai kementerian
sepertimana yang diputuskan oleh mesyuarat-mesyuarat utama
Agensi Kerajaan

• Terdapat dua bentuk agensi-agensi


kerajaan iaitu :-
- Agensi Pusat
- Agensi Pelaksana/mengurus
Agensi Pusat
• Bertanggungjawab membantu menyelaras dan mengawal
perjalanan agensi-agensi mengurus/pelaksana
• Menggubal dasar dan perancangan ekonomi negara
• Membekal keperluan asas (input bagi semua anggaran sama
ada dalam keperluan kakitangan dan peruntukan belanjawan)
• Memastikan melalui penyelarasan dan pengawalan supaya
dua input tadi digunakan dengan secekapnya. Hal ini dapat
dilakukan melalui:
 Pemeriksaan belanjawan
 Pemeriksaan perkhidmatan
 Menguatkuasakan peraturan kewangan dan perkhidmatan
 Menyelaras pembentuk dasar dan pelaksanaan
 Agensi Pusat di JPM
 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
 Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU)
 Unit Perancang Ekonomi (UPE)
 Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU)
 Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
UPE
• Visi
• "Peneraju pembangunan sosioekonomi negara yang inklusif, progresif dan mampan
demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat." 
• Misi
• "Merancang, melaksana, memantau dan menilai dasar serta program dan projek
pembangunan secara holistik ke arah keberhasilan matlamat pembangunan
sosioekonomi negara."
• Objektif
• Merancang pembangunan sosioekonomi secara komprehensif ke arah pertumbuhan
mampan dan inklusif
• Mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan melalui pengagihan peruntukan
secara berkesan
• Memantapkan pemantauan dan penilaian dasar, program serta projek pembangunan
berasaskan outcome
• Meningkatkan kecekapan sebagai pemudah cara dengan pihak berkepentingan
• Memantapkan kapasiti dan kebolehan organisasi ke arah penyampaian perkhidmatan
yang berkesan
UPE
• Perancangan Pembangunan Sosioekonomi
– Menggubal dasar perancangan pembangunan sosioekonomi untuk jangka masa
sederhana dan panjang pada peringkat nasional, wilayah dan negeri
– Menjalankan penyelidikan sosioekonomi dan berperanan sebagai penasihat
kepada Kerajaan berhubung hal ehwal sosioekonomi
– Memperkukuh perancangan pembangunan inklusif termasuk memperkasa
agenda Bumiputera
– Menggubal dasar berkaitan tenaga iaitu minyak dan gas

Pengagihan Sumber Peruntukan
– Menentukan siling dan pengagihan peruntukan perbelanjaan pembangunan
– Melaksanakan pengurusan nilai bagi projek pembangunan melebihi RM50 juta
• Pelaksanaan, Penyelarasan dan Pemantauan
– Memantau kemajuan program nasional, inisiatif dan projek pembangunan
– Melaksana, menyelaras dan memantau program serta projek UPE
– Melaksana, menyelaras dan memantau pembangunan inklusif termasuk
memperkasa agenda Bumiputera

Pemudahcara Pihak Berkepentingan
– Menjadi focal point bagi kerjasama antarabangsa dan pembangunan rentas
sempadan
– Menjadi urus setia kepada jawatankuasa perancangan dan pembangunan
sosioekonomi peringkat nasional termasuk Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dan
Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara (JPPN)
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
• VISI
• Perkhidmatan Awam berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan
berjiwa rakyat
• MISI
• Memacu dan Meneraju Pembangunan Sumber Manusia
Perkhidmatan Awam 
• SLOGAN
• Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan
• Menambah baik tadbir urus, mendukung akauntabiliti dan ketelusan
dalam pentadbiran Kerajaan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
berperanan sebagai penggerak utama dalam pembaharuan
keseluruhan perkhidmatan awam supaya lebih cekap dan efektif
dari segi pembangunan dan pengurusan sumber manusia yang
diyakini dan dipercayai rakyat.
•  
OBJEKTIF JPA
• Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan
sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan
menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh
• Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan
struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan
semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi
penubuhannya
• Melahir dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk
memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara
melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik
• Menguruskan penjawat awam dan membangunkan dasar
pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan
pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan
OBJEKTIF JPA
• Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan
psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan
pembangunan sumber manusia di dalam perkhidmatan awam
• Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui
penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan
• Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada
penjawat awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja
• Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber
manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan
•  
NILAI-NILAI TERAS / KOD ETIKA JPA

• Bertindak Sebagai Satu Pasukan


• Kecemerlangan dan Keunggulan
• Profesionalisme
• Berhemah dan Berwibawa
• Berilmu Melalui Pembelajaran Berterusan
FUNGSI
• Perancangan
– Menentukan peranan sektor awam;
– Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi
awam;
– Menentukan keperluan dan pembangunan sumber
manusia;
– Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;
– Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan
ke atas sumber manusia sektor awam; dan
– Membangunkan strategic alliances and networking.
FUNGSI

• Pembangunan
– Menentukan Dasar Pembangunan
Organisasi;
– Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya;
– Pembangunan Laluan Kerjaya;
– Membangunkan Pelan Perancangan
Penggantian; dan
– Menentukan Dasar Latihan.
FUNGSI

• Pengurusan
– Menguruskan pengambilan, penempatan,
saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan,
syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan
pekerja-majikan, latihan dan latihan sumber
manusia;
– Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi
perkara-perkara yang dinyatakan di atas
kepada agensi-agensi pelaksanaan;
– Menguruskan pemantauan dasar; dan
– Menguruskan penilaian dasar.
UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN

• Visi
• Agensi Pusat Yang Unggul Dalam Penyelarasan Dan Pemantauan
Pembangunan Negara
• Misi
• Agensi Pusat Yang Memacu Pembangunan Negara Melalui
Penyelarasan, Pemantauan, Pelaksanaan Dan Penilaian Dasar,
Program dan Projek Dengan Mengamalkan Tadbir Urus Yang Baik
Dan Budaya Kerja Yang Kreatif, Inovatif dan Berintegriti 
• MOTO
• Volume
• Accuracy
• Speed
Etika Kerja
• Sentiasa Awal dan Mendahului
• Sentiasa Bersemangat
• Sentiasa Tekun dan Rajin
• Sentiasa Positif dan Optimistik
• Sentiasa Mengenali Potensi dan Kehebatan Diri
• Sentiasa Cekal dan Tabah
• Sentiasa Memperbaiki Diri dan Keadaan
• Sentiasa Menghasilkan Kerja Yang Cemerlang
• Sentiasa Bersyukur
• Sentiasa Berdoa
• Sentiasa Tawadduk
• Sentiasa Tersenyum
•  
Perkhidmatan Teras Utama

• Menyelaras, memantau, menilai


pelaksanaan dan outcome Program/Projek
Pembangunan Rancangan Malaysia Lima
Tahun (RMLT).
• Mengurus peruntukan serta melaksana
dan memantau Program/Projek Khas
Y.A.B. Perdana Menteri.
• Menyelaras, memantau dan menilai
Program/Projek Kesejahteraan Rakyat.
Perkhidmatan Teras
• Menyelaras, melaksana, memantau dan menilai Projek
Penyelenggaraan Infrastruktur Asas dan Projek Penyelenggaraan
Infrastruktur Awam di bawah Peruntukan Kementerian Kewangan.
• Menjadi urusetia kepada jentera penyelarasan pelaksanaan di
bawah Arahan No. 1, 2018 dan Mesyuarat-mesyuarat Utama
Kerajaan.
• Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi
Badan Berkanun Persekutuan (BBP) berdasarkan Pekeliling-
pekeliling yang berkaitan.
• Menyelaras dan memantau keberkesanan dasar serta strategi
Penyusunan Semula Masyarakat dan Penyertaan Bumiputera Pulau
Pinang.
UNIT KERJSAMA AWAM SWASTA
• Peranan
• MAMPU tidak ketinggalan merencana penyampaian perkhidmatan yang
berpaksikan rakyat menerusi pemanfaatan ICT dengan objektif agar
aspirasi dan ekspektasi rakyat dapat dipenuhi.
• MAMPU sentiasa komited ke arah memperhebat inisiatif transformasi
penyampaian perkhidmatan awam melalui pengurusan organisasi, teknologi
maklumat dan komunikasi yang inovatif serta strategik ke arah negara maju
melalui pengukuhan posisinya sebagai peneraju transformasi penyampaian
perkhidmatan awam yang terbilang.
• MAMPU merupakan agensi pusat yang bertanggungjawab sebagai
perancang dan peneraju agenda pendigitalan sektor awam ke arah
menambahbaik dan memodenkan sistem penyampaian perkhidmatan
kerajaan. Ke arah itu, MAMPU berperanan memacu, merintis dan
mempertingkatkan kecekapan sistem perkhidmatan awam melalui program
pemantapan perancangan pengurusan organisasi.
Peranan MAMPU
• MAMPU memainkan peranan penting dalam memacu, merintis dan
mentransformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam.
• Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan
transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam, MAMPU
melaksanakan enam (6) peranan utama iaitu sebagai:
– Penggerak dan peneraju pemodenan pentadbiran dan
pengurusan bagi perkhidmatan awam.
– Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi
maklumat dan komunikasi perkhidmatan awam.
– Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) perkhidmatan awam.
– Pemudah cara bagi pelaksanaan pemodenan sistem
penyampaian perkhidmatan awam.
– Penyelidik pemodenan tadbiran dan perancangan pengurusan
perkhidmatan awam.
– Pelaksana promosi sistem penyampaian perkhidmatan awam.
PERBENDAHARAAN MALAYSIA
• DASAR
• Visi
• Perbendaharaan sebagai peneraju strategik keberhasilan
kewangan dan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan mampan
demi kemakmuran rakyat dan negara
• Objektif
• Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal dan kewangan bagi
merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan.
• Memperkukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi negara.
• Mempastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah.
• Menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta
meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Fungsi
• Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal bagi memastikan
pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menguruskan
pengagihan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan.
• Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem
pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dipatuhi oleh semua
kementerian.
• Menyelaras hubungan kerjasama berkaitan hal ehwal ekonomi dan
kewangan di peringkat antarabangsa bagi memelihara kepentingan
negara.
• Menggubal dasar sistem percukaian yang saksama bagi menjana
hasil negara.
• Memantau syarikat kerajaan yang ditubuhkan di bawah menteri
kewangan diperbadankan serta pengurusan kewangan badan
berkanun persekutuan khususnya berkaitan pelaburan, pinjaman,
aliran tunai bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik.
Fungsi
• Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan
kerajaan.
• Mendapatkan sumber pembiayaan bagi pihak kerajaan dan
memberi pinjaman kepada agensi-agensi kerajaan dan sektor
swasta bagi projek-projek penswastaan dan kerajaan negeri.
• Menerajui projek-projek strategik bagi mempertingkatkan
penyampaian perkhidmatan awam untuk kesejahteraan
rakyat.
• Memberi khidmat nasihat kepada kementerian bagi projek-
projek berimpak tinggi yang mempunyai kepentingan negara.
• Mengendali rayuan cukai pendapatan dan cukai kastam.
• Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil
dan saksama.
Fungsi
• Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan
kerajaan.
• Mendapatkan sumber pembiayaan bagi pihak kerajaan dan
memberi pinjaman kepada agensi-agensi kerajaan dan sektor
swasta bagi projek-projek penswastaan dan kerajaan negeri.
• Menerajui projek-projek strategik bagi mempertingkatkan
penyampaian perkhidmatan awam untuk kesejahteraan
rakyat.
• Memberi khidmat nasihat kepada kementerian bagi projek-
projek berimpak tinggi yang mempunyai kepentingan negara.
• Mengendali rayuan cukai pendapatan dan cukai kastam.
• Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil
dan saksama.
UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA

https://www.teraju.gov.my/korporat
Unit Inovasi Khas (UNIK)

• UNIK ditubuhkan untuk memperkasakan strategi dan dasar yang


akan membantu memupuk inovasi ke dalam “jiwa” Malaysia.
• Penubuhan UNIK bertujuan memacu agenda inovasi nasional bagi
pencapaian objektif-objektif menjana kekayaan gelombang baru dan
penambahbaikan sosial melalui Inovasi.
• UNIK berperanan untuk mengenal pasti serta mengamalkan
amalan-amalan dan kaedah-kaedah terbaik dari serata dunia yang
berkaitan dengan matlamat Inovasi.
• UNIK adalah pelengkap kepada Pusat Inovasi Kebangsaan (NIC) di
mana ia akan beroperasi sebagai perancang strategi manakala NIC
berperanan sebagai bahagian pelaksanaan.
TUGAS UNIT INOVASI KHAS (UNIK)
• UNIK merupakan sebuah unit kecil yang akan disertai oleh
profesional dari sektor awam dan swasta, yang bertanggungjawab
untuk membentuk satu eko-sistem yang kondusif bagi memacu
pertumbuhan inovasi di dalam negara.
• Merangsang inovasi dalam sektor awam, universiti dan sistem
pendidikan dan membantu mengkomersialkan hasil penyelidikan.
• Mengenal pasti kejayaan, amalan terbaik dan metodologi dari
seluruh dunia dan dipadankan dengan persekitaran Malaysia serta
mengambil kira keperluan inovasi komuniti pelaburan asing.
• Mekanisme utama untuk meningkatkan daya saing Malaysia bagi
mencapai matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan
Malaysia sejajar dengan komitmen untuk menggerakkan agenda
inovasi negara

You might also like